Kes masih lagi 3 angka. Terbaru muncul tiga kluster baharu covid 19 yang dikesan di tempat tempat ini. Lebih mengejutkan Dr NoorHisham dedahkan punca wujud kluster baru harini.

Covid 19 Info Infomaklumat ISU SEMASA

PUTRAJAYA, 16 Okt – Terdapat tiga lagi kluster jangkitan COVID-19 yang dikenal pasti hari ini, umum Kementerian Kesihatan. Ketua pengarahnya, Tan Sri Datuk Seri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, kluster pertama ialah Kluster Lekir di daerah Manjung, Perak. “Kes indeks adalah kes ke-17,526 dikesan positif hasil saringan individu bergejala pada 14 Okt. Kes telah dimasukkan ke Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh.

“Saringan kontak rapat mendapati terdapat lima lagi kes positif. Hingga 16 Okt (hari ini), seramai 144 individu telah disaring, enam kes positif, dua negatif dan 136 lagi sedang menunggu keputusan,” katanya dalam sidang media perkembangan COVID-19 hari ini.

Dalam pada itu, kluster kedua ialah Kluster Buntar yang melibatkan Kuala Muda, Kedah; Kerian, Perak dan Wilayah Persekutuan Putrajaya. “Kes indeks adalah kes ke-18,035 yang dikesan positif hasil saringan individu bergejala pada 15 Okt (semalam). Kes telah dimasukkan ke Hospital Sultanah Bahiyah, Kedah. “Hasil saringan kontak rapat mendapati terdapat tujuh lagi kes positif. Hingga 16 Okt, 51 individu telah disaring, lapan kes positif dan 43 lagi sedang menunggu keputusan,” tambahnya lagi.

Selain itu, kluster ketiga ialah Kluster Merbok yang melibatkan daerah Kuala Langat, Klang, Kuala Selangor dan Petaling, Selangor. “Kes indeks adalah kes ke-17,983 yang dikesan positif hasil sarngan individu bergejala pada 9 Okt. Kes telah dimasukkan ke Hospital Sungai Buloh, Selangor.

“Hasil saringan kontak rapat mendapati terdapat lapan lagi kes positif. Hingga 16 Okt, 270 individu telah disaring, sembilan kes positif dan 261 selebihnya masih menunggu keputusan,” katanya lagi. Sementara itu, terdapat enam kes pemergian direkodkan hari ini, menjadikan jumlah keseluruhan pemergian kini meningkat ke 176 kes.

Sumber: KKM, SiakapKeli

TERKINI: 629 Lagi Kes Baharu Direkodkan Hari Ini, Sabah Kekal Catat Kes Tertinggi Dengan 489 Kes

PUTRAJAYA, 16 Okt – Kementerian Kesihatan (KKM) mengesahkan terdapat 629 kes baharu jangkitan COVID-19 dilaporkan hari ini. Ketua pengarahnya, Tan Sri Datuk Seri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, daripada angka tersebut, hanya dua sahaja kes import manakala 627 selebihnya merupakan penularan tempatan.

Pecahan kes adalah di 489 di Sabah, 50 di Selangor, 33 di Pulau Pinang, 19 di Labuan, 10 di Kuala Lumpur dan sembilan di Perak. Sementara itu, 245 kes pulih turut direkodkan hari ini, jumlah keseluruhan kes pulih meningkat ke 12,259 kes bersamaan 65.4 peratus. Bagaimanapun, enam lagi pemergian baharu dikesan beserta tiga kluster baharu turut dikenal pasti. Maklumat lanjut menyusul.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah memaklumkan bahawa terdapat enam pertambahan kes pemergian dilaporkan pada hari ini. Justeru, ini menjadikan jumlah kumulatif kes pemergian adalah sebanyak 176 kes bersamaan 0.94%.

Menurut Dr Noor Hisham, kes yang pertama ialah kes 171, kes 11, 628 iaitu seorang lelaki warganegara berusia 66 tahun yang mempunyai latar belakang sakit kencing manis, drh tinggi dan strk. Beliau menghadap ilahi di Hospital Queen Elizabeth.

Kes pemergian yang ke 172 iaitu kes 15, 853 pula melibatkan seorang lelaki warganegara berusia 72 tahun, mempunyai sakit jantung dan pmergiannya i di Hospital Duchess of Kent, Sandakan. Kes pemergian ketiga ialah kes 173 iaitu kes 18, 618, seorang lelaki warganegara berumur 39 tahun yang mempunyai sejarah strk dan menghadap ilahi di Hospital Semporna.

Tambahnya lagi, kes pemergian 174 iaitu kes 18, 616, seorang perempuan warganegara berusia 74 tahun. Beliau mempunyai sakit drh tinggi, kencing manis dan sakit buah pinggang dan menghadap ilahi di Hospital Queen Elizabeth. Kes pemergian 175 pula iaitu kes 18, 617 merupakan seorang lelaki warganegara berusia 67 tahun yang mempunyai sakit drh tinggi dan sakit strk. Beliau menghadap ilahi di Hospital Queen Elizabeth.

Kes pemergian keenam iaitu kes pemergian 176 iaitu kes 18, 676 merupakan seorang lelaki bukan warganegara berusia 52 tahun yang mempunyai latar belakang sakit kencing manis, sakit jantung, sakit kulit psoriasis dan sakit tulang belakang . Beliau menghadap ilahi di Pusat Perubatan Universiti Malaya.

Sumber: KKM

Selepas keluar kenyataan tentang penularan virus D614G tadi. Terkini pakar telah umumkan virus tersebut akan merebak dengan cepat di kawasan ini.

KUALA LUMPUR: Pengudaraan baik dalam sesuatu kawasan termasuk ruang sempit penting bagi mengurangkan risiko terhadap jangkitan COVID-19 yang turut merangkumi mutasi virus jenis D614G. Pakar virologi dari Universiti Malaya (UM), Prof Dr Sazaly Abu Bakar, berkata sebarang jenis mutasi virus termasuk D614G boleh merebak dengan pantas di kawasan tanpa sistem pengaliran udara yang baik.

Beliau berkata, kawasan tertutup yang dipasang penyaman udara tanpa sistem keluar masuk udara yang baik juga berupaya menjadi lokasi mutasi virus COVID-19 merebak. “Selain penjarakkan fizikal dan pemakaian pelitup muka, aspek penting yang harus ditekankan ialah pengaliran udara dalam mengawal penularan COVID-19. “Walaupun tempat itu mempunyai kepadatan penduduk tinggi atau sempit, namun pengudaraan mencukupi boleh mengawal penularan. “Contohnya dalam pesawat. Setakat ini kita tidak melihat kluster dari kapal terbang kerana sentiasa berlaku pertukaran udara di dalamnya walaupun ruang terhad.

“Kita lihat kes di Afrika juga rendah yang mungkin disumbangkan oleh faktor pengaliran udara baik kerana kebanyakan rumah mereka terbuka dan tidak menggunakan penyaman udara,” katanya ketika dihubungi BH, hari ini. Pada masa sama, beliau berkata, individu duduk di rumah termasuk yang dikuarantin perlu memastikan pengaliran udara sentiasa mencukupi dengan membuka tingkap.

Sazaly berkata, sama juga di pejabat yang bergantung sepenuhnya kepada penyaman udara, iaitu harus memastikan sistem pengaliran udara keluar dan masuk dengan mencukupi. “Mereka yang berada dalam suasana berhawa dingin lebih berisiko terkena jangkitan COVID-19 jika tiada pengaliran udara, selain turut dipengaruhi faktor suhu dan kelembapan,” katanya.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kewujudan beberapa kluster sebelum ini termasuk di Sabah. Kedah dan Johor yang berpunca daripada penularan dalam kalangan tahanan pendatang asing tanpa izin (PATI) dan pesalah serta mutasi virus COVID-19 jenis D614G.

Berdasarkan data, Sazaly berkata, mutasi virus jenis D614G sudah berada di negara ini pada Mac lalu namun tidak berkembang pantas kerana tidak memasuki kluster besar. Katanya, penularan pantas itu berlaku apabila mutasi D614G berada dalam kalangan penghuni penj4ra dan pusat tahanan hingga mencipta kluster besar.

“Dari Mac lagi mutasi jenis D614G ini bertapak dalam komuniti kerana secara prinsipnya, virus yang sampai dahulu akan berkembang. “Namun ia tidak memasuki kluster besar, maka mutasi jenis ini tidak ‘meletvp’ sehinggalah D614G ‘memasuki’ sel besi dan pusat tahanan yang sempit serta tidak mempunyai pengaliran udara baik.

“Ia menyebabkan mutasi jenis ini mudah ‘meletvp’,” katanya. Beliau berkata, mutasi D614G dilihat mempunyai kadar kebolehjangkitan tinggi kerana berada pada tempat betul dan masa yang tepat untuk berkembang dengan menular dalam kawasan seperti penjra.

Sumber: BHONLINE

Baru sahaja umumkan Malaysia sebagai penerima utama vaksin covid 19. Kini dibongkarkan jumlah yang perlu dikeluarkan untuk dapatkan vaksin itu secara percuma.

KUALA LUMPUR: Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) menganggarkan kerajaan perlu memperuntukkan sekurang-kurangnya RM3 bilion pada tahun depan bagi membolehkan rakyat Malaysia mendapat akses bagi vaksin COVID-19 secara percuma. Menteri, Khairy Jamaluddin, berkata jumlah itu dianggarkan mampu untuk menampung keperluan vaksin COVID-19 bagi 70 peratus daripada keseluruhan penduduk di negara ini.

“Semalam, perbincangan awal dengan Kementerian Kewangan telah dibuat, bagaimanapun kami belum membuat sebarang keputusan. “RM3 bilion yang diperlukan ini hanya anggaran memandangkan kita belum mengenal pasti harga sebenar vaksin ini, selain perkara lain yang perlu dipertimbangkan adalah rantaian bagi perolehan ini termasuk logistik dan proses pengagihan,” katanya. Beliau berkata demikian dalam slot The Breakfast Grille, secara langsung di stesen radio BFM, hari ini.- BHONLINE

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *