Tak ada suami buat serabut kepala. Lepas jadi bekas isteri Daie Farhan. Dr. Erin bagi pesanan ini kepada golongan wanita sekarang untuk buat sesuatu.

Hiburan

Bekas isteri kepada pendakwah bebas Da’i Farhan, Dr. Erin mengakui wanita yang bergelar janda akan lebih kelihatan cantik atas beberapa sebab. Selain tidak punyai suami yang membuatkan seseorang wanita itu serabut, janda juga lebih terurus apabila perlu menjaga diri sendiri. “Selalu orang cakap perempuan ni kalau jadi janda makin cantik nak pancing lelakilah tu. Tet! Salah tu ye.

“Janda-janda makin cantik sebab tak ada suami yang membuatkannya makan hati, serabut kepala dan macam-macam lagi,” tulis Dr. Erin menerusi akaun Instagramnya pada Selasa. Justeru, Dr. Erin atau nama sebenarnya, Noorainul Naqim Mohd Radzi menyarankan golongan wanita agar sentiasa menjaga diri dan penampilan tidak kira apa juga status.

“Umur bukan kayu ukur untuk kita tidak kisah bab-bab melawa ni. Makin berumur makin kena jaga sangat-sangat selagi mana ada kita ni perempuan tambah ada suami. “Tolonglah sentiasa jadi seksi seksa untuk suami anda jika tidak jangan salahkan mak-mak janda pula. 

“Mak-mak janda ni selalu kena servng dengan isteri yang insecure, masa ada laki kena melawa betul-betul. “Jangan lepas berpisah baru nak bagi suami menyesal tinggalkan dia dulu. Janganlah macam tu adik kakak. “Ada suami lagi kena melentik menggoda sakan untuk suami. Tak kiralah kita ni muslimah level kayangan ke, wanita kluster surirumah ke, sebab orang laki ni ujian nombor satu dia wanita!

“Kalau suami kita serban berlingkar-lingkar pun main dengan fitrah kejadian lelaki suka pada benda-benda yang lawa,” katanya. Malah, Dr. Erin turut berpesan kepada golongan lelaki agar sentiasa menjaga isteri sebaik mungkin. “Wahai suami di luar sana, jagalah isteri kalian baik-baik. Bahagiakanlah dia, insya-Allah makin ramai isteri-isteri dan mak-mak yang makin lawa lepas ni.  “Umur hanya kayu ukur untuk kita beringat untuk ke alam satu lagi,” pesannya.

Lepas berpisah dengan Dai Farhan Dr Erin terus jadi rebutan lelaki. Penat nak balas semua mesej lelaki. Mengejutkan bila Dr Erin dedahkan sesuatu yang warganet tak tahu.

BEKAS isteri penceramah bebas Da’i Farhan iaitu Noorainul Naqim Mohd Radzi meminta mana-mana lelaki yang mahu mendekatinya agar membatalkan niat tersebut. Jelas Noorainul atau lebih dikenali sebagai Dr Erin, 40, tidak ramai lelaki yang mampu untuk memikul tanggungjawab sebagai suami dan ketua dalam keluarganya.

Kata Erin dia juga sudah penat untuk membalas mesej-mesej daripada lelaki yang mahu mengenalinya menerusi laman sosial. “Saya ni seorang wanita umur 40, mak dan ayah kepada lapan orang anak yang saya perlu bagi segala-galanya. Sakit demm pun saya seorang je yang perlu fikir dan jaga sebab saya tiada adik-beradik, tiada saudara-mara tiada orang tua mahu pun pembantu yang boleh tolong saya lakukan 1001 macam kerja.

Erin akui banyak tanggungjawab yang perlu dipikulnya.

“Orang luar nampak saya ni macam best je hidup dan ramai sangat nak cuba mengenali saya, maaf saya kena bagi tahu dekat sini… tak ramai lelaki yang akan mampu dan berani pikul tanggungjawab ni. “Saya dah penat sangat nak bagi respons kepada yang DM tu. Maaf bukan mudah nak mudah, bukan senang nak senang. Jadi lebih baik cari anak dara atau mak janda yang kurang tanggungjawab,” tulisnya.

Dalam pada itu Erin berkata, kesenangan dan kemewahan hidup yang dilaluinya sekarang memerlukan dia untuk memikul tanggungjawab besar terhadap kebajikan keluarga dan pekerja. Katanya, hanya lelaki yang betul-betul kuat fizikal dan ment4l sahaja mampu menjadi pasangannya.

“Saya ni Allah ciptakan untuk diberi tanggungjawab yang sangat besar bukan untuk hidup bersenang-lenang dan bukan setakat kena jadi ibu dan ayah malah kena jaga kebajikan ramai orang lagi. “Jadi takut awak semua tak kuat dan tak tahan. Hanya lelaki yang betul-betul besar keyakinan pada takdir dan rezeki Allah, kuat fizikal dan mental saja mampu dan sanggup berjalan seiring dengan saya.

“Maaf sangat tak dapat nak respons kepada semua… Janganlah IG call sebab saya memang tidak akan jawab,” ujarnya. Erin berkahwin dengan Da’i Farhan atau nama sebenarnya Nik Ahmad Farhan Nik Mohamad, 30, di Makkah pada November 2019.

Bagaimanapun Erin memberitahu bekas peserta program Da’i itu sudah melafazkan talak dan ikatan perkahwinan itu berakhir pada April lalu. Perkahwinan Da’i Farhan dengan janda anak lapan itu mendapat perhatian masyarakat apabila dilakukan tanpa pengetahuan isteri pertamanya, Fatin Nurul Ain.

Nik Farhan melepaskan isteri pertamanya yang ketika itu sedang sarat mengandung anak kedua mereka menerusi rakaman suara di aplikasi WhatsApp. Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Sumber : Mstar

Da’i Farhan sudah lepaskan Dr Erin

ATAS alasan tidak boleh berjauhan dengan  anak dan syarat yang ditetapkan bekas madu, isteri kepada pendakwah bebas, Da’i Farhan yang dikenali Dr Erin mengesahkan sudah ditalakkan suaminya  pada 27 April lalu.

Berita perpisahan yang dikongsikan Dr Erin atau nama sebenarnya Noorainul Naqim Mohd. Radzi, 40, di Instagram itu adalah keputusannya sendiri demi kebaikan semua pihak termasuk bekas madu, Fatin Nurul Ain. “Untuk pengetahuan semua, ustaz sudah melafazkan talak terhadap saya pada 27 April lalu selepas saya sendiri meminta untuk dilepaskan. Saya yakin ini yang terbaik untuk kami bertiga. Saya juga tahu pihak sana (bekas madu) tak boleh ‘move on’.

“Perpisahan ini saya yang minta sebab saya dah penat dengan episod kejap kata nak rujuk sana dan nak lepaskan saya. Kemudian tak jadi lepas saya dan nak pujuk sana untuk bermadu dengan saya. Selepas itu nak berpisah balik. Saya tahu ustaz pun serba salah. Disebabkan itu saya memilih untuk dilepaskan dengan rela,” katanya.

Menurut Erin, dia mengizinkan Farhan  untuk kembali kepada pangkuan bekas isterinya kerana suaminya tidak boleh berpisah lama dengan anak-anak. Katanya, antara syarat yang ditetapkan isteri Farhan adalah dia  perlu melepaskan kerana keluarganya tidak merestui anaknya hidup bermadu.

“Pada 11 Februari lalu saya mengizinkan ustaz untuk kembali dengan bekas isteri kerana selepas pulang dari berjumpa anak-anaknya, dia cakap pada saya dia tak boleh berjauhan daripada anak-anak. Dia kata pihak sana bagi syarat nak duduk dengan anak boleh, tapi kena lepaskan saya sebab ibu bapanya takkan bagi anak dia bermadu.

“Sebab terlalu sayangkan bekas suami, saya cakap kepadanya bawa saya balik berjumpa mentua dan bekas madu untuk saya sendiri serahkan dia semula. Biarlah asalkan dia dapat bersama anak-anaknya,” katanya. Menurutnya, jika diikutkan Februari lalu dia sudah minta untuk dilepaskan , namun ada sahaja halangan sehinggalah mendapat perkhabaran sudah hamil baru- baru ini.

“Saya reda jika ini ujian saya untuk kehilangan orang yang saya sayang daripada tengok dia susah hati dan rindu dengan anak-anak. Lebih baik saya mengalah. “Saya sudah tidak mengharapkan apa-apa daripadanya dan hanya tunggu masa nak dilepaskan saja. Sejak bulan Februari nak pisah ada saja masalah datang sampailah saya nekad nak akhiri pada bulan Ramadan ini demi kebaikan semua tapi saya tahu mengandung pula. Namun saya nekad dengan keputusan saya untuk mengakhirinya,” katanya.

Dalam masa sama, Erin meminta supaya dirinya tidak lagi dikaitkan dengan pendakwah bebas itu dan memohon maaf kepada mana-mana yang pernah terluka sepanjang perkahwinannya dengan Farhan. “Saya harap selepas ini tolong jangan kaitkan dia dengan saya. Apa-apa saya yang saya kongsikan di media sosial adalah atas diri saya sendiri. Saya yang baru nak dapat hidayah ini sememangnya tak layak dengan golongan agamawan.

“Biarlah dia jalani kehidupan dia seperti biasa dengan ketenangan dan kebaikan. Saya ingin meminta maaf kepada sesiapa yang tergores hati dan terkesan atas pernikahan saya dengannya. Saya terima lamarannya dulu sebab ilmu agama dan kebaikan yang saya nampak dalam dirinya ketika itu. Saya sangat harap dia boleh bawa saya ke syurga,” katanya.

Pernikahan Farhan atau nama sebenarnya Nik Ahmad Farhan Nik Mohamad, 30, dengan Erin yang juga ibu tunggal anak lapan di Makkah pada November tahun lalu mendapat perhatian masyarakat apabila dilakukan tanpa pengetahuan isteri pertamanya, Fatin.

Bagaimanapun, Farhan kemudian mengambil keputusan melepaskan isteri pertamanya yang ketika itu sarat mengandung anak kedua mereka. talak itu dilafazkan menerusi rakaman suara di aplikasi WhatsApp pada 3 Disember tahun lalu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *