Terkini Kementerian Kesihatan Malaysia menolak dakwaan mesej palsu yang tular sehingga menimbulkan kerisauan orang ramai. Ini tindakan KKM selepas mesej itu tular di media sosial.

Covid 19 Info Infomaklumat ISU SEMASA

KUALA LUMPUR – Berikut adalah penafian berita tular dalam media sosial oleh agensi yang bertanggungjawab melalui kenyataan media Pasukan Respons Pantas Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) malam ini.

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menafikan hantaran melalui media sosial oleh seorang yang dikenali sebagai KakNa yang mendakwa seorang wanita yang balik dari Sabah sedang kritikal di Unit Rawatan Rapi (ICU) akibat jangkitan virus koronavirus (Covis-19) walaupun telah dua kali negatif ujian calitan. KKM menegaskan dakwaan virus dari Sabah lebih bahaya kerana hanya dapat dikesan setelah menyerng sistem pernafasan adalah tidak benar dan menasihati orang ramai agar berhenti berkongsi mesej tersebut. – Bernama

Masih ada lagi mesej palsu yang tular. Terbaru pihak pengurusan 1 Utama Shopping Centre keluarkan kenyataan berkenaan palsu yang tular di Whatssap dan harap semua maklum

Pihak pengurusan, 1 Utama Shopping Centre, telah mengeluarkan kenyataan rasmi mengenai satu berita palsu yang tular di Whatsapp berkaitan kes Covid-19 yang didakwa berlaku di pusat membeli-belah tersebut.Berdasarkan kenyataan, pihak pengurusan sedia maklum akan kebimbangan orang ramai berhubung kes Covid-19 yang berlaku di Lembah Klang, namun setakat ini disahkan tiada kes yang berlaku di 1 Utama Shopping Centre.

”Kepada semua, kami ingin memaklumkan bahawa mesej palsu yang beredar di Whatsapp ini TIDAK BENAR. Tidak ada kes yang disahkan di 1 Utama sehingga kini,” menurut kenyataan.Pada masa yang sama, pihak pengurusan meminta orang ramai untuk mengambil langkah berjaga-jaga dengan sentiasa memakai pelitup muka, mencuci tangan dengan kerap, mengamalkan penjarakkan sosial dan mengelakkan untuk berkumpul di tempat yang sesak seperti lif dan tandas awam.Malah, pengungjung juga diminta untuk memberi kerjasama kepada pengawal keselamatan yang menjalankan tugas.Sumber: 1 Utama Shooping Centre, Siakap Keli\

Satu Mesej Tular Di Pelbagai Platform. Kementerian Kesihatan Buat Penafian Terhadap Satu Mesej Ini Dan Ini Penjelasan Dari Kementerian Kesihatan Sendiri

PUTRAJAYA – Kementerian Kesihatan menafikan mesej tular di media sosial khususnya menerusi aplikasi WhatsApp yang menasihati orang awam agar tidak mengunjungi beberapa lokasi di ibu negara susulan peningkatan kes Covid-19 ketika ini.Dalam kenyataan dikongsi menerusi Facebook, kementerian memaklumkan maklumat tidak tepat itu telah tular di media sosial kebelakangan ini.

Menurutnya, lokasi-lokasi yang telah dilawati kes positif akan dilakukan proses disinfeksi dan nyahkuman. “Selepas proses ini, ia selamat untuk dikunjungi dengan mematuhi prosedur operasi standard (SOP).“Maklumat tidak tepat sebegini boleh menjejaskan pihak lain. Elak stigma dan dapatkan maklumat betul,” katanya.

Mesej tular berkenaan memaklumkan kluster Covid-19 dari Sabah sudah menular di Semenanjung Malaysia oleh individu yang membuat liputan Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah baru-baru ini.Maklumat palsu itu turut menyenaraikan 23 lokasi di sekitar ibu negara termasuk kompleks beli-belah, bank, hospital swasta dan sekolah yang dipercayai dikunjungi individu positif Covid-19.-kosmo

Mengejutkan kes paling tertinggi dalam sejarah direkodkan harini. Terkini Dr Noor Hisham bongkarkan punca peningkatan kes untuk 18 Oktober dan harap semua maklum.

Sebanyak 871 kes positif jangkitan baharu Covid-19 dilaporkan di negara sekaligus menjadikan jumlah kes positif Covid-19 di Malaysia adalah sebanyak 20,498 setakat Ahad (18 Oktober 2020), jam 12 tengahari. Menurut perkongsian terkini Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, oleh itu jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 telah meningkat kepada 7,049 kes dan mereka telah diasingkan dan diberi rawatan di hospital.

Daripada 871 kes positif, terdapat lima kes import di negeri Selangor yang mendapat jangkitan dari luar negara manakala selebihnya adalah penularan tempatan. Pesakit yang sembuh telah meningkat sebanyak 701 orang pada hari ini di mana menjadi jumlah kes sembuh tertinggi sejak Covid-19 melanda negara.

Ianya sekaligus menjadikan jumlah keseluruhan pesakit Covid-19 yang pulih sepenuhnya adalah seramai 13,262. Sehingga kini, terdapat 86 kes positif Covid-19 yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), di mana 28 kes memerlukan bantuan pernafasan. Manakala, terdapat tujuh (7) kes pemergian sekaligus menjadikan jumlah pemergian Covid-19 di negara ini meningkat kepada 187 orang.

Sumber: KKM

TERKINI: 701 Pesakit Covid-19 Disahkan Sembuh Hari Ini, Jumlah Tertinggi Pernah Dilaporkan

Angka 701 adalah jumlah kes sembuh dilaporkan hari ini dan ia adalah jumlah kes sembuh tertinggi pernah dilaporkan dalam satu hari! Terima kasih petugas-petugas kesihatan! Sehingga kini, jumlah keseluruhan kes sembuh adalah sebanyak 13,262 kes. 701 adalah jumlah kes sembuh dilaporkan hari ini dan ia adalah jumlah kes sembuh tertinggi pernah dilaporkan dalam satu hari! Terima kasih petugas-petugas kesihatan! Sehingga kini, jumlah keseluruhan kes sembuh adalah sebanyak 13,262 kes. — KKMalaysia

Sumber: Sidang Media KKM

Laporan kadar nilai R naught. KKM dedah kadar nilai R naught mula turun kepada 1.5 selepas 4 minggu gelombang ketiga mula berlaku

Menerusi sidang Khas Perkembangan Terkini Nilai R, Tan Sri Dr Noor Hisham memaklumkan bahawa kadar nilai kebolehjangkitan (Rt) atau R-naught (R0) sewaktu permulaan gelombang ketiga pada 20 Sept adalah 2.2, turun kepada 1.5 selepas empat minggu.

Pada permulaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada 18 Mac 2020, nilai Ro ketika itu adalah 3.5. Nilai R ini telah berjaya diturunkan sehingga 0.3, iaitu susulan impak positif tindakan yang telah diambil oleh Kerajaan serta pematuhan oleh rakyat kepada Perintah dan SOP yang diperkenalkan. Sebagaimana yang diunjurkan pada 16 Julai 2020, kita mencapai kes penularan tempatan sifar, ujarnya.

Terkini 4 kluster baharu COVID19 dikesan termasuk tiga negeri di Semenanjung. KKM dedahkan punca berlakunya kluster inii dan harap maklum

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengesan empat (4) lagi kluster baharu Covid-19 setakat Ahad (18 Oktober 2020) jam 12 tengah hari.Menerusi sidang media terkini oleh Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, keempat-empat kluster tersebut melibatkan tiga negeri di Semenanjung iaitu Selangor, Negeri Sembilan, Pulau Pinang dan Wilayah Persekutuan Labuan serta Kota Kinabalu, Sabah. Berikut merupakan perincian empat (4) kluster baharu Covid-19 seperti yang dilaporkan hari ini oleh KKM:

1) KLUSTER BAH LAYANGAN. Kluster baharu ini melibatkan Wilayah Persekutuan Labuan dan daerah Rembau di Negeri Sembilan.Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-15654) telah dikenal pasti positif COVID-19 hasil saringan individu bergejala pada 10 Oktober 2020 dan telah dimasukkan ke Hospital Labuan.

Kes juga mempunyai sejarah perjalanan ke daerah yang berisiko tinggi. Saringan kontak rapat telah mengenal pasti 12 lagi kes positif COVID-19. Sehingga 18 Oktober 2020, 12 tengah hari, sejumlah 142 individu telah
disaring, di mana 13 kes dikesan positif Covid-19, 67 individu negatif dan 62 individu masih menunggu keputusan.

2) KLUSTER ALMA. Kluster baharu ini melibatkan daerah Seberang Perai Selatan dan Seberang Perai Tengah di negeri Pulau Pinang.Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke18066) telah dikenal pasti positif COVID-19 hasil saringan individu bergejala pada 14 Oktober 2020 dan telah dimasukkan ke Hospital Pulau Pinang. Saringan kontak rapat telah mengenal pasti enam (6) lagi kes positif COVID19.Sehingga 18 Oktober 2020, 12 tengah hari, sejumlah 183 individu telah
disaring, di mana tujuh (7) kes dikesan positif Covid-19, 43 individu negatif dan 133 individu masih menunggu keputusan.

3) KLUSTER AUTO. Kluster baharu ini melibatkan daerah Petaling, Kuala Langat dan Klang di negeri Selangor serta daerah Seremban di Negeri Sembilan.Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-19354) telah dikenal pasti positif COVID-19 hasil saringan individu bergejala pada 15 Oktober 2020 dan telah dimasukkan ke Hospital Sungai Buloh. Saringan kontak rapat telah mengenal pasti lapan (8) lagi kes positif COVID-19.Sehingga 18 Oktober 2020, 12 tengah hari, sebanyak sembilan (9) kes dikesan positif Covid-19. Punca jangkitan masih dalam siasatan.

4) KLUSTER PENJRA KEPAYAN. Kluster baharu ini dikenal pasti di Kota Kinabalu di negeri Sabah.Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-19628) yang telah dikenal pasti positif Covid-19 hasil saringan kemasukan ke hospital di Hospital Queen Elizabeth, Kota Kinabalu pada 14 Oktober 2020. Saringan kontak rapat telah mengenal pasti 48 lagi kes positif Covid-19.Sehingga 18 Oktober 2020, 12 tengah hari, sejumlah 170 individu telah
disaring, di mana 49 kes dikesan positif Covid-19, 121 individu negatif dan tiada individu menunggu keputusan. Sumber: Sidang Media KKM

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *