Janganlah sembunyi kalau pergi kursus kahwin. Ini reaksi Kamal Adli dan Uqasha Senrose bila dikatakan sudah menghadiri kursus perkahwinan baru baru ini.

artis

Kuala Lumpur: Pasangan pelakon yang digosip bercinta, Kamal Adli dan Uqasha Senrose dikatakan sudah menghadiri kursus perkahwinan, baru-baru ini. Pengarah dan pelakon, Michael Ang dalam empat video yang dimuat naik di Instagram, hari ini bertanyakan soalan itu kepada mereka ketika di lokasi penggambaran drama Perempuan Tanpa Dosa.

Dalam video berkenaan, Michael mendakwa dia ada mendengar Kamal dan Uqasha mengikuti kursus perkahwinan sama ada di Kuantan atau Perlis dan meminta mereka mengakuinya. “Janganlah sembunyi kalau pergi kursus kahwin. Dekat mana Perlis? Kuantan? Siap dengan imam semua aku dengar,” katanya dalam video itu.

Bagaimanapun, Kamal dan Uqasha yang duduk bersebelahan di atas sofa dalam video itu tidak memberikan reaksi. Sebaliknya Uqasha hanya tersenyum sambil memandang Kamal, manakala Kamal pula hanya memandang Michael tanpa sebarang reaksi sambil bermain telefon.

Menurut Michael, dia jarang mahu membuat gimik seperti itu di media sosial miliknya. “Anda rasa ini gimik atau kisah benar. Anda rasa mana satu? Apa yang pasti anda kenal saya kan? Jarang saya buat gimik macam ini,” tulisnya.

Video itu menerima pelbagai maklum balas pengikut sehingga meraih lebih 100 komen dan lebih 11,000 tanda suka. Perkongsian Michael itu turut mendapat perhatian beberapa selebriti tanah air seperti Sharifah Shahora dan Uyaina Arshad. “Nampak sangat Uqasha gadis yang pemalu sangat di situ,” komen Sharifah.

Uyaina pula hanya tinggalkan komen Alhamdulillah berserta emoji doa dan teruja. Sementara itu, Kamal ketika dihubungi menafikan dakwaan Michael itu. Katanya, video yang dimuat naik Michael itu hanya sekadar gurauan semata-mata. “Jangan percaya. Dia hanya bergurau saja,” katanya.

Kamal dan Uqasha dikatakan mula akrab sejak membintangi drama Setelah Terlafaznya Akad arahan Michael Ang, tahun lalu. Hubungan itu terserlah apabila Kamal pernah memuat naik hantaran di Instagram dengan kapsyen tertera bowling atau dating?’ bersama foto mereka, beberapa bulan lalu. Selain itu, Uqasha juga dilihat beberapa kali menemani Kamal menghadiri acara membabitkan ahli keluarga. Pada majlis sambutan hari jadi Uqasha yang ke-28 lalu, Kamal menjadi antara tetamu yang memeriahkan majlis.-HMETRO

Kecoh posting Uqasha Senrose menerusi laman sosialnya telah meraih perhatian warganet sehingga peminat mendoakan mereka cepat kahwin. Ini yang terjadi dengan hubungan Uqasha dan Kamal Adli.

Pelakon bernama Kamal Adli dan Uqasha Senrose tampil berlakon dalam drama bertajuk Perempuan Tanpa Dosa arahan Michael Ang. Uqasha menjadi teraju utama sebagai Lily dan Kamal Adli melakonkan watak Razif. Karakter yang dibintangi oleh Uqasha Senrose dalam drama ini boleh tahan berat dan banyak bermain dengan emosi. Biarpun begitu, baru-baru ini Uqasha Senrose berkongsikan satu foto di sebalik tabir ketika penggambaran Perempuan Tanpa Dosa ini menerusi laman Instagram miliknya.

Menerusi perkongsian tersebut kelihatan beberapa krew pengambaran dan dirinya serta Kamal Adli yang sedang menghulurkan air kepada Uqasha. Di ruangan kapsyen, dia menulis seperti berikut, “Such a sweet person @kamaladli . n very supportive hero .. dia tahu qasha sc back to back meroyan nangis , dia pulak yg jd PA. hehehe . cute la”.

Begitulah pasangan bercinta yang saling faham memahami. Berikut adalah perkongsian penuh oleh selebriti ini mengenai Kamal Adli jadi PA Uqasha. Perkongsian Uqasha Senrose menerusi laman Instagram miliknya itu telah meraih lebih 23 ribu tanda suka. Rata-rata warganet tinggalkan reaksi mereka mengenai perkongsian Kamal Adli jadi PA Uqasha ini di ruangan komen seperti berikut: “Lucky u to have him. Jaga baik-baik. We’re waiting for the good news”. “PA for life please ada orang jaga selamanya”. “Cepatla kawin Qasya”

Sumber: HCL

Selalu digosipkan dengan Kamal Adli. Terkini Uqasha Senrose muat naik gambar mesra dengan Kamal Adli. Tapi benda lain yang warganet tengok.

Kuala Lumpur: Biarpun digosipkan bercinta dengan pelakon Kamal Adli, Uqasha Senrose enggan membuka mulut mengenai kisah cintanya. Uqasha berkata, dia hanya akan berkongsi kisah peribadinya pada masa yang tepat.

“Soal jodoh, ajl, mt itu semua di tangan Tuhan. Cepat atau lambat Dia saja yang tahu. Ada orang berkawan hari ini, esok sudah berkahwin kerana sudah sampai waktunya. “Begitu juga dengan sesetengah individu yang ingin mengenali hati budi dulu selepas sudah melalui macam-macam fasa dalam hidupnya.

Ia terpulang kepada pendirian masing-masing. Macam saya, biarlah kisah cinta saya kekal menjadi rahsia. Biar betul-betul jadi kahwin dengan individu yang tepat baru saya akan kongsikan,” katanya kepada Harian Metro.

Menurut Uqasha, dia enggan lagi terlalu menghebahkan kisah peribadinya kepada umum selepas melalui bermacam pengalaman dalam hidup. “Saya banyak belajar dari pengalaman. Kalau tiada pengalaman saya tidak mungkin mampu menjadi seorang yang lebih baik.

“Jadi sebagai manusia kita harus berwaspada dalam setiap apa yang kita lakukan. Jangan ulangi perkara sama, kesilapan sama dan memilih dengan siapa kita patut berkawan,” katanya. Dalam perkembangan lain, Uqasha kini sedang membintangi drama bersiri Perempuan Tanpa Dosa bersama Kamal arahan Michael Ang. Terbaru Uqasha kongsi gambar mesra bersama kamal adli tarik perhatian ramai.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Sumber : HM

“Tapi Abang Tidak, Abang Lebih Pada…” – Alahai Sweet Sungguh Jawapan Kamal Adli Pada Uqasha Senrose

Masing-masing masih lagi bujang dan tidak mempunyai pasangan. Jadi tentunya tidak menjadi masalah apabila peminat cuba ‘menjodohkan’ Kamal Adli dengan Uqasha Senrose. Apatah lagi chemistry antara mereka ternyata cukup meyakinkan.

Sebelum ini ketika mereka sama-sama menjayakan drama bersiri Setelah Terlafaznya Akad, ramai yang betul-betul inginkan mereka berdua mendirikan rumah tangga. Kali ini Kamal Adli dan Uqasha Senrose digabungkan sekali lagi dalam drama Perempuan Tanpa Dosa dan memperlihatkan keakraban mereka yang semakin rapat.

Malah, masing-masing kelihatan saling menyayangi apabila dikatakan menyambut hari lahir antara satu sama lain. Dalam satu entri di Instagram Kamal Adli, dia memuat naik sekeping gambar bersama Uqasha yang memperlihatkan mereka sedang membeli kuih. “Sudah sudah.. Kerja nak membeli jeee dia ni. Tapi rasa nya lebih kepada membeli ke membawang org perempuan ni?” tulis Kamal sebagai kapsyen kepada gambar tersebut.

“Lelaki yang sekarang lagi kuik membawang dari pompuan,” komen Uqasha pada entri tersebut. “Tapi abang tidak… Abang lebih pada Uqawang,” manis sahaja jawapan Kamal untuk komen Uqasha tersebut. Ramai peminat yang tinggalkan komen mendoakan agar mereka ada jodoh antara satu sama lain, melihatkan kepada kemesraan mereka berdua yang tidak dibuat-buat. Kamal Adli pernah dikaitkan bercinta dengan beberapa orang pelakon wanita, tetapi semuanya putus di tengah jalan. Semoga ada jodoh antara Kamal dan Uqasha.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *