Naik kereta bertiga ke tempat kerja. Pemilik dedah tiga kompaun RM1000 dari pihak berwajib dan dia terpaksa menutup operasi restorannya

berita

“Peraturan yang menetapkan dua orang dalam satu kereta adalah tidak adil buat kami”, inilah luahan seorang peniaga restoran nasi ayam di Subang Jaya baru-baru ini. Terkini, Sebuah restoran nasi ayam yang terkenal di USJ4 terpaksa ditutup setiap kasi Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dilaksanakan di kawasan itu. Terang pemilik restoran, mereka terpaksa melakukan keputusan ini selepas mendapat tiga kompaun RM1,000 daripada pihak berwajib.

Pemilik restoran yang dikenali sebagai Seow Boon Keong ini berkata, tiga pekerja restoran yang terdiri daripada kakak serta anak saudaranya telah dikompaun selepas menaiki kereta bertiga dari rumah ke tempat kerja pada 14 Oktober lepas.Untuk rekod, kerajaan telah menetapkan hanya dua orang sahaja yang boleh berada di dalam satu kereta pada satu-satu masa sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) ini dijalankan.

“Kami bertolak dari Jenjarom ke USJ4 pada setiap hari untuk bekerja di restoran nasi ayam. Jarak antara dua tempat ini adalah 30km. Disebabkan jarak yang terlalu jauh dan mereka yang lain tidak boleh memandu, kami terpaksa datang sekali dalam satu kereta”

Seow Boon Keong juga menjelaskan, kos untuk menggunakan servis Grab memakan kos RM40 untuk satu perjalanan, dan itu belum dicampur lagi dengan kos perjalanan pulang ke rumah. Melihatkan situasi yang menekan, pemilik restoran ini terpaksa menutup operasi restoran meskipun ini adalah sumber utama pendapatannya.Pemilik restoran ini berharap agar pihak berkuasa lebih bertimbang rasa dan mengamalkan sikap toleransi apabila mahu memberikan kompaun kepada pesalah.

Britain Kenakan Denda RM53,145 Terhadap Individu Tak Patuh PKP

Kompaun RM1,000 dan penjara, itu antara denda yang dikenakan bagi individu yang didapati tidak mematuhi peraturan semasa dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan ini.Itu di Malaysia. Di Britain lain pula ceritanya. Meskipun mengambil pendekatan sama dengan mengenakan denda kepada pesalah, jumlah kompaun yang dikenakan adalah berganda-ganda lebih tinggi daripada di negara ini.

£10,000 pound, atau lebih kurang dalam RM53,000 duit Malaysia. Mengikut laporan Daily Mail, itulah amount kompaun yang dikenakan terhadap mana-mana individu yang mengingkari arahan kuarantin atau pengasingan diri jika mereka disahkan positif COVID-19.

Langkah tegas itu dibuat bagi mengawal penularan wabak itu di Britain, yang ketika ini berada pada tahap membimbangkan.Jumlah denda yang dikenakan bermula dari £1,000 bagi kesalahan tidak kuarantin selepas pulang dari luar negara dan boleh mencecah sehingga £10,000 bagi mereka yang melakukan kesalahan berulang atau tidak mematuhi peraturan serius.

Perdana Menterinya, Boris Johnson memberi amaran Britain kini berdepan gelombang kedua serangan COVID-19.Dan meskipun ketegasan terbaharunya itu mendapat kritikan ramai, Johnson menjelaskan ia terpaksa dibuat kerana masih ada yang berdeg1l enggan mematuhi kawalan kendiri dan panduan keselamatan sosial.

Didenda Baca Surah Yasin Sebab Tak Pakai Topeng Muka Di Tempat Awam

Macam-macam cara dilakukan pihak berkuasa untuk memastikan orang ramai mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) dan mengamalkan kawalan kendiri ketika musim COVID-19 ini.Sebelum ini, Lobak Merah pernah memuat naik artikel mengenai langkah pihak berkuasa Indonesia mengenakan hkmn duduk berdoa di tempat persemadian COVID-19 bagi mereka yang ingkar perintah kawalan keselamatan.

Kali ini, ada satu lagi hkmn unik yang dilaksanakan pihak berkuasa di bandar Cilegon, wilayah Banten — khusus buat mereka yang degil tidak memakai topeng muka ketika keluar rumah.Memetik laporan Kosmo, mana-mana individu yang didapati tidak mematuhi arahan mewajibkan pemakaian topeng muka ketika di tempat awam — akan dikenakan denda membaca surah Yasin.

Tidak terhad kepada itu, ada juga segelintir individu yang diarah memanjat pokok dan melaungkan azan di tempat awam jika didapati ingkar garis panduan kesihatan.Bukan mudah nak buat semua orang patuh arahan. Tapi itu antara inisiatif yang dibuat, demi memastikan orang ramai kekal aware dengan kewajipan memakai face mask dan peraturan lain semasa musim penularan wabak ini.

Selain itu, selepas membaca surah Yasin mereka juga dikehendaki mengisi surat perjanjian untuk pemakaian pelitup muka ketika berada di luar rumah.Operasi pemantauan pihak berkuasa di bandar itu dijalankan tiga kali sehari, terutamanya di lokasi yang menjadi tumpuan orang ramai.

Keluar Tak Pakai Mask, 50 Individu Didenda Baca Doa Di Tempat Persemadian COVID-19

Gara-gara tidak mematuhi prosedur operasi standard (SOP) dalam tempoh penularan COVID-19, 50 individu berdepan pengalaman yang mungkin tidak akan dilupakan dalam hidup mereka.Memetik laporan CNN Indonesia, 50 penduduk di sebuah perkampungan di Sidoarjo, Jawa Timur dikenakan melakukan tahlil dan berdoa di tempat persemadian yang menempatkan orang yang telah pergi akibat COVID-19.

Denda itu dibuat kerana kesemua mereka didapati tidak memakai topeng pelitup muka ketika berada di tempat awam.Selain mengenakan denda, pihak berkuasa turut merampas kad pengenalan mereka untuk disita selama 14 hari.Difahamkan, operasi pemantauan seringkali dilakukan di lokasi-lokasi yang menjadi tumpuan penduduk Sidoarjo bagi memastikan kempen kesedaran mengenai pematuhan SOP terus berjalan.

Selain di Sidoarjo, denda seumpama itu turut dilaksanakan di beberapa daerah antaranya di Bogor, Jawa Barat namun dengan pendekatan berbeza.Di Bogor misalnya, mana-mana individu yang didapati ingkar perintah dan tidak mematuhi SOP akan dikenakan duduk di dalam ambulans yang berisi krnda

“Haritu Corona dgn Lockdown” – Pasangan di India Beri Anak Nama ‘Sanitiser’ Sempena Pandemik Covid-19

Tengah musim pandemik Covid-19 ni macam-macam berita kita baca yang buat kita geleng kepala kan? Contohnya, sebelum ni ada pasangan di India namakan anak mereka Corona dan ada juga yang namakan Lockdown.Kali ni, sepasang suami isteri dari wilayah Saharanpur di Uttar Pradesh, India sepakat untuk menamakan bayi lelaki mereka yang baru dilahirkan, Sanitiser.

Menurut India Today, mereka memberikan nama itu kerana ianya mudah diingati disebabkan kini sanitiser menjadi keperluan ramai orang.Bapa bayi itu, Omveer berkata dia dan isterinya berasa sangat kagum dengan tindakan yang diambil Perdana Menteri India serta Ketua Menteri Uttar Pradesh dalam menangani wabak ini.

“Menggunakan cecair pembasmi kuman (sanitiser) sangat penting untuk memastikan diri kita selamat daripada Covid-19.”“Saya dan isteri sangat kagum dengan langkah diambil Perdana Menteri, Narendra Modi dan Ketua Menteri Uttar Pradesh, Yogi Adityanath dalam melawan wabak ini.”“Oleh itu, kami sepakat memberi anak kami nama Sanitiser. Apatah lagi, ia digunakan setiap orang ketika ini bagi mengelak penularan kuman di tangan kita.”Sanitiser kini banyak dibekalkan secara percuma kepada mereka yang memerlukan di seluruh India dalam usaha kerajaan untuk memastikan semua orang kekal selamat daripada jangkitan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *