Mak mertua selalu cakap isteri suka sangat hasut anak lelaki dia. Pada mulanya suami dia tak beritahu isteri yang dia ada hutang sampai puluh ribu. Akhirnya isteri dia luah sesuatu lepas 5 tahun berlalu

kisah rumah tangga

Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua. Saya tidak tahu macam mana mahu bersabar dengan mak mentua ini. 5 tahun sudah berkahwin, selalu berbalah dengan suami berpunca dari keluarga mentua. Tolonglah ibu bapa/ipar/biras/ adik beradik bila mana salah seorang ahli keluargmu sudah berumahtangga, tolonglah jangan masuk campur, menyibuk dan mengata lebih kurang.

Kenapa tidak diberikan galakan dan sokongan untuk mereka bina sebuah masjid yang bahagia dan aman. Kenapa perlu iri hati dan berdngki antara satu sama lain. Lebih dhsyat bila mak mertua masuk campur, bila tidak balik kampung , dikatanya si isteri yang tidak mahu balik.

Isteri menghalang dan lebih teruk setiap hari telefon disuruhnya balik, smpai menagih simpati anak dengan ayat, “kenapa taknak balik kampung, mak ada buat salah dengan isteri kamu ke, isteri kamu bnci mak ke?” Ya Allah, padahal baru bulan lepas balik. Dikatakan si isteri yang menghasut tidak balik.

Sepanjang perkahwinan kami,setiap 2 bulan kami akan pulang ke kampung jenguk mak mertua. Dan bulan berikutnya family sebelah aku supaya adil, so tiap tiap bulan kami akan pulang ke kampung. Aku tak kisah kalau dia nak cakap aku tidak mahu balik ke yang penting jangan la sampai menghasut adik ipar duai mengatakan aku ni jenis queen control tak benar kan suami pulang ke kampung. Aku sabar….

Dulu pernah terjadi satu kes dimana saya tegur abang suami, abang ipar yang selalu meminta duit daripada suami, dalam sebulan boleh dikatakan setiap minggu telefon suami minta duit. Dah tahu nak pindah rumah dan perlukan duit deposit rumah, kenapa tidak menyimpan siap-siap, minggu depan mahu pindah setelah didesak oleh isteri abang ipar untuk berpindah ke rumah yang lebih selesa dan terus menelefon suami saya mintak RM3,000. Aku sabar…

Suami merahsiakan perkara ini dari saya. Semua ini saya tahu lepas saya kemas rumah dan terjumpa diari suami yang mencatat hutang abang-abangnya hampir RM60k. Diakui gaji suami lebih tinggi, tapi suami sudah berkahwin dan banyak tanggungjawab.

Saya bukan kedekut dan nak mengawal duit suami tapi kenapa suami saja yang diminta, mereka ada 6 adik beradik, semua dikatakn kerja stabil dan boleh sangat kalau diminta tolong. Yang saya sedih suami saya cukup berjimat, sampai baju pun dibeli di bundle, keperluan saya dan anak dicukupkn tapi keperluan dia, diendahkan. Saya sedih sangat. Aku sabar…

Saya boleh tegur abang ipar itu sebab saya pelik, selalunya bulan-bulan suami akan ada lebihan gaji, namun sejak dua tiga bulan ini , gaji suami tidak pernah cukup. Sampai suami suruh saya dahulukan duit biasiswa (saya masih belajar) untuk membeli susu anak.

Bila saya paksa suami, barulah suami cerita abang dia yang minta pinjam duit untuk bayar duit muka sewa rumah baru. Suami enggan beri, tapi dipaksa oleh ibu mertua. Dalam masalah saya ni, banyak campur tangan mak mertua. Ada suatu hari family gathering, abang ipar cerita kereta dia mahu kena tarik, tetiba mertua cakap dengan lantangnya.

“Hah, Abu (suami saya) tolon lah bayar duit kereta abang kau tu, kesian abang” Abang ipar bukan tidak bekerja, tapi jenis tidak tahu menyimpan duit. Bila saya suarakan ketidak puasan hati saya tentang hal ini, mak mertua cop saya menantu jhat. Menantu yg menghabiskn duit anak dia sb saya xkerja. Ya Allah sebak saya rasa.

Bukan saya nak mengata mak mertua saya, cuma saya dah xtahan. Depan saya dia berlakon baik sgt, depan suami baik sgt layan saya, bila jauh dimengatanya saya mcm2. Kebaikn sya dia langsung xnampak (kalau balik kg, saya akn beli mcm2, masak, mengemas tapi saya tgk biras saya yg lain kalau balik melenggang ja, xtolong pun masak bagai, lebih duduk melepak sembang) , saya bukan nak mengungkit tapi saya terkilan.

Saya cukup dah xtahan dgn mak mertua mcm ni. Ksian suami bila gduh mesti sya ungkit perihal mak & keluarga dia. Saya tahu dia tersepit, tapi dah 5 tahun berkahwin, saya dah tahan mcm mni. Dengan ipar & biras dengki iri hati dgn kehidupan kami, dengan mertua perngai talam dua muka. Saya betul2 hilang sabar

Suami Nekad Beli Barang Dapur Mak Angkat Satu Troli Tapi Bagitau Isteri Gaji Kena Potong. Selamba Suami Cakap Isteri Dengki Bukan Benda Penting Pun Semua Nak Cakap.

Dalam diam suami beli barang dapur untuk mak angkat tanpa pengetahuan isteri. Mengejutkan ini respon suami bila isteri dapat tahu pasal cerita sebenar.Diam2 dia tak bagitau apa yang dia buat bila isteri tahu, dia cakap buat apa nak bagitau bukannya penting pun. Hidup ko jangan dngki dengan orang. Assalam. Nak tanya pendapat dari warganet . Macam ni kalau seseorang suami dia bagi duit beli barang dapur bagi kat mak angkat dia tanpa pengetahuan isteri.?

Diam2 dia bagi tak bagitau apa yang dia buat bila isteri tahu, dia cakap buat apa nak bagitau bukannya penting pun. Hidup ko jangan dngki dengan orang. Sedangkan isteri nak kan kejujuran je dari suami.. Si isteri tak kisah pun suami nak bagi apa.

Cuma kalau boleh jujur bagitau yang dia ada beli ni beli ni bagi kat orang.. isteri takkisah pun cuma nak tahu apa yang suami buat. Tu je. Tapi bagi suami cakap isteri cemburu.. Dngki.. Bsuk hati. Apa pndapat semua.. Sampai sekarang kita orang buat haluan sendiri, Dia dengan hal dia. Saya dengan hal saya. Sebab dia tak bagi saya ambik tahu hal dia walaupun hal keja. Hal kawan dia..

Hal dia pergi mana. Lepak mana2, saya ni dah la tak ade kawan.. Nak bercakap dengn sape.. Dia tak apelah.. Bosan suruh kawan dia datang umah lepak2 layan kawan pun lebih sangat2. Last2 saya tau banyak dia menipu dari cakap betul.

sedh jadi isteri macam ni. Yang dia bercakap pun nak makan, buat air, lepas tu tak ade la.. Perlu tak isteri ambik tau hal macam ni. Bagi akak dan abang2 macam Telefon lagi la. Dia tak nak saya tau. Siap pasword bagai. Pasal duit. Dapat loan ke dpat gaji. Tak pernah bagitau saya. Bila gaji nak potong bru cakap. Bulan ni tak ade duit banyak kena potong. Time nak kena potong baru cakap. Time ada duit senyap je.

Saya tanya pun dia cakap jangan ambik tau hal dia. Ape perlu saya buat. Betul2 rasa sunyi.. Yang tau jaga anak. Masak. Urus hal umah. Tu je dia nak saya buat. Persaan layanan. Jauh sekali.. Kadang2 apa yang dia buat kat saya.. Sampai saya str3ss. Sampai anak pun saya jadi m4rah. Nak tanya pendapat.

perlu ke saya tak ambik tahu hal suami. dia byk sgt menpu saya.. ya allah sedh hati saya. semua orang meyebelah pihak suami. mgkin bagi dorang saya ni jhat. kalau saya jahat nape tak pisah je saya. boleh saya move on. bila mintak pisah. suruh saya pergi mahkamah sendiri.

Syurga Isteri Terletak Di Bawah Tapak Kaki Suami

Seperti yang semua sudah sedia maklum, syurga seorang perempuan yang belum berkahwin terletak di bawah tapak kaki ibunya, tetapi bagi seorang wanita yang sudah bergelar isteri, syurganya terletak di bawah kaki suami. Walaupun tiada hadis sahih yang berkata sedemikian namun ianya boleh dianggap sebagai suatu metafora di mana untuk seorang isteri itu menjadi ahli syurga, adalah dengan mentaati suaminya, yang demikian cukup banyak tercatit dalam ayat Al-Quran dan hadis Baginda.

Allah SWT berfirman yang bermaksud: Wanita (isteri) solehah adalah yang taat lagi memelihara diri ketika suaminya tidak ada dikeranakan Allah telah memelihara mereka. (an-Nisaa’: 34). Dalam ayat tersebut Allah SWT telah menghimpunkan beberapa sifat yang wajib ada pada seorang wanita solehah, antaranya adalah taat kepada Allah SWT dan kepada suaminya dalam perkara yang baik, lagi memelihara dirinya ketika suaminya tidak berada di sampingnya.

Apa pendapat anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen dan Share Ya. Terima Kasih !

Sumber : kisahrumahtangga

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *