Tambah lagi 5 kluster baharu termasuk tiga di Selangor. KKM dedahkan punca 5 kluster ini dikesan dan menyebabkan kenaikan kes makin meningkat saban hari

berita

1. Kluster Teduh.Kluster baharu ini melibatkan daerah Lahad Datu di negeri Sabah. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-13000) telah dikenal pasti positif COVID-19 hasil saringan individu yang mempunyai sejarah perjalanan dari daerah yang berisiko tinggi iaitu Semporna pada 6 Oktober 2020 dan telah dimasukkan ke Hospital Lahad Datu. Saringan kontak rapat telah mengenal pasti 10 lagi kes positif Covid-19.Sehingga 17 Oktober 2020, 12 tengah hari, sejumlah 535 individu telah disaring, di mana:11 kes dikesan positif COVID-19,524 individu masih menunggu keputusan.

2. Kluster Menara.Kluster baharu ini melibatkan daerah Gombak, Petaling, Klang, Sepang dan Hulu Langat di negeri Selangor; daerah Lembah Pantai, Titiwangsa dan Cheras di WP Kuala Lumpur; daerah Larut, Matang dan Selama di negeri Perak serta Wilayah Persekutuan Putrajaya. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-16041) telah dikenal pasti positif Covid-19 hasil saringan individu bergejala pada 9 Oktober 2020 dan telah dimasukkan ke Hospital Sungai Buloh, Selangor. Saringan kontak rapat telah mengenal pasti 32 lagi kes positif Covid-19.Sehingga 17 Oktober 2020, 12 tengah hari, sejumlah 180 individu telah disaring, di mana:33 kes dikesan positif Covid-19,33 individu negatif,114 individu masih menunggu keputusan.

3. Kluster Keladi.Kluster baharu ini melibatkan daerah Klang di negeri Selangor. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-17381) telah dikenal pasti positif COVID-19 hasil saringan kontak rapat pada 13 Oktober 2020 dan telah dimasukkan ke Hospital Sungai Buloh. Saringan kontak rapat telah mengenal pasti 25 lagi kes positif Covid-19.Sehingga 17 Oktober 2020, 12 tengah hari, sejumlah 107 individu telah disaring, di mana:26 kes dikesan positif Covid-19,74 individu negatif,7 individu masih menunggu keputusan.

4. Kluster Sentral.Kluster baharu ini dikenal pasti di Kepong, Cheras dan Titiwangsa, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-18676) yang juga merupakan kes pemergian ke-176, telah dikenal pasti positif COVID19 hasil saringan pemegrgian di sebuah pusat perubatan pada 16 Oktober 2020. Saringan kontak rapat telah mengenal pasti empat (4) lagi kes positif COVID19.Sehingga 17 Oktober 2020, 12 tengah hari, sejumlah 135 individu telah disaring, di mana:5 kes dikesan positif COVID-19. 122 individu negatif.8 individu masih menunggu keputusan.

5. Kluster Bah Bemban.Kluster baharu ini melibatkan daerah Dungun di negeri Terengganu dan daerah Kota Kinabalu di negeri Sabah. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-12082) telah dikenal pasti positif COVID-19 hasil saringan pulang dari kawasan berisiko tinggi (Sabah) pada 3 Oktober 2020 dan telah dimasukkan ke Hospital Hulu Terengganu, Kuala Berang. Saringan kontak rapat telah mengenal pasti 11 lagi kes positif COVID-19.Sehingga 17 Oktober 2020, 12 tengah hari, sejumlah 222 individu telah disaring, di mana:12 kes dikesan positif COVID-19,210 individu negatif.Sumber: KKM

PKPB: Aktiviti gimnasium, padang bola sepak komersial dan pusat futsal dibenarkan mulai Isnin

KUALA LUMPUR: Aktiviti gimnasium, padang bola sepak komersial dan pusat futsal dalam kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) akan dibenarkan beroperasi, mulai Isnin ini.Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata ia bagaimanapun perlu mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ketat yang ditetapkan sebelum ini.

“Memandangkan aktiviti di gimnasium dilaksanakan secara individu dengan penjarakkan fizikal, maka sidang khas hari ini bersetuju untuk membenarkan gimnasium beroperasi seperti biasa dengan SOP ktat yang ditetapkan sebelum ini.”Aktiviti di padang bola sepak komersial dan pusat futsal juga dibenarkan tetapi hanya bagi tujuan latihan dan terhad kepada 10 peserta pada satu-satu masa,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media perkembangan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP), hari ini.Ismail Sabri berkata, SOP lanjut berhubung perkara itu akan diumumkan oleh Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dalam tempoh terdekat

Muhyiddin Disahkan Bebas Covid-19

KUALA LUMPUR, 17 Okt (Bernama) — Keputusan ujian saringan COVID-19 bagi sampel kedua terhadap Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin pada Rabu lalu disahkan negatif, sekali gus mengesahkan beliau bebas COVID-19. Muhyiddin dalam hantaran terbaharu akaun Facebooknya berkata tempoh kuarantin kendiri beliau juga tamat semalam.

“Seperti yang dimaklumkan sebelum ini, Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin telah dinasihatkan oleh Kementerian Kesihatan  (KKM) untuk menjalani kuarantin kendiri selama 14 hari.“KKM telah menjalankan ujian saringan pengesanan COVID-19 bagi sampel kedua ke atas Perdana Menteri pada 14 Okt dan telah disahkan negatif pada 15 Okt. Sehubungan itu, Pejabat Perdana Menteri ingin memaklumkan bahawa kedua-dua ujian pengesanan COVID-19 bagi Perdana Menteri sepanjang tempoh kuarantin kendiri telah disahkan negatif dan tempoh kuarantin kendiri beliau tamat pada 16 Okt,” demikian menurut hantaran itu.

Dalam pada itu, Perdana Menteri terus komited mempengerusikan mesyuarat khas Majlis Keselamatan Negara (MKN) berkenaan COVID-19 yang diadakan secara sidang video pagi tadi.“Walaupun tempoh kuarantin kendiri telah tamat, mesyuarat khas MKN masih dijalankan melalui sidang video sebagai langkah berjaga-jaga dalam menghadapi situasi semasa COVID-19 di dalam negara.“Mesyuarat khas MKN ini berlangsung setiap hari bermula 7 Okt lepas,” kata Muhyiddin menerusi hantaran tersebut.

Perdana Menteri sebelum ini dinasihatkan untuk menjalani kuarantin kendiri di rumahnya selepas mempengerusikan Mesyuarat Khas MKN pada 3 Okt lepas yang turut dihadiri Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri yang disahkan positif COVID-19.— BERNAMA

COVID-19: TUDM hantar kelengkapan perubatan di hospital Sabah

KUALA LUMPUR: Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) melaksanakan misi penghantaran kelengkapan untuk Hospital Medan Angkatan Tentera Malaysia (HMATM) ke Tawau, Sabah menggunakan pesawat angkut jenis A400 milik pasukan itu, hari ini.Pesawat dikendalikan Juruterbang, Mejar Mohd Shafique Mohd Amin bersama enam kru itu berlepas dari Pangkalan Udara Subang (PU Subang) dekat sini, pada jam 8.55 pagi dan selamat tiba di Tawau pada jam 11.55 pagi tadi.

Misi penghantaran itu membawa muatan seberat kira-kira 14 tan terdiri daripada kelengkapan HMATM serta pelbagai peralatan perubatan.Empat pegawai dan 29 anggota daripada Kor Kesihatan Diraja (KKD) turut diterbangkan dalam penerbangan ini bagi membuat persiapan pengoperasian HMATM yang dijangka beroperasi dalam masa terdekat.

Bahagian Perhubungan TUDM dalam satu kenyataan, hari ini memaklumkan penerbangan itu bukan sahaja membuat penghantaran ke Tawau sahaja, malah penghantaran peralatan perubatan daripada Kementerian Kesihatan (KKM) ke Kota Kinabalu.”Antara peralatan yang dibawa termasuk pakaian pelindung diri (PPE), ‘isolation gown’, pelitup muka dan ‘Tyvek suit’ bagi kegunaan pusat kesihatan di sekitar Sabah.

“Pesawat turut membawa pelbagai peralatan perubatan Persatuan Bantuan Perubatan Malaysia (MERCY Malaysia) yang turut dihantar ke Kota Kinabalu,” katanya.Katanya, misi penghantaran kelengkapan HMATM ini adalah kali pertama dilaksanakan oleh TUDM sepanjang tempoh wabak COVID-19 melanda negara ini.

“Perkhidmatan Kesihatan ATM melalui KKD akan mengoperasikan HMATM di Tawau dengan kerjasama KKM.”Hospital Medan yang akan beroperasi di Kompleks Sukan Tawau itu akan mempunyai kapasiti 100 katil termasuk empat katil unit rawatan rapi (ICU) yang akan memberikan rawatan khusus kepada kes-kes selain COVID-19.

“Ini bagi membolehkan Hospital Tawau memberikan fokus kepada perkhidmatan rawatan bagi kes COVID-19,” kata kenyataan itu.Mohd Shafique memaklumkan pelbagai misi penghantaran melalui penerbangan ini mengambil masa 12 jam untuk dilaksanakan sebelum pulang semula ke PU Subang dengan membawa pulang sampel ujian swab COVID-19.

“Penerbangan ini dibantu pembantu juru terbang, Kapten Noor Mohamad Farhan Mohamad Noor bersama dua orang ‘loadmaster’ dan tiga orang ‘supplementary crew’.”Sejumlah sampel ujian daripada Tawau, Kota Kinabalu dan Labuan turut akan dibawa pulang bagi membolehkan ujian dibuat di makmal di Semenanjung,” katanya.

Hari ini, TUDM turut mengatur gerak sebuah pesawat pengangkut jenis C130H daripada No 20 Skuadron berpangkalan di PU Subang bagi melaksanakan penghantaran peralatan perubatan KKM ke Sabah.Bantuan penerbangan ini akan terus dilaksanakan dari semasa ke semasa tertakluk kepada sebarang keperluan semasa.

TERKINI: Perlaksanaan PKPB Di Kampung Padang Che Mas Baling, Kedah Mulai 18 Oktober 2020

Kerajaan bersetuju untuk melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat di kampung Padang Che Mas, Baling, Kedah yang akan bermula 18 Oktober 2020.Perkara ini disampiakn oleh Menteri Kanan, Datuk Seri Ismail Sabri dalam satu sidang media hari ini. Tujuan PKPB dilaksanakan di tempat tersebut adalah untuk membendung gejala Covid-19 tersebar.

“PKPB ini melibatkan 1,150 penduduk dan 151 rumah di kawasan tersebut,” katanya pada sidang media secara maya menerusi Facebook Kementerian Pertahanan, hari ini.Beliau berkata sehingga 12 Okt, sebanyak 236 individu di kampung berkenaan disaring secara bersasar dan diberikan arahan kuarantin selama 14 hari di rumah dan memakai gelang kuarantin.

“Daripada jumlah itu, sebanyak 25 kes positif COVID-19 direkodkan melibatkan lima keluarga dan 100 individu lagi masih menunggu keputusan,” katanya.Beliau berkata dengan pelaksanaan PKPB di kawasan itu, semua penduduk dikehendaki mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan antaranya tiada pergerakan keluar masuk ke Kampung Padang Che Mas, hanya dua orang dibenarkan bagi sebuah keluarga untuk keluar mendapatkan bekalan makanan dan barangan keperluan serta penutupan sekolah dan pusat pengajian termasuk pondok pengajian.

Selain itu, beliau berkata aktiviti lain yang dibenarkan ialah operasi restoran, kedai/gerai makan dan kedai runcit bermula dari 6 pagi hingga 8 malam, perkhidmatan kenderaan yang membawa barangan berkaitan dengan rantaian makanan serta aktiviti perikanan, perladangan, pertanian dan penternakan.“Semua aktiviti keagamaan di masjid dan surau tidak dibenarkan kecuali laungan azan lima waktu dan solat fardu dengan jumlah enam jemaah termasuk muazzin (bilal) dan imam. Aktiviti keagamaan di rumah ibadat bukan Islam turut tidak dibenarkan.

Semua aktiviti sukan, rekreasi, sosial, budaya, majlis rasmi, keramaian, kenduri dan sebagainya adalah tidak dibenarkan. Maklumat lanjut boleh dirujuk di laman sesawang MKN,” katanya.Sementara itu, Ismail Sabri berkata Pusat Membeli-belah One Utama, Bandar Utama yang diarahkan tutup pada 11 Okt lepas bagi tujuan pembasmian kuman, dibenarkan beroperasi semula esok dan pemilik premis boleh membuat persediaan untuk pembukaan pada hari ini.

Beliau berkata sehingga semalam, 6,000 individu termasuk pekerja, penyewa dan petugas serta 110 pengunjung pusat beli-belah itu yang mempunyai kontak rapat dengan kes positif COVID-19 telah disaring oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).“Mereka yang didapati positif dihantar ke hospital untuk rawatan, kontak tidak bergejala pula dikuarantin selama 14 hari manakala yang bergejala diarahkan untuk pemeriksaan lanjut di klinik kesihatan berhampiran,” katanya.

Mengulas mengenai pasukan petugas operasi pematuhan, Ismail Sabri berkata polis menahan 481 individu atas kesalahan ingkar Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) semalam, dan daripada jumlah itu 470 dikompaun manakala 10 direman dan seorang dijamin.Mengenai Operasi Benteng bagi kawalan sempadan negara, beliau berkata seramai 37 pendatang tanpa izin dan tiga tekong ditahan, selain enam kenderaan darat turut dirmpas semalam.Dalam pada itu, beliau berkata seramai 49,056 individu pulang ke tanah air dari 24 Julai hingga semalam dan daripada jumlah itu, 9,223 orang sedang menjalani kuarantin wajib dan 381 lagi dibawa ke hospital untuk rawatan, manakala 39,452 individu didiscaj dan dibenarkan pulang.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *