Jururawat Perak ini baru sahaja ditugaskan untuk berbakti di Sabah. Namun tak sangka dia diuji positif COVID19 dan ini perkembangan tentang jururawat tersebut.

Viral

Dikhabarkan seorang jururawat yang sebelum ini bertugas di Klinik Kesihatan (KK) Perak dengan secara sukarela telah dihantar untuk bertugas di KK Lahad Datu,Sabah demi membantu pasukan kesihatan di sana. Demi tuntutan tugas,wanita yang diberi nama Siti Nurjannnah Abu Bakr,36,ini sanggup tinggal berjauhan dari suami dan 5 orang anak mereka yang berusia dari 5 hingga 10 tahun di Seri Manjung,Perak.

Walau bagaimanapun, kecekalan wanita ini telah diuji apabila dia disahkan positif COVID 19 pada Ahad lalu selepas menjalani ujian calitan pada 13 Oktober lepas. Tiada apa saya fikirkan selepas disahkan positif Covid-19, melainkan pergi buat selamanya,” luah jururawat, Siti Nurjannah. Disebabkan hal tersebut, Siti Nurjannah tidak boleh lagi berbakti dan dia terpaksa menjalani kuarantin di wad Hospital Lahad Datu bersama pesakit lain yang ditempatkan di situ.

Berkongsi pengalamannya, jururawat ini berkata, dia mula bertugas di Lahad Datu pada 2 Oktober, iaitu sehari lepas tiba di Sabah.Terkejut disahkan positif COVID 19 tetapi reda dengan ujian Allah .Skop kerja Siti Nurjannah ialah membantu doktor dan pembantu melakukan saringan kesihatan menerusi ujian calitan kepada penduduk setempat terutama kawasan yang ada kes positif.

“Dalam sehari, saya bersama pasukan perubatan melakukan saringan terhadap kira-kira 1,000 penduduk.“Seperti petugas lain, saya tidak terkecuali daripada mengikut prosedur operasi standard (SOP) iaitu memakai pakaian perlindungan diri (PPE) lengkap.

“Saya sudah mengambil semua langkah untuk melindungi diri termasuk kerap mencuci tangan, tetapi mungkin sudah ketentuan apabila dijangkiti Covid-19,” katanya. Namun dia terkejut apabila disahkan positif COVID 19 tetapi reda dan menganggap ia adalah ujian daripadaNYA. Malah Siti Nurjannah juga tak salahkan sesiapa kerana dia juga sudah bersedia dengan kemungkinan dijangkiti sakit tersebut kerana tugasannya yang memang saban hari terdedah dengan individu dijangkiti wabak itu.

“Suami  menangis sebaik mengetahui keadaan saya” Tambah Siti Nurjannah lagi, orang pertama yang dia beritahu sebaik mengetahui keputusan ujian COVID 19 ialah suaminya.“Orang pertama saya hubungi selepas disahkan positif Covid-19 adalah suami dan dia menangis sebaik mengetahui keadaan saya.

“Namun, dia kembali tenang selepas saya jelaskan kepadanya keadaan saya dan setiap hari menghubunginya menerusi WhatsApp dan panggilan video untuk bertanya khabar satu sama lain.“Saya tidak pasti sama ada anak tahu atau tidak mengenai keadaan saya kerana mereka masih kecil, cuma saya bersyukur dapat tahu dijangkiti sakit di sini, bukan selepas pulang ke sana. Sekurang-kurangnya, saya tidak mendedahkan suami dan anak dengan risiko sakit ini,” katanya.

Walau bagaimanapun, Siti Nurjannah bersyukur kerana dia telah mendapat banyak sokongan rakan serta kata-kata semangat warganet selepas kisahnya tular di Facebook.Marilah kita mendoakan semoga jururawat ini sembuh seperti sediakala. Semoga dia dapat berbakti semula untuk negara kita. 

“Hendak memancing dan hantar kucing – Antara Alasan Orang Awam Berikan Nak Rentas Negeri Masa PKPB

Dimaklumkan Sejak PKPB di Kuala Lumpur, Selangor dan Putrajaya dikuatkasakan minggu lepas, bermacam-macam alasan yang orang awam berikan untuk membuat permohonan rentas negeri, antaranya hendak memancing dan hantar kucing. Ketua Polis Daerah Putrajaya, Asisten Komisioner Mohd Fadzil Ali, berkata sejak 5 Oktober lalu pihaknya menerima 990 permohonan untuk rentas negeri.

7 daripadanya terpaksa ditolak kerana memberi alasan tidak munasabah. Ada juga memberikan alasan yang tidak masuk akal untuk keluar dan masuk daerah zon merah.Selain itu ada juga di antara mereka yang memohon untuk rentas daerah kerana mahu berjumpa rakan dan bersukan di kawasan yang dikategorikan sebagai zon merah.” 

Dalam pada itu, sejak pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di Putrajaya yang bermula 14 Oktober lalu, sebanyak 21 tngkapan telah dilakukan 22 kompaun atas pelbagai kesalahan.“Antara kesalahan yang dilakukan ialah tidak memakai pelitup muka, tiada penjarakkan fizikal, membawa lebih penumpang, tidak mendaftar sebelum memasuki premis dan tidak menyediakan alat pengimbas suhu di premis.”

Tambahnya lagi selepas perlaksanaan PKPB di Putrajaya, pihaknya sudah ambil tempoh 2 hari untuk memberi nasihat kepada masyarakat.Kini individu yang didapati melanggar prosedur operasi standard (SOP) akan terus dikenakan tindakan.

Pergi Balai Polis Sebab Dit1pu Peniaga Online, Tak Pasal-pasal Lelaki Kena Tahan Sebab Buat ‘Report’ Masa Pakai Gelang KKM

Adalah hak kita sebagai pembeli untuk melaporkan kepada pihak berkuasa jika rasa tert1pu, namuan begitu kena lah bepada-pada, silap hari bulan, lain pula yang jadi macam kes pemuda umur 21 tahun ini.Semalam (20 Oktober 2020), kira-kira jam 3.20 petang, dia datang ke Balai Polis Damansara untuk membuat laporan kerana dirinya tert1pu oleh peniaga online dimana telefon bimbit yang baru sahaja dibeli itu tidak sama sepertimana yang dilihat dalam iklan.

Sengaja cari pasal kena tngkap

Menurut Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, ACP Nik Ezanee Mohd Faisal, ketika membuat laporan, dia mengaku yang dia masih lagi menjalani tempoh kuarantin KKM dan menyembunyikan gelang kuarantin di bahagian atas lengan kirinya.

Walaubagaimanapun, pemuda tersebut telah ditahan dan diberi jaminan polis. Kes Disiasat di bawah Seksyen 269 Kanun Kesksaan kerana perbuatan cuai yang telah menyebabkan merebaknya jangkitan sakit berbahaya kepada nyawa.Malah dia juga disiasat dibawah Seksyen 22(b) Akta Pencegahan dan Pengawalan Pnyakit Berjangkit 1999 kerana tidak mematuhi arahan Ketua Pengarah Kementerian Kesihatan Malaysia supaya menjalani kuarantin.

Sekiranya disabitkan kesalahan, boleh dihkum pnjara selama tempoh hampir 2 tahun atau dikenakan denda atau kedua-duanya sekali. Disebabkan itu, Polis Daerah Petaling Jaya memberi amaran kepada mereka yang dikenakan perintah kuarantin agar patuh kepada arahan KKM

“Kluster terbesar di Selangor” – Kluster 1 Utama Sudah Tular Hingga Generasi Keenam, Pengawal Keselamatan Nepal Paling Ramai Positif

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah dalam sidang medianya semalam memberitahu Kluster 1 Utama yang sedang mengganas di Selangor kini merupakan kluster aktif terbesar di negeri tersebut.Malah lebih mengejutkan, kluster tersebut sudah menular hingga ke lapisan enam generasi, lapor Malaysiakini.

Sungguhpun kluster tersebut sudah mencatatkan 194 kes positif COVID 19, Dr Noor Hisham memberi jaminan yang pusat membeli-belah tempat kluster itu bermula kini sudah bebas daripada wabak tersebut.Malah 1 Utama, Petaling Jaya juga sudah mula membuka perniagaannya beberapa hari lalu.

Bila ditanya mengapa pusat beli-belah tersebut sudah boleh beroperasi semula selepas 6 hari terpaksa ditutup berbanding pasar Bandar Lama Petaling yang ditutup dalam tempoh lebih lama setelah kes positif dikesan, Dr Noor Hisham menjawab, kes baru Kluster 1 Utama dikesan antara kontak rapat dan bukan pengunjung pusat beli-belah tersebut.

“Apabila anda mendapat jangkitan di pusat beli-belah, anda akan kembali ke rumah anda. Kemudian anda akan mula menjangkiti rakan anda, keluarga anda dan sebagainya.“Jadi sekarang jangkitan itu sudah melibatkan generasi keenam, itu bukan hanya generasi pertama (kes dari pusat membeli-belah). Tetapi mereka (yang) pulang ke rumah dan kemudian menjangkiti orang lain. Ini telah menyebabkan enam generasi kes,” katanya.

Tambahnya lagi, pembersihan dan pembasmian kuman juga telah dilakukan di pusat beli-belah tersebut. Jadi 1 Utama dijamin sudah bebas daripada virus tersebut.Menurut laporan, Kluster 1 Utama telah mencatatkan 9 kes baru semalam yang menjadikan kes terkumpul sebanyak 194 kes. Daripada 194 kes itu, 176 adalah kes aktif yang sedang dirawat sementara 18 lagi telah pulih. Tiada pemergian direkodkan daripada kluster ini.Risau bila dengar pasal kes makin meningkat ni… haih stay safe semua! 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *