Setelah ramai mempertikaikan ada aktiviti yang dibenarkan beroperasi harini. Terkini KKM usulkan kepada pihak ini agar PKPB diperketatkan. Rupanya ini puncanya.

Covid 19 Info Infomaklumat ISU SEMASA Semasa

Terkini Kementerian Kesihatan (KKM) mahu pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang sedang dikuatkuasakan di Kuala Lumpur, Putrajaya, Selangor dan Sabah diperketatkan bagi mengekang penularan COVID-19. Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata perkara itu akan diusulkan kepada Majlis Keselamatan Negara (MKN) dalam masa terdekat.

“… kita perketatkan dan benarkan sektor ekonomi sahaja,” katanya pada sidang media perkembangan COVID-19, di sini hari ini (18 Oktober). Katanya segala bentuk perhimpunan melibatkan jumlah peserta yang besar perlu dikurangkan agar penularan COVID-19 dapat diputuskan.

Pelaksanaan PKPB yang antara lain menyaksikan institusi pendidikan ditutup selain majikan diminta aktifkan pelan bekerja dari rumah dan penggiliran bagi pekerja mereka, berkuat kuasa di Kuala Lumpur, Putrajaya dan Selangor sejak 14 Okt lalu selama 14 hari, sementara di Sabah bermula dari 12 hingga 26 Okt ini. Semalam, Mesyuarat Khas MKN memutuskan pemilik dan pengusaha fasiliti sukan komersial dalam kawasan PKPB iaitu padang bola sepak komersial, gimnasium dan gelanggang futsal serta dewan badminton komersial, dibenar beroperasi semula mulai 19 Okt ini (esok).

Dalam pada itu, Dr Noor Hisham berkata prosedur operasi standard (SOP) bagi penjra akan dikaji semula bagi memastikan jangkitan di tempat tersebut dapat dikurangkan. KKM bersama-sama Jabatan Penjra akan perkemaskan SOP itu, katanya. Ditanya sama ada virus mutasi D614G dikesan dalam kluster di Selangor, Dr Noor Hisham berkata kajian oleh Institut Penyelidikan Perubatan (IMR) memerlukan masa satu hingga dua minggu lagi sebelum dapat mengenal pasti sama ada D614G turut dikesan di negeri itu.

IMR sebelum ini mengesan virus mutasi tersebut dalam Kluster Sivagangga di Kedah, seterusnya di Sabah, Kluster Sungai (Kedah) dan Kluster Ulu Tiram di Johor, katanya. Jelasnya virus mutasi itu menyebabkan kadar kebolehjangkitan yang tinggi, sekali gus meningkatkan risiko penularan lebih meluas.

Sehubungan itu, beliau mengulangi nasihat agar orang ramai memastikan pematuhan SOP pada sepanjang masa termasuk pemakaian pelitup muka, kerap mencuci tangan serta mengelakkan perhimpunan. Menurutnya ketika penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan, KKM berjaya mengawal penularan pandemik dalam tempoh empat minggu kerana semua rakyat duduk di rumah. Malah katanya walaupun KKM terlewat 10 hari melaksanakan intervensi bagi Kluster Sri Petaling, penularan daripada kluster itu dapat dikawal dalam tempoh 100 hari.

— BERNAMA

PKPB: Aktiviti gimnasium, padang bola sepak komersial dan pusat futsal dibenarkan mulai Isnin

KUALA LUMPUR: Aktiviti gimnasium, padang bola sepak komersial dan pusat futsal dalam kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) akan dibenarkan beroperasi semula, mulai Isnin ini. Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata ia bagaimanapun perlu mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ketat yang ditetapkan sebelum ini.

“Memandangkan aktiviti di gimnasium dilaksanakan secara individu dengan penjarakkan fizikal, maka sidang khas hari ini bersetuju untuk membenarkan gimnasium beroperasi seperti biasa dengan SOP ketat yang ditetapkan sebelum ini.

“Aktiviti di padang bola sepak komersial dan pusat futsal juga dibenarkan tetapi hanya bagi tujuan latihan dan terhad kepada 10 peserta pada satu-satu masa,” katanya. Beliau berkata demikian pada sidang media perkembangan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP), hari ini. Ismail Sabri berkata, SOP lanjut berhubung perkara itu akan diumumkan oleh Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dalam tempoh terdekat.-BHONLINE

Terbaru PKPB akan dilaksanakan di satu lagi tempat bermula 17 Oktober hingga 30 Oktober yang diumumkan menerusi sidang media sebentar tadi.

Dalam sidang media perkembangan harian daripada Majlis Keselamatan Negara, memaklumkan bahawa kerajaan akan laksana Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di Labuan dari 17 Oktober hingga 30 Oktober 2020. Sidang media yang disampaikan oleh Datuk Seri Ismail sebentar tadi, pelaksanaan PKPB ini untuk membendung penularan wabak Covid-19 di Labuan.

Beliau berkata SOP yang digunakan di Selangor adalah sama untuk digunakan di Labuan. Bagaimanapun, beliau menasihatkan orang ramai agar tidak membuat pembelian panik kerana premis perniagaan masih dibenarkan buka dan mestilah mengikut SOP yang ditetapkan.

Sumber: Sidang Media MKN, Siakap Keli

Rupa rupanya ini antara sop semasa pkpb di Selangor Kuala Lumpur dan Putrajaya yang rakyat perlu tahu.


Perlaksaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat yang dikenakan ke atas seluruh Selangor, Wilayah Kuala Lumpur dan Putrajaya yang bakal dilaksanakan pada 14 Oktober 2020 ini menyaksikan bahawa kerajaan dan Kementerian Kesihatan Malaysia berusaha keras memastikan penularan wabak Covid-19 dapat diputuskan.

Sidang media hari ini memaklumkan beberapa prosedur operasi standard (SOP) yang perlu dipatuhi oleh rakyat di negeri ini. Menurut Datuk Ismail Sabri dalam sidang media, kawalan Pergerakan PDRM bertanggungjawab melaksanakan kawalan ke atas kawasan tempat jangkitan dengan bantuan ATM, APMM, APM & RELA.

1. Hanya dua orang sahaja yang dibenarkan untuk keluar dari rumah. Selain itu, hanya dua orang sahaja yang dibenarkan untuk keluar dari rumah bagi tujuan mendapatkan bekalan makanan serta keperluan-keperluan yang lain. Orang-orang yang berisiko tinggi dan kanak-kanak tidak digalakkan keluar ke kawasan awam, terbuka dan sesak.

2. Pergerakan keluar masuk merentas daerah dan negeri yang melibatkan kawasan PKPB adalah tidak dibenarkan kecuali bagi; Bagi kes kecemasan seperti sakit dan pengurusan jnzh di luar daerah adalah dibenarkan tetapi perlu mengemukakan permohonan pergerakan kepada pihak PDRM.

3. Pekerja-pekerja dibenarkan untuk merentas daerah dan negeri dengan syarat mempunyai pas pekerja yang sah atau surat kebenaran daripada majikan. Bagi pekerja dari dalam daerah yang sama, mereka tidak perlu mengemukakan surat majikan atau pas pekerja. Pihak kerajaan menggalakkan majikan membenarkan pekerja-pekerja mereka untuk bekerja dari rumah (work from home).

4. Individu yang perlu merentas melalui kawasan PKPB. Bagi mereka yang perlu melalui negeri Selangor dan Kuala Lumpur ke negeri-negeri lain, mereka dinasihatkan untuk mendapatkan kebenaran daripada balai polis berhampiran sebelum membuat perjalanan.

5. Individu yang menggunakan pergerakan udara. Bagi individu yang melalui KLIA, KLIA2 dan Subang, mereka juga perlu mendapatkan kebenaran daripada pihak Polis. 6. Hanya dua orang dibenarkan dalam satu kereta

Sumber: Sidang Media MKN

Baru Semalam Kerajaan Umumkan PKPB Di Selangor Kuala Lumpur Dan Putrajaya. Selain Rentas Daerah Mengejutkan Rupa Rupanya Ini Aktiviti Dilarang Yang Rakyat Perlu Tahu.

Situasi terkini jangkitan COVlD-19 di Malaysia difahamkan berada dalam situasi membimbangkan di mana sehingga 11 Oktober 2020 pukul 12:00 tengah hari, 561 kes baharu telah dilaporkan. Ini menjadikan jumlah kes positif COVlD-19 di Malaysia adalah sebanyak 15,657 kes. Oleh itu, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVlD-19 adalah 4,587 kes. Mereka telah diasingkan dan diberi rawatan.

Justeru orang ramai yang bimbang dengan keadaan itu mencadangkan agar kerajaan mengambil langkah-langkah perlu. Terkini, kerajaan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya bermula jam 12.01 tengah malam, 14 Oktober hingga 27 Oktober ini.

PKPB akan turut dilaksanakan di seluruh Sabah berkuat kuasa 12.01 tengah malam ini hingga 26 Oktober ini. Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, keputusan dibuat selepas mendapat nasihat daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan mengambil kira peningkatan kes serta penularan yang berlaku seperti di Klang, Petaling dan Gombak.

Aktiviti yang dilarang

” Antara aktiviti-aktiviti yang dilarang adalah seperti pergerakan keluar masuk atau merentas daerah adalah tidak dibenarkan. ” Bagaimanapun bagi pekerja yang perlu merentas daerah, mereka perlu menunjukkan pas kerja atau surat kebenaran daripada majikan.

” Selain itu, hanya dua orang sahaja dari sebuah rumah dibenarkan keluar untuk membeli barangan keperluan, semua sekolah, institusi pengajian tinggi, institut latihan kemahiran, tadika, taska, pusat tahfiz, taman-taman awam dan pusat rekreasi adalah ditutup. ” Masjid dan rumah ibadat bukan Islam lain adalah ditutup selain semua aktiviti sukan, rekreasi, sosial dan budaya termasuk majlis perkahwinan adalah tidak dibenarkan. ” Pusat-pusat hiburan dan kelab malam juga tidak dibenarkan,” katanya dalam pada sidang media, disini, hari ini.

Kegiatan ekonomi masih dibenarkan

Ismail Sabri berkata, walaubagaimanapun semua kegiatan ekonomi di Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya masih dibenarkan beroperasi seperti biasa. ” Senarai prosedur Operasi Standard (SOP)lanjut dan lebih terperinci akan diumumkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) dalam masa terdekat,” katanya.

Minggu lalu, kerajaan mengumumkan Kota Kinabalu, Penampang dan Putatan dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) berkuat kuasa 12.01 tengah malam 7 Oktober. Ismail Sabri Yaakob berkata, ia diputuskan menerusi Mesyuarat Khas Menteri-Menteri, berikutan situasi semasa COVlD-19 di kawasan berkenaan.

” Pergerakan keluar masuk di ketiga-tiga kawasan PKPB itu adalah tidak dibenarkan. ” Hanya perkhidmatan perlu (Essential Service) termasuk kilang dan rantaian yang berkaitan sahaja dibenarkan. ” Pihak Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri Malaysia (MITI) akan menyenaraikan jenis perkhidmatan perlu yang terbabit di kawasan itu,” katanya. Beliau berkata, pelaksanaan PKPB bertujuan membendung jangkitan dan penularan COVlD-19 serta membolehkan aktiviti pengesanan kes secara bersasar dilaksanakan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *