Selalunya paling besar dan panjang pun lebih kurang lengan sahaja. Lelaki ini raih tumpuan warganet setelah menjumpai petai gergasi sepanjang 1 meter

Viral

Usah dinafikan,dalam keluarga mahupun rakan mesti ada yang suka makan petai. Mungkin ada preference cara nak amkan petai,rebus ke,masak dengan sambal ke atau makan mentah gitu ke. Apa pun cara korang makan petai,kita tak mampu nak judge. Minat masing masing kan

Tapi korang pernah dengar atau tengok tak petai gergasi saiz XXXL? Haa.. kalau korang tak pernah tengok, korang boleh tengok tweet @kayy_azman kat bawah ni.  Ini real punya, bukan edit.Besar sangat! Serius admin terkejut bila baca tweet dan tengok gambar ni. Biasa tengok petai paling besar dan panjang pun lebih kurang lengan je. Ini panjang lebih kurang satu meter tu memang rare habislah. Admin curious nak tahu bau dia kuat mana dengan saiz macam tu. Yang kecik pun bau dia menusuk hidung, besar ni macam manalah bau dia kan?

Kalau musim buah haritu memang pening weh sendawa bau durian. Ni kena bau petai time pakai mask memang takleh imagine bau dia macam mana.Admin tak tolak kemungkinan bau dia kuat lepas buang air kat tandas. Entah berapa botol perfume nak kena guna untuk hilangkan bau dia nanti.

Aduhai kesian aircond tersedak sebab bau petai ni. Silap-silap on the way nak balik rumah pun aircond dah tersedak sebab tengok petai besar sangat. Kalau korang pernah tengok petai saiz macam ni, roger admin ye, nak try gak sebijik dua.

‘Tak boleh imagine rasa dia’- Terkenal Kerana Baunya, Petai Kini Dijadikan Sebagai Aiskrim

Petai di negara kita sangat terkenal dan lazim nya dibuat sebagai ulam dan bahan dalam masakan. Tapi tahukah anda bahawa petai sekarang dah dibuat jadi aiskrim.What…Ya, selain durian, petai juga mempunyai bau yang kuat. Cuba korang bayangkan aiskrim durian. Ya, memang menggugat iman, tapi bagaimana pula dengan perisa petai?

Menerusi satu posting di Facebook, aiskrim ini dijual sangat limited dan hanya beberapa outlet sahaja yang ada.Aiskrim ini menjadi tular kerana ‘kepelikan’ perisanya. Ada yang turut meluahkan bahawa perisa petai itu tidak sesuai untuk dijadikan sebagai pencuci mulut.

Walaupun begitu, korang patut try dulu mana tahu sedap kan…Gambar hiasan petai. (Gambar: Facebook / Resipi Orang Kampung)Gambar hiasan petai. (Gambar: Facebook / Resipi Orang Kampung)
Jangan pandang petai dengan sebelah mata, inilah khasiat makan petai…

MERDEKA.COM: Mungkin ramai anak muda zaman sekarang langsung tidak menyentuh petai atau jering. Mungkin ada juga yang tidak pernah mendengar ‘makanan orang lama’ itu.Namun demikian, bagi orang lebih dewasa yang gemarkan petai, ia tetap makanan istimewa. Apatah lagi kalau dimasak dengan sambal tumis ikan bilis! Tetapi bagi sesetengah orang, mereka tidak dapat menahan bau petai yang begitu kuat.Namun tahukah anda bahawa petai mempunyai khasiat yang luar biasa?

MENINGKATKAN FUNGSI KOGNITIF OTAK.Zat kalium yang terkandung di dalam petai merupakan zat yang amat penting bagi tubuh. Tubuh kita memerlukan kalium kerana ia dapat menjaga cairan dan keseimbangan elektrolik.Dengan itu, ia dapat meningkatkan kadar oksigen ke otak, yang memberangsangkan kegiatan saraf dan meningkatkan kognitif. Justeru, ia memperkukuhkan lagi daya ingatan seseorang.

MENCEGAH ANEMIA.Anemia adalah keadaan apabila badan kita kekurangan darh. Seseorang akan selalu berasa letih, berkelihatan pucat serta merasakan dirinya hendak pitm apabila mengalami anemia.Petai mempunyai zat besi yang tinggi, yang dapat membantu dalam merangsangkan pembentukan hemoglobin dalam drah. Dengan itu, ia dapat mencegah anemia.

JAGA KESIHATAN JANTUNG.Seperti yang dikatakan awal tadi, petai mengandungi zat kalium yang tinggi, dan zat ini mampu mengurangi tekanan darh serta ianya baik untuk kesihatan jantung. Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menyatakan bahawa kalium amat penting bagi kesihatan jantung.

MENJAGA SISTEM PENGHADAMAN.Jika anda mengalami masalah penghadaman, anda boleh cuba memakan petai. Ini kerana petai mempunyai serat yang dapat membantu proses penghadaman yang lebih baik dan mencegah sembelit. MENCEGAH KEMURUNGAN.Petai mengandungi triptofan, sejenis protein yang diubah menjadi serotonin. Dengan jumlah serotonin yang tentu, ia dapat membahagiakan anda! 

Jangan Tak Tahu Tentang Khasiat Petai, Ia Boleh Mencegah Anemia & Menstabilkan Tekanan Darh

“Busuk dan menggelikan”. Ini adalah tanggapan kebanyakan orang setiap kali berbicara mengenai sejenis buah yang dinamakan petai. Pun begitu, tahukah anda sebenarnya terdapat banyak khasiat makan petai terhadap kesihatan kita?Ingin tahu lebih lanjut? Mari kita sama-sama ikuti artikel ini!

Seorang pelakon makan petai untuk elak kemurungan

Baru-baru ini, seorang pelakon wanita jelita iaitu Sharifah Sakinah telah memberi satu tip kesihatan dari perspektif yang agak unik menerusi laman sosial Instagram rasmi miliknya.Adik kepada Sharifah Shahirah ini mengamalkan petua tersendiri untuk mengelakkan masalah kemurungan iaitu dengan memakan petai.

“Petai mengandungi tryptophan, sejenis protein yang akan bertukar kepada serotonin ketika berada dalam tubuh badan sekali gus menjadikan orang lebih relaks, gembira dan emosi lebih stabil“, jelasnya dengan berpandukan kepada sumber yang diperolehi dari enjin carian Google.Sehingga kini, video pelakon utama drama Girlfriend Aku Dari Neraka yang memperkatakan tentang hal ini telah ditonton oleh kira-kira 95 ribu orang.Persoalannya, adakah petai memang benar-benar boleh mengelakkan kemurungan?

Kaitan petai dengan kemurungan

Menurut sebuah kajian yang dijalankan oleh pusat kebajikan kesihatan MIND terhadap beberapa orang pesakit kemurungan, rata-rata mereka mengatakan akan berasa lebih baik selepas makan buah ini.Ini disebabkan oleh kandungan petai mengandungi tryptophan, sejenis protein yang akan bertukar kepada serotonin ketika berada dalam tubuh badan sekali gus menjadikan orang lebih relaks, gembira dan emosi lebih stabil.Jadi, ternyatalah bahawa tip kesihatan yang diberikan Sharifah Sakinah ini adalah benar dan bukan hanya plasebo semata-mata.Pun begitu, tahukah anda bahawa terdapat banyak lagi khasiat makan petai yang lain?

Khasiat makan petai terhadap kesihatan individu

Hakikatnya, buah yang dinamakan sebagai Parkia speciosa dalam bahasa saintifiknya ini bukan sahaja mampu berfungsi merawat kemurungan.Malah terdapat banyak lagi khasiatnya terhadap kesihatan, termasuklah:

#1. Membantu merawat PMS.Buat anda yang tertanya-tanya, premenstrual syndrome (PMS) adalah kondisi yang akan menjejaskan fizikal, mntal dan kelakuan wanita ketika kitaran menstrualnya.Dikatakan dengan memakan buah yang kaya dengan vitamin B6 ini, ia mampu membantu mengawal kandungan gula dalam darh individu sekali gus memberi kesan positif kepada mood anda.

#2. Membantu mencegah anemia.Anemia adalah sejenis kondisi yang mengakibatkan kekurangan sel darh merah dalam tubuh badan. Kesannya ia akan membangkitkan simptom-simptom seperti berikut:Lemah dan penat Pening kepala Mual-mual Muntah-muntah Mudah dijangkiti penyakit.Sekiranya anda mengalami simptom-simptom seperti ini, mungkin anda boleh cuba makan petai sebagai salah satu langkah alternatif selain daripada ubat?

#3. Membantu menstabilkan tekanan darah.Untuk pengetahuan anda, buah ini sangat tinggi dengan kandungan potasium namun rendah garam.Ini menjadikan petai adalah makanan yang sangat bagus untuk membantu menstabilkan tekanan darh.Kepercayaan ini telah dibuktikan oleh US Food and Drug Administration yang mengesahkan petai memang benar boleh membantu menstabilkan tekanan darh serta mengurangkan risiko str0k.

#4. Membantu meningkatkan kebolehan kognitif.Menurut kajian yang dilakukan di sebuah sekolah di UK, pelajar yang makan petai pada waktu sarapan dan makan tengah hari, didapati boleh menyelesaikan masalah berkaitan pembelajaran dengan lebih mudah.Persoalannya, bagaimanakah buah ini boleh memberi kesan kepada kebolehan kognitif individu?Jawapannya adalah pada kandungan potasium yang sangat tinggi.Antara kebolehan kognitif yang dikatakan boleh ditingkatkan ini adalah kebolehupayaan untuk memahami serta belajar sesuatu yang baharu.

#5. Membantu melegakan bekas gigitan nyamuk.Bukan sahaja buahnya yang bernutrisi malahan kulitnya juga bermanfaat terhadap kesihatan individu!Salah satu daripada kebaikan kulit petai adalah ia dikatakan mampu melegakan bekas gigitan nyamuk yang sudah pasti akan menimbulkan rasa gatal dan sakit yang tidak menyenangkan.Caranya, hanya ambil kulitnya lalu sapukan ia pada bahagian kulit yang terkena gigitan.Namun, sila hentikan perbuatan anda ini sekiranya ia mendatangkan kerengsaan pada kulit.

#6. Membantu menyelesaikan masalah kegemukan.Menurut sebuah kajian yang dijalankan oleh Institute of Psychology di Austria, didapati bahawa individu yang stres dengan pekerjaan akan mengambil makanan ringan seperti coklat, keropok dan kerepek lebih banyak.Menerusi penelitian yang dibuat terhadap 5,000 orang di sebuah hospital, saintis mendapati bahawa orang yang obesiti adalah terdiri dari golongan pekerja yang banyak menerima tekanan di tempat kerja.Jadi, adalah dicadangkan supaya individu yang kerap stres makan makanan tinggi karbohidrat seperti petai setiap 2 jam sekali untuk membantu menyelesaikan masalah kegemukan.

Petai mungkin berbahaya jika ambil terlalu banyak.Ya, memang terdapat banyak khasiat makan petai termasuklah membantu mengelak kemurungan. Pun begitu, sila hati-hati dan jangan ambil terlalu banyak ya?Menurut Dr Rafidah Abdullah, petai mengandungi kalium yang terlalu tinggi  dan mungkin boleh memberi kesan kepada degupan jantung yang luar biasa serta berisiko membuat ia terhenti secara tiba-tiba sahaja!

Kesimpulannya, tiada masalah untuk kita mengambilnya. Cuma, sila lebih berhati-hati dengan kadar pengambilannya bagi mengelakkan kesan negatif kepada tubuh badan anda ya.Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *