Isu penceramah dari kawasan PKPD dan kluster aktif. Kerajaan Negeri Sembilan keluarkan kenyataan berkenaan isu dan harap semua maklum

berita

Ekoran peningkatan kes positif COVID19 yang mendadak,pelbagai langkah yang diambil oleh pihak kerajaan bagi membendung penularan kes ini. Terkini, kerajaan Negeri sembilan membuat keputusan untuk tidak membenarjan penceramah dari kawasan Perintah Kawalan Pergeerakan Diperkettkn (PKPD) atau kawasan kluster aktif kes Covid19 ntuk hadir memberi ceramah di surau dan masjid di negeri berkenaan

Menurut Sinar Harian, Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun berkata, keputusan itu diambil berdasarkan Mesyuarat Jawatankuasa Keselamatan Negeri (JKKN) Khas Covid-19 yang diadakan kelmarin.“Ini termasuk penceramah, pentazkirah, guru takmir atau mana-mana individu yang menetap di negeri ini tetapi bertugas di kawasan yang melaksanakan PKPD atau kawasan yang mempunyai kluster aktif Covid-19,”

Majlis ilmu boleh dijalankan dengan kebenaran pihak berkuasa .Walau bagaimanapun, Aminuddin menjelaskan majlis ilmu lain masih dibenarkan dengan pematuhan Prosedur Operasi Standard (SOP) yang telah ditetapkan.“Bagaimanapun, semua majlis pengajian ilmu yang menggunakan dewan, bilik kuliah serta ruang yang berkenaan di dalam kawasan masjid dibenarkan tertakluk kepada SOP pihak berkuasa dengan jumlah kapasiti yang ditentukan,”

Selain itu, beliau turut menegaskan agar penganjur mendapatkan kebenaran penganjuran program terlebih dahulu dari Pejabat Agama Islam Daerah masing-masing.Untuk rekod, Negeri Sembilan setakat 20 Oktober 2020, terdapat seramai 45 pesakit Covid-19 yang sedang dirawat di wad dan 296 orang dalam pemantauan (PUS).Sekarang ini semua perkara perlu diteliti untuk elak penularan Covid-19. Dengan teknologi yang ada sekarang, ambil peluang ni untuk belajar agama online. Syok tau! Min dah cuba.

26 Daerah Ini Dikategorikan Sebagai Zon Merah Dalam Tempoh 14 Hari. KKM Akhirnya Dedah Daerah Berkenaan Dan Harap Penduduk Ambil Berat Akan Isu Ini

Sebanyak 26 daerah di seluruh negara dikategorikan sebagai zon merah dalam tempoh 14 hari iaitu dari 7 hingga 20 Oktober, menurut Pusat Kesiapsiagaan dan Tindak Cepat Krisis (CPRC) Kementerian Kesihatan Malaysia.Berdasarkan senarai yang diberikan CPRC, Sabah mencatatkan jumlah zon merah tertinggi dengan 16 daerah manakala Selangor mencatatkan lima daerah, masing-masing dua daerah di Kedah (Kota Setar dan Pokok Sena) dan Pulau Pinang (Timur Laut dan Seberang Perai Selatan), manakala satu di Perak iaitu daerah Larut, Matang, Selama.

Memperincikan 16 daerah di Sabah itu, ia melibatkan daerah Lahad Datu, Kota Kinabalu, Sandakan, Tuaran, Kunak, Papar, Semporna, Tawau, Putatan, Penampang, Ranau, Beaufort, Kota Belud, Keningau, Tambunan dan Kudat.Lima daerah di Selangor pula melibatkan Klang, Petaling, Hulu Langat, Gombak dan Kuala Langat.

Dari segi mukim pula, Kedah melibatkan mukim Kota Setar dan Gajah Mati; Pulau Pinang (Georgetown dan Mukim 6); Perak (Taiping); dan Selangor (Klang, Kapar, Sungai Buloh, Petaling, Damansara, Kajang dan Tanjung Dua Belas (1)).

Selain itu, mukim merah di Sabah melibatkan Bandar, Silabukan dan kawasan Felda di Lahad Datu; Kota Kinabalu (Laut, Likas, Pantai, Sembulan, Darat, Kamung Air, Petagas dan Tanjung Aru); Sandakan (Sentosa, Karamunting, Beatrice, Batu Sapi, Sibuga dan Pantai Elopura); Tuaran (Indai, Serusup dan Tambalang); Kunak (Pekan); Papar (Pengalit/Kawang dan Labak/ Kinarut); Semporna (Bugaya dan Tampi-Tampi); Tawau (Sri Tanjung, Merotai dan Balung); Putatan (Petagas dan Lok Kawi); Penampang (Kepayan dan Penampang Baru); Kota Belud (Kulambai); dan Kudat (Tiga Papan). – Bernama

Rasa Sayu Hati Bila Selangor Tiada Air. Tergamam Ustaz Ebit Lew Sanggup Beli 2 Lori Besar Air Untuk Agihkan Kepada Warga Selangor Yang Mengalami Gangguan Air.

Masalah air di Selangor sememangnya bukan sesuatu yang baru untuk dihadapi oleh penduduknya. Hampir setiap bulan pasti berlaku gangguan tersebut sehingga orang ramai sudah penat untuk merungut. Kali ini, masalah itu kembali menghantui penduduk ditambah dengan Perintah Kawalan Pergerakkan Bersasar (PKPB) yang terpaksa mereka lalui disebabkan penularan pandemik Covid-19 yang semakin ‘mengg1la’.

Datang bagi air bersih. Oleh sebab itu, pendakwah terkenal Ustaz Ebit Lew terpanggil untuk memberikan bantuan kepada sebahagian penduduk yang terjejas akibat daripada masalah tersebut. Menerusi posting di laman Facebook, beliau memaklumkan telah membeli dua lori besar air untuk diagihkan kepada penduduk di Pinggiran Batu Caves, Gombak.

Dari malam hingga subuh bantu beri air

Beliau berkata, urusan mengagihkan air telah dilakukan sejak jam 10 malam sehingga subuh bagi memastikan penduduk sekurang-kurangnya mendapat bekalan air. Sayu lihat warga emas minta air. Tambahnya, melihat keadaan orang yang sudah berusia mahu mendapatkan air membuatkan dirinya berasa sayu dan meminta pembantunya menolong warga emas mengangkat air untuk dibawa ke kediaman masing-masing.

Tak perlu kejar jawatan nak bantu orang. Sehubungan dengan perkongsian tersebut, rata-rata warganet telah tinggalkan komen dengan meluahkan rasa terharu atas keprihatinan yang ditunjukkan pendakwah berkenaan. Mereka juga tidak lepas mendoakan agar Ebit terus dimurahkan rezeki dan diberi kesihatan yang baik agar dapat membantu orang ramai lagi. “Tak perlu jadi menteri untuk bantu rakyat”.”Semoga Allah permudahkan urusan ustaz”

Sumber: Ebit Lew, OhMyMedia

Tak pernah lelah malahan rasa sebak mula menyelubungi diri. Ustaz Ebit Lew sanggup hantar bantuan sampai ke Kedah bagi membantu golongan ini

Sungguh mengagumkan. Seperti yang kita kenal penceramah bebas, Ebit Lew tidak pernah lelah membantu golongan yang memerlukan walaupunpun harus menempuh pelbagai rintangan dan cabaran. Terkini, usaha bantuan percumanya telah diperlukan oleh pihak Pnjara Pokok Sena, Kedah. Menerusi perkongsian terbaharunya semalam, Ebit  mengatakan telah menerima surat rasmi dari Pnjara Pokok Sena, Kedah yang meminta bantuan untuk individu Covid-19 yang dikuarantin.

Agak sedih dengan permintaan pihak pnjara, tanpa membuang masa beliau terus bergegas membeli segala barang keperluan serta menguruskan lori untuk menghantar semua barang ke sana dengan segera.“Sayu rasa. Pagi ini saya dapat surat rasmi dari Pnjara HQ dan Pnjara Pokok Sena memohon bantuan untuk warga pnjara untuk mereka yang dikuarantin. 

Tamabh dia lagi. “Terus bergegas belikan dan uruskan lori untuk penghantaran ke pnjara. Saya doakan lori bantuan selamat sampai. Saya tak kesana. “Kita semua sebuah keluarga. “Syukur selesai dapat belikan keperluan untuk 200 orang. 200 tilam. 200 bantal, tuala dan cadar. Kipas 10 biji. Face shield 2000 pcs. Barang-barang makanan dan barang asas,” katanya seperti yang dilihat oleh Gempak.

Pada masa yang sama, Ebit berharap semua yang disahkan positif Covid-19 diberi kesembuhan dan sihat seperti sedia kala.“Ya Allah selamatkanlah dan permudahkanlah buat warga Penjara Pokok Sena dan Alor Setar. “Ya Allah selamatkan saudara kami di seluruh Sabah. Selamatkanlah kami semua ya Allah. Semua saudara kami yang sakit sembuhkan. Yang dijangkiti pulihkan. Yang kehilangan keluarga tersayang beri kekuatan kesabaran.“Buat warden semua dan petugas negara barisan hadapan disana terus kuat dan diberi kekuatan. Ini ujian kita bersama,” pintanya.-gmpk

Terkandas Di Universiti. Tak Sanggup Lihat Keadaan Pelajar Pelajar Ini. Ebit Lew Tekad Beri Bantuan Dan Pertolongan Ini Sehingga Meraih Perhatian Masyarakat.

Tular baru baru ini, Isu pelajar terkandas ekoran salah faham mengenai pengumuman penangguhan pendaftaran secara fizikal untuk semester baharu di intitusi pengajian tinggi telah mendapat perhatian banyak pihak. Orang ramai telah tampil memberikan bantuan kewangan dan juga penempatan sementara buat mereka kerana memahami kesulitan yang dihadapi. Nak bantu pelajar yang terkandas. Prihatin dengan nasib pelajar-pelajar, pendakwah muda, Ustaz Ebit Lew telah menyuarakan hasrat membantu pelajar-pelajar tersebut dengan menyewakan bas untuk membawa pulang mereka yang terkandas di IPT.

Pelajar2 boleh terus pm ustaz. Menurutnya lagi, mereka yang memerlukan perkhidmatan tersebut diminta untuk terus menghubunginya kerana urusan mendapatkan bas sedang dijalankan oleh ketika itu. Terima kasih Ustaz Ebit Lew. Perkongsian itu telah mendapat perhatian warganet kerana terharu dengan keprihatian yang ditunjukkan oleh pendakwah tersebut.

Macam biasa, laman sosial Ebit Lew telah dihujani dengan pelbagai komen daripada warganet yang mendoakan agar urusan beliau dipermudahkan dan dapat meringankan sedikit bebanan yang ditanggung oleh pelajar disebabkan isu tular semalam. “Nak tolong orang sebenarnya bukan susah”. “Semoga dipermudahkan segala urusan ustaz”

Sumber: Ebit Lew

Setelah dikejutkan dengan berita anak anak yang kehilangan ibu sewaktu perjalanan ke sekolah. Kini Ebit Lew kongsikan kisah sayu mereka selepas menziarahi kediaman baru baru ini sehingga meraih tumpuan warganet.

Semalam, kita dikejutkan dengan berita seorang ibu yang menghadap ilahi selepas terbabit dalam satu kejadian tak diingini di jalan raya ketika mahu bergegas  ke tempat kerja. Lebih memilukan apabila anak-anaknya yang dalam perjalanan ke sekolah menaiki motosikal lain terduduk hiba setelah mengetahui jasad ibunya sudah kaku di tengah jalan ketika melalui jalan yang sama. Santuni anak2 kehilangan ibu. Kisah hiba itu bukan sahaja mengundang sebak warganet, malah membuatkan pendakwah terkenal Ustaz Ebit Lew turut sama terkesan dengan kejadian tersebut. Oleh hal yang demikian, beliau sempat menziarahi kediaman adik Fatihah Aina, 7 dan abangnya yang berusia 18 tahun untuk bertanyakan keadaan mereka.

Tampil beri kata2 semangat. Dalam perkongsian tersebut, Ebit telah memberikan kata-kata semangat buat mereka serta menghulurkan hadiah serta sumbangan kepada kedua-duanya. Beliau turut mendoakan agar dua beradik itu kuat menempuhi ujian selain mengucapkan terima kasih kepada guru-guru sekolah atas keprihatinan mereka terhadap kebajikan pelajarnya. Sayu rasa lihat mereka menangis.

Rata-rata warganet telah tinggalkan komen dengan menzahirkan rasa simpati atas ujian yang menimpa dua beradik berkenaan. Warganet turut sama mendoakan agar mereka berdua kekal tabah dan kuat menempuhi dugaan ini serta berharap agar roh ibunda mereka ditempatkan dalam kalangan insan-insan yang beriman. Terima kasih ustaz tenangkan mereka. Semoga adik2 terus dibawah lindunganNya

Sumber: Ebit Lew, OhMyMedia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *