Terkini Fad Bocey kongsikan berita gembira baru baru ini apabila isterinya telah selamat melahirkan anak dan ini nama yang menjadi pilihan mereka.

artis

Pelawak Fad Bocey menimang cahaya mata keempat selepas isterinya, Syaheera Rahman selamat bersalin bayi lelaki awal pagi tadi. Berita gembira itu dikongsikan Fad, 29, menerusi satu entri yang dimuat naik di Instagram (IG). “Assalammualaikum, salam subuh semua..Syukur Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi, tarikh hari ini 20/10/2020 jam 4:41pagi, isteri saya selamat melahirkan baby boy,” tulisnya.

Dalam pada itu, pemilik nama Muhammad Fadzlie Mohd Nizam tersebut bersama isteri kesayangannya memilih nama yang cukup indah, Ibrahim Jibriel untuk anak lelaki mereka itu. “Selamat datang baby mummy dan daddy, Ibrahim Jibriel Bin Mohamad Fadzlie. “Terima kasih semua yang mendoakan kami. Terima kasih banyak my love.

Di ruangan komen, rakan artis dan pengikut mengucapkan tahniah atas kelahiran cahaya mata barunya itu. “@nanamahazan: Tahniah korang!! “@bob_alip: Alhamdulilah tahniah Fad. “@izzudin_idin: Tahniah Fad dan isteri. “@Edennpotter: Alhamdulillah. Semoga jadi anak yang soleh,” antara komen-komen yang ditinggalkan. Fad dan Syaheera mendirikan rumah tangga pada 14 Mac 2015. Hasil perkahwinan tersebut, pasangan ini dikurniakan tiga cahaya mata iaitu pasangan kembar Favian Adrazin Hayyan dan Favian Adrazin Zayyan serta seorang puteri, Nur Aminah Mishal. – Gempak

Tahniah! Fad Bocey bakal timang anak keempat, isteri hamil dua bulan – “Ada rezeki yang lebih istimewa Allah bagi”

SEMPENA ulang tahun perkahwinan yang ke lima, isteri kepada pelawak Fad Bocey iaitu Syaheera Rahman mengumumkan bahawa dirinya kini sedang hamil anak keempat. Menerusi laman Instagram, Syaheera memohon maaf kepada suaminya kerana tiada sambutan istimewa memandangkan keadaan dirinya mengalami alahan teruk. Syaheera juga berterima kasih kepada Fad yang banyak membantu dalam menguruskan keluarga mereka termasuk urusan persekolahan anak-anak.

“Tak ada yang istimewa tahun ini tapi ada rezeki yang paling istimewa Allah bagi, Nak tengok kena slide la. Hampir dua bulan dan mommy minta maaf tak ada sambutan istimewa. “Nak bangun berdiri pun tak mampu lagi. Ya, sangat teruk trimester pertama saya. Moga lebih kuat selepas ini. Banyak kerja tertunggak.

“Terima kasih daddy, uruskan semuanya. Urus makan minum mommy, anak-anak, sekolah anak-anak pun daddy siapkan. “Hanya Allah yang dapat balas. Awak seorang suami terbaik (walaupun gaduh sudah tentu cakap bukan-bukan) Sayang awak,” katanya.

Hampir dua bulan dan mommy minta maaf tak ada sambutan istimewa.

Syaheera berkongsi berita gembira itu di Instagramnya pada Sabtu dengan memuat naik ujian kehamilan yang menunjukkan kandungannya berusia tiga minggu. Ruang komen di foto tersebut dipenuhi dengan ucapan tahniah daripada warganet dan beberapa selebriti antaranya Fasha Sandha, Hanez Suraya serta Syura Badron.

Dalam pada itu, Syaheera mendoakan agar Allah terus melindungi rumah tangga dan keluarga mereka. “Selamat ulang tahun perkahwinan yang ke-5 daddy. Moga Allah terus melindungi, memelihara dan merahmati rumah tangga serta keluarga kita.

Fad bersama isteri dan anak-anak. “Dugaan? Sangat banyak tapi hanya kesabaran yang jadi benteng utama. Moga kita lebih matang dalam hubungan ini. Susah senang kita biarlah jadi kenangan,” ujarnya. Syaheera atau Nur Syahirah A.Rahman mendirikan rumah tangga dengan Fad pada 14 Mac 2015. Pasangan ini dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Favian Adrazin Hayyan, Favian Adrazin Zayyan dan Nur Aminah Mishall. -MSTAR

Genggam Dan Cium Baju Abam, Runtun Hati Lihat Fad Menangis Peluk Achey

Terdahulu, pelawak Fad Bocey tidak dapat menahan sebak sebaik sahaja bertemu Achey di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pagi. Sebaik sahaja ternampak rakan baiknya dipintu keluar KLIA, Fad terus meluru dan memeluk Achey.
 
Pada mulanya Fad kelihatan tenang namun air matanya gvgvr sewaktu memegang baju Abam yang dibawa Achey. Paling meruntun hati apabila kedua-dua sahabat itu menangis ketika mencium dan mengenggam baju Abam. Menerusi posting terbaru di akun Instagramnya, Fad menyatakan seolah-olah masih bersamanya. Terdahulu, Fad dan keluarga berada di Jepun untuk bercuti. Abam atau nama sebenarnya Abam atau nama sebenarnya Syed Umar Mokhtar bin Syed Mohd Redzuan, 32, menghembuskan nafas terakhir di kediamannya di Gombak pada Isnin.

Isteri pelawak Fad Bocey, Nur Syahira A.Rahman luluh melihat keadaan suaminya yang terlalu sedih selepas mendapat berita kematian sahabat baiknya, Abam Bocey. Syahira berkongsi keadaan terkini Fad menerusi ruangan Insta Story di akaun Instagram miliknya.

“Tak boleh tengok gambar ni, perit tengok daddy macam ni, asyik ulang Abam tak ada dah la, dia tak ada dah. “Abam separuh jiwa Fad hilang Bam. Abam lepas ni Bocey betul-betul tak ada. Kenapa tak bagitahu yang kali ni last kita bersama. Kami janji kami jaga Dayah dan Amzah. Rehat lah ya, satu masa kita bertemu. “Sebutir nasi pun tak mahu, dia asyik cek fon dia.

“Kami cipta kenangan manis hari pertama sampai Tokyo dengan anak-anak… Tapi kenangan itu bertukar menjadi kenangan paling pahit. Kami reda, tapi Fad nak sangat peluk cium buat kali terakhir. Doakan sahabat kami Abam moga ditempatkan dikalangan orang beriman,” tulisnya.

Difahamkan kini mereka dalam perjalan pulang ke Kuala Lumpur. “Bam… Kitaorang balik hari ini, Sya bawa Fad jumpa Abam ya… Maaf Fad tak penuhi impian Abam untuk disemadikan Abam. Kitorang jauh sangat. “Kalau Sya tahu Bam, kitorang sanggup tangguh percutian tak berapa sangat ni nak dibandingkankan dengan sakitnya Fad tak dapat peluk Abam buat kali terakhir…” coretnya.

Terdahulu, Fad dan keluarga berada di Jepun untuk bercuti. Abam atau nama sebenarnya Abam atau nama sebenarnya Syed Umar Mokhtar bin Syed Mohd Redzuan, 32, menghembuskan nafas terakhir di kediamannya di Gombak pada Isnin.

Sumber: Gempak

Rupa-Rupanya Isteri Fad Bocey Adalah Adik Kepada …

Perkenalan selama dua tahun antara pelawak kumpulan Bocey, Fad dengan ADIK ANGKAT kepada pelawak Jehan Muse iaitu Nur Syahirah A. Rahman 21, akhirnya membawa mereka ke jenjang pelamin. Berkongsi lanjut hari istimewa itu, Fad atau nama sebenarnya Muhamad Fadzlie Mohd Nizam, 24, menyatakan majlis pertunangan diadakan pada waktu pagi disusuli akad nikah.

Kedua majlis berkenaan akan diadakan di rumah pihak perempuan di Jitra, Kedah. Katanya, pada awal memang sukar dia mahu mengambil hati kekasihnya itu biarpun beberapa kali hasrat mahu berkawan rapat dengan penuntut jurusan TESL (Teaching English as a Second Language) di Management & Science University (MSU) ini.

Namun, dia tidak berputus asa sehingga memberanikan diri melamar gadis itu pada Oktober tahun lalu. “Saya kenal dia dua tahun selepas Maharaja Lawak Mega. Masa itu dia ikut kakak angkat dia, Jehan Muse. “Dari situlah saya kenal dia tetapi sebenarnya Jehan tak suka saya mengorat adik angkat dia. “Namun, saya tetap juga mengorat dia. Susah sebenarnya nak tawan hati dia dan banyak kali saya kena ‘reject’ tetapi akhirnya dia terima dan kami berkawan,” katanya.

Fad berkata, dia sememangnya berhasrat terus bernikah semenjak mengikut bakal isterinya itu balik ke kampung. Meskipun dia dan bakal isterinya masih muda, Fad menyatakan mereka sudah bersedia mengharungi alam rumah tangga dan menggalas tanggungjawab sebagai suami isteri.

“Saya rasa diri saya memerlukan seseorang untuk menjaga saya. Kami berdua sebenarnya berjauhan daripada keluarga,” katanya. Sementara itu, Syahirah yang turut hadir pada majlis tersebut ketika ditanya tarikan Fad, dia menyatakan kesungguhan pelawak itu tidak jemu-jemu cuba mengambil hatinya membuatkan dia yakin untuk menjalinkan hubungan cinta.

“Mula-mula memang saya tidak suka pada dia tetapi dia selalu mesej saya. Kesungguhan dia itu yang membuka hati saya untuk terima dia,” tuturnya yang turut memberitahu menangguhkan pengajian selama 6 bulan untuk menguruskan persiapan perkahwinan. Sungguhpun menyedari bakal suaminya itu seorang selebriti, Syahirah mengakui dirinya seorang yang cemburu.

“Saya sudah bersedia menempuh hidup sebagai seorang selebriti tetapi saya akui seorang yang kuat cemburu,” katanya tersenyum sambil melirik ke arah Fad. Pelawak Fad Bocey bersyukur apabila isterinya, Nur Syahirah kini sudah berubah dengan penampilan berhijab. Menurut Fad, hatinya kini semakin tenang. “Syukur alhamdulillah, tenang hatiku,” tulisnya.

Fad dan Syahirah mendirikan rumah tangga pada 15 Mac 2015 dan mereka telah dikurniakan dua orang anak kembar lelaki dan seorang anak perempuan. Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Khalifah Media

Sumber  : Instagram fadbocey via mD/mediaohsem

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *