Memiliki 28 buah motosikal pelbagai jenis. Achey dedahkan cerita dan cara dia memiliki 28 buah motosikal ekoran minatnya yang mendalam terhadap motosikal

artis

Ternyata minat mendalam terhadap motosikal membuatkan Achey, pelawak ini mempunyai banyak koleksi motosikal pelbagai jenis. Achey atau nama sebenarnya,Mohd Nasir Hamzah,34 berkata setakat ini dia memiliki 28 buah motosikal pelbagai jenis walaupun sebahagiannya sudah dijual.

Yang menariknya,kebanyakan motosikal itu adalah barang cagaran individu yang membuat pinjaman wang dengannya.”Punca motosikal saya jadi banyak sebab orang datang kepada saya kata ‘Achey nak pakai RM500, tapi aku tak ada benda nak ganti, aku ada motor’. Apabila sudah okay, mereka kata nak ambil semula, tapi rata-ratanya tak ambil pun. Saya pula yang pening kepala. Saya tengok ada motosikal yang ‘rare’, jadi saya ambil dan baiki. Itu yang jadi banyak,” katanya. 

Menurut Achey, sebahagian motosikal yang sudah dibaik pulih dijual untuk dijadikan modal ketika ingin membeli rumah. Katanya, dia juga  terpaksa menyimpan motosikal itu di beberapa tempat berasingan kerana sudah terlalu banyak.”Ada yang disimpan di kampung dan beberapa tempat lain. Antaranya saya ada empat buah motosikal jenis Modenas Kriss dan tiga SYM. Motosikal yang ada pun bukanlah motosikal berkuasa tinggi. Saya lebih kepada motosikal untuk sukan lasak,” katanya.Sebelum ini, Achey memang dikenali dengan aktiviti sukan permotoran sehingga pernah menerima anugerah Ikon Permotoran Virl.

Tak Tolak Rezeki Ambil Anak Angkat Lagi. Achey Dedah Isterinya Merancang Untuk Lalui Satu Rawatan Ini Dan Harap Semua Doakan Yang Terbaik Buat Dia Dan Isteri

KUALA LUMPUR: Usai tamat zaman persekolahan, penyanyi dan pelawak, Achey, 34, suka sangat menyertai pertandingan nyanyian. Pantang ada pertandingan nyanyian, pasti dirinya tidak mahu ketinggalan mencuba nasib walaupun di ceruk kampung mana sekali pun.Namun, nasib belum menyebelahi dan mungkin nada suara belum boleh diterima, selain tiada platform yang betul, jadi hasratnya bergelar penyanyi akhirnya tersimpan begitu saja.

Bagaimanapun, siapa sangka lebih sedekad berlalu, anak muda yang bakat nyanyian tidak dipandang berjaya meletakkan nama dalam kategori Penyanyi Lelaki Popular Xiomi Malaysia, Anugerah Bintang Popular BH Edisi Ke-33 (ABPBH) 33.Diminta mengulas kejayaannya membol0si pencalonan kategori Penyanyi Lelaki Popular, Achey atau nama sebenarnya, Mohd Nasir Hamzah secara jujur tidak menyangka mampu sampai ke tahap itu.

Katanya, dia sendiri tidak mengetahui mengenai pencalonan berkenaan, sebaliknya diberitahu peminat.”Saya tidak menduga menembusi pencalonan kategori Penyanyi Lelaki Popular, tetapi saya tentunya mengharap dicalonkan. Bagi saya, ia satu pencapaian cukup tinggi, apatah lagi untuk menampilkan karya sendiri.

“Bagaimanapun, saya meletakkan diri sebagai penyanyi tidak profesional, hanya lagu yang boleh dijual.”Selepas tamat persekolahan sekitar usia 18 tahun, saya gemar menyertai pertandingan nyanyian. Namun, bakat saya tidak diterima. Tidak sangka selepas bergelar pelawak, saya mempunyai platform mengembangkan bakat dalam bidang nyanyian. Apa yang membuatkan saya terharu apabila peminat boleh menerima nada suara saya,” katanya kepada BH Online.

Anggota kumpulan Bocey itu berkata, dia berharap lagu nyanyiannya turut berjaya menembusi Anugerah Juara Lagu (AJL) selepas pencalonan ABPBH 33.”Sebelum ini, saya mengharapkan tuah lagu Yang Terindah, tetapi tiada rezeki. Kita lihatlah sama ada lagu lain mungkin boleh membolosi AJL akan datang,” katanya.

Selain lagu Yang Terindah dan Sakit, Achey turut memiliki dua single Anak dan terbaru, akan muncul dengan single berjudul Sembuh yang dijangkakan pada bulan depan. Sembuh juga hasil ciptaan Achey sepenuhnya.Tidak hanya dicalonkan menerusi kategori Penyanyi Lelaki Popular, nama Achey turut menembusi senarai kategori Pelakon Filem Lelaki Popular.

Enggan meletakkan harapan tinggi, Achey berkata, dia sudah cukup bersyukur apabila dicalonkan. Itu bermakna kewujudannya dalam industri seni masih disedari dan dihargai.Mempunyai kelab peminat yang dikenali sebagai Achey Vangerz, Achey yang pernah memenangi kategori Artis Baharu Lelaki Popular pada ABPBH 2014 tidak mempunyai sebarang strategi, sebaliknya menyerahkan soal kemenangan kepada takdir.

“Menang atau kalah, adat pertandingan. Saya tidak menyimpan harapan menggunung, sebaliknya menyerahkan pada rezeki.”Menembusi pencalonan ABPBH pun satu rahmat. Saya bersyukur masih mendapat tempat di hati peminat,” katanya.Berkongsi perkembangan peribadi, Achey berkata, dia dan isteri, Nur Hasanah Yahya mempunyai perancangan untuk menjalankan rawatan kesuburan in-vitro (IVF).

Bagaimanapun, katanya, mereka terpaksa menimbangkan semula rawatan berikutan kemungkinan terbabit dalam sebuah program komedi.”Walaupun rawatan membabitkan isteri, tetapi saya perlu memastikan emosi isteri sentiasa stabil. Jika terlalu sibuk dengan kerja, saya bimbang tidak dapat memberikan sepenuh perhatian kepadanya.

“Selain itu, isteri juga perlu mendapatkan rehat mencukupi, lihatlah bagaimana Datuk Seri Siti Nurhaliza berehat cukup lama ketika mengandung anak sulungnya, Siti Aafiyah.”Makan minum perlu dijaga. Apa yang penting, rehat dan emosi. Tambahan pula, anak kami, Nur Tiara Zinnirah, 2, sedang lasak. Saya bimbang isteri tak mampu mengawalnya seorang diri. Jadi, saya perlu sentiasa berada di sisi isteri ketika proses rawatan,” katanya.

Bagaimanapun, kata Achey, dia tidak menolak sekiranya ada rezeki mengambil anak angkat lagi.”Kami sudah bersedia mengambil anak angkat. Apa salahnya, ini kerana kehadiran Nur Tiara cukup bermakna dalam hidup kami.”Ikutkan, isteri mahukan zuriat sendiri, tetapi apa yang nak diharapkan jika belum ada rezeki. Kami kena reda. Jika dapat anak angkat pun kami terima. Kalau boleh, kami mahu anak lelaki pula,” katanya.

Anak kelahiran Segamat, Johor itu berkata, dia juga perlu melihat dalam kalangan adik-beradiknya yang bakal menimang cahaya mata untuk dijadikan ibu susuan.”Kami menumpang susu kakak saya ketika mengambil Nur Tiara. Ini kerana isteri tidak berjaya menyusukan anak. Dia ada mengambil hormon untuk mengeluarkan susu, tetapi malangnya tidak berjaya.

“Isteri pula menanggung kesakitan dan terpaksa dirujuk pada doktor,” katanya ketika ditemui pada majlis penyerahan sumbangan cek RM15,000 kepada Makmal Penyelidikan Knser Universiti Putra Malaysia (UPM) – Majlis Knser Nasional (MAKNA) (CANRES), baru-baru ini.BERITA BERKAITAN

Siapa Sahaja Yang Taknak Anak. Achey Dan Isterinya Tekad Mahu Jalani Rawatan Ini Sebagai Satu Alternatif Setelah Lama Mendirikan Rumah Tangga Bersama.

Pelawak Achey memberitahu bahawa dia mahu menjalani rawatan kesuburan menerusi proses ujian persenyawaan in vitro (IVF) bersama isteri, Nor Hasanah Yahaya sebagai salah satu usaha untuk menimang cahaya mata sendiri.

Bagaimanapun, kata Achey, hasrat tersebut masih belum lagi tertunai sejak mula dirancang pada penghujung tahun lalu. “Awal bulan Disember tahun lalu, saya dan isteri memang ada rancang nak buat IVF. Cuma memikirkan mungkin banyak program komedi pada hujung tahun, perancangan itu agak susah kerana nak buat proses tersebut tak boleh stres.

“Sepatutnya bulan Jun lepas, tapi tuntutan kerja dan pandemik Covid-19 pula. Insya-Allah mungkin dalam tahun ini juga, kalau boleh secepat mungkin. Orang rumah pun kalau boleh nak anak dari rahim sendiri juga ,” katanya kepada Gempak. Menurut Achey, dia dan isteri memang mempunyai perancangan untuk menambah cahaya mata selepas mengambil anak angkat, Tiara Zinnirah pada Mei 2018 yang kini berusia dua tahun.

Pada masa sama, katanya, dia tidak kisah sekiranya ada rezeki untuk mengambil anak angkat lagi. “Kalau ada dapat seorang anak angkat (ambil) sahajalah dulu. “Tak kisah sebenarnya kalau tambah anak angkat lagi. Bila dah ada seorang jadi seronok. Cuma, kalau boleh nak puas jaga sampai umurnya tiga tahun. Mungkin tambah seorang anak lelaki pula.

“Cuma, sebelum nak ambil tu, saya kena fikirkan dalam ahli keluarga saya ada tak yang boleh jadi ibu susuan untuknya,” katanya. Sebelum ini, Achey pernah memaklumkan isterinya mengalami masalah dalam memberi penyusuan badan kepada anak angkatnya. Achey mendirikan rumah tangga dengan Nor Hasanah Yahaya pada 2011.  

Sumber: Gempak

Takut ada hati yang terluka. Tergamam bila Bella Astilah sendiri bagi peringatan kepada pihak yang asyik bertanyakan isu sensitif kepada pasangan yang tiada zuriat lagi.

Pelakon dan penyanyi Bella Astillah memberi peringatan kepada segelintir pihak yang suka bertanyakan soal anak kepada pasangan yang belum mempunyai zuriat supaya menjadi lebih sensitif dan peka. Menurut Bella, 26, seeloknya hanya mendoakan kerana khuatir topik itu mungkin telah melukai hati tanpa disedari.

“Orang luar pun kalau jumpa saudara atau kawan-kawan yang belum punya zuriat tak perlu lah tanya berulang kali takut ada hati yang terguris kerana kita tak tahu perjuangan mereka macam mana. “Doakan dalam diam adalah lebih baik. Dan hargailah kepunyaan yang kita ada terlebih dahulu.

“Sentiasa bersyukur, selebihnya serahkan kepada-Nya. “He knows best. Masa akan tiba. Trust him,” tulisnya. Perkongsian itu dibuat menerusi sebuah entri yang dimuat naik di Instagram Stories miliknya pada Khamis lalu. Dalam pada itu, isteri kepada penyanyi Aliff Aziz ini mendoakan agar pasangan yang sedang menanti zuriat tidak berada dalam keadaan tertekan.

“Saya doakan untuk semua pasangan yang sedang berusaha dan sedang menantikan zuriat dikurniakan zuriat yang sihat dan walafiat dan comel-comel tak lama lagi. Insya-Allah. “Jangan stress. Jangan terlalu fikir sangat. Jalani hidup ini dengan ikhlas dan reda. “Jangan putus harapan, percaya dengan perancangan Allah swt,” tulisnya lagi. Bella dan Aliff berkahwin pada 9 September 2016 dan dikurniakan dua cahaya mata bernama Mohamed Ayden Adrean, 3 dan Ara Adreanna yang lahir pada 18 Julai lalu.- Gempak

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *