Bila jumpa je suruh buat lawak tapi sebenarnya taktahu orang tu tengah sedih. Tak sangka Ozlynn kongsikan kisah menyayat hati tentang Johan dan Zizan melalui posting Instagramnya.

artis selebriti

Kepada sesiapa yang mengikuti perkembangan Johan dan Zizan sejak dulu lagi, pasti mengetahui sikap mereka yang sentiasa menghiburkan hati orang ramai. Baru baru ini, Berkongsi dua keping gambar suami dan teman baik suaminya yang sedang tidur, pelakon Ozlynn Waty berkongsi serba sedikit tentang sebahagian kecil kehidupan sebagai pelawak. Dua keping gambar Johan dan Zizan yang sedang tidur itu nampak kelakar, tetapi di sebaliknya ada perkara yang sukar difahami oleh orang lain kecuali yang kenal dengan kehidupan mereka ini.

“Barai.. Kadang orang tak paham. Bila jumpa nak suruh buat kelakar. “Hidup dengan depa berdua ni kadang tengah teman dorang nangis tiba-tiba ada orang datang mintak bergambar. Terus senyum,” tulis Ozlynn sebagai kapsyen gambar tersebut.

Tambah Ozlynn, biar pun ketika mereka sedang melalui saat-saat sedih dan duka, tetapi demi menjaga hati peminat mereka tetap senyum dan menunjukkan jiwa kelakar mereka. “Walaupon jiwa dan hati tengah sedih tetapi dorang jaga hati kita. Sayang la kat depa dua ni. Bila tengok dorang tido haihhhhh cair rasa.

“Tapi bila bangun jek mula la aku nak naik antu!! Nakal!! Akai panjang!! Hope sampai ke tua la aku lalu nak layan dorang,” tulis Ozlynn menyampai rasa hati biarpun secara berseloroh. Sejak bersama menyertai Maharaja Lawak, Johan dan Zizan yang menamakan kumpulan duo mereka sebagai Jozan sentiasa menghiburkan peminat dengan lawak-lawak mereka. Ozlynn atau nama sebenarnya Rozlinawaty Ismail berkahwin dengan Johan atau nama sebenarnya Mohd Yazid Lim Mohamad Aziz pada 25 Julai 2009. Pasangan ini dikurniakan dengan lima orang cahaya mata.-GEMPAK

“Jarang anak bujang menempel dekat bapak…” – Warganet suka ‘bonding’ Johan & anak sulung

Kepada sesiapa yang mengikuti keluarga pelawak Johan dan Ozlynn, pasti ramai yang tahu di media sosial pasangan selebriti tersebut memang suka berkongsi momen bersama anak-anak. Antara yang menjadi perhatian baru-baru ini, adalah foto Johan bersama anak bujangnya, Ariq, memaparkan keakraban hubungan ayah dan anak lelaki.

“Selalu jarang anak bujang menempel dengan ayah”. Meskipun sudah besar panjang dan dah jadi anak teruna, nampaknya Ariq masih tidak kekok dan tidal malu mahu bermanja dengan ayahnya. Menurut Ozlynn, boleh dikatakan kesemua anak-anaknya, baik yang lelaki atau pun perempuan memang sangat akrab dengan ayah mereka. “Anak-anak aku semua suka menempel, pelik betul…”

Menerusi laman sosial Instagram Ozlyn, di kapsyen berkata “lepas sahur awal sementara nak subuh.. lepak..Suka tgk bonding ni.. jarang anak bujang nak melepek kat bapak.. kalau anak perempuan selalu.. tapi betul la.. anak2 aku sume suka menempel.. pelik betul.. kdg geram.. sb bapak dorg ni seminggu sekali mesti hangkut anak2 tdo bilik aku.. bila aku ckp mane boleh mcm ni.. nnt jd kebiasaan.. dia akan pelok aku n trus ckp “ kena share la syg, tgk skrg ni pun mcm cptnya dorg dh besar.. nnt dorg dh kawin tinggal la kita berdua.. haaa masa tu u tgk i, i tgk u..

“bila fikir balik betul jugak kan.. sape sangka usia semuda ni kami ada anak bujang dan ada 5 org anak dah.. bersyukur sesgt..proses membesarkan anak2 memerlukan pengorbanan besar ibubapa.. setiap manusia diberi ujian yg berbeza.. ada org xde anak walaupun lama dh kawin, skrg ni kita perlu lihat dari pelbagai aspek n kena positif.. anak adalah rezeki.. tp bukan senang nak membesarkan anak2.. nak mendidik dan membimbing itu juga satu cabaran.. kami juga pernah melalui fasa yg sukar ..jadi sentiasa bersangka baik pada Allah.. yg penting usaha..

DIA maha mengetahui apa yg terbaik utk kita.. apapun kita sbg ibubapa kena sentiasa doakn yg terbaik utk anak2 kita.. selain jalankan tanggungjwp membesarkan.. pls pantau anak2 kita.. ambil tahu dgn sape dia berkwn.. bergaul.. kpd mak ayah yg bg anak2 hp di bwh umur 18 tahun.. plss pantau.. makesure apa saja boleh detect kt fon korg.. zaman canggih ni sgt menakutkan.. kalau tgk instagram yg dm aku byk bdk bwh umur.

Selagi terdaya aku cuba bantu dorg dr segi nasihat.. bg semangat.. rata2 yg dm sume bgtau kurang mendpt perhatian mak ayah.. aku tidak menyalahkan memane pihak.. tp cukup apa yg aku boleh katakan aku nasihat mereka seperti anak aku sendiri.. akan aku pastikan dorg jadi anak yg baik soleh dan solehah.. dan aku harap korg.. yg ada anak2 plsss rajin la berbual.. amik tau ttg apa yg anak2 “RASA”.. bukan ikut “MASA” yg korg ada.. moga yg baik2 saja utk keluarga kita semua aamiin-OhMyMedia

Johan suka habiskan masa dengan anak2

Tambah Ozlynn lagi, ada masanya Johan akan memberi peluang kepada semua anak-anak untuk tidur bersama-sama dengan mereka. Cepat jer anak2 besar katanya. Ini kerana, Ozlynn berkata Johan mahu menghabiskan masa sepuas-puasnya bersama anak-anak, sementara mereka masih lagi belum dewasa dan ada kehidupan sendiri.

“Bila aku cakap mane boleh macam ni, nanti jadi kebiasaan, dia akan peluk aku dan cakap ‘kena share la sayang, tengok sekarang ni pun macam cepatnya dorang dah besar nanti dorang dah kawin tinggal la kita berdua, haa masa tu You tengok I, I tengok You…”

Rata-rata warganet juga suka melihat hubungan antara Johan dan anak sulungnya, mereka menyifatkan keluarga Johan dan Ozlynn sebagai inspirasi. “Macam kawan baik”. “Seronok tengok bonding keluarga ni”.”Best la, dah besor pun nempel dengan papa lagi”

Sumber : Johan & Ozlyn

Nenek kepada Zizan Razak hembuskan nafas terakhir pagi tadi. Zizan Razak kongsi berita pemergian dan sakit yang dialami oleh neneknya dan berharap semua doakan agar neneknya ditempatkan dalam kalangan orang beriman

Zizan mendoakan agar roh neneknya ditempatkan dalam kalangan orang beriman. Nenek kepada pelakon dan pelawak terkenal Zizan Razak iaitu Zainoon Abdullah hembuskan nafas terakhir kira-kira pukul 11.57 pagi, Ahad di Dungun, Terengganu. Berita sedih itu dikongsikan Zizan atau nama sebenarnya Mohammad Razizan Abdul Razak, 36 di laman Instagram miliknya.

“Al-Fatihah buat Zainoon binti Abdullah yang baru sahaja menghembuskan nafas terakhir pukul 11.57 pagi tadi.”Semoga rohnya dicucuri rahmat dan bersama orang-orang yang beriman juga dipermudahkan segalanya,” katanya. Zizan sempat menziarahi neneknya sehari sebelum pergi buat selamanya .Pelakon filem Abang Long Fadil itu juga memberitahu dia sempat menziarahi neneknya di sebuah hospital pada Ahad sebelum pulang ke Kuala Lumpur.

Ruang komen di perkongsian tersebut dipenuhi dengan ucapan takziah daripada warganet yang juga mendoakan agar nenknya ditempatkan dalam kalangan orang beriman.Menerusi laporan mStar pada 9 September lalu, Zizan memberitahu keadaan neneknya semakin sakit tua dan sedang didiagnos kerana disyaki hidap knser. Menurut Zizan, dia enggan memikirkan mengenai soal jodoh dan perkahwinan kerana keutamaannya kini adalah keluarga.

Zizan berkata sebagai anak, fokusnya kini lebih terarah kepada keluarga, lebih-lebih lagi keadaan kesihatan nenek yang kurang baik. “Nenek sedang didiagnos kerana disyaki hidap knser, jadi apabila sebut knser agak berat untuk kita sebab ianya bukan sakit biasa… sekarang dia sedang tunggu doktor mengesahkan tentang kesihatan dia. “Hal-hal lain saya okay sahaja tapi apabila membabitkan kesihatan keluarga saya rasa berat. Susah nak cerita mengenai perkara ini dekat orang lain… sebab orang selalu ingat kita pelawak nak bergurau saja kan?” katanya.-msta

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *