Terkini ubat antivirus ini yang digunakan untuk merawat pesakit Covid 19 disahkan tidak lagi berkesan dan ia turut beri kesan yang lain.

Covid 19 Info Infomaklumat ISU SEMASA

Ubat antivirus remdesivir didapati tidak berkesan dalam merawat pesakit Covid-19 malah tidak membantu mengurangkan kes pemergian akibat wabak itu. Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, kajian klinikal oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) iaitu ‘Solidarity trial’ turut membuktikan ubat anti malaria hydroxychloroquine, serta ‘lopinavir’ dan ‘ritonavir’, tidak berkesan dalam merawat pandemik itu.

“Jadi kita dapat simpulkan, remdesivir tak berkesan untuk kita merawat pesakit Covid-19 dari tiga sudut iaitu pemergian, kemasukan ke hospital atau keperluan bantuan pernafasan. “Dulu kita tiada bukti yang kukuh, tetapi hari ini kita sudah ada kajian. Bukan hanya di Malaysia tapi ia juga membabitkan negara yang di bawah payung WHO,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media harian mengenai perkembangan terkini Covid-19 di Putrajaya, hari ini. Sebelum ini, remdesivir, hydroxychloroquine, lopinavir dan ritonavir digunakan bagi rawatan pesakit Covid-19.

Namun berdasarkan kajian, kata Noor Hisham, pihaknya mendapati ubat dexamethasone berkesan untuk menghalang radang paru-paru dan memberikan hasil positif terhadap pesakit. Katanya, kajian klinikal berkenaan membabitkan pesakit Covid-19 dari 30 negara termasuk Malaysia.- HMETRO

Dah baca? Jangan lupa like & Share Page Kami Kucing Media Online untuk lebih banyak info dan kisah menarik.

Amalan norma baharu. Pakar Epidemilogi terus buat kenyataan berkenaan vaksin COVID19 dan harap semua maklum dengan perkara ini

Semasa kita diambang gelombang kedua Covid-19, pelbagai pendapat yang dilntarkan oleh pakar dan orang awam bagi memastikan wabak ini tidak terus menular. Memandangkan vaksin juga masih belum dipasarkan secara rasmi dan tiada khabar angin bila ia akan mula digunakan. Pihak kerajaan sehingga kini berterusan mencari jalan terbaik untuk merawat para pesakit.

Pada masa yang sama, seorang Pakar Epidemiologi Jabatan Perubatan Kemasyarakatan dan Pencegahan Universiti Malaya (UM), Prof Datuk Dr Awang Bulgiba Awang Mahmud berpendapat bahawa hidup dalam norma baharu adalah ‘vaksin’ terbaik untuk melawvn Covid-19 ini.

Tambah beliau, vaksin yang yang bakal dihasilkan bukan satu kepastian dapat melindungi masyarakat daripada dijangkiti virus terbabit. “Kita tidak mahu apabila mendapat vaksin dan terus diberi (kepada pesakit) akan menimbulkan masalah lain pula, sebab itu vaksin ini bukan satu kepastian yang dapat melindungi kita. Itu sebabnya norma baharu penting, malah inilah vaksin kita sebenarnya.”

Bimbang dengan peningkatan kes, pastikan rakyat patuh SOP. Dr Awang Bulgiba turut menyatakan kebimbangan kerana jumlah kes berkemungkinan tidak menunjukkan penurunan berterusan dalam tempoh beberapa minggu akan datang.“Saya melihat kes tiga angka akan berterusan untuk beberapa minggu lagi, justeru pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di beberapa negeri diharap dapat membendung penularan virus itu.” 

Selain itu, beliau mengesyorkan supaya kerajaan membuat kajian tingkah laku masyarakat terhadap pematuhan prosedur operasi standard (SOP) supaya masyarakat dapat biasakan diri dengan norma baharu. “Kerajaan wajar membuat kajian supaya pematuhan SOP menjadi sebahagian daripada norma baharu masyarakat.”Kita tak tahu bila wabak ini akan hilang. Tapi hidup perlu diteruskan. Tak susah pun nak ikut SOP betul tak? Semoga kita terus kuat hadapi dugaan ini.

Baru Sahaja Umumkan Malaysia Sebagai Penerima Utama Vaksin Covid 19. Kini Dibongkarkan Jumlah Yang Perlu Dikeluarkan Untuk Dapatkan Vaksin Itu Secara Percuma.

KUALA LUMPUR: Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) menganggarkan kerajaan perlu memperuntukkan sekurang-kurangnya RM3 bilion pada tahun depan bagi membolehkan rakyat Malaysia mendapat akses bagi vaksin COVID-19 secara percuma. Menteri, Khairy Jamaluddin, berkata jumlah itu dianggarkan mampu untuk menampung keperluan vaksin COVID-19 bagi 70 peratus daripada keseluruhan penduduk di negara ini.

“Semalam, perbincangan awal dengan Kementerian Kewangan telah dibuat, bagaimanapun kami belum membuat sebarang keputusan. “RM3 bilion yang diperlukan ini hanya anggaran memandangkan kita belum mengenal pasti harga sebenar vaksin ini, selain perkara lain yang perlu dipertimbangkan adalah rantaian bagi perolehan ini termasuk logistik dan proses pengagihan,” katanya. Beliau berkata demikian dalam slot The Breakfast Grille, secara langsung di stesen radio BFM, hari ini.- BHONLINE

Selepas keluar kenyataan tentang penularan virus D614G tadi. Terkini pakar telah umumkan virus tersebut akan merebak dengan cepat di kawasan ini.

KUALA LUMPUR: Pengudaraan baik dalam sesuatu kawasan termasuk ruang sempit penting bagi mengurangkan risiko terhadap jangkitan COVID-19 yang turut merangkumi mutasi virus jenis D614G. Pakar virologi dari Universiti Malaya (UM), Prof Dr Sazaly Abu Bakar, berkata sebarang jenis mutasi virus termasuk D614G boleh merebak dengan pantas di kawasan tanpa sistem pengaliran udara yang baik.

Beliau berkata, kawasan tertutup yang dipasang penyaman udara tanpa sistem keluar masuk udara yang baik juga berupaya menjadi lokasi mutasi virus COVID-19 merebak. “Selain penjarakkan fizikal dan pemakaian pelitup muka, aspek penting yang harus ditekankan ialah pengaliran udara dalam mengawal penularan COVID-19. “Walaupun tempat itu mempunyai kepadatan penduduk tinggi atau sempit, namun pengudaraan mencukupi boleh mengawal penularan. “Contohnya dalam pesawat. Setakat ini kita tidak melihat kluster dari kapal terbang kerana sentiasa berlaku pertukaran udara di dalamnya walaupun ruang terhad.

“Kita lihat kes di Afrika juga rendah yang mungkin disumbangkan oleh faktor pengaliran udara baik kerana kebanyakan rumah mereka terbuka dan tidak menggunakan penyaman udara,” katanya ketika dihubungi BH, hari ini. Pada masa sama, beliau berkata, individu duduk di rumah termasuk yang dikuarantin perlu memastikan pengaliran udara sentiasa mencukupi dengan membuka tingkap.

Sazaly berkata, sama juga di pejabat yang bergantung sepenuhnya kepada penyaman udara, iaitu harus memastikan sistem pengaliran udara keluar dan masuk dengan mencukupi. “Mereka yang berada dalam suasana berhawa dingin lebih berisiko terkena jangkitan COVID-19 jika tiada pengaliran udara, selain turut dipengaruhi faktor suhu dan kelembapan,” katanya.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kewujudan beberapa kluster sebelum ini termasuk di Sabah. Kedah dan Johor yang berpunca daripada penularan dalam kalangan tahanan pendatang asing tanpa izin (PATI) dan pesalah serta mutasi virus COVID-19 jenis D614G.

Berdasarkan data, Sazaly berkata, mutasi virus jenis D614G sudah berada di negara ini pada Mac lalu namun tidak berkembang pantas kerana tidak memasuki kluster besar. Katanya, penularan pantas itu berlaku apabila mutasi D614G berada dalam kalangan penghuni penj4ra dan pusat tahanan hingga mencipta kluster besar.

“Dari Mac lagi mutasi jenis D614G ini bertapak dalam komuniti kerana secara prinsipnya, virus yang sampai dahulu akan berkembang. “Namun ia tidak memasuki kluster besar, maka mutasi jenis ini tidak ‘meletvp’ sehinggalah D614G ‘memasuki’ sel besi dan pusat tahanan yang sempit serta tidak mempunyai pengaliran udara baik.

“Ia menyebabkan mutasi jenis ini mudah ‘meletvp’,” katanya. Beliau berkata, mutasi D614G dilihat mempunyai kadar kebolehjangkitan tinggi kerana berada pada tempat betul dan masa yang tepat untuk berkembang dengan menular dalam kawasan seperti penjra.

Sumber: BHONLINE

Gempar virus mutasi covid 19 dikatakan sudah bertebaran di Semenanjung. Kenyataan itu telah dibongkarkan oleh Dr Noor Hisham dan ini punca virus itu merebak.

Virus mutasi Covid-19 yang dikenali sebagai D614G telah dikesan antara kes daripada Kluster Benteng Lahad Datu (LD), kata Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah hari ini. Melihat lebih 600 kes positif dikesan ke atas mereka yang pulang dari Sabah, Noor Hisham mengesyaki virus mutasi itu kini telah merebak di Semenanjung.

Beliau berkata demikian pada sidang media harian Covid-19 yang disiar secara langsung di rumahnya kerana sedang menjalani perintah kuarantin diri. “Institut Penyelidikan Perubatan (IMR) telah menjalankan ujian pada 20 virus yang diasingkan daripada Kluster Benteng LD di Sabah.

“Dan didapati pada ujian tersebut mutasi D614G telah pun dikesan,” katanya dengan menambah kemungkinan mutasi itu berasal dari Indonesia atau Filipina. “Yang pasti sekarang ini sebab sudah 23 kluster baru yang melibatkan 604 individu yang pulang dari negeri Sabah juga didapati positif Covid-19.

“Kemungkinan besar (mereka) membawa jangkitan mutasi D614G (keluar dari Sabah),” jelas Noor Hisham. Selain itu, Dr Noor Hisham turut berkata jenis mutasi D614G kali ini berbeza dengan mutasi virus di Tawau, Sungai, Bukit Tiram dan Kluster Sivagangga. Dua warga Filipina yang disahkan positif Covid-19 pada 1 Sept telah mencetuskan Kluster Benteng LD.

Sehingga hari ini, kluster tersebut merekodkan sejumlah 1,018 kes yang mana 230 kes masih aktif dan menerima rawatan. Ia juga telah merekodkan satu pemergian. Susulan kempen pilihan raya negeri (PRN) Sabah yang berlangsung dua minggu dari 21 hingga 25 Sept lalu, negara merekodkan peningkatan mendadak wabak tersebut terutamanya di Sabah, Kedah dan Lembah Klang.

Malaysia juga kini mempunyai 75 kluster aktif, empat kluster baru dilaporkan hari ini. Keadaan turut juga membuatkan kerajaan mengenakan perintah kawalan pergerakan bersyarat (PKPB) di Sabah, Selangor, Kuala Lumpur dan Labuan.- MalaysiaKini

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *