Berbaki enam minggu nak bersalin. Dr Halina dedah dia alami satu masalah pada jarinya dan dia harap semua doakan urusan dia dipermudahkan pada hari kejadian

artis Hiburan

Baru baru ini,isteri kepada angkasawan negara,Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor iaitu Datin Dr Halina berharap segala urusan bersalin anak kembarnya yang berlangsung tidak lama lagi dipermudahkan Tuhan. Menerusi posting terbaharu akaun IGnya,Dr Halina berkongsi berkata anak dalam kandungannya yang kini sudah cecah 30 kilogram (KG).

 “Sekarang sudah masuk minggu ke 31, kembar masing-masing berat mencecah 1.5kg. Secara total 3.0 kg untuk kedua-duanya.“Perkembangan itu bagus untuk mereka tetap tidak berapa baik untuk bahagian belakang dan pinggul saya.“Masalah terbaharu saya kini adalah saya mengalami trigg3r finger. Hahaha, anak-anak lelaki saya menggelarkannya sebagai jari spiderman.Gambar contoh:

“Saya sudah berehat dari kerja, suami saya sangat-sangat membantu. Saya tidak tahu apa akan saya lakukan untuk mengharungi semua ini jika dia tiada di sisi.“Lagi enam minggu dan kami akan bertemu dengan cahaya mata kami. Enam minggu lagi, kami akan  menjadi ibu bapa kepada enam orang anak.

12 Hari Mak Menangis. Dr Sheikh Muszaphar Bongkarkan Cerita Punca Mak Dia Menitiskan Air Mata Selepas Melihat Perubahan Mendadak Dr Sheikh

Semua sedia maklum, Dato’ Dr. Sheikh Muszaphar Shukor Al Masrie bin Sheikh Mustapha merupakan seorang ahli bedah ortopedik dan angkawasan pertama Malaysia. Beliau telah dihantar ke Stesen Angkasa Antarabangsa dengan menaiki kapal Soyuz dibawah penjanjian Rusia pada 1- Oktober 2007.Di Instagram, Dr Sheikh Muszaphar imbas kembali pengalamannya ketika di angkasa. Menurut beliau, didikan ibu bapa banyak membantu dirinya hari ini dalam mendidik anak-anak.

Ibu menangis 12 hari

Saya membawa 2 Al-Quran dalam perjalanan ke angkasa. Salah satunya adalah dari ibu saya yang mengingatkan saya untuk membawanya setiap masa. Ibulah yang paling risau berbanding semua orang. Dia menangis setiap hari selama 12 hari bertugas di angkasa dan telah kehilangan 12 kg selama 12 hari itu.

Saya teringat bercakap dengannya semasa saya menaiki ISS – ada air mata kegembiraan walaupun ketika itu saya dapat merasakan ketegangan apabila mengetahui perjalanan saya masih belum selesai. Ayah sangat berlainan dengan ibu. Sama kuat seperti keluli, terus mendorong saya dan ingatkan bahawa saya akan berjaya dengan sikap ‘do oe d1e’. Saya kira dari situlah saya mewarisi sifat beliau.

Berkongsi pengalaman lalu ketika kali pertama menjejak kaki ke angkasa, ibunya setiap hari menangis kerana terlalu risaukan akan dirinya. Malah kebimbangan itu turut membawa kepada penurunan berat badan ibunya sebanyak 12kg. Begitulah kasih seorang ibu.Tambah doktor Sheikh Muszaphar lagi, belainan pula dengan ayahnya yang tampak lebih tenang namun sentiasa memberi sokongan setiap apa dilakukannya.

Didik anak dengan kasih sayang

Saya sangat bersyukur dibesarkan dengan 4 saudara lelaki lain yang benar-benar kompetitif dan mempunyai semangat untuk berjaya dalam semua bidang terutama sekali pendidikan dan sukan. Saya sekarang membesarkan anak-anak saya dengan cara yang betul. Membesarkan mereka dengan cara seimbang adalah kunci. Seorang ibu bapa tegas sementara yang lain menyayangi anak mereka dengan cara tradisional.

Kedua ibu bapa harus bersikap tegas dan penyayang dengan tujuan bersama – untuk menghasilkan yang terbaik pada anak anda. Penting untuk menghabiskan masa sebanyak mungkin dengan mereka. Bimbing mereka. Sayangi mereka. Didik mereka. Dan hormati mereka. Insya Allah, mereka akan berjaya di akhirat.

Dalam pada itu, doktor Sheikh Muszaphar melahirkan rasa syukur dilahirkan dan dibesarkan dalam keluarga yang pandai mengimbangkan tahap pendidikan. Akhir kata, doktor Sheikh Muszaphar berharap agar ibu bapa bimbing dan didiklah anak dengan kasih sayang agar mereka berjaya dunia akhirat.

Sumber : Dr Sheikh Muszaphar

Sekali Lagi Bakal Terima Bayi Kembar. Kali Ni Lain Daripada Yang Lain. Datuk Dr. Sheikh Muszaphar Terus Dedahkan Jantina Anak

Angkasawan negara, Datuk Dr. Sheikh Muszaphar berkongsi khabar gembira di Instagram memaklumkan dia sekali lagi bakal menimang cahaya mata kembar.Tambah menggembirakan, ahli keluarga baru yang bakal dilahirkan nanti dijangka kembar sepasang iaitu lelaki dan perempuan.

Menerusi posting berkenaan, Dr. Muszaphar turut berkongi foto imbasan ultrasound kandungan isterinya, Datin Dr. Halina Yunos.“Pic – Antenatal Scan today. Alhamdulillah – it’s a pair. A Boy and A girl. Truly excited.“Dr Halina is 22 weeks pregnant now. Still a long way to go. Do pray for her well being everyone. Amiinn. Love As Always.

“PS – The twins are laying side by side,” tulisnya.Berita gembira tersebut nyata menarik perhatian ramai pihak selepas meraih lebih 47,000 tanda suka malah turut dihujani ribuan komen.Melihat di ruangan komen pula, rata-rata warganet dan rakan artis menitipkan ucapan tahniah selain turut mendoakan segala urusan Dr. Muszaphar dan isteri dipermudahkan.

Terdahulu, Dr Muszaphar berkahwin dengan Dr Halina Mohd pada Oktober 2010 dan dikurniakan dengan empat orang cahaya mata.Dua orang puteri yang diberi nama Sophea Isabella dan Sophea Natasha serta dua putera kembar, Sheikh Adam dan Sheikh Noah.

Sumber: Instagram Datuk Dr. Sheikh Muszaphar

Bakal Timang Kembar Buat Kali Ketiga. Datuk Dr Sheikh Muszaphar Bongkarkan Fakta Tantang Anak Kembar Yang Ramai Tak Tahu

Angkasawan Negara, Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor berkongsi fakta serta tip tentang anak kembar. Menurut Sheikh Muszaphar perkongsian itu dibuat selepas ramai yang bertanya bagaimana hendak mendapatkan anak kembar selepas beliau kini bakal menimang cahaya mata kembar buat kali kedua.

“Sedikit Fakta Tentang Cahaya Mata Kembar. Pertama, Adam dan Noah adalah kembar DCDA (tidak serupa). Maksudnya, mereka mempunyai plasenta dan membrane yang berasingan. Kembar seiras sentiasa berada dalam jantina yang sama.

Kedua, Kembar perempuan adalah lebih biasa berbanding kembar lelaki Ketiga,Meskipun kembar seiras namun mereka mempunyai cap jari dan gigi berbeza Keempat, Ibu mengawal gen kepada peluang untuk hamil kembar. Gen bapa tidak memainkan perasan untuk memiliki anak kembar. Yang kelima, Kembar bukan genetik.

Keenam, Keladi dan ubi kayu adalah makanan yang menambahkan peluang untuk ibu hamil kembar. Selain itu, produk tenusu seperti susu dan keju. Tujuh,Kembar mula menjalinkan ikatan sesame mereka bermula dari 14 minggu kehamilan. Oleh kerana itu mereka mempunyai ikatan yang istimewa. Lapan,Wanita lebih berusia mempunyai peluang untuk menimang cahaya mata kembar

Sembilan, wanita yang lebih tinggi juga mempunyai peluang untuk menimang cahaya mata kembar Sepuluh, kembar seiras mempunya DNA yang hampir sama sebanyak 99.9 peratus,” nyatanya Muszaphar berkongsi perkara tersebut di akaun Instagram miliknya.

Menerusi entri tersebut dia memuat naik foto anak kembarnya Adam dan Noah. Kemas kini berkenaan mendapat perhatian pengikutnya yang teruja untuk mendapatkan bayi kembar sepertinya. Sheikh Muszaphar dan Dr Halina mendirikan rumah tangga pada 10 Oktober 2010. Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan empat cahaya mata iaitu Sophea Isabella, Sophea Natasha dan kembar lelaki iaitu Sheikh Adam dan Sheikh Noah.-gempak

Bakal timang kembar buat kali ketiga

Dr Sheikh Muszapha berkongsi berita gembira mengenai isterinya kini hamil anak kembar. ANGKASAWAN negara, Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor Sheikh Mustapha bakal menimang sepasang lagi anak kembar. Berita gembira itu dikongsi oleh beliau menerusi laman Instagramnya, lewat petang Khamis. Dr Sheikh Muszaphar berkata, isterinya, Datin Dr Halina Mohd Yunos kini hamil 13 minggu. “Menjangkakan kembar lagi. Alhamdulillah, syukur teramat. “Dr Halina kini hamil 13 minggu dengan kembar,” katanya.

Menurut Dr Sheikh Muszaphar, beliau berasa amat gembira dan tidak dapat mengambarkannya dengan kata-kata. “Ia seperti Deja vu sekali lagi. “Kami sentiasa mahukan sebuah keluarga yang besar,” tambahnya. Beliau bagaimanapun memberitahu, berbadan dua, anak kembar adalah berisiko tinggi berdasarkan pengalaman mereka sebelum ini.

“Mual berganda, muntah berganda, kembung berganda, keinginan berganda dan pengeluaran cecair merah berganda seperti yang pernah dialami isteri. “Sukar untuk melihat Dr Halina dengan kandungan trimester pertama dan masih bekerja sebagai frontliner (petugas barisan hadapan) bagi merawat pesakit Covid-19,” katanya.

Perkongsian Dr Sheikh Muszaphar di laman Instagram beliau. Sehubungan itu, Dr Sheikh Muszaphar berkata, perjuangan isterinya sememangnya berhak disanjung. “Satu-satu perkara yang dapat saya lakukan ialah menambah berat badan bersama dengannya, yang merupakan sebahagian daripada perjanjian. Haha,” ujarnya secara berseloroh.Dr Muszaphar dan Dr Halina mendirikan rumah tangga pada 10 Oktober 2010. Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan empat cahaya mata iaitu Sophea Isabella, Sophea Natasha dan anak kembar lelaki iaitu Sheikh Adam dan Sheikh Noah. Sumber:mstar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *