Kenapa perempuan selalu kena berdepan perkara menjijikkan. Terkedu Tiz Zaqyah terima gambar tak senonoh dari seorang lelaki menerusi akaun Instagramnya sehingga menimbulkan kemarahannya apabila diganggu macam itu.

artis selebriti

Pelakon Tiz Zaqyah meluat terhadap perbuatan tak senonoh segelintir pengguna media sosial yang tanpa segan silu menghantar gambar tak senonoh kepadanya. Kongsi Tiz menerusi akaun Instagramnya, dia terkejut apabila menerima gambar kemaluan lelaki menerusi sepotong video memasak yang dimuat naik di platform tersebut. “Itu video saya tengah memasak tu. Kau bayangkan adik, kakak atau anak kau menerima gangguan sebegini. Kau diam je ke?

“Tak tahulah akaun palsu ke apa ke. Ramai sangat orang macam ni. “Jadi? Sekat dan abaikan, lepas tu boleh saya tahu apa akan jadi kepada mereka? “Masih bernafas udara yang sama dan menikmati kehidupan dengan bebas pada masa sama masih mencari wanita lain pula. Takkan senang sangat kot?” kongsi Tiz.

Tambah Tiz, dia tampil mendedahkan perkara terbabit mewakili suara wanita yang tertindas dengan sikap jelik segelintir golongan lelaki. “Aku minta maaf post gambar tu. Aku nak korang rasa apa aku dan ramai lagi perempuan kat luar sana rasa.”Bukannya setahun dua di media sosial dan berapa lama lagi kita hanya mampu menyekat akaun sebegini dan berharap tiada perkara buruk terjadi pada hari mendatang?

“Kenapa perempuan selalu kena berdepan perkara menjijikkan ini manakala pelakunya diam dan hidup bersenang-lenang ibaratnya mereka berhak? “Aku pun taknak kecoh-kecoh, tapi berapa lama lagi kena hadap benda macam ni? Senangnya hidup kau,” katanya. Kongsi Tiz lagi, ada antara kru produksi yang pernah dibuang kerja gara-gara menyorok di dalam sebuah bilik tempat artis menyalin pakaian sebelum ini.

“Dekat tempat kerja ada budak kena buang sebab ada dalam bilik menyorok masa artis tukar baju. “Nasib baik tak kena kepala paip kat kepala. Habis tu? “Dorang kat media sosial ni? Seronok sangat, semua lepas. Naik kepalalah kan,” luah Tiz lagi. -GEMPAK

Sepanjang hidup dah lihat huruf perkataan lirik nombor muzik dalam warna. Terkejut Tiz Zaqyah baru sedar ada kelebihan luar biasa ini sejak kecil lagi.

SENTIASA melihat perkara dari sudut berlainan dan mudah marah, aktress Tiz Zaqyah memberitahu dia baharu menyedari dirinya mengalami sinestesia sejak kecil. Menjelaskan dengan lebih lanjut, Tiz atau nama sebenarnya Siti Zaqyah Abdul Razak, 32, berkata, dia mampu melihat beberapa perkara seperti huruf, perkataan, lirik, muzik dalam bentuk warna dan gelombang.

“Pada hari ini (Khamis) saya dapati bahawa saya dilahirkan dengan sinestesia. Saya dapat mengesahkan ini kerana sepanjang hidup saya telah melihat huruf, perkataan, lirik, nombor, muzik dalam warna. “Bersinar…. kadang-kadang dalam gelombang. Macam-macam dan menarik!” ujarnya.

Tidak hairanlah sukar bagi orang untuk fahami saya. Pelakon yang popular dengan drama Nur Kasih ini juga tidak menolak dirinya sukar untuk difahami dan kadang-kala mudah marah. Tambahnya, dia juga melihat setiap perkara dalam perspektif yang berbeza daripada orang lain.

“Tidak hairanlah kadang-kadang sukar bagi orang untuk memahami saya. Saya mudah marah kerana mengharapkan orang memahami. Sekarang saya tahu mengapa saya melihat sesuatu perkara berbeza dan lebih masuk akal. “Kadang-kadang saya juga dapat mencium bau karya seni. Saya benar-benar fikir semua orang mempunyai perkara yang sama dalam fikiran mereka selama ini” ujarnya.

Untuk makluman, sinestesia merupakan keadaan berasaskan neurologi di mana stimulasi suatu indera atau laluan kognitif menyebabkan pengalaman luar kawal automatik, dalam indera atau laluan kognitif kedua. Individu yang memiliki sinestesia memiliki persepsi berupa penglihatan, pendengaran, atau sensasi daripada hal-hal yang biasanya tidak menimbulkan respon indra tersebut. Contohnya, individu itu akan melihat warna merah ketika mendengar atau membaca kata ‘Isnin’, bagaimanapun apabila mendengar atau melihat kata ‘Selasa’ ia akan bertukar kepada warna biru.

Sumber: Mstar

Gara gara sering dipersoalkan kenapa masih tiada pasangan sampai sekarang. Tiz Zaqyah mula buka mulut menjawab persoalan warganet itu. Akhirnya ini jawapan dari pelakon itu.

Pelakon Tiz Zaqyah tampil memberi nasihat terutamanya kepada individu di luar sana yang sering saja bertanyakan mengenai soal perkahwinan kepada orang yang masih bujang. Dia yang menyelar tindakan tersebut mengakui dirinya masih selesa untuk hidup solo kerana dapat meluangkan masa bersama keluarga tercinta. “Sibuk sangat “bila nak kahwin”. Kau yang dalam f**ked up marriage, jangan bitter kat kami bujang ni. I’m lucky, i’m happy to have breakfast everyday with my parents. With my family. So shut up.”

This image has an empty alt attribute; its file name is Untitled-80-300x145.png

Kenyataan itu telah dikongsi Tiz Zaqyah menerusi ruangan twitter peribadi miliknya, hari ini. Menurutnya, walaupun sudah berkahwin, seseorang itu tidak perlu berasa iri hati dengan kehidupan orang masih bujang. Meninjau ruangan komen, rata-rata warganet bersetuju dengan kenyataan yang diberikan oleh pelakon cantik itu. Perkembangan Tiz Zaqyah kini selain aktif berlakon, dia kini dilaporkan sering melakukan ‘Instagram Review’ di media sosial miliknya serta turut giat mempromosikan produk kesihatan.

SUMBER: BEAUTIFULNARA

“Cari Duit Cara Lainlah ..” – Peminat Tegur Tiz Zaqyah Terima ‘Review’ Produk Tayang Aset

Pelakon Tiz Zaqyah menerima kritikan warganet gara-gara tidak menapis produk sebelum membuat ulasan (review). Tiz menerusi Instagram (IG) miliknya membuat posting yang ditujukan untuk wanita mempunyai masalah payudara dan punggung. Entri tersebut memuat naik video yang menunjukkan seorang wanita menari sehingga menampakkan sebahagian payudara.

Menjengah di ruangan komen, rata-rata warganet menegur dan memohon agar Tiz mencari duit sampingan dengan cara yang lain. “@mat_jijan02: Tak faham dengan dunia akhir zaman ni, ada lagi yg berniaga tayang aset sendiri. “@_.mhdamirull: Zin* mata. “@norhisham_69: Cari duit cara lain la dari buat review macam ni. “@sh.rmro: Kes tak ada duit laa ni.

“@wne_awz_firshaz: Awak memang ada share ke dengan dosa macam ini? “@cempaka125: Adakah awak pun dibayar banyak untuk review produk ini? Yang buat awak rasa rugi tolak. “@jue_2020: Orang sekarang ni mana kenal halal haram yang penting perut kenyang! Bila hati dah hitam… Selalu-selalu dengar ceramah ustaz yang baik-baik. Insyallah jadi baik,” antara komen-komen yang ditinggalkan.

Walaubagaimanapun, ada segelintir peminat yang tidak percaya dan mendakwa akaun IG Tiz telah digodam. “@ila.mohdkasim: Tak mungkin @tiz.zaqyah mempromosi produk seperti ini. Akaun dia kena hck kot? Kesian dia. “@lyne.zana: Tolonglah kata akaun Tiz ni kena hck. Saya mempunyai persepsi yang satu ini bahawa Tiz adalah wanita yang pintar dan berkelas. Iklan ini sangat bertentangan dengan apa yang saya fikirkan mengenai Tiz,” antara yang ditulis. Sebelum ini, usahawan kontroversi Safiey Illias dikritik selepas tidak menapis bahan sebelum dipromosikan di IG.- GEMPAK

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *