Kecoh posting Uqasha Senrose menerusi laman sosialnya telah meraih perhatian warganet sehingga peminat mendoakan mereka cepat kahwin. Ini yang terjadi dengan hubungan Uqasha dan Kamal Adli.

artis Hiburan selebriti

Pelakon bernama Kamal Adli dan Uqasha Senrose tampil berlakon dalam drama bertajuk Perempuan Tanpa Dosa arahan Michael Ang. Uqasha menjadi teraju utama sebagai Lily dan Kamal Adli melakonkan watak Razif. Karakter yang dibintangi oleh Uqasha Senrose dalam drama ini boleh tahan berat dan banyak bermain dengan emosi. Biarpun begitu, baru-baru ini Uqasha Senrose berkongsikan satu foto di sebalik tabir ketika penggambaran Perempuan Tanpa Dosa ini menerusi laman Instagram miliknya.

Menerusi perkongsian tersebut kelihatan beberapa krew pengambaran dan dirinya serta Kamal Adli yang sedang menghulurkan air kepada Uqasha. Di ruangan kapsyen, dia menulis seperti berikut, “Such a sweet person @kamaladli . n very supportive hero .. dia tahu qasha sc back to back meroyan nangis , dia pulak yg jd PA. hehehe . cute la”.

Begitulah pasangan bercinta yang saling faham memahami. Berikut adalah perkongsian penuh oleh selebriti ini mengenai Kamal Adli jadi PA Uqasha. Perkongsian Uqasha Senrose menerusi laman Instagram miliknya itu telah meraih lebih 23 ribu tanda suka. Rata-rata warganet tinggalkan reaksi mereka mengenai perkongsian Kamal Adli jadi PA Uqasha ini di ruangan komen seperti berikut: “Lucky u to have him. Jaga baik-baik. We’re waiting for the good news”. “PA for life please ada orang jaga selamanya”. “Cepatla kawin Qasya”

Sumber: HCL

Selalu digosipkan dengan Kamal Adli. Terkini Uqasha Senrose muat naik gambar mesra dengan Kamal Adli. Tapi benda lain yang warganet tengok.

Kuala Lumpur: Biarpun digosipkan bercinta dengan pelakon Kamal Adli, Uqasha Senrose enggan membuka mulut mengenai kisah cintanya. Uqasha berkata, dia hanya akan berkongsi kisah peribadinya pada masa yang tepat.

“Soal jodoh, ajl, mt itu semua di tangan Tuhan. Cepat atau lambat Dia saja yang tahu. Ada orang berkawan hari ini, esok sudah berkahwin kerana sudah sampai waktunya. “Begitu juga dengan sesetengah individu yang ingin mengenali hati budi dulu selepas sudah melalui macam-macam fasa dalam hidupnya.

Ia terpulang kepada pendirian masing-masing. Macam saya, biarlah kisah cinta saya kekal menjadi rahsia. Biar betul-betul jadi kahwin dengan individu yang tepat baru saya akan kongsikan,” katanya kepada Harian Metro.

Menurut Uqasha, dia enggan lagi terlalu menghebahkan kisah peribadinya kepada umum selepas melalui bermacam pengalaman dalam hidup. “Saya banyak belajar dari pengalaman. Kalau tiada pengalaman saya tidak mungkin mampu menjadi seorang yang lebih baik.

“Jadi sebagai manusia kita harus berwaspada dalam setiap apa yang kita lakukan. Jangan ulangi perkara sama, kesilapan sama dan memilih dengan siapa kita patut berkawan,” katanya. Dalam perkembangan lain, Uqasha kini sedang membintangi drama bersiri Perempuan Tanpa Dosa bersama Kamal arahan Michael Ang. Terbaru Uqasha kongsi gambar mesra bersama kamal adli tarik perhatian ramai.

KOMEN WARGANET:

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Sumber : HM

Uqasha Senrose baiki kelemahan diri

SEBELUM dunia hiburan ‘kecoh’ dengan keputusan pelakon Emma Maembong tidak lagi bertudung, pelakon jelita Uqasha Senrose, 26, juga pernah melakukan perkara sama.

Pada 2013, Uqasha pernah bertudung namun hanya sempat ‘bertahan’ hingga Ogos 2016 saja. Namun ketika mengerjakan umrah Disember tahun lalu, pelakon ini pernah menyatakan hasrat kembali bertudung sebaik pulang dari umrah.

“Saya pernah dari tidak bertudung, kemudian bertudung dan kembali tidak bertudung. Saya tidak mahu membuat keputusan drastik yang boleh membuatkan masyarakat terus bercakap perkara buruk mengenai saya. “Kita sendiri tahu bertudung itu untuk apa iaitu antara kita dengan Tuhan. Ia bukan untuk dapatkan perhatian orang. Bagi saya, kalau mahu membuat keputusan (kembali bertudung), saya mahu lakukan selepas betul-betul berfikir panjang,” katanya.

Uqasha berpendapat biarlah keputusannya untuk kembali bertudung datang daripada hatinya yang tulus ikhlas. Pun begitu, dia sedar bertudung adalah wajib bagi wanita Islam yang sudah mencapai akil baligh dan berakal, cuma pada masa ini dia mahu melakukan kewajipan itu tanpa terburu-buru.

Katanya, dia tidak mahu memaksa diri kerana beranggapan walaupun sudah memakai tudung, bimbang tidak seiring dengan sikap. “Saya tidak mahu paksa diri. Pakai (tudung) itu sudah betul tapi perbuatan kita tidak betul. Saya tidak mahu perkara begitu berlaku. Saya mahu biarlah tindakan itu seiring.

“Saya akui sebelum ini saya bertudung disebabkan situasi, ditambah pula sedang bersedih dan masih muda, keputusan dibuat agak terburu-buru. “Apabila saya tidak bertudung, saya dapat melihat kekhilafan saya sebelum ini dan perbetulkan diri sedikit demi sedikit,” katanya.

Uqasha berkata, andai ditakdirkan dia betul-betul sudah berada di ‘landasan betul’ dan ditambah pula kebaikan pahala dengan bertudung, Insya-Allah dia akan lakukan sepenuh hati. Cuma buat masa ini, dia selesa dengan keadaan dan fokus pada kerja serta perbaiki kelemahan lain yang ada. Baginya, hidayah itu milik Allah dan pasti akan diberikan kepada hamba-Nya yang dikehendaki pada bila-bila masa saja.

Lebih tenang lepas balik umrah

Bercerita mengenai pengalaman mengerjakan umrah, Uqasha akui dia dikurniakan rezeki melimpah ruah dari segi tawaran berlakon, pengacaraan dan kini menjadi duta produk kecantikan minggu lalu. “Banyak perkara saya doakan ketika umrah lalu Allah makbulkan.

Perasaan saya, segala rezeki yang saya terima lebih berkat dan apa yang saya buat sekarang ini nampak lebih teratur serta dipermudahkan. Ditambah pula dengan panduan daripada ibu bapa, segala urusan dipermudahkan,” katanya.

Tanpa berselindung, Uqasha berpendapat perkara paling penting sebaik saja pulang dari Tanah Suci adalah rasa lebih tenang. “Sukar untuk saya ungkapkan dengan kata-kata. Saya rasa lapang dada dan ibadah juga dipermudahkan kami sekeluarga. “Sebak itu pastilah ada. Saya berharap dapat melakukan umrah setiap tahun. Insya-Allah akan ke sana sekali lagi sebelum Ramadan tahun ini bersama keluarga,” katanya.

Setiap ujian berbeza

Tanpa menuding jari kepada sesiapa, Uqasha tidak menyalahkan pihak yang cuba mengaitkan dirinya dengan Emma mengenai kisah dia kembali tidak bertudung itu.. “Ia adalah lumrah, saya tidak boleh hentikan tapi sejauh mana mereka ini kaitkan perkara itu penting bagi saya. Asalkan jangan sampai memudaratkan perasaan orang lain dan saya.

“Dosa setiap manusia itu berbeza dan saya ada bahagian saya sendiri. Allah bagi dugaan dan ujian berbeza dengan orang lain, jadi janganlah samakan,” katanya. Dia bagaimana pun akui sekiranya tidak mengambil tahu ‘cakap-cakap’ orang, dia tidak akan terkesan dan seandainya dia membaca komentar warganet dan mengambil hati kecaman mereka, pastinya hati akan panas.

Tapi dia berpendapat sampai bila dia perlu ada perasaan marah, jadi lebih baik untuknya tidak mengambil tahu mengenai kecaman warganet. “Orang yang berfikiran terbuka, terpelajar dan berilmu tidak akan kaitkan dengan isu ini, sebab tahu setiap manusia ada ujian dan cabaran berbeza.

Kepuasan bekerja lebih mahal

Enam tahun mencanai bakat dalam dunia seni, lakonan Uqasha Senrose semakin hari semakin bagus. Kemunculannya di kaca televisyen mencipta impak luar biasa dan melekat di hati penonton drama Melayu. Antara drama yang menjadi sebutan sehingga hari ini adalah Hero Seorang Cinderella dan Tundukkan Playboy Itu.

Meskipun persembahannya dipuji ramai, Uqasha enggan terbuai sebaliknya nekad mahu meningkatkan kemampuan diri. “Sebagai orang baru dalam bidang ini, saya tidak boleh mensia-siakan peluang dan kepercayaan penerbit serta pengarah.

“Setiap karya harus disampaikan dengan baik barulah karakter yang dilakonkan dapat diterima penonton. “Dari awal pembabitan, saya melihat setiap drama yang dibintangi sebagai satu proses pembelajaran. Saya tidak pernah malu bertanya kepada pengarah. Saya bukan kejar anugerah tetapi kepuasan dalam bekerja itu lebih mahal,” katanya.

Uqasha berkata, dia tidak pernah memilih syarikat produksi, asalkan watak yang diberikan punya kelainan pasti tawaran yang dihulur disambut dengan hati terbuka. Perkembangan terkini, Uqasha baru sahaja selesai menjalani penggambaran telefilem Esok Untuk Kita di Pahang.

“Setakat ini, saya okay dengan setiap tawaran yang datang. Saya terima ikut kemampuan dan seandainya karakter yang diberikan tidak bersesuaian dengan imej, saya rela tolak. “Saya juga tidak kisah bekerja dengan syarikat produksi baru atau pelakon yang tidak pernah digandingkan bersama.

“Esok Untuk Kita misalnya, ia terbitan syarikat produksi yang baru pertama kali menghasilkan drama. Saya okay sebab jalan cerita dan skripnya agak unik,” katanya yang membawa watak Zulia, isteri kepada Hisham lakonan Beto Kusairy.

Mengulas hubungannya dengan pengacara dan pelakon Hefny Sahad, Uqasha mohon diberikan sedikit ruang privasi. “Tahun lalu banyak cerita kami didedahkan kepada umum. Buat masa ini, beri saya masa untuk fokus karier. “Apa yang boleh saya katakan, kami berkawan macam biasa tetapi perancangan untuk ke fasa lebih serius belum ada,” katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *