Mengejutkan kes paling tertinggi dalam sejarah direkodkan harini. Terkini Dr Noor Hisham bongkarkan punca peningkatan kes untuk 18 Oktober dan harap semua maklum.

Covid 19 Info Infomaklumat ISU SEMASA Uncategorized

Sebanyak 871 kes positif jangkitan baharu Covid-19 dilaporkan di negara sekaligus menjadikan jumlah kes positif Covid-19 di Malaysia adalah sebanyak 20,498 setakat Ahad (18 Oktober 2020), jam 12 tengahari. Menurut perkongsian terkini Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, oleh itu jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 telah meningkat kepada 7,049 kes dan mereka telah diasingkan dan diberi rawatan di hospital.

Daripada 871 kes positif, terdapat lima kes import di negeri Selangor yang mendapat jangkitan dari luar negara manakala selebihnya adalah penularan tempatan. Pesakit yang sembuh telah meningkat sebanyak 701 orang pada hari ini di mana menjadi jumlah kes sembuh tertinggi sejak Covid-19 melanda negara.

Ianya sekaligus menjadikan jumlah keseluruhan pesakit Covid-19 yang pulih sepenuhnya adalah seramai 13,262. Sehingga kini, terdapat 86 kes positif Covid-19 yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), di mana 28 kes memerlukan bantuan pernafasan. Manakala, terdapat tujuh (7) kes pemergian sekaligus menjadikan jumlah pemergian Covid-19 di negara ini meningkat kepada 187 orang.

Sumber: KKM

TERKINI: 701 Pesakit Covid-19 Disahkan Sembuh Hari Ini, Jumlah Tertinggi Pernah Dilaporkan

Angka 701 adalah jumlah kes sembuh dilaporkan hari ini dan ia adalah jumlah kes sembuh tertinggi pernah dilaporkan dalam satu hari! Terima kasih petugas-petugas kesihatan! Sehingga kini, jumlah keseluruhan kes sembuh adalah sebanyak 13,262 kes. 701 adalah jumlah kes sembuh dilaporkan hari ini dan ia adalah jumlah kes sembuh tertinggi pernah dilaporkan dalam satu hari! Terima kasih petugas-petugas kesihatan! Sehingga kini, jumlah keseluruhan kes sembuh adalah sebanyak 13,262 kes. — KKMalaysia

Sumber: Sidang Media KKM

Laporan kadar nilai R naught. KKM dedah kadar nilai R naught mula turun kepada 1.5 selepas 4 minggu gelombang ketiga mula berlaku

Menerusi sidang Khas Perkembangan Terkini Nilai R, Tan Sri Dr Noor Hisham memaklumkan bahawa kadar nilai kebolehjangkitan (Rt) atau R-naught (R0) sewaktu permulaan gelombang ketiga pada 20 Sept adalah 2.2, turun kepada 1.5 selepas empat minggu.Pada permulaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada 18 Mac 2020, nilai Ro ketika itu adalah 3.5. Nilai R ini telah berjaya diturunkan sehingga 0.3, iaitu susulan impak positif tindakan yang telah diambil oleh Kerajaan serta pematuhan oleh rakyat kepada Perintah dan SOP yang diperkenalkan. Sebagaimana yang diunjurkan pada 16 Julai 2020, kita mencapai kes penularan tempatan sifar, ujarnya.

Seorang Pegawai Pnjara Seberang Perai Positif Covid-19

GEORGE TOWN, 18 Okt (Bernama) — Seorang pegawai pnjara di Pnjara Seberang Perai, di Jawi dekat sini disahkan positif COVID-19 semalam, kata Pengarah Pnjara Pulau Pinang Roslan Mohamed.Tanpa mendedahkan umur dan jantina, Roslan berkata, pegawai itu merupakan antara 26 orang daripada Kluster Penj4ra Jawi yang ujian saringan COVID-19 disahkan positif semalam, dan beliau kini dirawat di Hospital Pulau Pinang.

“Ini adalah kes pertama membabitkan pegawai penj4ra, selepas 53 banduan di situ (Penj4ra Seberang Perai) positif COVID-19. Sebaik keputusan ujian saringan diterima, pihak petugas Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah membuat saringan terhadap kontak rapat pegawai terbabit, dan kami masih menunggu keputusan mereka.

“Pihak pnjara ketika ini sentiasa memantau perkembangan terkini dengan teliti dan setakat ini kami belum tahu bagaimana pegawai berkenaan mendapat jangkitan,” katanya ketika dihubungi hari ini.Roslan berkata semua 25 bnduan yang disahkan positif COVID-19 semalam adalah banduan yang sedang menjalani hkuman dan mereka yang juga baharu masuk bulan lepas ditempatkan di blok bersama penghuni baharu yang juga positif sakit itu sebelum ini.

Beliau berkata ketika ini semua 53 bnduan yang positif COVID-19 itu menerima rawatan di dalam pnjara dan dilaporkan dalam keadaan baik serta stabil.Dalam pada itu, beliau berkata semua 160 kes positif baharu di Pnjara Reman Pulau Pinang yang dilaporkan semalam, adalah terdiri daripada banduan dan tiada pegawai atau kakitangan pnjara di situ yang positif setakat ini.

“Berlaku peningkatan ketara di penj4ra itu dan kami juga meningkatkan prosedur operasi standard (SOP) untuk menangani situasi berkenaan, setakat ini fasiliti di pusat rawatan di penj4ra tersebut mencukupi untuk menampung bnduan yang positif COVID-19.Sehingga semalam, Pulau Pinang mempunyai dua kluster utama iaitu di Pnjara Reman Pulau Pinang dan Pnjara Seberang Perai, menjadikan kedua-duanya adalah penj4ra ketiga dan keempat di negara ini yang dijangkiti COVID-19, selepas Tawau di Sabah dan Alor Star di Kedah.Setakat ini, Kluster Pnjara Reman mencatat 160 kes aktif baharu semalam menjadikan jumlah kes COVID-19 positif adalah 377 dengan satu pemergian, manakala Kluster Pnjara Jawi pula merekodkan sebanyak 54 kes.

— BERNAMA

Lepas Pusat Beli Belah The Curve Disahkan Ada Kes Positif Covid 19. Terkini Ada Lagi Satu Pusat Beli Belah Di Kuala Lumpur Pula Yang Terkesan Dengan Covid 19 Apabila Ada Kakitangannya Didapati Positif Covid 19.

Seorang kakitangan penyewa di pusat beli-belah di SOGO Kuala Lumpur didapati positif Covid-19 berdasarkan keputusan ujian yang dikeluarkan pada Jumaat lalu. Perkara itu dimaklumkan oleh pihak pengurusan SOGO Kuala Lumpur menerusi satu kenyataan di Facebook rasmi SOGO Malaysia semalam.

”Pihak pengurusan SOGO Kuala Lumpur dengan dukacitanya ingin memaklumkan bahawa salah seorang kakitangan penyewa kami di Tingkat 7 SOGO Kuala Lumpur – All IT Hypermarket, telah didapati positif dalam ujian COVID-19 pada 16/10/2020 (Jumaat),” katanya.

Susulan itu, pihak pengurusan telah menglambil langkah-langkah pencegahan dengan melakukan penutupan serta-merta seluruh tingkat 7 bagi melakukan kerja-kerja sanitasi. Untuk makluman, tingkat bawah LG sehingga tingkat 6 SOGO Kuala Lumpur masihy beroperasi seperti biasa. Manakala, tingkat 7 akan dibuka semula kerpada pengunjung bermula hari ini (18 OKtober 2020) kecuali All IT Hypermarket yang dirtup sehingga notis selanjutnya.

PENGUMUMAN!! Pihak pengurusan SOGO Kuala Lumpur dengan dukacitanya ingin memaklumkan bahawa salah seorang kakitangan penyewa kami di Tingkat 7 SOGO Kuala Lumpur – All IT Hypermarket, telah didapati positif dalam ujian COVID-19 pada 16/10/2020 (Jumaat). Dengan perkembangan terbaru ini, pihak kami telah pun mengambil langkah-langkah keselamatan awam dengan segera dalam usaha menghadkan sebarang potensi berisiko. Pihak kami juga bekerja secara rapat bersama pihak-pihak berkenaan dengan mengambil langkah-langkah yang diperlukan.

Kami akan meneruskan langkah-langkah pencegahan dan berjaga-jaga kerana keselamatan dan kesejahteraan para pekerja dan orang awam adalah keutamaan kami. Untuk makluman, Tingkat Bawah LG sehingga Tingkat 6, SOGO Kuala Lumpur beroperasi seperti biasa. Kekal bersih, kekal selamat! Sumber: SOGO Malaysia

Terkini saintis keluarkan kenyataan baru mengenai dakwaan golongan ini lebih kurang risiko dijangkiti covid 19. Ini perkara sebenar yang dibongkarkan.

Lebih lapan bulan kita menghadapi COVID-19, sejak itu, pelbagai jenis maklumat mengenai wabak yang mengambil nyawa berjuta orang di seluruh dunia direkodkan. Salah satunya adalah jenis drh yang bertahan terhadap kesan wabak COVID-19. Berdasarkan kajian yang diterbitkan dalam jurnal Bl00d Advances, mereka yang mempunyai drh O cenderung untuk tidak dijangkiti COVID-19. Walaupun dijangkiti, pesakit jarang mengalami gejala yang teruk.

Bagaimanapun, saintis akui bahawa mereka memerlukan lebih banyak ujian klinikal bagi mengukuhkan lagi hujah mereka. Kumpulan saintis yang berasal dari Denmark telah melakukan ujian kepada 7,422 pesakit yang dilaporkan positif COVID-19. Dari jumlah pesakit, kurang dari 30 peratus mempunyai drh O. Manakala mereka yang mempunyai drh A dan AB adalah paling banyak dijangkiti wabak ini.

Kajian berbeza tetapi kesimpulan yang sama turut berlaku di Kanada. Menurut pasukan penyelidik, daripada 95 peratus pesakit yang mereka kaji, kebanyakan mereka yang berdrah O sembuh setelah 9 hari dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi. Sementara itu, bagi mereka yang mempunyai golongan drh A atau AB, purata tempoh rawatan adalah 13 hari di Unit Rawatan Rapi. Pesakit dengan golongan drh O juga mencatat rekod sebagai kumpulan yang paling sedikit memakai ventilator atau mengalami kegagalan organ.

“Kami akan terus memantau jenis drh dengan gejala COVID-19 yang timbul, sehingga kesimpulan yang diambil akan lebih pasti,” kata Mypinder Sekhon, seorang doktor dan anggota pasukan penyelidik dari Vancouver General Hospital ketika diwawancara oleh CNN.

Sekhon turut mengingatkan bahawa kesimpulan ini bersifat sementara dan mungkin akan berubah-ubah. Jadi adalah penting agar mereka yang datang dari kumpulan berdrh O untuk tidak merasa terlalu yakin bahawa mereka akan selamat. Untuk rekod, laporan mengenai jenis drh dengan gejala COVID-19 telah dilaporkan sebelum ini di China. Pasukan penyelidik di Beijing menyatakan bahawa ada kemungkinan orang dengan golongan drh A memiliki risiko yang lebih besar untuk dijangkiti COVID-19. Bagaimanapun, penyelidikan yang diterbitkan pada bulan Mac 2020 tidak menjalani peer review, jadi kajian itu tidak diendahkan oleh komuniti saintifik.- THEVOCKET

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *