Selepas keluar kenyataan tentang penularan virus D614G tadi. Terkini pakar telah umumkan virus tersebut akan merebak dengan cepat di kawasan ini.

Covid 19 Info Infomaklumat ISU SEMASA

KUALA LUMPUR: Pengudaraan baik dalam sesuatu kawasan termasuk ruang sempit penting bagi mengurangkan risiko terhadap jangkitan COVID-19 yang turut merangkumi mutasi virus jenis D614G. Pakar virologi dari Universiti Malaya (UM), Prof Dr Sazaly Abu Bakar, berkata sebarang jenis mutasi virus termasuk D614G boleh merebak dengan pantas di kawasan tanpa sistem pengaliran udara yang baik.

Beliau berkata, kawasan tertutup yang dipasang penyaman udara tanpa sistem keluar masuk udara yang baik juga berupaya menjadi lokasi mutasi virus COVID-19 merebak. “Selain penjarakkan fizikal dan pemakaian pelitup muka, aspek penting yang harus ditekankan ialah pengaliran udara dalam mengawal penularan COVID-19. “Walaupun tempat itu mempunyai kepadatan penduduk tinggi atau sempit, namun pengudaraan mencukupi boleh mengawal penularan. “Contohnya dalam pesawat. Setakat ini kita tidak melihat kluster dari kapal terbang kerana sentiasa berlaku pertukaran udara di dalamnya walaupun ruang terhad.

“Kita lihat kes di Afrika juga rendah yang mungkin disumbangkan oleh faktor pengaliran udara baik kerana kebanyakan rumah mereka terbuka dan tidak menggunakan penyaman udara,” katanya ketika dihubungi BH, hari ini. Pada masa sama, beliau berkata, individu duduk di rumah termasuk yang dikuarantin perlu memastikan pengaliran udara sentiasa mencukupi dengan membuka tingkap.

Sazaly berkata, sama juga di pejabat yang bergantung sepenuhnya kepada penyaman udara, iaitu harus memastikan sistem pengaliran udara keluar dan masuk dengan mencukupi. “Mereka yang berada dalam suasana berhawa dingin lebih berisiko terkena jangkitan COVID-19 jika tiada pengaliran udara, selain turut dipengaruhi faktor suhu dan kelembapan,” katanya.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kewujudan beberapa kluster sebelum ini termasuk di Sabah. Kedah dan Johor yang berpunca daripada penularan dalam kalangan tahanan pendatang asing tanpa izin (PATI) dan pesalah serta mutasi virus COVID-19 jenis D614G.

Berdasarkan data, Sazaly berkata, mutasi virus jenis D614G sudah berada di negara ini pada Mac lalu namun tidak berkembang pantas kerana tidak memasuki kluster besar. Katanya, penularan pantas itu berlaku apabila mutasi D614G berada dalam kalangan penghuni penj4ra dan pusat tahanan hingga mencipta kluster besar.

“Dari Mac lagi mutasi jenis D614G ini bertapak dalam komuniti kerana secara prinsipnya, virus yang sampai dahulu akan berkembang. “Namun ia tidak memasuki kluster besar, maka mutasi jenis ini tidak ‘meletvp’ sehinggalah D614G ‘memasuki’ sel besi dan pusat tahanan yang sempit serta tidak mempunyai pengaliran udara baik.

“Ia menyebabkan mutasi jenis ini mudah ‘meletvp’,” katanya. Beliau berkata, mutasi D614G dilihat mempunyai kadar kebolehjangkitan tinggi kerana berada pada tempat betul dan masa yang tepat untuk berkembang dengan menular dalam kawasan seperti penjra.

Sumber: BHONLINE

Gempar virus mutasi covid 19 dikatakan sudah bertebaran di Semenanjung. Kenyataan itu telah dibongkarkan oleh Dr Noor Hisham dan ini punca virus itu merebak.

Virus mutasi Covid-19 yang dikenali sebagai D614G telah dikesan antara kes daripada Kluster Benteng Lahad Datu (LD), kata Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah hari ini. Melihat lebih 600 kes positif dikesan ke atas mereka yang pulang dari Sabah, Noor Hisham mengesyaki virus mutasi itu kini telah merebak di Semenanjung.

Beliau berkata demikian pada sidang media harian Covid-19 yang disiar secara langsung di rumahnya kerana sedang menjalani perintah kuarantin diri. “Institut Penyelidikan Perubatan (IMR) telah menjalankan ujian pada 20 virus yang diasingkan daripada Kluster Benteng LD di Sabah.

“Dan didapati pada ujian tersebut mutasi D614G telah pun dikesan,” katanya dengan menambah kemungkinan mutasi itu berasal dari Indonesia atau Filipina. “Yang pasti sekarang ini sebab sudah 23 kluster baru yang melibatkan 604 individu yang pulang dari negeri Sabah juga didapati positif Covid-19.

“Kemungkinan besar (mereka) membawa jangkitan mutasi D614G (keluar dari Sabah),” jelas Noor Hisham. Selain itu, Dr Noor Hisham turut berkata jenis mutasi D614G kali ini berbeza dengan mutasi virus di Tawau, Sungai, Bukit Tiram dan Kluster Sivagangga. Dua warga Filipina yang disahkan positif Covid-19 pada 1 Sept telah mencetuskan Kluster Benteng LD.

Sehingga hari ini, kluster tersebut merekodkan sejumlah 1,018 kes yang mana 230 kes masih aktif dan menerima rawatan. Ia juga telah merekodkan satu pemergian. Susulan kempen pilihan raya negeri (PRN) Sabah yang berlangsung dua minggu dari 21 hingga 25 Sept lalu, negara merekodkan peningkatan mendadak wabak tersebut terutamanya di Sabah, Kedah dan Lembah Klang.

Malaysia juga kini mempunyai 75 kluster aktif, empat kluster baru dilaporkan hari ini. Keadaan turut juga membuatkan kerajaan mengenakan perintah kawalan pergerakan bersyarat (PKPB) di Sabah, Selangor, Kuala Lumpur dan Labuan.- MalaysiaKini

Terbaru akibat penularan covid 19. Kementerian Kesihatan Malaysia mengesahkan Mutasi D614G di Sabah berpunca dari negara negara ini. Ternyata ini yang dibongkarkan KKM.

Kuala Lumpur: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengesahkan penularan virus Covid-19 membabitkan mutasi jenis D614G di Sabah berpunca dari Indonesia dan Filipina. Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, mutasi virus berkenaan yang dilaporkan di Kedah membabitkan Kluster Sivagangga, Kluster Sungai dan Kluster Tawar dengan penularan Covid-19 di Sabah adalah tidak sama.

“Kalau kita lihat di Kedah, makmal kami mengenal pasti mutasi jenis D614G membabitkan Kluster Sivagangga, Kluster Sungai dan Kluster Tawar yang dipercayai berpunca dari India. “Kajian terhadap penularan virus itu di Sabah pula mendapati ia (mutasi jenis D614G) datang dari Indonesia dan Filipina.

“Penularan di Kedah dan Sabah bukan sama, namun membabitkan D614G iaitu kumpulan sama yang berbeza ciri. Jadi, kita rasa kebolehjangkitan meningkat sedikit berbanding penularan sebelum ini,” katanya pada sidang media harian di Putrajaya, hari ini.

Beliau berkata, nilai kebolehjangkitan atau R0 (R naught) di Kedah pada peringkat awal adalah tinggi iaitu lebih daripada 2 sebelum menurun kepada 0.6, manakala di Sabah pula mencatatkan R naught pada 1.4. “(Bagaimanapun) Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan Bersasar (PKPDB) di empat daerah iaitu Tawau, Lahad Datu, Kunak dan Semporna serta sekatan jalan raya, kesihatan awam dan kawalan sempadan boleh mengawal jangkitan Covid-19 di Sabah. “Di Selangor pula, walaupun tidak banyak kes direkodkan, namun disebabkan kepadatan penduduk kebolehjangkitan di negeri itu adalah pada 1.9 meskipun jumlah kes dilaporkan tidak setinggi di Sabah,” katanya.

Sumber: HMETRO

Selangor catat kadar kebolehjangkitan lebih tinggi berbanding Sabah. Tan Sri dr Noor Hisham dedahkan punca Covid-19 berpotensi merebak lebih cepat di Selangor dan harap rakyat ambil berat dengan isu ini

KUALA LUMPUR – Selangor mencatatkan kadar kebolehjangkitan (Rt) 1.95 lebih tinggi daripada Sabah, berikutan peningkatan dalam jumlah kes harian baharu daripada dua hingga tiga kes kepada 10 ke 15 kes. Rt menunjukkan kadar secepat mana penularan Covid-19 merebak.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, ia mengambil kira magnitud perubahan dan menunjukkan peningkatan risiko wabak yang lebih besar di negeri itu, sekiranya langkah-langkah pencegahan kesihatan awam tidak diambil.

“Nilai Rt di Sabah telah stabil walaupun masih berada pada tahap 1.29 semalam. Keadaan ini masih merisaukan kerana ia melibatkan bilang kes-kes baharu yang tinggi. “Nilai Rt mungkin akan meningkat, jika kita tidak mengambil langkah-langkah intervensi kesihatan awam yang optima,” katanya menerusi status yang dimuat naik di Facebook hari ini.

Sementara itu, nilai Rt di Kedah menurun lebih besar daripada satu (> 1) kepada 0.65 dan ia sejajar dengan kadar penurunan kes di negeri itu yang merekodkan hanya dua kes dalam tempoh empat hari. Dr Noor Hisham berkata, keadaan itu menggambarkan pematuhan terhadap prosedur operasi standard yang ditetapkan. Sehubungan itu beliau mengingatkan adalah penting untuk semua rakyat Malaysia terus mematuhi SOP serta langkah-langkah yang telah ditetapkan kerajaan sebelum ini. -Bernama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *