Terkedu Ifa Raziah dikatakan mengikut cara seseorang ini apabila imej berniqab yang dimuat naik baru baru ini menjadi bualan hangat warganet. Ini penjelasannya setelah timbul spekulasi orang ramai.

artis selebriti

Siapa sahaja tak kenal selebriti versatil, Ifa Raziah berkongsi foto memakai niqab menerusi akaun Instagramnya Jumaat lalu. Hal itu membuat banyak pihak yang berpendapat Ifa sudah menukar penampilannya dengan menutup aurat. Malah menerusi pemerhatian Gempak di ruangan komen entri berkenaan, ramai pengikut Ifa berasa gembira melihat ‘Diva’ kesayangan ramai itu menutup aurat dengan sempurna. Pada masa yang sama, ada juga warganet yang menganggap Ifa mengikut jejak hos dan pelakon popular, Neelofa yang kini telah berniqab.

Meski demikian, setelah sempat memuat naik fotonya mengenakan niqab, Ifa kemudian kembali mempamerkan penampilannya seperti biasa. Ketika dihubungi Gempak sebentar tadi, Ifa menjelaskan kekeliruan warganet mengenai penampilannya.

Sambil memberitahu dirinya masih belum berpenampilan menutup aurat, Ifa menafikan perkongsiannya itu dipengaruhi oleh hijrah Neelofa. Menurutnya, dia sering berkongsi foto menutup aurat pada setiap hari Jumaat dan berhijab sepanjang bulan Ramadhan. “Perkongsian itu tidaklah mengikut Neelofa, tetapi kepada mereka yang mengikuti saya di media sosial, tentu mereka tahu yang saya selalu berkongsi foto menutup aurat setiap hari Jumaat.

“Selain itu, saya juga akan bertudung pada setiap bulan Ramadan hingga 10 Syawal, ataupun sepanjang saya pergi umrah, saya akan berhijab. “Walaupun saya belum berhijab sepenuhnya, tetapi sekurang-kurangnya saya menghormati hari Jumaat dan bulan Ramadan yang mulia,” katanya. Dalam pada itu, Ifa juga mengatakan dirinya dalam proses untuk berubah ke arah yang lebih baik.

Sebagai manusia biasa, tak ada orang yang tidak ingin berubah demi kebaikan, katanya. “Sesiapa yang nak ikut perkara baik, baguslah, saya cuba berubah secara perlahan. “Doakan yang baik-baik, bagi saya, apa jua yang kita lakukan, yang penting adalah nawaitu kita,” katanya lagi.- GEMPAK

Oh rupanya ini penjelasan Ifa Raziah mengenai imej berniqabnya itu. Kalau nak tau dengan lebih lanjut tentang penghijrahan Neelofa jom ikuti artikel dibawah ini dan jangan lupa untuk like & share page kami Kucing Media Online untuk kisah yang lebih menarik dan terkini.

Kali ni giliran Pu Riz pula tampil bersuara komen tentang penampilan terkini Neelofa yang dah berniqab. Tergamam ini komen dari Pu Riz.

Nikmat yang Neelofa perlu tahu. Kuala Lumpur: Pendakwah dan pelakon PU Riz menganggap penampilan pengacara Neelofa yang kini tampil berpurdah atau berniqab sebagai satu perintah baik. Riz, 25, atau nama sebenarnya Muhammad Haris Mohd Ismail berkata, bagi memastikan pengacara itu terus istiqamah dalam keputusan yang dibuat, Neelofa perlu tahu mengenai nikmat yang diperoleh.

“Kalau nak istiqamah dalam sesuatu perkara, kita kena tahu janji Allah dalam perkara terbabit. Maksudnya kejayaan yang bakal kita peroleh dalam sesuatu keputusan itu. “Walaupun ada khilaf dalam pemakaian niqab tapi ia tetap perintah yang baik. Memetik satu ayat al-Quran ini ada menyebut, sesiapa yang taat kepada perintah Allah dan Rasul, bersamanya adalah nikmat Allah.

“Jadi, siapa yang taat kepada perintah, satu kenikmatan yang sama dengan kenikmatan nabi, al-siddiqin, syuhada dan orang beramal soleh,” katanya menerusi satu video Instagram Live yang dikendalikan oleh rakan baik Neelofa iaitu Rosix Omar, semalam.

Sementara itu, Neelofa turut menzahirkan rasa terima kasih kepada orang sekeliling yang banyak membantu dirinya mendalami ilmu agama. “Terima kasih kepada ustaz dan ustazah. Haris pun banyak bantu sangat-sangat dalam memberi pencerahan mengenai ilmu agama ini.

“Sepanjang saya cuba faham dan mendalami mengenai ilmu agama dengan insan-insan ini, secara tak langsung hal-hal dunia ini saya makin gembira sikit-sikit saja. “Jadi, untuk saya terus ke depan dengan berniqab, ia tidak lagi satu beban yang saya fikir dulu.

“Beberapa bulan lalu, saya melihat niqab sebagai satu perkara yang besar dan mustahil untuk dibuat. Tapi sekarang dengan hal dunia yang makin kurang dalam hati, saya jadi lebih mudah nak buat,” katanya. Terdahulu, Harian Metro melaporkan bekas pengacara program MeleTOP itu mengesahkan dirinya kini sudah berpurdah. Dalam satu kenyataan, Neelofa memohon semua pihak mendoakan perjalanan baharunya itu sentiasa dalam rahmat dan reda Allah.

sumber: Hmetro

Baru Sahaja Tular Neelofa Sudah Berniqab Tiba Tiba Ibu Ulas Pasal Jodoh Pulak. Mengejutkan Sampai Macam Ni Sekali Ibu Neelofa Dedahkan.

SERING terpalit dengan gosip cinta, ibu kepada pengacara Neelofa iaitu Datin Noor Kartini Noor Mohamed berkata dia sudah lali dan terbiasa dengan kontroversi membabitkan anaknya itu. Kata Noor Kartini, sebagai ibu dia tahu apa yang dilakukan oleh anaknya itu dan sentiasa memberi sokongan terhadap perjalanan hidup Neelofa.

“Neelofa dalam dunia seni dah 10 tahun, waktu mula-mula tu kita pun pelik… tapi sekarang ni dah tak kisah dah asalkan kita tahu siapa kita. “Tak ada orang umur dah 30an tak nak kahwin, anak-anak buah saya umur 26 tahun pun dah risau!, ” katanya.

Neelofa kini berniqab

KUALA LUMPUR: Pengacara, Neelofa, 31, mengesahkan dirinya berniqab selepas memuat naik foto dengan penampilan terbaru di Instagram (IG), kira-kira dua jam lalu. Neelofa atau nama sebenar, Noor Neelofa Mohd Noor memohon orang ramai mendoakan yang terbaik buat dirinya

“Assalamualaikum, doakan saya, insan yang penuh dengan kekhilafan ini agar sentiasa istiqamah dalam memperbaiki diri dan ampuh melalui datangnya hari. “Kirimkan juga doa buat perjalanan baharu saya nanti agar sentiasa dalam rahmat dan reda Ilahi.

“Insya-Allah, semoga kita sentiasa dilindungi Allah dan selalu berada dalam rahmat dan ehsannya,” katanya kepada BH Online. Neelofa turut bersyukur keputusannya berniqab mendapat sokongan penuh ibu, Noor Kartini. “Insan teragung yang sentiasa berada di sisiku di setiap langkah… I love you so much Mama,” tulisnya di IG.

Selain itu, pengasas empayar perniagaan, Naelofar turut meluahkan terima kasih dan penghargaan atas doa dan sokongan orang ramai. Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Sumber : Mstar

Tular Tentang Neelofa Berpurdah. Akhirnya Neelofa Tampil Buka Mulut Dedahkan Sesuatu. Akhirnya Terjawab Segala Persoalan Tentang Neelofa Bila Dia Keluarkan Kenyataan Ini.

Penampilan hos dan usahawan, Neelofa yang tampil mengenakan niqab hari ini sebagaimana yang dikongsi ramai nyata jadi perhatian ramai pihak. Malah, perkongsian sepotong video pendek menerusi Instagram ibunya, Datin Noor Kartini Noor Mohamed yang mendakap serta mencium anaknya itu seolah-olah memberi bayangan ramai bahawa figura asal Kelantan itu sudah pun sopan mengenakan niqab.

Bagaimanapun, Neelofa menerusi satu kenyataan hari ini meminta ramai mendoakan dirinya agar sentiasa istiqamah dalam menjadi insan yang lebih baik. “Doakan saya, insan yang penuh dengan kehilafan ini agar sentiasa istiqamah dalam memperbaiki diri dan ampuh melalui datangnya hari.

“Kirimkan juga doa buat perjalanan baharu saya nanti agar sentiasa dalam rahmat dan reda Illahi. “Insya-Allah, semoga kita sentiasa dilindungi Allah dan selalu berada dalam rahmat dan ehsanNya,” kata Neelofa. Terdahulu, perkongian dua keping fotonya yang mengenakan purdah atau niqab di Instagram turut mendapat reaksi positif dari peminat dan rakan selebriti. Rata-rata mendoakan yang terbaik atas apa sahaja niat murni yang dilakukannya.

Sumber: Media Hiburan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *