Terkini muncul lagi 2 kluster baru yang dikesan di tempat tempat ini. Lebih mengejutkan Dr NoorHisham dedahkan punca wujud kluster baru harini harap semua ambil perhatian akan isu ini

Covid 19 Info Infomaklumat

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan bahawa terdapat dua kluster baharu yang berjaya dikesan di Selangor serta Melaka untuk 19 Oktober. Menurut ciapan daripada akaun Twitter rasmi KKM, salah satu daripadanya dikenalpasti di Hulu Langat manakala satu lagi di daerah Melaka Tengah, Alor Gajah dan Jasin.

Kluster Hentian, Selangor

Menurut Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, kluster Hentian ini melibatkan daerah Hulu Langat di Negeri Selangor. Kes indeks bagi kluster ini iaitu kes yang ke 18664 telah dikenal pasti positif COVID-19 hasil daripada saringan individu bergejala pada 15 Oktober 2020. Kes telah dimasukkan ke Hospital Sungai Buloh.

Saringan kontak rapat yang dilakukan berjaya mengenal pasti 6 lagi kes positif COVID-19. Sehingga 19 Oktober 2020, sejumlah 127 individu telah disaring. Daripada jumlah itu, 7 kes dikesan positif COVID-19 dan 120 individu masih menunggu keputusan.

Kluster Bukit, Melaka

Kluster Bukit ini melibatkan daerah Melaka Tengah, Alor Gajah, dan Jasin di Negeri Melaka. Kes indeks bagi kluster ini iaitu kes 17,531 telah dikenalpasti positif COVID-19 hasil saringan individu bergejala pada 13 Oktober 2020 dan telah dimasukkan ke Hospital Melaka. Saringan kontak rapat telah mengenal pasti 14 lagi kes positif COVID-19. Sehingga 19 Oktober 2020 sejumlah 89 individu telah disaring. Hasil daripada itu, 15 kes telah dikesan positif COVID-19 73 individu negatif dan 1 individu masih menunggu keputusan.

Sumber: KKM

Sebanyak 865 kes baharu positif hari ini. KKM ulas lebih lanjut berkenaan peningkatan kes dan peratus yang melibatkan tiga kluster terbaru ini

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah .PUTRAJAYA – Sebanyak 865 kes baharu positif Covid-19 direkodkan hari ini melibatkan sebahagian besar dikesan di Sabah. Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, daripada jumlah itu Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengesan 643 kes iaitu 74.3 peratus di Sabah.

“Ini (bermaksud) lebih ujian makmal telah dapat dijalankan di Sabah dan yang dihantar ke Semenanjung,” katanya pada sidang media perkembangan terkini Covid-19 di kementeriannya di sini hari ini. Menurutnya, sebanyak 154 kes iaitu 17.8 peratus pada hari ini adalah terdiri daripada kluster pnjara.”Ia adalah Kluster Pnjara Kepayan, Kluster Pnjara Seberang Perai, Kluster Tembok dan termasuk empat kes saringan tahanan Pnjara Tapah,” katanya.

Setelah ramai mempertikaikan ada aktiviti yang dibenarkan beroperasi harini. Terkini KKM usulkan kepada pihak ini agar PKPB diperketatkan. Rupanya ini puncanya.

Terkini Kementerian Kesihatan (KKM) mahu pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang sedang dikuatkuasakan di Kuala Lumpur, Putrajaya, Selangor dan Sabah diperketatkan bagi mengekang penularan COVID-19. Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata perkara itu akan diusulkan kepada Majlis Keselamatan Negara (MKN) dalam masa terdekat.

“… kita perketatkan dan benarkan sektor ekonomi sahaja,” katanya pada sidang media perkembangan COVID-19, di sini hari ini (18 Oktober). Katanya segala bentuk perhimpunan melibatkan jumlah peserta yang besar perlu dikurangkan agar penularan COVID-19 dapat diputuskan.

Pelaksanaan PKPB yang antara lain menyaksikan institusi pendidikan ditutup selain majikan diminta aktifkan pelan bekerja dari rumah dan penggiliran bagi pekerja mereka, berkuat kuasa di Kuala Lumpur, Putrajaya dan Selangor sejak 14 Okt lalu selama 14 hari, sementara di Sabah bermula dari 12 hingga 26 Okt ini. Semalam, Mesyuarat Khas MKN memutuskan pemilik dan pengusaha fasiliti sukan komersial dalam kawasan PKPB iaitu padang bola sepak komersial, gimnasium dan gelanggang futsal serta dewan badminton komersial, dibenar beroperasi semula mulai 19 Okt ini.

Dalam pada itu, Dr Noor Hisham berkata prosedur operasi standard (SOP) bagi penjra akan dikaji semula bagi memastikan jangkitan di tempat tersebut dapat dikurangkan. KKM bersama-sama Jabatan Penjra akan perkemaskan SOP itu, katanya. Ditanya sama ada virus mutasi D614G dikesan dalam kluster di Selangor, Dr Noor Hisham berkata kajian oleh Institut Penyelidikan Perubatan (IMR) memerlukan masa satu hingga dua minggu lagi sebelum dapat mengenal pasti sama ada D614G turut dikesan di negeri itu.

IMR sebelum ini mengesan virus mutasi tersebut dalam Kluster Sivagangga di Kedah, seterusnya di Sabah, Kluster Sungai (Kedah) dan Kluster Ulu Tiram di Johor, katanya. Jelasnya virus mutasi itu menyebabkan kadar kebolehjangkitan yang tinggi, sekali gus meningkatkan risiko penularan lebih meluas.

Sehubungan itu, beliau mengulangi nasihat agar orang ramai memastikan pematuhan SOP pada sepanjang masa termasuk pemakaian pelitup muka, kerap mencuci tangan serta mengelakkan perhimpunan. Menurutnya ketika penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan, KKM berjaya mengawal penularan pandemik dalam tempoh empat minggu kerana semua rakyat duduk di rumah. Malah katanya walaupun KKM terlewat 10 hari melaksanakan intervensi bagi Kluster Sri Petaling, penularan daripada kluster itu dapat dikawal dalam tempoh 100 hari. — BERNAMA

Cadangan laksana PKP di kawasan tertentu dinilai: Ismail Sabri

KUALA LUMPUR – Kerajaan menunggu penilaian beberapa kementerian termasuk Kementerian Kesihatan (KKM) sebelum mengambil keputusan untuk melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di negeri dan wilayah yang kini dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, keputusan untuk melaksanakan PKP perlu mengambil kira pelbagai aspek berikutan ia akan menjejaskan ekonomi serta kehidupan rakyat terutama mereka yang bergantung kepada pendapatan harian jika dilaksanakan.

“Lebih mudah kalau kita hendak kawal daripada segi pergerakan dan tutup semua (perniagaan)… tidak boleh keluar rumah, kilang tutup… tapi perlu lihat kesannya kepada ekonomi negara, juga pada individu yang pendapatannya bergantung kepada sektor perniagaan secara harian.

“Kita sedang buat penilaian dan sedang dapatkan pandangan KKM dan kementerian berkaitan ekonomi seperti MITI (Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri)… semua ini dikaji dan keputusan akan diumumkan selepas rumusan daripada penilaian dibuat… tapi buat masa ini kita buat PKPB dahulu,” katanya pada sidang media perkembangan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) di sini hari ini.

Ismail Sabri mengulas pertanyaan pemberita susulan terdapat cadangan untuk melaksanakan PKP di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya serta di Sabah berikutan pelanggaran prosedur operasi standard (SOP) oleh orang ramai boleh menyebabkan peningkatan kes penularan koronavirus (Covid-19) di kawasan berkenaan.

Mengenai SOP menjelang perayaan Deepavali pada 14 November ini, beliau berkata Majlis Keselamatan Negara (MKN) akan mengeluarkan SOP terutama di kawasan PKPB termasuk kebenaran bazar perniagaan yang menjadi tumpuan orang ramai terutama penganut Hindu setiap kali menjelang perayaan tersebut. “Kita akan bentangkan SOP dalam mesyuarat khas dan MKN umumkan apa-apa yang boleh dan tidak boleh (menjelang sambutan Deepavali) tidak lama lagi,” katanya. – Bernama.

COVID-19: Jangkitan berisiko cecah 1,300 kes sehari menjelang hujung Oktober

PUTRAJAYA: Angka jangkitan baharu COVID-19 berisiko mencecah hingga 1,300 kes sehari menjelang hujung bulan ini, sekiranya semua pihak gagal meningkatkan tahap pematuhan terhadap prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata ia berdasarkan nilai Ro atau kebolehjangkitan semasa yang berada pada kadar 1.5, susulan peningkatan kes baharu wabak terbabit ketika ini.

Nilai Ro merujuk kebolehjangkitan sesuatu virus, iaitu bilangan individu boleh dijangkiti oleh satu kes positif.Jika nilai Ro ialah 1.5, bermakna satu kes positif boleh menyebarkannya kepada antara satu hingga dua individu lain.”Berdasarkan graf nilai Ro ketika ini yang masih berada pada unjuran 1.5, kes baharu boleh mencecah antara 1,200 hingga 1,300 sehari menjelang 31 Oktober depan.

“Ini perkara yang kita bimbangkan. Namun, adalah tidak mustahil untuk kita menurunkan nilai Ro itu jika ada kerjasama padu daripada semua pihak bersama Kementerian Kesihatan.”Ketika gelombang kedua, nilai Ro mencecah 3.5 tetapi kita berjaya melandaikan lengkuk sehingga ia turun kepada 0.3. ”Oleh itu, tidak mustahil untuk kita menurunkannya sekali lagi,” katanya pada sidang media COVID-19, hari ini.



Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *