Sedar atau tidak sudah terlalu banyak sangat mitos sampai dijadikan amalan seharian. Mengejutkan Doktor Amalina bongkarkan jawapan sebenar bagi mengelakkan salah faham masyarakat.

Info Infomaklumat KESIHATAN

DALAM kehidupan sejak dulu hingga kini, banyak mitos yang wujud sehingga turut dijadikan amalan orang kita. Dengan kajian saintifik dan perubahan masa, kebanyakan mitos lama mula dilupakan dan dianggap tidak relevan. Namun, ada juga yang masih mengamalkan mitos lama pada hari ini, sebagaimana diwarisi oleh ibu bapa dan nenek moyang mereka.

Terbaharu, Dr Amalina Che Bakri turut meminta pengikut Instagram miliknya berkongsi segala mitos diketahui mereka. “Apakah mitos perubatan paling mengarut pernah anda dengar?” soalnya pada ruangan soal jawab (Q&A) menerusi Instagram Stories. Ramai warganet turut terhibur membaca mitos-mitos yang dikongsi menerusi Instagram Dr Amalina. Selain Instagram, jawapan-jawapan yang diberikan warganet turut dikongsi semula oleh warganet di Twitter sehingga menjadi tular.

Dalam pada itu, Dr Amalina turut menjawab beberapa persoalan mengenai mitos yang dibangkitkan warganet. Kalau tak basuh rambut sepanjang period, kesian orang sekeliling anda. Antara yang meraih tumpuan, mitos dikongsi seorang individu yang mendakwa uri bayi harus ditanam bersama pen dan buku agar anak menjadi pandai. “Nasib mama saya tak buat. Kalau tak, saya dah dapat 50A SPM (Sijil Pelajaran Malaysia),” jawab Dr Amalina secara berseloroh.

Selain itu, seorang wanita turut bertanya jika benar dakwaan ibunya mengenai pembentukan darah beku sekiranya seseorang mencuci rambut sewaktu datang haid. Jelas Dr Amalina, ia salah sama sekali memandangkan rambut dan rahim berada pada anggota tubuh yang berbeza.

Antara mitos yang dijawab oleh Dr Amalina. “Rambut di kepala, rahim di abdomen. Tak ada kena mengena. Ini adalah mitos. “Kalau tak basuh rambut sepanjang period, kesian orang sekeliling anda. Tak mahu mereka duduk dekat dengan anda,” kata Dr Amalina. Antara mitos lain yang dikongsi warganet kepada Dr Amalina termasuklah pembentukan parut hitam sekiranya makan kicap sewaktu luka.

“Ini satu lagi. Saya tak faham macam mana timbul mitos ini ya. Nanti minum air bandung banyak-banyak, nanti parut jadi pink,” ujarnya. Dalam pada itu, ramai warganet mengakui terhibur dengan mitos-mitos yang dikongsi.- Mstar

Terkejut seorang doktor yang dikenali ramai apabila warganet ini sanggup menggunakan namanya tanpa rasa bersalah. Ini ulasan daripada Doktor Amalina.

SEORANG wanita dikenali sebagai Miera tiba-tiba menjadi sebutan ramai selepas kisah mengenainya dikongsi Dr Amalina Che Bakri menerusi Twitter pada Rabu. Menurut Dr Amalina, wanita itu secara selamba menggunakan namanya sebagai ‘pelaris’ kepada produk makanan tambahan yang dijual. Jelas anak Malaysia yang berpangkalan di United Kingdom (UK) itu, dia tidak pernah terlibat dengan mana-mana produk dan memohon agar tidak dikaitkan lagi.

“Saya diberitahu ada penjual produk yang menggunakan nama saya untuk menjual produk suplemen beliau. “Saya minta saudari ‘Miera’ ini berhenti menggunakan nama saya. Saya tidak pernah ‘endorse’ mana-mana produk. “Sila ikut nasihat doktor sekiranya anda mempunyai sakit diabetes,” ujarnya menerusi Twitter. Dalam muat naik itu, Dr Amalina turut berkongsi beberapa foto sebagai bahan bukti. Difahamkan, individu tersebut menggunakan wajah Dr Amalina dan poster seakan-akan tajuk berita yang seolah-olah mengaitkan dirinya dengan produk tersebut.

This image has an empty alt attribute; its file name is ss-139x300.jpg

Bukti yang dikongsi di Twitter.

Saya minta saudari ‘Miera’ ini berhenti menggunakan nama saya.

Nur Amalina Che Bakri atau lebih dikenali sebagai Amalina Bakri merupakan pelajar pintar kelahiran Kota Bharu, Kelantan yang mula mendapat perhatian selepas kejayaannya mencapai keputusan cemerlang 17A1 dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada 2004. Memulakan karier sebagai doktor selepas tamat pengajian di University of Edinburgh pada Julai 2013.

Rentetan itu, beliau menjadi bualan hangat di kalangan masyarakat yang rata-ratanya kagum dengan pencapaian demi pencapaian diraihnya. Tambah Dr Amalina lagi, dia memberi nasihat kepada orang ramai agar membuat rujukan kepada pakar dan jangan terkena dengan janji manis penjual produk sedemikian. Sehingga kini, posting itu menerima lebih 3,000 ulang kicau (Retweet).

Malah, rata-rata warganet turut meluahkan rasa kesal atas tindakan penjual itu yang menggunakan nama Dr Amalina tanpa kebenaran. Dr Amalina mendedahkan namanya digunakan oleh seorang penjual produk makanan tambahan. “Kalau benar perkara itu, Dr Amalina buat laporan polis. “Bagi surat peguam kepada syarikat itu. “Bahaya ni doktor. Apa-apa nanti doktor yang terbabit,” tulis beberapa warganet – MSTAR

Pengikut kata panadol yang dimakan kekal 5 tahun dalam badan. Tapi bila Dr Amalina bagi penjelasan terus jadi lain

Tweet seorang warganet yang bertanya mengenai paracetam0l yang dikongsi Dr Amalina menjadi tular. “ANDA rasa saya ada masa untuk sakit kepala?” Ayat tersebut secara automatik terus mengingatkan kita kepada iklan paracetamol atau lebih dikenali sebagai panadol di negara ini. Namun ubat yang diambil untuk membantu melegakan sakit kepala itu kec0h diperkatakan di media sosial apabila Dr Amalina berkongsi pertanyaan seorang warganet mengenai ‘mitos’ panadol di Twitternya.

Posting Dr Amalina dengan kapsyen ‘Ada follower saya bertanya: Doktor, betul ke kalau makan panadol, ia akan kekal dalam badan selama lima tahun?’ mendapat lebih 4,400 ulang kicau dan 3,900 tanda suka dalam kalangan warganet. Dr Amalina sering berkongsi ilmu perubatan dengan pengikutnya di Twitter. Pakar operasi berpangkalan di United Kingdom (UK) itu bagaimanapun menafikan dkwaan tersebut. “Panadol atau paracetam0l hanya kekal dalam badan selama selama beberapa jam sahaja.

“Panadol akan diproses oleh hati bukan buah pinggang, sebelum dikumuhkan sebagai air kncing,” katanya. Malah seorang gadis mendkwa dia dimaklumkan ubat tersebut berada di dalam badan selama lima tahun oleh guru subjek Sains di sekolahnya. “Unfortvnately, yang beritahu benda ni dulu cikgu Sains aku. Emmm,” kata Fiza. Dkwaan tersebut kata Fiza menyebabkan dia takvt untuk mengambil ubat berkenaan.

Dr Amalina menafikan ubat paracetamol kekal dalam badan manusia sehingga tempoh lima tahun. “Iyaa doktor. Masa tu kita takut-takutlah kan nak makan panadol lepas cikgu cakap macam tu. But me hmmm b3dal je. Lima tahun dalam perut pun lantaklah. “Tak tahan sangat makan je. That was back then lah. Ampunkan beliau ya semua,” katanya lagi.

Panadol atau paracetamol hanya kekal dalam badan selama selama beberapa jam sahaja.

Pendedahan itu bukan sahaja mengejutkan Dr Amalina tetapi juga pelayar Twitter lain. “Samalah cikgu cakap macam tu. Mak saudara pegawai bank cakap macam tu. Haihh,” kata Nis. “Haah. Mostly cikgu cakap macam ni. And I realized benda ni tak betul bila dah masuk med school,” kata Njwa. Susulan itu, Dr Amalina berkata panadol selamat untuk diambil mengikut dos yang disarankan.

Antara komen warganet pada tweet tersebut. “Panadol bukan NSAID. Ia adalah acetaminophenTake it regularly as recommended when you feel p4in. “Jangan tunggu bila dah sakit teruk baru nak ambil. Kalau tidak berkesan pergi berjumpa doktor untuk further check up and advice,” katanya. Jelas Dr Amalina lagi, bagi mereka yang mempunyai berat badan kurang 50 kilogram, dos yang dibenarkan adalah 500 mg-1g, setiap empat hingga enam jam. “Bagi mereka yang mempunyai masalah hati atau buah pinggang, anda mengambil ubat TB, ubat pencair cecair merah, atau ubat epilpsy sila dapatkan nasihat doktor atau pharmacist,” katanya.-mstar

Virus tak suka air panas? Dr Amalina sangkal mitos Menteri Kesihatan

PETUA oleh Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba yang menyarankan rakyat Malaysia minum air suam bagi mengelakkan jangkitan Covid-19 ternyata menimbulkan persoalan ramai. Apa yang diperkatakan Dr Adham segera mendapat perhatian ramai, lebih-lebih lagi ia berkaian wabak yang membimbangkan penduduk global ketika ini. Malahan, ia turut mendapat respons Dr Amalina Che Bakri yang  kurang bersetuju dengan saranan itu. “Tidak disarankan oleh doktor dan tiada bukti mengenai saranan ini,” ujarnya di Twitter pada Jumaat malam.

Dr Adham dalam satu wawancara yang kini tular di media sosial. Kata Dr Amalina lagi, dia bercakap berdasarkan saranan Organisasi Kesihatan Dunia (WHO) yang turut menafikan hal itu. “Sudah dimaklumkan minum air memang bagus untuk kekalkan hidrasi tetapi ia tak mampu untuk nyahaktifkan virus,” katanya lagi. “Tidak kiralah di mana anda dengar tips ini walaupun di TV nasional, tips ini adalah mitos. “Tips yang betul adalah jaga kebersihan, basuh tangan, jangan sentuh muka, amalkan batuk atau bersin dengan etika, duduk rumah dan amalkan social distancing 1 meter,” jelas doktor kelahiran Malaysia itu yang kini bertugas di United Kingdom (UK). Terdahulu, Dr Adham muncul dalam satu wawancara televisyen apabila mengeluarkan saranan itu kepada penonton.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *