Selepas ada ibu bapa pelajar di sekolah itu yang disahkan positif covid 19. Terbaru sekolah tersebut diarahkan untuk tutup selama tujuh hari.

Covid 19 Info Infomaklumat ISU SEMASA

MELAKA: 19 Okt, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Simpang Bekoh, Jasin dekat sini diarah tutup selama tujuh hari mulai hari ini susulan terdapat ibu bapa pelajar di sekolah itu disahkan positif COVID-19. Exco Jabatan Ketua Menteri (Pendidikan) Melaka Datuk Noor Effandi Ahmad berkata penutupan sekolah itu sehingga 25 Okt ini bagi membolehkan kerja-kerja disinfeksi dan pembersihan dilakukan oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Melaka.

“Arahan penutupan sekolah yang mempunyai kira-kira 700 pelajar itu dikeluarkan Jabatan Pendidikan Negeri Melaka. “Saya dimaklumkan bahawa keputusan ujian calitan saringan COVID-19 terhadap kesemua pelajar di sekolah itu belum diketahui sama ada positif atau negatif,” katanya ketika dihubungi Bernama, di sini, hari ini.

Khamis lepas, Bernama melaporkan dua sekolah di Alor Gajah iaitu Sekolah Kebangsaan (SK) Telok Berembang dan SMK Lubok China diarah tutup selama tujuh hari bermula 15 Okt lepas susulan dua beradik yang belajar di dua sekolah berkenaan disahkan positif COVID-19. Sumber: Bernama

Ramai yang masih mempersoalkan tentang penutupan sekolah secara keseluruhannya walaupon kes telah melonjak tinggi. Ini jawapan Menteri Pendidikan bagi persoalan tersebut.

KUALA LUMPUR: Keputusan untuk menutup semua sekolah ketika negara berhadapan lonjakan kes COVID-19 memerlukan perbincangan amat mendalam kerana boleh menyukarkan pelajar di kawasan pedalaman meneruskan sesi pembelajaran secara alternatif. Menteri Pendidikan, Dr Radzi Jidin, berkata ia berikutan masih ada segelintir pelajar tidak mempunyai akses penuh kepada Internet dan teknologi dalam menjalankan pembelajaran dalam talian.

“Kami sendiri lihat ia pilihan terbaik, namun begitu, kekangan kita… ramai anak-anak kita ini yang tinggal di tempat yang akses kepada Internet itu minimum. “Malah, ada juga yang tidak ada sebarang peranti. Apakah nasib anak-anak ini?,” katanya ketika ditemu bual dalam program Soal Rakyat di TV3, pada Sabtu.

Mengulas lanjut, beliau berkata banyak pihak bertanya mengapa kementerian tidak tutup sahaja sekolah disebabkan peningkatan kes COVID-19, namun keputusan mengenainya bukan mudah untuk dibuat. “Saya ingin jelaskan bahawa di Kementerian Pendidikan kita menaungi lebih lima juta orang murid dan pelajar, termasuk peringkat sekolah rendah hingga ke peringkat pengajian lebih tinggi.

“Yang kedua, kita mempunyai lebih 500,000 orang guru dan warga KPM (Kementerian Pendidikan) serta kita menaungi lebih daripada 10,000 buah sekolah dan IPT (institusi pengajian tinggi).“Jadi sebarang keputusan yang ingin dilakukan oleh KPM ini, memberi kesan bukan sahaja kepada KPM tapi kepada seluruh negara. Justeru, kami tidak boleh terburu-buru dalam membuat sebarang keputusan,” jelas Dr Radzi. – Awani

Dah baca? Jangan lupa untuk like dan share page kami Kucing Media Online untuk perkembangan isu terkini dan info yang lebih menarik.

Makin bertambah sekolah diberi notis perintah tutup. Sekitar 1 juta pelajar dan KPM dedahkan beberapa sekolah sekolah lagi yang harus ditutup dan harap maklum

Terkini dimaklumkan bahawa sekitar satu juta pelajar yang belajar di 1,754 buah sekolah di ebberapa negeri di Malasyia tidak dapat menjalani sesi persekolah seperti biasa setelah kes pandemik ini makin meningkat semula. Sabah yang mencatatkan jumlah penutupan sekolah paling tinggi iaitu 1296 buah sekolah yang melibatkan serami 500000 pelajar.

Untuk pengetahuan,penutupan sekolah mulai 10 Oktober sehingga 25 Oktober itu terpaksa dilaksanakan selepas kes COVID19 di negeri itu masih menunjukkan peningkatan hari demi hari. SEmalam,KPM turut ambil keputusan yang sama untuk tutup sebanyak 298 buah sekolah di seluruh daerah Petaling di Selangor mulai 12 Oktober hingga 25 Oktober.

Oleh itu,jumlah keseluruhan sekolah yang ditutup setakat ini sebanyak 440 buah yang turut melibatkan kawasan Klang. Manakal sekolah-sekolah di Putrajaya juga ditutup dengan anggaran keseluruhan pelajar terlibat seramai 2978 orang. Antara sekolah yang ditutup di Putrajaya ialah Sekolah Menengah Kebangsaan Precint 8 (1) dan Sekolah Kebangsaan (SK) Precint 8 (1).

Di Kedah pula, terdapat empat buah sekolah ditutup bermula semalam sehingga 17 Oktober ini.Exco Agama, Pendidikan dan Sumber Manusia, Datuk Najmi Ahmad berkata, ia membabitkan dua buah sekolah masing-masing di daerah Baling dan Pokok Sena.Menurutnya, sekolah terlibat ialah Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bongor, SMK Baling, SMK Bukit Payong dan Sekolah Kebangsaan (SK) Bukit Pak Kiau.

“Penutupan sekolah itu dimaklumkan oleh Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Kedah dan surat pemakluman diserahkan kepada pentadbiran sekolah masing-masing hari ini (semalam),” katanya dalam satu kenyataan semalam.SMK Bukit Payong adalah antara empat buah sekolah yang ditutup di daerah Baling dan Pokok Sena, Kedah bermula semalam sehingga 17 Oktober.

Najmi berkata, semua pelajar, guru dan anggota kumpulan pelaksana menjalani kuarantin di rumah berdasarkan prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.“Difahamkan penutupan itu dibuat susulan terdapat guru dan murid disahkan positif Covid-19 oleh Pejabat Kesihatan Daerah,” katanya.Di Perak, sebanyak enam buah sekolah di Taiping terpaksa ditutup iaitu SMK King Edward VII, SMK (P) Treacher Methodist, SMK Bukit Jana, SK Taman Jana, SK Convent Kota dan SK Ulu Mengkuang.

Exco Pendidikan, Pembangunan Modal Insan, NGO dan Masyarakat Sivil Perak, Razman Zakaria berkata, sekolah berkenaan ditutup selama tujuh hari bermula hari ini susulan terdapat kes positif Covid-19 membabitkan warga sekolah itu.Di Johor, sebanyak dua sekolah di Masai, Pasir Gudang iaitu SK Masai (2) dan Sekolah Agama As-Syakirin ditutup.

Pengarah Pendidikan Negeri Johor, Shaharuddin Saari mengesahkan penutupan sekolah berkenaan.Penutupan sekolah di Terengganu pula melibatkan empat buah sekolah di Kuala Nerus dan Dungun iaitu SK Padang Kemunting, SK Kompleks Seberang Takir, SMK Kompleks Seberang Takir dan SMA Sultan Ismail.Tiada sebarang angka diberikan untuk bilangan pelajar terjejas di Kedah, Terengganu, Johor dan Perak.-sinarharian

Terkini Tiga Sekolah Di Kedah Diarahkan Tutup Mulai Hari Ini Sehingga 17 Oktober. Ini Sekolah Sekolah Yang Ditutup Ekoran Penularan Covid 19.

Baling: Tiga sekolah di Baling dan Pokok Sena ditutup mulai hari ini sehingga 17 Oktober berikutan penularan Covid-19 dalam kalangan warganya. Menerusi pekeliling dikeluarkan Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Kedah, tiga sekolah ialah Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Baling serta SMK Bukit Payong dan Sekolah Kebangsaan (SK) Bukit Pak Kiau di Pokok Sena.

Susulan itu semua pelajar, guru dan warga sekolah dikehendaki menjalani kuarantin serta patuh prosedur operasi standard (SOP) dikeluarkan kerajaan. “JPN Kedah memutuskan menutup sementara semua kelas di sekolah berkenaan dan guru serta kumpulan pelaksana dibenarkan bekerja dari rumah, manakala pembelajaran secara dalam talian,” kata pekeliling itu.

Sementara itu, tinjauan di SMK Baling pagi ini, mendapati pagar utamanya ditutup dan tidak kelihatan warga sekolah di pekarangan. Difahamkan, langkah diambil susulan seorang pelajar sekolah itu yang menjadi kontak rapat kepada ahli keluarga yang positif Covid-19. Kedah merekodkan lebih 1,200 kes positif setakat semalam, membabitkan Kluster Tembok di Kota Setar dan Pokok Sena serta Kluster Tawar di Baling.

Oleh yang demikian, semoga kita semua terpelihara daripada penularan wabak covid 19 ini dan sentiasa patuh kepada SOP yang telah ditetapkan. Untuk dapatkan info menarik mengenai isu semasa, tips, dan lain-lain marilah LIKE & SHARE PAGE KAMI KUCING MEDIA ONLINE. Terima Kasih!!

Sumber: HMETRO

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *