Video menari Ain Edruce raih perhatian bila ada warganet berpendapat Ain sedang hamil. Ini komen Ain susulan komen tersebut mula menjadi bualan orang ramai

artis

Baru-baru ini, selepas memuat naik video menari di dapur hingga menampakkan ‘baby bump’ di perut, pelakon dan pengacara Ain Edruce, 29, didkwa hamil oleh segelintir pengikutnya di Instagram.Bagaimanapun, pengacara program Immortal Songs itu ketika dihubungi enggan mengesahkan sama ada dia hamil atau tidak.

“Saya taknak komen apa-apa lagi. Namun, saya ucapkan terima kasih kepada semua yang  sudah mendoakan baik- baik buat saya dan suami. Sampai masanya, saya akan berkongsi. Sekarang fokus saya masih lagi pada kerja. Alhamdulillah, rezeki saya makin bertambah selepas berumah tangga,” katanya kepada Harian Metro.

Ain berkata, semua pasangan yang berkahwin pasti selalu berdoa semoga dikurniakan cahaya mata. Begitu juga, dia dan suami turut mengimpikan memiliki anak.Ditanya mengenai kritikan daripada segelintir warganet terhadap video tarian berkenaan, Ain berkata, dia tak ambil tahu dengan komen-komen berbaur negatif.

“Saya selesa hanya dikelilingi aura positif. Jadi, benda-benda yang negatif seperti komen ditulis dengan bahasa kurang manis, memang saya tak layan. Saya tak mahu rasa tertekan. Siapa tak sedih apabila membaca komen-komen yang negatif. Jadi, tidak mahu fikiran saya terganggu dan sakit hati, maka abaikan saja. Biarkanlah mereka dengan komen-komen itu,” katanya.

Menurut Ain, dalam situasi sekarang wajar untuknya menjaga kesihatan diri berikutan kes jangkitan Covid-19 ketika ini semakin meningkat. Lebih baik dia utamakan norma baharu dalam kehidupan.”Ikut SOP (Prosedur Operasi Standard) ditetapkan walau di mana saja berada, jangan rentas daerah dan negeri serta duduk di rumah saja sekiranya tidak ada urusan kerja yang penting di luar. Jangan lupa pakai selalu pelitup muka, jaga penjarakkan fizikal dan kerap mencuci tangan dengan sabun seperti disarankan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM),” katanya. Ain yang juga popular dengan sitkom Jenaka Kampung Kalut (JKK) di TV3 berkahwin dengan Amirul Hafiz pada 13 Disember tahun lalu selepas enam bulan mereka bertunang.

Undang Pelbagai Reaksi Warganet. Ain Edruce Selamba Sahaja Berkumur Lepastu Teguk Air Sehinggakan Warganet Anggap Ain Edruce Pengotor Dan Ini Respon Ain Sendiri

Selamba sahaja pelakon dan pengacara Ain Edruce minum air yang dikumurnya sehinggakan mengundang pelbagai reaksi warganet di media sosial. Segelintir daripadanya menyifatkan tindakan spontan Ain yang sedang makan bersama suaminya itu kelakar dan menghiburkan. “Svmpahlah lawak si Ain ni,” tulis salah seorang pengguna di Twitter yang berkongsi video terbabit.

Malahan, ada yang terhibur melihat reaksi suami Ain, Amirul Hafiz Mustaffa yang terkesima dengan tindakan isterinya itu.”Aku nak sangat jumpa jodoh aku macam Amirul. Sebab perangai pun boleh hauk juga macam Ain ni,” komen salah seorang pengguna.”Lawak lagi reaksi si Amirul. Apa eh Ain ni,” tambah pengguna lain pula.

Bagaimanapun, aksi Ain itu ada sahaja kurang disenangi oleh beberapa pengguna media sosial dan menganggap caranya itu kotor dan kurang ajar.”Tak lawak langsung. Nampak kurang ajar adalah,” tulis seorang pengguna.”Geli kot buat macam tu,” sahut pengguna lain.”Apa yang lawaknya. Macam turn off jer, kenapa tak lvdah balik dalam gelas tu?” tambah pengguna lain pula.

“Saya rasa ini tak ada adab. Kalau kelakar saya gelak juga,” komen pengguna lainnya.”Kenapa sejak akhir-akhir ini aku kecewa betul dengan sense of humor rakyat Malaysia,” tambah seorang pengguna lain.Mengulas mengenai video berkenaan kata Ain itu caranya bersama pasangan untuk menzahirkan sisi romantis diri sendiri tanpa berselindung.

“Definisi sweet kitorang,” kata Ain.Video terbabit dirakamkan Ain bersama Amirul ketika mengulas mengenai situasi pelakon Amerul Affendi yang berdepan dilema kurang pengikut di Instagram yang menjadi punca ditolak berlakon di stesen televisyen tempatan-gmpk

Sekadar Kongsi Momen Manis Bersama Suami. Gara Gara Satu Gambar Ain Edruce Dan Suami Terus Terima Kritikan Warganet

Pada permulaanya, niat pelakon dan pengacara, Ain Edruce memuat naik foto suami menciuuum pipi di Instagram sekadar berkongsi momen manis dan mengabadikan kenangan sempena hari jadinya, baru-baru ini.Namun, tanpa diduga, foto yang memaparkan kemesraan mereka menjadi bualan orang ramai di laman Twitter.

Ain atau nama sebenarnya, Nurulain Edruce terkejut membaca komen warganet yang mengkritiknya. Ini kerana kebanyakan warganet menyangka lelaki yang mengucup pipi adalah kekasihnya. “Saya ada muat naik gambar suami menciuum pipi ketika meraikan ulang tahun, baru-baru ini. Saya menulis kapsyen ‘I have the best boyfriend ever’ pada gambar berkenaan.

“Tak sangka ramai warganet mengkritik dengan mengatakan saya tak tahu soal halal dan haram apabila berkongsi gambar mesra dengan teman lelaki. “Saya pelik apabila membaca komen. Adakah mereka tidak tahu lelaki berkenaan adalah suami saya? Apabila ada warganet menjelaskan, ada pula yang mengkritik tak perlu tunjuk kebahagiaan dalam laman sosial.

“Setahu saya, selama ini saya tidaklah kerap muat naik gambar bersama suami. Sesekali nak ‘belanja’ gambar mesra dengan suami pun boleh jadi isu,” luah pelakon sitcom Jenaka Kampung Kalut (JKK) ini. Tidak mahu terus melukai perasaan sendiri, pengacara tinggi lampai itu mengambil pendekatan untuk tidak membaca komen.

“Selalunya, kalau apa sahaja yang saya muat naik menjadi tular dan orang sudah mula memperkatakannya, saya tak akan layan. Saya elak baca komen. Buat apa nak baca benda yang boleh melukakan hati,” tegas wanita berusia 29 tahun itu.

Bercerita kehidupannya selepas bergelar isteri, Ain berkata, dia teruja apabila dapat melakukan kerja rumah seperti wanita lain yang berumah tangga. “Saya sibuk kerana terbabit banyak program seperti penggambaran drama dan pengacaraan, sejak bulan lalu. Selepas berkahwin, saya mahu fokus kepada dunia pengacaraan kerana tidak mahu berpisah lama dengan suami.

“Rasa rindu pula kalau asyik berjauhan. Apabila berada di rumah, dapat saya belajar serba sedikit menguruskan rumah tangga seperti membasuh dan cuci pinggan. Apa yang melucukan, apabila melihat saya kerap berada di rumah, suami jadi pelik dan bertanya apakah saya tidak bekerja?

“Malah, suami suruh saya pergi bekerja. Terkejut juga apabila dia memberikan reaksi begitu. Kita beriya-iya mahu menjadi isteri mithali, tetapi sudahnya suami suruh pergi kerja,” katanya.Pengacara program realiti, Immortal Songs itu berkata, dia reda kerana suaminya, Amirul Hafiz Mustaffa bukanlah insan romantis.

“Sejak zaman bercinta lagi, suami bukanlah seorang lelaki yang romantik. Jangan harap nak dengar dia lafazkan kata-kata puitis. Dia hanya akan bercakap perkara yang logik sahaja.”Ada kala sebagai wanita, saya hendak juga bermanja macam dalam drama Korea yang sering ditonton. Cuma, suami buat kejutan dengan memberikan saya sejambak bunga sempena ulang tahun kelahiran, baru-baru ini. “Apapun, saya bersyukur walaupun suami kurang daripada segi itu, tetapi Amirul adalah lelaki yang sangat bertanggungjawab dan suka memasak. Sukar hendak cari lelaki sepertinya,” katanya.-bh

Baru Aktif Dengan Perlumbaan Kereta Bersama Toyota. Ain Edruce Terus Terang Bila Ada Saudara Mara Persoalkan Tentang Anak Dan Ini Jawapan Padu Dari Ain Sendiri

KUALA LUMPUR – Tidak sampai tempoh setahun berumah tangga, pelakon dan pengacara Ain Edruce mengakui sering diasak persoalan mengenai cahaya mata oleh keluarga terdekat.Pemilik nama Nurulain Edrucce, 29, itu berkata, dia dan suaminya yang merupakan seorang ahli perniagaan, Amirul Hafiz Mustaffa, 27, bagaimana tidak pernah berasa tertekan setiap kali diajukan dengan soalan cepumas tersebut.

“Pada awalnya saya terfikir juga, memang normal ke orang baru kahwin terus ditanya pasal anak, sebab boleh tertekan juga kalau soalan sama ditanya berulang kali.“Tetapi jawapan saya mudah. Saya jawab, insya-Allah dan minta mereka doakan agar rezeki untuk menimang cahaya mata termakbul,” katanya ketika ditemui pada sidang akhbar Immortal Songs baru-baru ini.

Pelakon sitkom Jenaka Kampung Kalut (JKK) itu memberitahu, dia juga tidak pernah menetap sebarang tempoh untuk menimang cahaya mata dan sentiasa bersedia untuk mendapat zuriat pada bila-bila masa.“Saya dan suami tak buat perancangan pun bila ingin timang cahaya mata tetapi kalau ada rezeki dalam masa terdekat, kami terima.

“Malah, sekarang pun saya aktif dengan perlumbaan kereta bersama Toyota GAZOO Racing, jadi risau juga kalau disahkan mengandung, takut akan membahayakan bayi dalam kandungan pula,” ujarnya.Terdahulu, Ain selamat bergelar isteri kepada Amirul pada 13 Disember tahun lalu selepas enam bulan bertunang. – K! ONLINE

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *