Setelah sekian lama menunggu kehadirannya. Akhirnya Shah Iskandar kongsi berita gembira dengan kehadiran cahaya mata yang pertama. Lebih menarik lagi bila dia menamakan anaknya dengan nama ini.

artis

Pelakon Shah Iskandar berkongsi berita gembira mengenai kehadiran cahaya mata pertama hasil perkahwinan bersama isterinya, Siti Sarah Mohd Noor. Apa yang lebih mengujakan Shah adalah Allah akhirnya mengizinkan mereka memiliki cahaya mata setelah empat tahun sabar menanti.

Perkara itu dikongsi Shah menerusi akaun Facebook miliknya sebentar tadi. Shah dan isteri dikurniakan cahaya mata lelaki yang sudah siap diberi nama. Menurut Shah, dia sangat bersyukur kerana proses bersalin isterinya itu berjalan dengan lancar.

“Assalamuakaikum semua, pada 10 Oktober 2020 jam 2.02 tengahari, isteri saya telah melahirkan cahaya mata pertama kami di Umra Hospital, Shah Alam. “Alhamdulillah, proses bersalin isteri saya berjalan dengan mudah tambahan kakitangan hospital itu juga banyak membantu kami.

“Saya buat keputusan untuk tidak membuka media sosial selama tujuh hari selepas itu untuk menumpukan sepenuh perhatian terhadap isteri dan anak saya,” tulisnya. Dalam pada itu, Shah turut mengucapkan terima kasih kepada isteri dan keluarga tercinta.

“Ucapan terima kasih kepada Sarah tidak akan pernah mencukupi kerana awak telah banyak berk0rbn dan melahirkan bayi comel kita. Saya sayang awak. “Untuk keluarga mertua saya, terutamanya Mak, Abah, saya sangat beruntung dikurniakan keluarga ini, kami hargai semua sokongan yang diberikan.

“Untuk keluarga saya di Singapura terutamanya Mama, Nani, Shaheen Nadia dan suaminya Azlan, Shafiq, terima kasih untuk semua hadiah bayi dan sokongan yang diberikan, saya janji akan bawa pulang Sarah dan bayi kami apabila sempadan negara dibuka,” tulisnya lagi.

Di penghujung kapsyen, Shah mendedahkan nama cahaya mata pertamanya itu dan mendedikasikan kata-kata manis. “Akhir sekali, dengan berat 3.66 kilogram ketika dilahirkan, terima kasih Yusuf Zulkarnaen Shah Iskandar kerana melengkapkan kami. “Awak umpama dunia buat kami, awak akan disayangi oleh semua, baik dalam keluarga mahupun rakan-rakan,” tulisnya lagi. Shah atau nama sebenarnya, Shah Iskandar Mahfuz, 37 berkahwin dengan Siti Sarah, 34 pada 16 Januari 2016.

Isteri Pelakon, Shah Iskandar Disahkan Hamil

Sebelum ini, Shah Iskandar ada memuat naik beberapa keping foto menerusi laman media sosial miliknya. Menerusi perkongsian tersebut, Shah atau nama penuhnya Shah Iskandar Mahfuz turut meraikan hari ulang tahun kelahiran isterinya, Sarah Noris yang ke-35 tahun.

Dalam pada itu, pelakon drama bersiri Mr.Grey ini memaklumkan dia bakal menerima kehadiran ahli baru dalam keluarga. “Happy birthday wifey, enjoy the last year of ur ‘bujang’ celebration, sebab next year dah kene celebrate style mak2 dah.

“I love you forever and a day! Huhuhu Thank u semua for making it happen and also thank you @jibrilss15 for the hospitality! “Oh and dont worry, kita celebrate pun ikut SOP hokaaaay. First time celebrate birthday tapi meja berjauhan,” tulisnya.

Melihat di ruangan komen, rata-rata peminat berasa gembira dan menitip ucapan tahniah kepada pasangan ini. Untuk rekod, bintang kelahiran Singapura ini telah menamatkan zaman bujang bersama isterinya, Siti Sarah Mohd Noor pada 16 Januari 2016.

Foto: Instagram Shah Iskandar

Dulu guru, kini pelakon – Shah Iskandar

Terdahulu, sepanjang bertahun-tahun bertapak di bumi Malaysia, pelakon Shah Iskandar Mahfuz kini boleh berbangga apabila namanya semakin dikenali ramai dan mula mendapat perhatian pengarah. Biarpun namanya masih belum gah atau sehebat nama dua rakan senegaranya iaitu Aaron Aziz dan Adi Putra, namun Shah Iskandar menjadikan kedua-dua pelakon itu sebagai inspirasinya untuk berjaya dalam kerjaya yang diceburi.

“Pembabitan saya dalam bidang lakonan serta mengambil langkah berkelana ke Malaysia bukan mahu bersaing dengan dua rakan senegara yang telah berjaya di sini. Saya juga amat menghormati mereka sebagai pelakon yang lebih senior. “Bagaimanapun ia merupakan inisiatif buat saya melebarkan sayap sebagai pelakon. Itu sahaja.

Kini saya sangat bersyukur kerana semakin mendapat perhatian ramai serta tawaran berlakon yang semakin banyak. “Malah, keputusan meninggalkan kerjaya sebelum ini sebagai guru merupakan satu tindakan yang tepat,” jelasnya ketika majlis pelancaran drama Runtun Qalbu di Sri Pentas TV3, Petaling Jaya, Selangor sebelum ini. Ditanya tentang pembabitan awalnya dalam bidang lakonan, pelakon kacak yang berasal dari Woodlands, Singapura itu memberitahu mula terjebak dengan dunia seni sejak tahun 2006 ketika menuntut dalam bidang perfileman di Politeknik Ngee Ann, Singapura.

“Saya telah menyertai sebuah pertandingan realiti Anugerah Skrin Singapura dan muncul pemenang tempat ketiga. Salah seorang juri dalam pertandingan tersebut ialah Datuk Yusuf Haslam dan dia pernah menawarkan saya berlakon selepas berakhirnya pertandingan tersebut, tetapi saya terpaksa tolak kerana masih lagi belajar. “Setelah menamatkan pengajian pada tahun 2007, saya mula berjinak-jinak dengan bidang seni seperti berlakon dan mengacara.

Namun, saya lebih banyak mendapat tawaran menjadi pengacara berbanding lakonan,” ujarnya. Selain itu menurut Shah, dia juga pernah bergelar seorang pendidik dalam tempoh yang agak singkat apabila bersetuju menjadi seorang guru di Rainbow Centre, iaitu sebuah sekolah khas untuk kanak-kanak yang menghidap sakit autisme.

Bagaimanapun, khidmatnya sebagai guru cuma setahun apabila dia mengambil keputusan menerima pelawaan Yusof Haslam yang kembali menawarkannya berlakon pada tahun 2009. “Keputusan yang saya buat untuk berkelana ke Malaysia dan memulakan karier sebagai pelakon bukan semata-mata mahu mengejar populariti.

Sebaliknya, saya memang minat berlakon sejak dari dahulu lagi. “Sepanjang tiga tahun saya berlakon dan mencari rezeki di negara ini, masih banyak lagi perkara yang perlu saya pelajari. Apa pun, saya gembira kerana kehadiran saya sekarang sudah diterima ramai,” jelasnya teruja.

Ujarnya, selain berlakon dia juga pernah mendapat beberapa tawaran menjadi pengacara, tetapi terpaksa menolak kerana mahu lebih memberi fokus kepada dunia lakonan terlebih dahulu. “Ketika di Singapura saya memang banyak terlibat dengan pelbagai program yang memerlukan saya menjadi pengacara kerana ia merupakan salah satu kebolehan yang saya ada. “Cuma buat masa sekarang saya lebih berminat kepada lakonan dan mahu terus berusaha sehingga berjaya,” tambahnya.

Terhutang budi semasa awal berkecimpung dalam dunia lakonan di Malaysia pada tahun-tahun yang lalu, nama Shah dikenali apabila dipilih membintangi drama bersiri Gerak Khas. Dalam drama tersebut, pelakon berkenaan membawakan watak seorang inspektor polis bernama Hisyam yang juga merupakan anak kepada Sarjan Misai, watak yang dimainkan oleh pelakon A. Galak.

“Sejujurnya saya memang terhutang budi dengan Datuk Yusuf Haslam yang nampak bakat saya dalam lakonan. Malah, beliau merupakan individu yang membuka peluang kepada saya mengembangkan karier di negara ini. “Semasa saya mula-mula datang ke Kuala Lumpur dahulu, beliau telah menyediakan beberapa kemudahan seperti kereta dan rumah buat saya.

Sudah tentu saya tidak akan melupakan jasa beliau yang sudah banyak membantu saya,” katanya. Walaupun kariernya sebagai pelakon bermula dengan Skop Production menerusi drama bersiri tersebut, pelakon berkenaan menjelaskan dia tetap diberi kebebasan berlakon dengan syarikat produksi yang lain.

“Saya juga selalu berpegang kepada pesanan yang telah diberikan oleh beliau. Antaranya, saya perlu sentiasa merendah diri dan selalu tabahkan hati sekiranya berdepan dengan sesuatu masalah,” jelasnya. Selepas tampil dengan beberapa buah drama yang mendapat sambutan hangat sebelum ini seperti Nora Elena, Atas Nama Cinta dan Tiga Janji, kini Shah Iskandar tampil pula dengan drama terbaharu berjudul Runtun Qalbu.

Ditanya mengenai pembabitannya dalam drama berkenaan, Shah memberitahu dia membawakan watak bernama Kelabu, seorang lelaki hilang ingatan setelah terlibat dalam kemalangan jalan raya. “Paparan jalan cerita yang cukup menarik antara salah satu sebab saya terima tawaran berlakon dalam drama ini.

Memang watak yang saya bawakan ini agak berat, namun tiada masalah besar kerana gandingan bersama pelakon lain seperti Kamal Adli dan Fida Ibrahim memang banyak membantu. “Malah, saya juga berpuas hati dan sangat senang bekerjasama dengan Khalid, biarpun ini merupakan drama kedua arahannya dan masih lagi agak baharu sebagai seorang pengarah,” ujarnya.

Ditanya sama ada pernah ditawarkan berlakon filem, pelakon berkenaan memberitahu memang ada tawaran tersebut, tetapi terpaksa ditolak kerana mempunyai komitmen lain. “Baru-baru ini ada yang menawarkan saya berlakon filem, cuma bukan rezeki saya kerana ketika itu saya terikat dengan komitmen dalam drama Runtun Qalbu. Namun, keinginan berlakon filem memang ada dan bersedia mempertimbangkan sekiranya ada tawaran yang diterima nanti,” jelasnya.- tentangartiskita

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *