Mana wira wirawati negara sekarang. Menakjubkan Alif Satar kongsikan memori lamanya sewaktu menjalani PLKN sehingga meraih perhatian warganet yang tinggalkan banyak komen di postingnya.

artis Hiburan selebriti

Penyanyi dan pengacara Alif Satar meraih perhatian wargamaya apabila terkenang memori ketika menjalani latihan di Program Latihan Khidmat Negara (PLKN)  sekitar 12 tahun lalu. Menerusi laman sosial Instagram, Alif berkongsi sekeping foto bersama seorang jurulatih kecergasannya ketika berada di Kem PLKN Princess Haliza, Sepang, Selangor. 

“12 tahun lepas waktu khidmat negara. Dan masih lagi berkhidmat demi negara dengan cara sendiri. Mana wira wirawati negara sekarang, korang dekat mana?. “Kem PLKN Princess Haliza, ni bersama seorang jurulatih kitorang panggil dia, cikgu Pet. Besar dan tinggi macam The Rock,” tulis Alif di ruangan kapsyen. 

Menerusi perkongsian tersebut, Alif kelihatan segak mengenakan pakaian seragam dan berkepala botak semasa menjalani program latihan selama tiga bulan itu. Di ruangan komen, ramai wargamaya yang berkongsi kem dan pengalaman mereka ketika turut sama menjalani program latihan tersebut. 

“Saya dulu PLKN Sinaran Suria, Sungkai. Waktu 2017, kumpulan 1 siri 14/2017, team Bravo” kata seorang wargamaya. “Alip, aku kem PLKN Nasuha, Pagoh, kumpulan 1, siri 1, 2004,” komen seorang wargamaya. “Kem PLKN Desa Rimba, Kuala Kangsar, Perak (2011),” tulis seorang wargamaya.

“Omg saya teringat pergi kem PLKN Princess Haliza lawat kakak pastu nampak Alif botak lepak depan koperasi. Muka gangster gila nak mintak ambil gambar pun takut,” kongsi seorang wargamaya. “Alif, kita sama batch. Banyak sangat kenangan dekat kem PLKN Princess Haliza, cikgu Pet memang happy go lucky,” luah seorang wargamaya lagi. 

Sehingga kini, foto tersebut telah menerima hampir 45,000 tanda suka dan 500 komen daripada warga Instagram. Sekadar info, PLKN merupakan kursus latihan wajib selama tiga bulan di Pusat Latihan PLKN seluruh Malaysia apabila tamat pendidikan sekolah menengah di Malaysia atau berumur 17 tahun ke atas. Program latihan bagi pembinaan sahsiah diri dan mengukuhkan semangat patriotisme dalam kalangan generasi muda ini bermula pada tahun 2004 dan diberhentikan pada tahun 2018. -GEMPAK

Allah ganti dengan lebih baik. Mengejutkan ada bahagian pada motosikal berjenama Alif Satar telah diambil orang yang tidak bertanggungjawab. Ini reaksi Alif Satar lepas perkara itu terjadi.

Penyanyi dan pengacara Alif Satar kesal apabila alatan dan komponen pada motosikal miliknya diambil pihak tidak bertanggungjawab pada Jumaat. Menurut Alif, 30, beberapa komponen antaranya sistem brek pada motosikal berkuasa tinggi jenama BMW 1000 RR yang diparkir di kawasan kondominiumnya didapati lesap. “Salam Jumaat! Nak pesan, cvri barang orang berdosa… jangan main-main dengan doa orang yang teraniay.

“Parking dekat kondominium sendiri, motor ada tapi brek tak ada. (Pencvri) potong brake harness dan brake calipers,” katanya. Pengacara program Big Stage ini berkongsi mengenai perkara itu menerusi Instagram pada Jumaat.

Perkongsian Alif mengenai kecvrian pada komponen motosikal miliknya. Bersama kapsyen tersebut, dia turut memuat naik dua keping foto komponen pada bahagian motosikal yang hilang dicvri penjenyh. Sementara itu, Alif berharap pelaku berkenaan segera bertaubat dan tidak lagi mengulangi perbuatannya itu. “Kalau sesiapa kenal ada orang buat kerja macam ni, nasihatkan dia dan suruh dia bertaubat dan minta maaf dengan orang yang dia aniya.

Beberapa komponen pada bahagian sistem brek dicvri pihak tidak bertanggungjawab. “Allah nak ganti dengan lebih baik, InsyaAllah doakan!,” ujarnya. Perkongsian penyanyi lagu Lelaki Seperti Aku ini menerima pelbagai reaksi daripada pengikut. “Saya pernah kena tahun lalu… samalah potong tali minyak dan ambil brake caliper, melayang RM3,000! 1000 RR ni silap-silap dua kali ganda (harga) bro!. “Ada hikmah tu bro, mungkin asbab nak tukar model baharu tu! Park lama sangat tu… manusia memang tak boleh tengok benda-benda mahal depan mata,” komen warganet.-Mstar

Rupanya Ini Perkara Yang Boleh Buat Alif Satar Dan Lisa Surihani Hilang Sabar!

Pelakon Lisa Surihani dan Alif Satar merupakan antara selebriti dikenali sebagai seorang yang sweet. Disebabkan keperibadian dan sikap positif mereka, Alif dan Lisa juga turut digelar sebagai ‘Malaysian Sweethearts’. Namun Alif dan Lisa mengakui ada beberapa perkara yang boleh membuatkan mereka hilang sabar.
 
“Saya tak suka buat benda dua kali. Bila kita dah buat betul-betul tetapi disebabkan satu benda kita kena buat lagi sekali. Sebab saya hidup dalam momen, saya tidak mahu terlepas momen-momen sebelum ini. Bukan tak kena, tetapi bila kita buat sekali lagi nanti magisnya hilang. Momen itu tak sama,” jelas Alif.

“Jika ada sesiapa yang berkata mengenai perkara tidak enak atau tidak elok tentang keluarga saya. Pernah ada yang bercakap dan masa itulah yang membuatkan saya rasa tersungkur juga dengan kesabaran saya. Saya tidak marah orang itu. Walaupun reaksi saya tak marah namun saya tetap memberikan reaksi,” kata Lisa. Alif dan Lisa berkongsi perkara itu menerusi program Rumah No 107.- Gempak

Pernah anggap Alif Satar ‘poyo’, Shahrol (Shiro) tak sangka kini jadi kawan baik – “Sikit-sikit cakap orang putih… siap buat rolling eyes dekat aku”

This image has an empty alt attribute; its file name is 553-1-300x200.jpg

Shahrol Shiro imbau kenangan bersama Alif Satar. ENAM tahun menjalinkan persahabatan, pelawak Shahrol (Shiro) mendedahkan tidak menggemari sikap dan karakter pengacara Alif Satar ketika awal perkenalan mereka. Digandingkan bersama menerusi program Sukalattew terbitan Astro sekitar tahun 2014, Shahrol atau nama sebenarnya Shahrol Azizie Azmi, 35, berkata, sukar untuk dia menerima cara Alif yang dianggap ‘poyo’ atau menjengkelkan.

“Tahun 2014 kali pertama aku berkenalan dengan seorang mamat bernama Alif Satar. Kami digandingkan dalam sebuah program Sukalattew.”Minggu pertama sebelum mula program tu aku cuba la berbual dengan dia. Masa berbual sikit-sikit cakap orang putih… siap dengan kening terangkat sambil buat rolling eyes dekat aku. Foto yang diambil pada rakaman terakhir program Sukalattew pada 2014. “Dalam hati aku fikir poyo g1la mamat ni. Ni mesti jenis-jenis minum laga gelas dulu, nak buang air pun dekat KLCC ni,” tulisnya.

Kata Shahrol, dia hampir menarik diri pada minggu pertama rakaman program tersebut kerana menganggap gandingan mereka tiada keserasian.Lebih menyedihkan, kata Shahrol dia mendapat tahu Alif juga berasa kurang senang dengan sikapnya yang agak kekampungan.”Minggu tu aku minta nak tarik diri sebab tak nak berpasangan dengan mamat ni. Rupa-rupanya dia pun sama, tak nak berpasangan dengan aku juga. Katanya aku macam budak kampung, sikit-sikit sebut nama Kluang… macam la ada Pavillion kat Kluang tu.

“Bos dah pening kepala minta cuba sampai sebulan dulu. Aku pun setuju, hadap saja la dia berbual dan cuba kenal dia lebih rapat,” jelasnya.Bagaimanapun, Shahrol mengakui tanggapannya mula berubah selepas mengenali lebih rapat penyanyi lagu Lelaki Seperti Aku itu.Malah, Shahrol berkata, Alif merupakan seorang sahabat dan pendengar yang baik terutama ketika dia sedang menghadapi masalah.

“Rupa-rupanya apa tanggapan aku selama ni jauh meleset. Bila ada masalah aku luahkan, dia pendengar yang baik dan dia cuba bantu semampu yang boleh. Kepala sama saja g1la-g1la dengan aku. Shahrol dan Alif masih berkawan rapat sehingga kini.“Rehat masa rehearsal akan solat Asar sama-sama. Jauh dari budak moden yang ke arah barat yang aku sangka sebelum ini. Lama kelamaan hubungan itu sangat rapat, masa aku kahwin dia la pengapit aku,” katanya.

Mengimbau kenangan itu, Shahrol berpesan kepada pengikutnya supaya tidak terlalu cepat menilai seseorang sebelum mengenali mereka dengan lebih rapat.”Gambar 2014 itu adalah hari terakhir program Sukalattew. Terus terang air mata jantan masing-masing jatuh sebab itu adalah kali terakhir berada di pentas yang penuh kenangan bersama.”Moral of the story, hidup kita ini jangan cepat menilai seseorang. Jangan nilai dan dengar tentang seseorang melalui mulut orang lain. Kita kenal dan nilai sendiri.”Semoga berjaya dalam setiap apa yang kau lakukan, Alif. Doa aku yang baik sentiasa mengiringi kau sekeluarga,” ujarnya.-mstar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *