Selepas sekolah di Melaka di arahkan tutup. Terbaru beberapa sekolah di Perak pula diarahkan tutup disebabkan ada pelajar yang didapati positif covid 19.

Covid 19

Sebanyak tiga sekolah di Perak diarah tutup selama tujuh hari selepas terdapat jangkitan wabak COVID-19 dalam kalangan pelajar di sekolah berkenaan. Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pembangunan Modal Insan, NGO dan Masyarakat Sivil Negeri, Razman Zakaria berkata sekolah terlibat adalah Sekolah Kebangsaan (SK) Tanah Kebun di Parit Buntar dan SK Klebang Jaya serta Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Aminuddin Baki, Chemor, kedua-duanya di Ipoh.

Ada pelajar disahkan positif Covid-19

Beliau berkata pihaknya dimaklumkan pelajar terbabit disahkan positif jangkitan COVID-19 pada 16 Okt lepas. “Surat arahan penutupan sekolah selama tujuh hari sehingga 25 Okt sudah dikeluarkan oleh Jabatan Pendidikan Negeri dan diedarkan ke sekolah terbabit bagi tujuan kerja-kerja pembersihan dan disinfeksi…”

Terpaksa tutup sekolah. Penutupan terbaharu itu menjadikan jumlah sekolah yang ditutup di Perak disebabkan terdapat jangkitkan wabak COVID-19 membabitkan guru dan pelajar adalah sebanyak empat termasuk SK Lekir Batu 8 di Sitiawan, Manjung yang ditutup tujuh hari sejak 14 Okt lepas.

Sementara itu, enam sekolah di daerah Larut, Matang dan Selama yang ditutup tujuh hari sejak 12 Okt iaitu SMK King Edward VII; SMK (P) Treacher Methodist; SK Convent Kota; SMK Bukit Jana, Kamunting dan SK Taman Jana, Kamunting yang semuanya di Taiping serta SK Ulu Mengkuang, Selama dibuka semula hari ini.

Sumber: Bernama

COVID-19: Ramai Orang Mahu Sekolah Ditutup Sementara

KUALA LUMPUR, 19 Okt (Bernama) — Peningkatan kes baharu COVID-19 di Malaysia bulan ini yang menyaksikan angka jangkitan harian melonjak kepada jumlah tertinggi direkodkan menjangkau sehingga 871 kes semalam, mempopularkan ungkapan “Tragedi Oktober” di alam siber ketika ini.

Situasi ini mencetuskan keresahan dalam kalangan masyarakat terutamanya melibatkan golongan berisiko tinggi seperti pelajar sekolah. Sehingga artikel ini ditulis, dilaporkan lebih satu juta pelajar yang hadir ke 1,754 buah sekolah di beberapa negeri tidak dapat menjalani sesi persekolahan seperti biasa selepas kes COVID-19 kembali meningkat.

Persoalannya kini, wajarkah kerajaan menghentikan sementara semua sesi persekolahan seluruh negara sehingga hujung tahun ini bagi pelajar yang tidak terlibat dengan peperiksaan awam sebagai langkah pencegahan? Menerusi bancian di atas talian yang dijalankan di laman media sosial rasmi Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) mendapati majoriti responden, terutamanya ibu bapa mahukan aktiviti persekolahan dihentikan sementara sehingga pandemik COVID-19 beransur pulih.

Di Twitter @bernamadotcom, sebanyak 83.4 peratus daripada 4,592 undian menyatakan persetujuan itu, manakala hanya 9.3 peratus memilih tidak wajar dan selebihnya iaitu 7.2 peratus mengundi tidak pasti. Selain itu, bancian sama turut dilaksanakan di laman Instagram @bernamaofficial melibatkan 3,063 responden, dan daripada jumlah itu, 87 peratus atau 2,665 responden turut menyatakan persetujuan sesi persekolahan diberhentikan.

Hanya 13 peratus atau 398 responden menyatakan tidak, dalam bancian yang dijalankan selama enam hari bermula 6 Okt lepas. Di laman Facebook @bernamaofficial, ruangan komen diserbu dengan luahan lebih 300 warganet yang berharap satu mekanisme khusus melibatkan pelajar sekolah dapat dilaksanakan.- Bernama

“Kalau saya rasa anak saya kurang kurang sihat atau anak saya bagitahu ada rakan sekelas yang kurang sihat, saya maklum sahaja pada cikgu kelas melalui surat untuk cutikan sekolah…bila saya yakin anak saya sihat, saya hantar ke sekolah…..kalau tutup sekolah nanti kata cikgu takde kerja plak….serba salah dibuatnya…pencegahan terletak pada kita sendiri,” kata pemilik akaun Facebook Norlizan Ghazali.

Seorang pengguna Twitter yang menggunakan tanda nama @Harvind77901533 pula berpendapat, persekolahan bagi pelajar di semua peringkat perlu dihentikan sementara dan bukan hanya melibatkan pelajar yang tidak terlibat dengan peperiksaan awam. “Murid sekolah rendah boleh dicutikan… begitu juga murid tingkatan 1 dan 2,” katanya.

Ada juga pengguna Twitter yang menimbulkan persoalan siapa yang akan menjaga anak-anak jika mereka tidak ke sekolah memandangkan ibu bapa perlu keluar bekerja, selain ada yang dalam dilema memikirkan isu persekolahan anak-anak. “Kalau henti kesian pula anak-anak tak sekolah. Kalau sekolah berisiko. #dalamdilema seorang ibu,” kata @syazulaikha.

Sumber: BERNAMA

Selepas ada ibu bapa pelajar di sekolah itu yang disahkan positif covid 19. Terbaru sekolah tersebut diarahkan untuk tutup selama tujuh hari.

MELAKA: 19 Okt, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Simpang Bekoh, Jasin dekat sini diarah tutup selama tujuh hari mulai hari ini susulan terdapat ibu bapa pelajar di sekolah itu disahkan positif COVID-19. Exco Jabatan Ketua Menteri (Pendidikan) Melaka Datuk Noor Effandi Ahmad berkata penutupan sekolah itu sehingga 25 Okt ini bagi membolehkan kerja-kerja disinfeksi dan pembersihan dilakukan oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Melaka.

“Arahan penutupan sekolah yang mempunyai kira-kira 700 pelajar itu dikeluarkan Jabatan Pendidikan Negeri Melaka. “Saya dimaklumkan bahawa keputusan ujian calitan saringan COVID-19 terhadap kesemua pelajar di sekolah itu belum diketahui sama ada positif atau negatif,” katanya ketika dihubungi Bernama, di sini, hari ini.

Khamis lepas, Bernama melaporkan dua sekolah di Alor Gajah iaitu Sekolah Kebangsaan (SK) Telok Berembang dan SMK Lubok China diarah tutup selama tujuh hari bermula 15 Okt lepas susulan dua beradik yang belajar di dua sekolah berkenaan disahkan positif COVID-19. Sumber: Bernama

Ramai yang masih mempersoalkan tentang penutupan sekolah secara keseluruhannya walaupon kes telah melonjak tinggi. Ini jawapan Menteri Pendidikan bagi persoalan tersebut.

KUALA LUMPUR: Keputusan untuk menutup semua sekolah ketika negara berhadapan lonjakan kes COVID-19 memerlukan perbincangan amat mendalam kerana boleh menyukarkan pelajar di kawasan pedalaman meneruskan sesi pembelajaran secara alternatif. Menteri Pendidikan, Dr Radzi Jidin, berkata ia berikutan masih ada segelintir pelajar tidak mempunyai akses penuh kepada Internet dan teknologi dalam menjalankan pembelajaran dalam talian.

“Kami sendiri lihat ia pilihan terbaik, namun begitu, kekangan kita… ramai anak-anak kita ini yang tinggal di tempat yang akses kepada Internet itu minimum. “Malah, ada juga yang tidak ada sebarang peranti. Apakah nasib anak-anak ini?,” katanya ketika ditemu bual dalam program Soal Rakyat di TV3, pada Sabtu.

Mengulas lanjut, beliau berkata banyak pihak bertanya mengapa kementerian tidak tutup sahaja sekolah disebabkan peningkatan kes COVID-19, namun keputusan mengenainya bukan mudah untuk dibuat. “Saya ingin jelaskan bahawa di Kementerian Pendidikan kita menaungi lebih lima juta orang murid dan pelajar, termasuk peringkat sekolah rendah hingga ke peringkat pengajian lebih tinggi.

“Yang kedua, kita mempunyai lebih 500,000 orang guru dan warga KPM (Kementerian Pendidikan) serta kita menaungi lebih daripada 10,000 buah sekolah dan IPT (institusi pengajian tinggi).“Jadi sebarang keputusan yang ingin dilakukan oleh KPM ini, memberi kesan bukan sahaja kepada KPM tapi kepada seluruh negara. Justeru, kami tidak boleh terburu-buru dalam membuat sebarang keputusan,” jelas Dr Radzi. – Awani

Dah baca? Jangan lupa untuk like dan share page kami Kucing Media Online untuk perkembangan isu terkini dan info yang lebih menarik.

Terkini muncul lagi 2 kluster baru yang dikesan di tempat tempat ini. Lebih mengejutkan Dr NoorHisham dedahkan punca wujud kluster baru harini harap semua ambil perhatian akan isu ini

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan bahawa terdapat dua kluster baharu yang berjaya dikesan di Selangor serta Melaka untuk 19 Oktober. Menurut ciapan daripada akaun Twitter rasmi KKM, salah satu daripadanya dikenalpasti di Hulu Langat manakala satu lagi di daerah Melaka Tengah, Alor Gajah dan Jasin.

Kluster Hentian, Selangor

Menurut Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, kluster Hentian ini melibatkan daerah Hulu Langat di Negeri Selangor. Kes indeks bagi kluster ini iaitu kes yang ke 18664 telah dikenal pasti positif COVID-19 hasil daripada saringan individu bergejala pada 15 Oktober 2020. Kes telah dimasukkan ke Hospital Sungai Buloh.

Saringan kontak rapat yang dilakukan berjaya mengenal pasti 6 lagi kes positif COVID-19. Sehingga 19 Oktober 2020, sejumlah 127 individu telah disaring. Daripada jumlah itu, 7 kes dikesan positif COVID-19 dan 120 individu masih menunggu keputusan.

Kluster Bukit, Melaka

Kluster Bukit ini melibatkan daerah Melaka Tengah, Alor Gajah, dan Jasin di Negeri Melaka. Kes indeks bagi kluster ini iaitu kes 17,531 telah dikenalpasti positif COVID-19 hasil saringan individu bergejala pada 13 Oktober 2020 dan telah dimasukkan ke Hospital Melaka. Saringan kontak rapat telah mengenal pasti 14 lagi kes positif COVID-19. Sehingga 19 Oktober 2020 sejumlah 89 individu telah disaring. Hasil daripada itu, 15 kes telah dikesan positif COVID-19 73 individu negatif dan 1 individu masih menunggu keputusan.

Sumber: KKM

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *