Mengejutkan ramai individu yang tampil menawarkan diri sebagai sukarelawan bagi membantu Kementerian Kesihatan Malaysia. Lebih mengejutkan jumlah yang mendaftar itu diluar jangkaan.

Covid 19 Info Infomaklumat ISU SEMASA

Kuala Lumpur: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menerima 4,794 pendaftaran daripada individu berminat untuk menjadi sukarelawan bagi membantu menangani krisis Covid-19. Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, pihaknya sedang mempergiatkan pembabitan lebih ramai sukarelawan daripada pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan individu.

“Bilangan maklum balas diterima daripada pihak yang berminat adalah amat memberangsangkan dengan 4,794 pendaftaran diterima setakat ini dan ia masih dalam proses saringan. “Pada masa sama, dua NGO menghantar 15 anggota mereka ke Sabah setakat ini. Lebih ramai sukarelawan diseru untuk bersama-sama membantu KKM dalam usaha sama ini,” katanya pada sidang media hari ini.

Gambar di atas menunjukkan sebahagian daripada aktiviti dijalankan oleh sukarelawan perubatan MERCY Malaysia di zon merah pandemik Covid-19 di Lahad Datu, Sabah. FOTO Ihsan Mercy Malaysia. Dr Noor Hisham berkata, 767 anggota perubatan dan kesihatan awam KKM daripada pelbagai kategori dan skim perkhidmatan digerakkan ke Tawau, Lahad Datu, Semporna, Sandakan dan Kota Kinabalu secara dalaman negeri di Sabah dan juga dari negeri-negeri lain.

“Lebih ramai anggota akan dihantar nanti dengan 99 petugas akan bertolak ke Sabah pada minggu ini dan minggu hadapan membabitkan 36 petugas kesihatan awam dan 63 petugas perubatan. “KKM juga akan menjalankan lantikan secara kontrak bagi 1,899 petugas kesihatan tertakluk kepada kelulusan agensi pusat yang dimobilisasikan bagi kegunaan di negeri-negeri yang memerlukan khususnya di Sabah.

“Pada masa sama, penyumberluaran perkhidmatan perubatan bagi kes-kes bukan Covid-19 juga akan dilakukan. Jabatan Kesihatan Negeri Sabah sudah berbincang dan menandatangani beberapa perjanjian dengan hospital swasta bagi memastikan kelangsungan perkhidmatan dan rawatan kepada kes bukan Covid-19 tidak terjejas,” katanya.

Beliau berkata, pihaknya memandang serius situasi penularan Covid-19 di Sabah sejak awal peningkatan kes di negeri terbabit seperti meningkatkan kapasiti dan mobilisasi aset serta sumber manusia. “Antara usaha yang dilakukan adalah meningkatkan kapasiti ujian makmal Real-Time Reverse Transcription-Polymerase Chain Reaction (RT-PCR) dan Rapid Test Kit Antigen (RTK- Antigen) dengan kapasiti ujian makmal di Sabah ditingkatkan dua kali ganda.

“Pada Julai lalu, kapasiti ujian RT-PCR di Sabah adalah 1,350 ujian. Kini, ia dipertingkatkan kepada 2,600 ujian RT-PCR sehari. Justeru, penghantaran lebih banyak kit ujian RTK Antigen bermula Oktober ini iaitu sebanyak 100,000 kit ujian RTK Antigen dihantar setiap bulan khususnya ke Sabah untuk membantu saringan di lapangan,” katanya.

Penghantaran sampel RT-PCR setiap hari juga dilakukan ke Institut Penyelidikan Perubatan (IMR) dan Makmal Kesihatan Awam Kebangsaan (MKAK) dengan menggunakan perkhidmatan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dan Pos Laju.

“Selain itu, perkhidmatan penyumberluaran kepada makmal swasta juga dilakukan. Contoh, pada 16 Oktober lalu, 4,327 ujian disumberluarkan kepada makmal swasta supaya lebih banyak saringan dapat terus dijalankan di lapangan,” katanya.-HMETRO

Gara gara sesuatu ini. Kini Dr Noor Hisham menyeru lebih ramai penglibatan sukarelawan bagi membantu mencegah penularan wabak covid 19.

Seperti yang kita tahu, virus covid 19 semakin menular setiap hari. Di ambang gelombang ketiga ini dapat dilihat penat lelah frontliner, mahupon setiap masyarakat Malaysia sendiri memberi peranan besar bagi mencegah penularan wabak itu. Ayuh kita baca selanjutnya mengenai perkembangan covid 19 terkini dan jangan lupa untuk LIKE dan SHARE page KUCING MEDIA ONLINE untuk info lebih banyak dan menarik.

KETUA Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata 475 petugas perubatan dan kesihatan awam pelbagai kategori serta skim perkhidmatan digerakkan ke beberapa daerah di Sabah setakat Sabtu. Ujarnya, pasukan bantuan itu digerakkan ke Tawau, Lahad Datu, Semporna serta Kota Kinabalu bagi membantu menangani penularan pandemik Covid-19 dan mobilisasi pasukan itu dilakukan sejak awal peningkatan kes di sana.

Dr Noor Hisham berkata, penilaian keperluan sumber manusia akan terus dilakukan bagi membantu mengawal situasi penularan jangkitan Covid-19 di Sabah selain untuk memastikan kelangsungan perkhidmatan kesihatan di sana. “Kebajikan semua anggota kesihatan dan perubatan akan terus diutamakan bagi memastikan mereka selaku aset utama KKM dapat menjalankan tugasan mereka dengan baik.

“Terima kasih diucapkan kepada semua anggota kesihatan dan perubatan serta semua sukarelawan yang telah sama-sama membantu berjuang Covid-19 di Malaysia setakat ini,” katanya pada sidang akhbar secara maya yang disiarkan di Facebook KKM hari ini. Dr Noor Hisham turut menyeru lebih ramai sukarelawan perubatan dan kesihatan melibatkan diri untuk membantu KKM dalam menangani gelombang ketiga Covid-19.

Mengenai rancangan kerajaan untuk mengaktifkan Hospital Medan Angkatan Tentera Malaysia di Tawau bagi melaksanakan bantuan sokongan dalam merawat kes selain Covid-19, beliau berkata, hospital itu akan menyediakan perkhidmatan Obstetrik dan Ginekologi, Pediatrik serta Operasi Am.

“Ini akan memberi lebih banyak ruang kepada Hospital Tawau untuk merawat kes yang memerlukan penjagaan rapi (kategori 3-5) termasuk yang dirujuk dari daerah berdekatan, khususnya Semporna. “Kes yang tidak mempunyai gejala atau gejala ringan (kategori 1 dan 2) akan terus ditempatkan Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 Berisiko Rendah (PKRC),” katanya. Beliau berkata, perancangan awal KKM bakal menyaksikan 100 katil ditempatkan di hospital itu manakala kapasiti serta keperluan kemudahan lain akan dinilai dari masa ke masa. – BERNAMA

KKM menyeru sekali lagi penglibatan lebih banyak sukarelawan perubatan dan kesihatan untuk membantu KKM dalam menangani gelombang ketiga #COVID19. Koordinasi akan dijalankan oleh pihak CPRC Kebangsaan: (emel: mobilisasi19@gmail.com atau cprc@moh.gov.my).- Twitter KKM

Tambah lagi 5 kluster baharu termasuk tiga di Selangor. KKM dedahkan punca 5 kluster ini dikesan dan menyebabkan kenaikan kes makin meningkat saban hari

1. Kluster Teduh. Kluster baharu ini melibatkan daerah Lahad Datu di negeri Sabah. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-13000) telah dikenal pasti positif COVID-19 hasil saringan individu yang mempunyai sejarah perjalanan dari daerah yang berisiko tinggi iaitu Semporna pada 6 Oktober 2020 dan telah dimasukkan ke Hospital Lahad Datu. Saringan kontak rapat telah mengenal pasti 10 lagi kes positif Covid-19.Sehingga 17 Oktober 2020, 12 tengah hari, sejumlah 535 individu telah disaring, di mana:11 kes dikesan positif COVID-19,524 individu masih menunggu keputusan.

2. Kluster Menara. Kluster baharu ini melibatkan daerah Gombak, Petaling, Klang, Sepang dan Hulu Langat di negeri Selangor; daerah Lembah Pantai, Titiwangsa dan Cheras di WP Kuala Lumpur; daerah Larut, Matang dan Selama di negeri Perak serta Wilayah Persekutuan Putrajaya. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-16041) telah dikenal pasti positif Covid-19 hasil saringan individu bergejala pada 9 Oktober 2020 dan telah dimasukkan ke Hospital Sungai Buloh, Selangor. Saringan kontak rapat telah mengenal pasti 32 lagi kes positif Covid-19.Sehingga 17 Oktober 2020, 12 tengah hari, sejumlah 180 individu telah disaring, di mana:33 kes dikesan positif Covid-19,33 individu negatif,114 individu masih menunggu keputusan.

3. Kluster Keladi. Kluster baharu ini melibatkan daerah Klang di negeri Selangor. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-17381) telah dikenal pasti positif COVID-19 hasil saringan kontak rapat pada 13 Oktober 2020 dan telah dimasukkan ke Hospital Sungai Buloh. Saringan kontak rapat telah mengenal pasti 25 lagi kes positif Covid-19.Sehingga 17 Oktober 2020, 12 tengah hari, sejumlah 107 individu telah disaring, di mana:26 kes dikesan positif Covid-19,74 individu negatif,7 individu masih menunggu keputusan.

4. Kluster Sentral. Kluster baharu ini dikenal pasti di Kepong, Cheras dan Titiwangsa, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-18676) yang juga merupakan kes pemergian ke-176, telah dikenal pasti positif COVID19 hasil saringan pemegrgian di sebuah pusat perubatan pada 16 Oktober 2020. Saringan kontak rapat telah mengenal pasti empat (4) lagi kes positif COVID19.Sehingga 17 Oktober 2020, 12 tengah hari, sejumlah 135 individu telah disaring, di mana:5 kes dikesan positif COVID-19. 122 individu negatif.8 individu masih menunggu keputusan.

5. Kluster Bah Bemban. Kluster baharu ini melibatkan daerah Dungun di negeri Terengganu dan daerah Kota Kinabalu di negeri Sabah. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-12082) telah dikenal pasti positif COVID-19 hasil saringan pulang dari kawasan berisiko tinggi (Sabah) pada 3 Oktober 2020 dan telah dimasukkan ke Hospital Hulu Terengganu, Kuala Berang. Saringan kontak rapat telah mengenal pasti 11 lagi kes positif COVID-19. Sehingga 17 Oktober 2020, 12 tengah hari, sejumlah 222 individu telah disaring, di mana:12 kes dikesan positif COVID-19, 210 individu negatif. Sumber: KKM

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *