Pandemik covid 19 kini memasuki fasa yang Membimbangkan. mengejutkan ketua pengarah Pertubuhan Kesihatan Sedunia bongkarkan sesuatu mengenai vaksin covid 19.

Covid 19 Info Infomaklumat ISU SEMASA

GENEVA: Sebanyak 184 negara dan ekonomi bergabung di bawah COVAX, sebuah inisiatif antarabangsa dipimpin Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dan rakan-rakannya untuk memastikan akses vaksin COVID-19 yang adil dan berkesan di seluruh dunia, lapor agensi berita Xinhua.

“COVAX mewakili portfolio terbesar vaksin COVID-19 dan kaedah paling berkesan untuk memastikan vaksin dapat dikongsi dengan selamat dan berkesan di seluruh dunia,” kata Ketua Pengarah WHO Tedros Adhanom Ghebreyesus pada sidang media maya di sini. “Berkongsi vaksin secara adil adalah cara terpantas untuk melindungi masyarakat yang berisiko tinggi, menstabilkan sistem kesihatan dan mendorong pemulihan ekonomi global yang berkesan,” tambahnya.

Sebagai antara negara utama dalam pembangunan vaksin, China secara rasmi bergabung di bawah COVAX, langkah yang disifatkan jurucakap Kementerian Luar China sebagai penting untuk menegakkan konsep komuniti kesihatan bersama bagi semua dan komitmen menjadikan vaksin COVID- 19 membawa kebaikan kepada masyarakat awam global.

Pada sidang media sama Tedros berkata pandemik COVID-19 kini memasuki “fasa yang membimbangkan.” Kedatangan musim sejuk di hemisfera utara dan lonjakan dalam jumlah kes baharu, Tedros memberi amaran beberapa bulan akan datang bakal menjadi lebih sukar, terutama di Eropah dan Amerika Utara.

“Oleh itu, penting kepada semua kerajaan untuk menumpukan seluruh perhatian kepada asas utama yang membantu memutuskan rantaian penularan demi untuk menyelamatkan nyawa dan kehidupan,” kata Tedros.

Ketika dunia sedang berjuang membendung pandemik COVID-19, negara di seluruh dunia berlumba-lumba mencari vaksin. Menurut laman web WHO, pada 19 Oktober, terdapat 198 vaksin percubaan yang dibangunkan di seluruh dunia dan 44 daripadanya kini di peringkat ujian klinikal. – BERNAMA

Terkini ubat antivirus ini yang digunakan untuk merawat pesakit Covid 19 disahkan tidak lagi berkesan dan ia turut beri kesan yang lain.

Ubat antivirus remdesivir didapati tidak berkesan dalam merawat pesakit Covid-19 malah tidak membantu mengurangkan kes pemergian akibat wabak itu. Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, kajian klinikal oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) iaitu ‘Solidarity trial’ turut membuktikan ubat anti malaria hydroxychloroquine, serta ‘lopinavir’ dan ‘ritonavir’, tidak berkesan dalam merawat pandemik itu.

“Jadi kita dapat simpulkan, remdesivir tak berkesan untuk kita merawat pesakit Covid-19 dari tiga sudut iaitu pemergian, kemasukan ke hospital atau keperluan bantuan pernafasan. “Dulu kita tiada bukti yang kukuh, tetapi hari ini kita sudah ada kajian. Bukan hanya di Malaysia tapi ia juga membabitkan negara yang di bawah payung WHO,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media harian mengenai perkembangan terkini Covid-19 di Putrajaya, hari ini. Sebelum ini, remdesivir, hydroxychloroquine, lopinavir dan ritonavir digunakan bagi rawatan pesakit Covid-19.

Namun berdasarkan kajian, kata Noor Hisham, pihaknya mendapati ubat dexamethasone berkesan untuk menghalang radang paru-paru dan memberikan hasil positif terhadap pesakit. Katanya, kajian klinikal berkenaan membabitkan pesakit Covid-19 dari 30 negara termasuk Malaysia.- HMETRO

Dah baca? Jangan lupa like & Share Page Kami Kucing Media Online untuk lebih banyak info dan kisah menarik.

Amalan norma baharu. Pakar Epidemilogi terus buat kenyataan berkenaan vaksin COVID19 dan harap semua maklum dengan perkara ini

Semasa kita diambang gelombang kedua Covid-19, pelbagai pendapat yang dilntarkan oleh pakar dan orang awam bagi memastikan wabak ini tidak terus menular. Memandangkan vaksin juga masih belum dipasarkan secara rasmi dan tiada khabar angin bila ia akan mula digunakan. Pihak kerajaan sehingga kini berterusan mencari jalan terbaik untuk merawat para pesakit.

Pada masa yang sama, seorang Pakar Epidemiologi Jabatan Perubatan Kemasyarakatan dan Pencegahan Universiti Malaya (UM), Prof Datuk Dr Awang Bulgiba Awang Mahmud berpendapat bahawa hidup dalam norma baharu adalah ‘vaksin’ terbaik untuk melawvn Covid-19 ini.

Tambah beliau, vaksin yang yang bakal dihasilkan bukan satu kepastian dapat melindungi masyarakat daripada dijangkiti virus terbabit. “Kita tidak mahu apabila mendapat vaksin dan terus diberi (kepada pesakit) akan menimbulkan masalah lain pula, sebab itu vaksin ini bukan satu kepastian yang dapat melindungi kita. Itu sebabnya norma baharu penting, malah inilah vaksin kita sebenarnya.”

Bimbang dengan peningkatan kes, pastikan rakyat patuh SOP. Dr Awang Bulgiba turut menyatakan kebimbangan kerana jumlah kes berkemungkinan tidak menunjukkan penurunan berterusan dalam tempoh beberapa minggu akan datang.“Saya melihat kes tiga angka akan berterusan untuk beberapa minggu lagi, justeru pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di beberapa negeri diharap dapat membendung penularan virus itu.” 

Selain itu, beliau mengesyorkan supaya kerajaan membuat kajian tingkah laku masyarakat terhadap pematuhan prosedur operasi standard (SOP) supaya masyarakat dapat biasakan diri dengan norma baharu. “Kerajaan wajar membuat kajian supaya pematuhan SOP menjadi sebahagian daripada norma baharu masyarakat.”Kita tak tahu bila wabak ini akan hilang. Tapi hidup perlu diteruskan. Tak susah pun nak ikut SOP betul tak? Semoga kita terus kuat hadapi dugaan ini.

Full lockdown akan dilaksanakan di Selangor gara gara kes makin meningkat. Akhirnya ini kenyataan dari Dato Ismail Sabri.

Terkini, Menteri Kanan (Klvster Keselamatan) Ismail Sabri Yaakob telah menyatakan bahawan Majlis Keselamatan Negara (MKN) sedang menilai dan mengkaji cadangan untuk mengvatkuasakan PKP atau PKPD di Selangor

Ini susulan peningkatan mendadak kes penularan C0ViD-19 di Selangor baru-baru ini. Pada hari ini sahaja, Selangor telah merekodkan 107 kes positif C0VlD-19. Pada sidang media hari ini, beliau telah membuat kenyataan bahawa tempoh penguatkuasaan PKPB di Selangor masih berjalan

sehingga kajian menyeluruh dilakukan oleh pelbagai pihak termasuk MKN dan juga KKM. Beliau juga memberitahu bahawa dengan penguatkuasaan PKPD di Selangor, individu-individu tidak dibenarkan keluar dan makanan serta keperluan asas akan dihantar pada mereka.

Ini tidak termasuk lagi impak yang sangat ketara pada ekonomi negara. Kedai-kedai tidak dapat lagi beroperasi seperti biasa dan pastinya ramai yang akan kekal tutup. Individu-individu juga akan hilang punca pendapatan.

Justeru itu, beliau menyatakan bahawa perlunya ada keseimbangan dalam membendung penularan wbak C0VID-19 dan juga mengekalkan sumber pendapatan rkyat Malaysia. Jika dilihat dari segi kwalan pergerakan, pastinya PKPD adalah jalan yang terbaik, tetapi ramai warga Selangor akan hilang pvnca pendapatan.

Sumber : FMT

Selepas keluar kenyataan tentang penularan virus D614G tadi. Terkini pakar telah umumkan virus tersebut akan merebak dengan cepat di kawasan ini.

KUALA LUMPUR: Pengudaraan baik dalam sesuatu kawasan termasuk ruang sempit penting bagi mengurangkan risiko terhadap jangkitan COVID-19 yang turut merangkumi mutasi virus jenis D614G. Pakar virologi dari Universiti Malaya (UM), Prof Dr Sazaly Abu Bakar, berkata sebarang jenis mutasi virus termasuk D614G boleh merebak dengan pantas di kawasan tanpa sistem pengaliran udara yang baik.

Beliau berkata, kawasan tertutup yang dipasang penyaman udara tanpa sistem keluar masuk udara yang baik juga berupaya menjadi lokasi mutasi virus COVID-19 merebak. “Selain penjarakkan fizikal dan pemakaian pelitup muka, aspek penting yang harus ditekankan ialah pengaliran udara dalam mengawal penularan COVID-19. “Walaupun tempat itu mempunyai kepadatan penduduk tinggi atau sempit, namun pengudaraan mencukupi boleh mengawal penularan. “Contohnya dalam pesawat. Setakat ini kita tidak melihat kluster dari kapal terbang kerana sentiasa berlaku pertukaran udara di dalamnya walaupun ruang terhad.

“Kita lihat kes di Afrika juga rendah yang mungkin disumbangkan oleh faktor pengaliran udara baik kerana kebanyakan rumah mereka terbuka dan tidak menggunakan penyaman udara,” katanya ketika dihubungi BH, hari ini. Pada masa sama, beliau berkata, individu duduk di rumah termasuk yang dikuarantin perlu memastikan pengaliran udara sentiasa mencukupi dengan membuka tingkap.

Sazaly berkata, sama juga di pejabat yang bergantung sepenuhnya kepada penyaman udara, iaitu harus memastikan sistem pengaliran udara keluar dan masuk dengan mencukupi. “Mereka yang berada dalam suasana berhawa dingin lebih berisiko terkena jangkitan COVID-19 jika tiada pengaliran udara, selain turut dipengaruhi faktor suhu dan kelembapan,” katanya.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kewujudan beberapa kluster sebelum ini termasuk di Sabah. Kedah dan Johor yang berpunca daripada penularan dalam kalangan tahanan pendatang asing tanpa izin (PATI) dan pesalah serta mutasi virus COVID-19 jenis D614G.

Berdasarkan data, Sazaly berkata, mutasi virus jenis D614G sudah berada di negara ini pada Mac lalu namun tidak berkembang pantas kerana tidak memasuki kluster besar. Katanya, penularan pantas itu berlaku apabila mutasi D614G berada dalam kalangan penghuni penj4ra dan pusat tahanan hingga mencipta kluster besar.

“Dari Mac lagi mutasi jenis D614G ini bertapak dalam komuniti kerana secara prinsipnya, virus yang sampai dahulu akan berkembang. “Namun ia tidak memasuki kluster besar, maka mutasi jenis ini tidak ‘meletvp’ sehinggalah D614G ‘memasuki’ sel besi dan pusat tahanan yang sempit serta tidak mempunyai pengaliran udara baik.

“Ia menyebabkan mutasi jenis ini mudah ‘meletvp’,” katanya. Beliau berkata, mutasi D614G dilihat mempunyai kadar kebolehjangkitan tinggi kerana berada pada tempat betul dan masa yang tepat untuk berkembang dengan menular dalam kawasan seperti penjra.

Sumber: BHONLINE

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *