Selalunya mulut bising tapi gadis ini berubah bila pergi umrah. Tapi perkara yang dia tak jangka berlaku di saat dia terbuat sesuatu yang tak patut kepada ibunya

Kehidupan

Nama aku Zatul. Ringkas tapi mendalam. Aku bersyukur tak terhingga diberi kesempatan mengerjakan umrah bersama mak ayah. Tapi ini apa yg jadi. Jejaknya kaki di tanah Madinah, lepas berjam-jam kesejukan, tidur tak nyenyak dlm kapal terbang dan bas, aku yg mulut tak reti duduk diam, dalam sejarah berdiam diri sepanjang perjalanan.

Masa hendak turun bas, ada sesuatu di tangan. Chewing gum beb. Chewing gum! Geli! Terkeluar satu perkataan yg langsung tak patut. “Bdoh”. Itu perkataan pertama aku di Madinah. Terpempan aku, sedih dan kecewa dgn diri sendiri. Di tanah suci, sepatutnya kalimah suci basah di bibir dan hati. Itu refleksi diri jugak akan apa sebenarnya tabiat buruk kita di dunia. Abg aku kat sebelah geleng kepala.

Itu yg pertama kebodhan aku. Yg kedua, drhaka. Aku dpt pergi umrah ni dgn abg, sebab teman mak dan ayah. Tugas anak jaga mak di mana-mana pun. Waktu solat, aku pilih jauh dari kipas sebab hidung sensitif meleleh hingus. Tapi mak aku nak betul-betul bawah kipas, ye la sebab panas ramai orang. Terus terjadilah kedrhakaan aku melwn cakap mak aku, tinggi suara dan tarik muka duduk jauh.

Tak pernah aku jauh dari mak aku hanya sebab hingus. Pastu mula gelabah bila baru sedar jauh. Bayangkan perasaan seorang mak, anak sendiri solat berjauhan. Menyesal aku menyesal. Tapi Allah bagi cash. Masa nak makan, entah lelaki mana join dewan makan kumpulan kami. Allah takdirkan dia tumphkan air panas terus dari flask air ke kaki aku. Bvrn. Panas dunia. Menangis tak kira.

Walaupun ada stokin, tapi melecvr jugak sampai letak ubat gigi pun pdih. Lagi drhaka lagi. Aku tertinggi suara lagi sebab mak aku duduk solat tak rapat saf. Aku rapatkan, mak aku suruh jauh sikit sebab nak duduk tahiyat akhir dgn selesa. Aku patut tahu mak aku sakit lutut. Tapi aku anak yg tak memahami dan tak sedar diri, drhaka dgn mak di tanah haram.

Cash Allah bagi kat aku lagi. Hotel kitorang lif sangat lambat sbb ramai orang. Lif datang, ramai. Ada satu pasangan Arab. Mak ayah suruh aku masuk lif dulu. Tapi tiba si isteri yg agak besar ni tolak aku keluar dari lif dgn ksar. Aku yg agak comel ni, nasib baik tak jatuh tersliuh. Mak aku yg patut terasa dgn aku sbb tertinggi suara sebelum ni, tapi tetap sayang kt aku.

Mak marah org Arab tu, tapi lif dah nak tutup pun. Maka kami semua naik tangga sama-sama. Sendu hati. Syahdu. Anak yg tak bertimbang rasa. Sebab itu, masuk je dlm Masjidil Haram, nampak je Kaabah, banjir air mata aku. Basah telekung. Fikirkan dosa aku bertingkat-tingkat. Macam-macam ujian masa aku buat umrah.

Masa nak masuk dalam Raudhah, ramai orang takyah nak cakap. Siap ada tolak mak aku. Apa lagi, kemrahan membuak-buak. Aku jgil mata tunjuk, “Ummi, Ummi”. Tapi makcik tu buat tak tahu je. Rupanya dia pun tgh pimpin mak dia. Tapi tak aci la mcm tu. Ada jugak kes yg main letak bahu kat aku, yg agak rendang ketinggian. Kalau kejap takpe la, tapi ni siap sngkut selipar kat bahu orang. Apadahal wey. Sekali nak jalan balik hotel, ada satu tangan kat bahu aku.

Dalam kemarahan, aku angkat bahu jatuhkan tangan org tu. Pandang belakang, rupanya makcik tua. Ya Allah, berdosa lagi. Sedar diri belum bersedia untuk pergi umrah. Memang, aku tak pergi kursus pun. Ikut je angkut beg, sebab mak ayah dah pergi haji, dan ini pun umrah kedua mak ayah. Naik bas, untuk pergi berniat sebelum umrah terakhir, tiba-tiba aku period. Yes dah makan ubat tahan peri0d, tapi itu la, sebab tak bergntung kat Allah, bergntung kat ubat.

Aku tak dapat buat Tawaf Wida’. Sedih ya Allah. Aku berhutang satu umrah. Sebab tak niat bersyarat, kan tak pergi kursus. Ayah rasa bersalah sebab tak ingatkan aku. Jadi, balik Malaysia, ayah minta ustaz uruskan bayar dam. Mak ayah kata, nanti dah kahwin, qada umrah dgn suami. Sebelum balik pulak, aku demam. Suhu tinggi. Tak pernah aku demam mcm ni. Moody habis.

Tak pernah makan tak habis, makanan dlm flight aku tak sentuh. Air zam-zam mak ayah bagi untuk aku mandi baru kebah sikit. Demikian bdohnya aku masa umrah. Refleksi diri, jadi anak solehah. Berbakti pada mak ayah semampu mungkin. Kawal naffsu amarah. – ZSN

Nak Kahwin Lain Tapi Nafkah Dan Solat Pun Tunggang Langgang. Itulah Lelaki Zaman Sekarang

Aku seorang isteri yang bekerjaya, bekerja sebagai eksekutif di sebuah syarikat manakala suami aku merupakan seorang pengurus syarikat. Apa yang aku nak confess di sini ialah kadang-kadang aku tengok gaya suami aku, dia agak lokek dengan aku, mungkin sebab aku bekerja.

Tapi sedar kah anda wahai lelaki duit bekerja wanita tersebut adalah hak wanita tersebut dan suami tiada hak untuk mencampuri urusan kewangan si isteri. Kereta aku suami bayar, rumah half2 bayar, barang dapur, makanan dan etc berkongsi duit kami berdua. Keinginan? Aku penuhi sendiri, pernah sekali aku malas nak withdraw duit dekat ATM, dan pinjam duit suami untuk beli pakaian, kemudian dia cakap tu hutang nanti bayar balik. Hahahaha aku pun ok je lah.

Aku tak kisah sangat kalau kedekut tu, tapi kadang-kadang sembang kncang nak kahwin 2,3,4 (poligaami), kadang-kadang aku wonder suami tak pikir ke keperluan isteri pun tunggang langgang, ada hati nak pasang 2,3,4. Heh! Aku seriously tak menntang pun isu poligaami, kalau berkemampuan, kahwin je lah, kalau asyik mention hari-hari, naik menympah pulak aku dengar. Seluar dalam bini pun, bini sendiri yang beli, suruh beli baju nightware sksi2 yang harga 300++, duit tak hulur, mungkin dia ingat beli pakai air liur mungkin.

Si isteri sebenarnya tak marah nak kahwin banyak ke apa, tapi kami ni tengok lah dari segi si suami tu, dekat si isteri pertama pun layan macam apa lagi, angan mat jenin je lah nak bagi kahwin lain. Si isteri bertungkus lumus galas tanggungjawab suami mencari nafkah, balik rumah kena kemas rumah pulak yang semak macam tngkang pcah, kena jaga anak, kena beranak, malam-malam kami yang celik mata menyusu, esok kena bangun bekerja pulak, tak mintak banyak pun sebenarnya, mintak suami hargai penat lelah kami ja, jaga hati dan setia, tak susah pun kan?

Perlu ka nak menipu message perempuan-perempuan yang bukan halal di sisi tu? Ada orang yang halal untuk di tatap di campur, sibuk cari makan luar, tak faham sangat macam mana pemikiran seorang lelaki ni. Kalau berkenan cakap, usaha untuk cari nafkah yang ke 2, ni nafkah yang pertama pun dah sesak sesak nafas. Hutang kahwin pun keliling pinggang lagi, ada hati nak kahwin lain. Cermin lah diri tu dulu.Malas nak berleter banyak, sesiapa yang nak kahwin tu fikir lah empat lima kali, bukan mengenai cinta semata, melibatkan tanggungjawab dan lain-lain aspek lagi. Cinta sahaja tak bagi makan anak orang ye.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *