Terkini Datuk Seri Ismail Sabri keluarkan kenyataan baru mengenai operasi bagi pekerja pekerja di sektor awam dan swasta yang berada di zon merah menerusi sidang media harini.

Info Infomaklumat

Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri melalui sidang media hari ini memaklumkan bahawa pekerja-pekerja di sektor awam dan swasta bahagian pengurusan dan pengawasan di Zon Merah diarah bekerja dari rumah berkuat kuasa pada 22 Oktober.

“Mesyuarat hari ini telah pun memutuskan bahawa pekerja-pekerja di sektor awam dan swasta di peringkat pengurusan dan pengawasan tidak perlu hadir ke pejabat dan mereka boleh bekerja dari rumah. “Ini bagi mengurangkan pergerakan pekerja yang terpaksa bekerja kerana kilang-kilang dibuka seperti biasa di Selangor, Wilayah Persekutuan dan Sabah.

“Untuk memutuskan rangkaian COVID-19 di kawasan PKPB ini, kita mengurangkan pergerakan pekerja. Difahamkan dengan keputusan ini, 1 juta pekerja dapat dikurangkan daripada bekerja di pejabat dan juga sektor-sektor industri dan perkilangan” katanya.

Walaubagaimanapun, terdapat pengecualian bagi proses kerja yang memerlukan keberadaan di pejabat seperti bahagian yang terlibat dalam urusan kewangan yang membuat bayaran, pengurusan, penguatkuasaan dan kebajikan. “Saya mengarahkan supaya majikan-majikan mengeluarkan surat pelepasan bagi pekerja-pekerja untuk bekerja dari rumah,” ujarnya lagi. #PKPB: Pekerja sektor awam, swasta bahagian pengurusan dan pengawasan di Zon Merah diarah bekerja dari rumah berkuat kuasa 22 Okt – @IsmailSabri60  — BERNAMA (@bernamadotcom) October 20, 2020

Tambahnya, arahan bekerja dari rumah ini akan berkuatkuasa bermula pada 22 Oktober. Perincian mengenai jenis pekerjaan, prosedur operasi standard dan sebagainya akan dimaklumkan oleh Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) dalam waktu yang terdekat.

Sumber: Majlis Keselamatan Negara

Setelah ramai mempertikaikan ada aktiviti yang dibenarkan beroperasi harini. Terkini KKM usulkan kepada pihak ini agar PKPB diperketatkan. Rupanya ini puncanya.

Terkini Kementerian Kesihatan (KKM) mahu pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang sedang dikuatkuasakan di Kuala Lumpur, Putrajaya, Selangor dan Sabah diperketatkan bagi mengekang penularan COVID-19. Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata perkara itu akan diusulkan kepada Majlis Keselamatan Negara (MKN) dalam masa terdekat.

“… kita perketatkan dan benarkan sektor ekonomi sahaja,” katanya pada sidang media perkembangan COVID-19, di sini hari ini (18 Oktober). Katanya segala bentuk perhimpunan melibatkan jumlah peserta yang besar perlu dikurangkan agar penularan COVID-19 dapat diputuskan.

Pelaksanaan PKPB yang antara lain menyaksikan institusi pendidikan ditutup selain majikan diminta aktifkan pelan bekerja dari rumah dan penggiliran bagi pekerja mereka, berkuat kuasa di Kuala Lumpur, Putrajaya dan Selangor sejak 14 Okt lalu selama 14 hari, sementara di Sabah bermula dari 12 hingga 26 Okt ini. Semalam, Mesyuarat Khas MKN memutuskan pemilik dan pengusaha fasiliti sukan komersial dalam kawasan PKPB iaitu padang bola sepak komersial, gimnasium dan gelanggang futsal serta dewan badminton komersial, dibenar beroperasi semula mulai 19 Okt ini (esok).

Dalam pada itu, Dr Noor Hisham berkata prosedur operasi standard (SOP) bagi penjra akan dikaji semula bagi memastikan jangkitan di tempat tersebut dapat dikurangkan. KKM bersama-sama Jabatan Penjra akan perkemaskan SOP itu, katanya. Ditanya sama ada virus mutasi D614G dikesan dalam kluster di Selangor, Dr Noor Hisham berkata kajian oleh Institut Penyelidikan Perubatan (IMR) memerlukan masa satu hingga dua minggu lagi sebelum dapat mengenal pasti sama ada D614G turut dikesan di negeri itu.

IMR sebelum ini mengesan virus mutasi tersebut dalam Kluster Sivagangga di Kedah, seterusnya di Sabah, Kluster Sungai (Kedah) dan Kluster Ulu Tiram di Johor, katanya. Jelasnya virus mutasi itu menyebabkan kadar kebolehjangkitan yang tinggi, sekali gus meningkatkan risiko penularan lebih meluas.

Sehubungan itu, beliau mengulangi nasihat agar orang ramai memastikan pematuhan SOP pada sepanjang masa termasuk pemakaian pelitup muka, kerap mencuci tangan serta mengelakkan perhimpunan. Menurutnya ketika penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan, KKM berjaya mengawal penularan pandemik dalam tempoh empat minggu kerana semua rakyat duduk di rumah. Malah katanya walaupun KKM terlewat 10 hari melaksanakan intervensi bagi Kluster Sri Petaling, penularan daripada kluster itu dapat dikawal dalam tempoh 100 hari.

— BERNAMA

TERKINI: PKPD Dilaksanakan Di Kg. Saguking Laut & Kg Sebur Baru Di Labuan Bermula Tengah Malam Ini

PUTRAJAYA, 20 Okt – Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) dilaksanakan di Kampung Saguking Laut dan Kampung Sebur Baru di Wilayah Persekutuan Labuan bermula tengah malam ini sehingga 3 Nov ini. Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, ia berikutan berlaku peningkatan kes positif COVID-19 di kampung air berkenaan.

“PKPD yang melibatkan 8,062 individu ini bertujuan bagi membolehkan pergerakan keluar masuk dapat dikawal dan juga untuk memudahkan kerja-kerja saringan yang akan dibuat Kementerian Kesihatan (KKM). “Kawasan keselamatan akan dikawal oleh Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Agensi Pertahanan Awam Malaysia (APMM) dan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM),” katanya dalam sidang media perkembangan PKP Pemulihan (PKPP) hari ini. Dalam pada itu, kebajikan penduduk akan diuruskan oleh pihak berkuasa tempatan dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM). Maklumat lanjut menyusul.

Sumber: RTM

Rupa rupanya ini antara sop semasa pkpb di Selangor Kuala Lumpur dan Putrajaya yang rakyat perlu tahu.


Perlaksaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat yang dikenakan ke atas seluruh Selangor, Wilayah Kuala Lumpur dan Putrajaya yang bakal dilaksanakan pada 14 Oktober 2020 ini menyaksikan bahawa kerajaan dan Kementerian Kesihatan Malaysia berusaha keras memastikan penularan wabak Covid-19 dapat diputuskan.

Sidang media hari ini memaklumkan beberapa prosedur operasi standard (SOP) yang perlu dipatuhi oleh rakyat di negeri ini. Menurut Datuk Ismail Sabri dalam sidang media, kawalan Pergerakan PDRM bertanggungjawab melaksanakan kawalan ke atas kawasan tempat jangkitan dengan bantuan ATM, APMM, APM & RELA.

1. Hanya dua orang sahaja yang dibenarkan untuk keluar dari rumah. Selain itu, hanya dua orang sahaja yang dibenarkan untuk keluar dari rumah bagi tujuan mendapatkan bekalan makanan serta keperluan-keperluan yang lain. Orang-orang yang berisiko tinggi dan kanak-kanak tidak digalakkan keluar ke kawasan awam, terbuka dan sesak.

2. Pergerakan keluar masuk merentas daerah dan negeri yang melibatkan kawasan PKPB adalah tidak dibenarkan kecuali bagi; Bagi kes kecemasan seperti sakit dan pengurusan jnzh di luar daerah adalah dibenarkan tetapi perlu mengemukakan permohonan pergerakan kepada pihak PDRM.

3. Pekerja-pekerja dibenarkan untuk merentas daerah dan negeri dengan syarat mempunyai pas pekerja yang sah atau surat kebenaran daripada majikan. Bagi pekerja dari dalam daerah yang sama, mereka tidak perlu mengemukakan surat majikan atau pas pekerja. Pihak kerajaan menggalakkan majikan membenarkan pekerja-pekerja mereka untuk bekerja dari rumah (work from home).

4. Individu yang perlu merentas melalui kawasan PKPB. Bagi mereka yang perlu melalui negeri Selangor dan Kuala Lumpur ke negeri-negeri lain, mereka dinasihatkan untuk mendapatkan kebenaran daripada balai polis berhampiran sebelum membuat perjalanan.

5. Individu yang menggunakan pergerakan udara. Bagi individu yang melalui KLIA, KLIA2 dan Subang, mereka juga perlu mendapatkan kebenaran daripada pihak Polis. 6. Hanya dua orang dibenarkan dalam satu kereta

Sumber: Sidang Media MKN

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *