99 kluster aktif termasuk 6 kluster untuk hari ini. KKM dedahkan punca 6 kluster terbaharu yang melibatkan 3 buah negeri ini dan harap semua maklum

berita

Petang tadi, Kementerian Kesihatan (KKM) mengesahkan enam lagi kluster baru COVID-19 dikesan hari ini.Kluster itu melibatkan beberapa daerah di negeri Selangor, Negeri Sembilan, Melaka dan Sabah. Sehingga hari ini, sebanyak 99 kluster aktif telah direkodkan termasuk enam kluster baru hari ini. Berikut merupakan ringkasan kluster baru berkenaan:

Kluster Tinusa. Kes indeks kluster ini ialah kes ke-12,844 yang didapati positif hasil saringan individu bergejala pada 6 Oktober 2020 lalu. Beliau dimasukkan ke Hospital Duchess of Kent, Sandakan, Sabah.Hasil saringan ke atas 586 individu mendapati seramai 33 kontak rapat positif, 486 negatif dan 67 masih menunggu keputusan.

Kluster Sauh.Kluster ini melibatkan daerah Kota Kinabalu, Papar, Sabah dan Miri, Sarawak.Kes indeks kluster ini, kes ke-16,540 dan kes ke-17,508 dikenalpasti positif hasil saringan bergejala pada 13 Oktober 2020.Susulan itu, kes ke-16,540 telah dimasukkan ke Hospital Queen Elizabeth manakala kes ke-17,508 telah dimasukkan ke Hospital Miri, Sarawak.Saringan kontak rapat mengenalpasti 15 lagi kes positif COVID-19.Sehingga hari ini, seramai 149 individu telah disaring di mana 17 kes positif dan 132 negatif.

Kluster Jambu.Kluster ini melibatkan daerah Hulu Langat, Selangor.19,367 dikenalpasti positif hasil saringan sebelum operasi pada 16 Oktober 2020 dan telah dimasukkan ke hospital Sungai Buloh. Saringan kontak rapat mendapati 13 lagi positif COVID-19. Sehingga hari ini, seramai 139 individu telah disaring di mana 15 kes positif dan 124 masih menunggu keputusan

Kluster Sofi.Kluster ini melibatkan daerah Seremban di mana kes indeks, kes ke-22,168 dikenalpasti positif hasil saringan bergejala pada 20 Oktober. Beliau telah dimasukkan ke Hospital Rembau untuk rawatan.Sehingga kini, seramai 33 kontak rapat disahkan positif berdasarkan saringan ke atas seramai 160 individu, manakala 11 negatif dan 115 masih menunggu keputusan.

Kluster Bah Mutiara.Kluster ini melibatkan daerah Hulu Langat, Selangor dan Titiwangsa, Lembah Pantai di WP Kuala Lumpur.Kes indeks, kes ke-10,507 dikenalpasti positif hasil saringan individu bergejala dan didapati mempunyai sejarah perjalanan dari Sabah.Beliau telah dimasukkan ke Hospital Sg Buloh untuk mendapatkan rawatan.Seramai 9 kontak rapat didapati positif hasil saringan ke atas 96 individu yang telah disaring di mana 86 individu masih menunggu keputusan.

Kluster Umboo.Melibatkan daerah Alor Gajah, Melaka.Kes indeks merupakan kes ke-21,322 yang dikenalpasti positif hasil saringan di Depoh Tahanan Imigresen.Saringan kontak rapat mendapati 3 lagi positif COVID-19. Sehingga kini, seramai 373 individu telah disaring di mana 4 positif, 218 negatif dan 151 individu masih menunggu keputusan.Sumber: KKM

TERKINI: 847 Kes Baharu COVID-19 Dan 5 pemergian Dicatatkan Hari Ini

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan bahawa terdapat 847 kes baharu covid-19 yang dilaporkan pada hari ini.Menerusi maklumat yang dikongsikan melalui akaun Twitter rasmi KKM, 847 kes baharu yang dilaporkan pada hari ini menjadikan jumlah kumulatif kes Covid-19 yang dilaporkan meningkat kepada 23,804 kes secara keseluruhan.

Daripada 847 kes baharu yang dilaporkan pada hari ini, sebanyak 842 merupakan kes tempatan manakala 5 lagi adalah kes import.Jumlah kes aktif yang dilaporkan pula adalah sebanyak 8,183 kes. Mereka telah diasingkan dan diberikan rawatan.Terdapat 90 kes yang sedang dirawat di ICU dan daripada itu, 29 kes memerlukan alat bantuan pernafasan.KKM juga turut memaklumkan bahawa terdapat 5 kes pemergian yang dicatatkan pada hari ini. Jumlah kumulatif kes pemergian pula meningkat kepada 204 kes atau bersamaan dengan 0.86% secara keseluruhannya.Sumber: KKM

8 Kluster Baharu Dicatatkan Untuk Hari Ini. Terkini KKM Dedahkan Punca Kluster Baru Ini Berlaku Dan Harap Semua Ambil Perhatian Akan Kes Ini

Putrajaya, 21 Oktober – Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah mengesahkan terdapat lapan kluster baru COVID-19 dilaporkan hari ini.Kluster tersebut melibatkan negeri Sabah, Selangor, Negeri Sembilan dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.Berikut merupakan ringkasan lapan kluster tersebut:

Kluster Basung.Kluster ini libatkan sebuah jeti nelayan di daerah Kudat, Sabah.Sebanyak 19 kes positif dikesan melalui saringan bersasar ke atas individu yang terlibat dengan perniagaan ikan di Kudat.Sehingga hari ini, seramai 174 individu disaring di mana 19 positif, 148 negatif dan 7 masih menunggu keputusan.

Kluster Inai. Kudat, Sabah.Kes indeks ialah kes 17,773 positif hasil saringan individu bergejala 14 Oktober 2020.Telah dimasukkan di pusat kuarantin dan rawatan COVID-19 di PPR Taman Ihsan Kota Belud.Saringan kontak rapat mendapati 7 lagi positif. Seramai 92 individu telah disaring, 8 positif manakala 84 masih menunggu keputusan.

Kluster Tempayan.Kota Kinabalu dan Penampang di Sabah.Kes indeks, kes ke-11,619 dikenalpasti positif hasil saringan individu bergejala 1 Oktober dan telah dimasukkan ke Hospital Queen Elizabeth.Hasil saringan mendapati seramai 18 lagi positif COVID-19.Seramai 21 individu telah disaring di mana 19 positif, satu negatif dan satu lagi masih menunggu keputusan.

Kluster Long.Hulu Langat, Titiwangsa, Lembah Klang, Kepong.Kes indeks, kes ke-16,746 telah dikesan positif hasil saringan individu bergejala pada 12 Oktober 2020 dan dimasukkan ke Hospital Sungai Buloh.Seramai 17 kontak rapat didapati positif. Sehingga kini, seramai 301 individu telah disaring di mana 18 positif, 260 negatif dan 23 lagi masih menunggu keputusan.

Kluster Cahaya.Petaling, Selangor dan Tampin, Negeri Sembilan.Kes indeks, kes ke-20,394 dikenalpasti positif hasil saringan individu bergejala pada 16 Oktober 2020 dan telah dimasukkan ke Hospital Sungai Buloh.Saringan kontak rapat mendapati 17 lagi kes positif. Seramai 84 individu telah disaring, 18 positif, 3 negatif dan 63 masih menunggu keputusan.

Kluster Bah Kota.Sepang, Seremban.Kes indeks, kes ke-17,988 dikenalpasti positif hasil saringan individu bergejala pada 14 Oktober 2020 dan dimasukkan ke Hospital Sungai Buloh.Hasil saringan kontak rapat mendapati 9 lagi positif. Sehingga kini, seramai 171 individu disaring di mana 10 positif, dan 161 lagi masih menunggu keputusan.

Kluster Melati.Titiwangsa, Klang.Kes indeks 18,002 positif hasil saringan individu bergejala 14 Oktober 2020 dan telah dimasukkan ke Hospital Sungai Buloh.Saringan kontak rapat mendapati 8 lagi positif.Sehingga 21 Okt, seramai 24 individu telah disaring, 9 positif manakala 15 lagi sedang menunggu keputusan.

Kluster Bina Labuan.WP Labuan.Kes indeks, kes ke-22,943 telah dikesan positif hasil saringan kemasukan ke hospital pada 21 Oktober 2020 dan hembuskan nafas terakhir pada hari yang sama.Saringan kontak rapat mendapati 4 positif. Seramai 60 individu telah disaring di mana 5 positif dan 55 lagi masih menunggu keputusan.Sumber: KKM

TERKINI: 732 Kes Baharu COVID-19 Dan 6 Kes Pemergian Baharu Dilaporkan Hari Ini

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan bahawa terdapat 732 kes baharu covid-19 yang dilaporkan pada hari ini.Menerusi maklumat yang dikongsikan melalui akaun Twitter rasmi KKM, 732 kes baharu yang dilaporkan pada hari ini menjadikan jumlah kumulatif kes Covid-19 yang dilaporkan meningkat kepada 22,657 kes secara keseluruhan.

Daripada 732 kes baharu yang dilaporkan pada hari ini, sebanyak 724 merupakan kes tempatan manakala 8 lagi adalah kes import.Jumlah kes aktif yang dilaporkan pula adalah sebanyak 7,827 kes. Mereka telah diasingkan dan diberikan rawatan.Terdapat 102 kes yang sedang dirawat di ICU dan daripada itu, 31 kes memerlukan alat bantuan pernafasan.

Dalam pada itu, kes discaj baharu yang dilaporkan pada hari ini adalah 580 kes. Justeru, jumlah kumulatif kes discaj di Malaysia terus meningkat kepada 14,931 kes.KKM juga turut memaklumkan bahawa terdapat 6 kes pemergian yang dicatatkan pada hari ini. Jumlah kumulatif kes pemergian pula meningkat kepada 199 kes atau bersamaan dengan 0.87% secara keseluruhannya.Sumber: KKM

26 Daerah Ini Dikategorikan Sebagai Zon Merah Dalam Tempoh 14 Hari. KKM Akhirnya Dedah Daerah Berkenaan Dan Harap Penduduk Ambil Berat Akan Isu Ini

Sebanyak 26 daerah di seluruh negara dikategorikan sebagai zon merah dalam tempoh 14 hari iaitu dari 7 hingga 20 Oktober, menurut Pusat Kesiapsiagaan dan Tindak Cepat Krisis (CPRC) Kementerian Kesihatan Malaysia.

Berdasarkan senarai yang diberikan CPRC, Sabah mencatatkan jumlah zon merah tertinggi dengan 16 daerah manakala Selangor mencatatkan lima daerah, masing-masing dua daerah di Kedah (Kota Setar dan Pokok Sena) dan Pulau Pinang (Timur Laut dan Seberang Perai Selatan), manakala satu di Perak iaitu daerah Larut, Matang, Selama.

Memperincikan 16 daerah di Sabah itu, ia melibatkan daerah Lahad Datu, Kota Kinabalu, Sandakan, Tuaran, Kunak, Papar, Semporna, Tawau, Putatan, Penampang, Ranau, Beaufort, Kota Belud, Keningau, Tambunan dan Kudat.Lima daerah di Selangor pula melibatkan Klang, Petaling, Hulu Langat, Gombak dan Kuala Langat.

Dari segi mukim pula, Kedah melibatkan mukim Kota Setar dan Gajah Mati; Pulau Pinang (Georgetown dan Mukim 6); Perak (Taiping); dan Selangor (Klang, Kapar, Sungai Buloh, Petaling, Damansara, Kajang dan Tanjung Dua Belas (1)).

Selain itu, mukim merah di Sabah melibatkan Bandar, Silabukan dan kawasan Felda di Lahad Datu; Kota Kinabalu (Laut, Likas, Pantai, Sembulan, Darat, Kamung Air, Petagas dan Tanjung Aru); Sandakan (Sentosa, Karamunting, Beatrice, Batu Sapi, Sibuga dan Pantai Elopura); Tuaran (Indai, Serusup dan Tambalang); Kunak (Pekan); Papar (Pengalit/Kawang dan Labak/ Kinarut); Semporna (Bugaya dan Tampi-Tampi); Tawau (Sri Tanjung, Merotai dan Balung); Putatan (Petagas dan Lok Kawi); Penampang (Kepayan dan Penampang Baru); Kota Belud (Kulambai); dan Kudat (Tiga Papan). – Bernama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *