Terkini berdasarkan kajian baru telah mendapati virus Covid 19 bertahan lebih lama jika berada atas permukaan kulit dalam jangkaan beberapa jam ini. Lebih mengejutkan ada perkara baru yang dibongkarkan.

Covid 19 Info Infomaklumat ISU SEMASA

Koronavirus tetap aktif pada kulit manusia selama sembilan jam, berdasarkan kajian yang dilakukan oleh sekumpulan penyelidik Jepun. Di dalam kajian tersebut, para penyelidik mengatakan setiap individu perlu mencuci tangan dengan kerap bagi memerangi Covid-19. “Kelangsungan hidup SARS-CoV-2 selama sembilan jam pada kulit manusia dapat meningkatkan risiko penularan kontak dibandingkan dengan IAV (virus influenza A), oleh itu ia menyebabkan wabak ini merebak cepat,” katanya .

Pasukan penyelidik menguji kulit yang dikumpulkan dari spesimen autopsi, kira-kira satu hari selepas pemergian. Hasilnya mendapati kedua-dua virus coronavirus dan selesema tidak aktif dalam 15 saat selepas menggunakan etanol, yang digunakan di dalam pembersih tangan.

“Kelangsungan hidup SARS-CoV-2 yang lebih lama pada kulit meningkatkan risiko penularan kontak, namun kebersihan tangan dapat mengurangkan risiko ini,” kata kajian itu. Kajian ini menyokong garis panduan yang dikeluarkan oleh Organisasi Kesihatan Sedunia (WHO) untuk mencuci tangan secara berkala dan menyeluruh untuk membendung penularan virus, yang telah menjangkiti hampir 40 juta orang di seluruh dunia sejak pertama kali muncul di China akhir tahun lalu.

Sumber: ndtv.com

Selepas keluar kenyataan tentang penularan virus D614G tadi. Terkini pakar telah umumkan virus tersebut akan merebak dengan cepat di kawasan ini.

KUALA LUMPUR: Pengudaraan baik dalam sesuatu kawasan termasuk ruang sempit penting bagi mengurangkan risiko terhadap jangkitan COVID-19 yang turut merangkumi mutasi virus jenis D614G. Pakar virologi dari Universiti Malaya (UM), Prof Dr Sazaly Abu Bakar, berkata sebarang jenis mutasi virus termasuk D614G boleh merebak dengan pantas di kawasan tanpa sistem pengaliran udara yang baik.

Beliau berkata, kawasan tertutup yang dipasang penyaman udara tanpa sistem keluar masuk udara yang baik juga berupaya menjadi lokasi mutasi virus COVID-19 merebak. “Selain penjarakkan fizikal dan pemakaian pelitup muka, aspek penting yang harus ditekankan ialah pengaliran udara dalam mengawal penularan COVID-19.

“Walaupun tempat itu mempunyai kepadatan penduduk tinggi atau sempit, namun pengudaraan mencukupi boleh mengawal penularan. “Contohnya dalam pesawat. Setakat ini kita tidak melihat kluster dari kapal terbang kerana sentiasa berlaku pertukaran udara di dalamnya walaupun ruang terhad.

“Kita lihat kes di Afrika juga rendah yang mungkin disumbangkan oleh faktor pengaliran udara baik kerana kebanyakan rumah mereka terbuka dan tidak menggunakan penyaman udara,” katanya ketika dihubungi BH, hari ini. Pada masa sama, beliau berkata, individu duduk di rumah termasuk yang dikuarantin perlu memastikan pengaliran udara sentiasa mencukupi dengan membuka tingkap.

Sazaly berkata, sama juga di pejabat yang bergantung sepenuhnya kepada penyaman udara, iaitu harus memastikan sistem pengaliran udara keluar dan masuk dengan mencukupi. “Mereka yang berada dalam suasana berhawa dingin lebih berisiko terkena jangkitan COVID-19 jika tiada pengaliran udara, selain turut dipengaruhi faktor suhu dan kelembapan,” katanya.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kewujudan beberapa kluster sebelum ini termasuk di Sabah. Kedah dan Johor yang berpunca daripada penularan dalam kalangan tahanan pendatang asing tanpa izin (PATI) dan pesalah serta mutasi virus COVID-19 jenis D614G.

Berdasarkan data, Sazaly berkata, mutasi virus jenis D614G sudah berada di negara ini pada Mac lalu namun tidak berkembang pantas kerana tidak memasuki kluster besar. Katanya, penularan pantas itu berlaku apabila mutasi D614G berada dalam kalangan penghuni penj4ra dan pusat tahanan hingga mencipta kluster besar.

“Dari Mac lagi mutasi jenis D614G ini bertapak dalam komuniti kerana secara prinsipnya, virus yang sampai dahulu akan berkembang. “Namun ia tidak memasuki kluster besar, maka mutasi jenis ini tidak ‘meletvp’ sehinggalah D614G ‘memasuki’ sel besi dan pusat tahanan yang sempit serta tidak mempunyai pengaliran udara baik.

“Ia menyebabkan mutasi jenis ini mudah ‘meletvp’,” katanya. Beliau berkata, mutasi D614G dilihat mempunyai kadar kebolehjangkitan tinggi kerana berada pada tempat betul dan masa yang tepat untuk berkembang dengan menular dalam kawasan seperti penjra.

Sumber: BHONLINE

Terkini saintis keluarkan kenyataan baru mengenai dakwaan golongan ini lebih kurang risiko dijangkiti covid 19. Ini perkara sebenar yang dibongkarkan.

Lebih lapan bulan kita menghadapi COVID-19, sejak itu, pelbagai jenis maklumat mengenai wabak yang mengambil nyawa berjuta orang di seluruh dunia direkodkan. Salah satunya adalah jenis drh yang bertahan terhadap kesan wabak COVID-19. Berdasarkan kajian yang diterbitkan dalam jurnal Bl00d Advances, mereka yang mempunyai drh O cenderung untuk tidak dijangkiti COVID-19. Walaupun dijangkiti, pesakit jarang mengalami gejala yang teruk.

Bagaimanapun, saintis akui bahawa mereka memerlukan lebih banyak ujian klinikal bagi mengukuhkan lagi hujah mereka. Kumpulan saintis yang berasal dari Denmark telah melakukan ujian kepada 7,422 pesakit yang dilaporkan positif COVID-19. Dari jumlah pesakit, kurang dari 30 peratus mempunyai drh O. Manakala mereka yang mempunyai drh A dan AB adalah paling banyak dijangkiti wabak ini.

Kajian berbeza tetapi kesimpulan yang sama turut berlaku di Kanada. Menurut pasukan penyelidik, daripada 95 peratus pesakit yang mereka kaji, kebanyakan mereka yang berdrah O sembuh setelah 9 hari dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi. Sementara itu, bagi mereka yang mempunyai golongan drh A atau AB, purata tempoh rawatan adalah 13 hari di Unit Rawatan Rapi. Pesakit dengan golongan drh O juga mencatat rekod sebagai kumpulan yang paling sedikit memakai ventilator atau mengalami kegagalan organ.

“Kami akan terus memantau jenis drh dengan gejala COVID-19 yang timbul, sehingga kesimpulan yang diambil akan lebih pasti,” kata Mypinder Sekhon, seorang doktor dan anggota pasukan penyelidik dari Vancouver General Hospital ketika diwawancara oleh CNN.

Sekhon turut mengingatkan bahawa kesimpulan ini bersifat sementara dan mungkin akan berubah-ubah. Jadi adalah penting agar mereka yang datang dari kumpulan berdrh O untuk tidak merasa terlalu yakin bahawa mereka akan selamat. Untuk rekod, laporan mengenai jenis drh dengan gejala COVID-19 telah dilaporkan sebelum ini di China. Pasukan penyelidik di Beijing menyatakan bahawa ada kemungkinan orang dengan golongan drh A memiliki risiko yang lebih besar untuk dijangkiti COVID-19. Bagaimanapun, penyelidikan yang diterbitkan pada bulan Mac 2020 tidak menjalani peer review, jadi kajian itu tidak diendahkan oleh komuniti saintifik.- THEVOCKET

Gempar virus mutasi covid 19 dikatakan sudah bertebaran di Semenanjung. Kenyataan itu telah dibongkarkan oleh Dr Noor Hisham dan ini punca virus itu merebak.

Virus mutasi Covid-19 yang dikenali sebagai D614G telah dikesan antara kes daripada Kluster Benteng Lahad Datu (LD), kata Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah hari ini. Melihat lebih 600 kes positif dikesan ke atas mereka yang pulang dari Sabah, Noor Hisham mengesyaki virus mutasi itu kini telah merebak di Semenanjung.

Beliau berkata demikian pada sidang media harian Covid-19 yang disiar secara langsung di rumahnya kerana sedang menjalani perintah kuarantin diri. “Institut Penyelidikan Perubatan (IMR) telah menjalankan ujian pada 20 virus yang diasingkan daripada Kluster Benteng LD di Sabah.

“Dan didapati pada ujian tersebut mutasi D614G telah pun dikesan,” katanya dengan menambah kemungkinan mutasi itu berasal dari Indonesia atau Filipina. “Yang pasti sekarang ini sebab sudah 23 kluster baru yang melibatkan 604 individu yang pulang dari negeri Sabah juga didapati positif Covid-19.

“Kemungkinan besar (mereka) membawa jangkitan mutasi D614G (keluar dari Sabah),” jelas Noor Hisham. Selain itu, Dr Noor Hisham turut berkata jenis mutasi D614G kali ini berbeza dengan mutasi virus di Tawau, Sungai, Bukit Tiram dan Kluster Sivagangga. Dua warga Filipina yang disahkan positif Covid-19 pada 1 Sept telah mencetuskan Kluster Benteng LD.

Sehingga hari ini, kluster tersebut merekodkan sejumlah 1,018 kes yang mana 230 kes masih aktif dan menerima rawatan. Ia juga telah merekodkan satu pemergian. Susulan kempen pilihan raya negeri (PRN) Sabah yang berlangsung dua minggu dari 21 hingga 25 Sept lalu, negara merekodkan peningkatan mendadak wabak tersebut terutamanya di Sabah, Kedah dan Lembah Klang.

Malaysia juga kini mempunyai 75 kluster aktif, empat kluster baru dilaporkan hari ini. Keadaan turut juga membuatkan kerajaan mengenakan perintah kawalan pergerakan bersyarat (PKPB) di Sabah, Selangor, Kuala Lumpur dan Labuan.- MalaysiaKini

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *