Terkedu Shima Anuar minta pihak ini tampil mohon maaf lepas mendakwa sesuatu mengenai perniagaannya. Rupanya ini yang pihak itu lakukan sehingga Shima Anuar marah.

artis

Pelakon Shima Anuar melenting selepas bekas agen laksam Johor mendakwa dia telah menfitnh berkenaan dengan isu mengenakan cas untuk setiap bekas yang dibeli oleh pelanggan. Menurut Shima, dia ada bukti daripada pelanggan yang mengadu justeru tegasnya jangan cuba untuk merosakkan nama baiknya. “Beritahu saya bahagian mana yang awak kena fitnh? Saya tak minta duit awak untuk refund duit pelanggan yang awak letak cas tambahan untuk setiap pek tu pun dah cukup baik. “Saya refund pakai duit saya sendiri dengan rela hati. tak minta 1 sen daripada awak.

“Saya ada bukti, boleh baca semua komen dekat post ni. Banyak yang complaint ke tak? “Jangan nak busukkan nama saya dan @laksambys ya. Don’t try me!” tulisnya. Pendedahan itu dibuat menerusi beberapa buah posting di Instagram Storiesnya, semalam. Dalam pada itu, pelakon yang mencipta nama menerusi filem Flat 3A ini turut meminta individu terbabit untuk tampil memohon maaf sama ada secara empat mata atau menerusi kiriman mesej. “Aku tak minta banyak. Kau datang jumpa aku minta maaf dah cukup. Kalau tak boleh sangat, text me. “Bila-bila masa anda boleh unblocked saya. Kalau tak, kita akan tengok la macam mana nanti. “You wanna play game with me? Aku ok ja,” tulisnya lagi

Sumber: Gempak

Agen Kenakan Cas Untuk Setiap Bekas Kepada Pelanggan, Shima Anuar Minta Maaf & ‘Refund’ Duit

Pelakon Shima Anuar tampil memohon maaf kepada pelanggan yang dikenakan cas untuk setiap bekas yang dibeli daripada agen laksam negeri Johor dan Pulau Pinang. Menurut Shima, 29, dia tidak tahu menahu tentang kejadian yang berlaku itu. “Saya betul-betul minta maaf dengan apa jadi sebelum ni. Saya tak tahu apa-apa. “Semalam bila saya kongsi video baru dapat tau yang sebenarnya pelanggan saya dikenakan cas tambahan untuk setiap bekas.

“Sepatutnya hanya dikenakan cas per person bukan setiap bekas,” katanya  Perkongsian tersebut dibuat menerusi sebuah rakaman video di Instagram (IG) yang dimuat naik pada hari Selasa. Tambah pelakon yang mencipta nama menerusi filem Flat 3A, dia tidak ingin pelanggan berasa teraniaya justeru dia akan mengembalikan semula duit. “Disebabkan benda dah jadi, anda boleh direct message (DM) saya. Macam anda beli 10 bekas laksam dan dikenakan cas untuk setiap bekas tu.

“Tunjukkan bukti dan saya sendiri akan refund balik menggunakan duit saya sendiri dengan rela hati. Jangan risau. “Saya pun letakkan diri saya sebagai pelanggan. Kalau saya pun akan naik hantu kalau macam tu. “Saya tak nak pelanggan rasa teraniaya. Benda-benda ni tak akan jadi dah lepas ni,” katanya lagi. Sebelum ini, Shima mengakui lebih selesa untuk terus mencari sumber pendapatan sendiri, tanpa perlu bergantung kepada suaminya semata-mata.- GEMPAK

“Boleh Je Duduk Goyang Kaki, Tapi…”

Shima Anuar Tetap Nak Cari Duit Sendiri Biarpun Suami Mampu Sediakan Semuanya! Sebelum ini, Shima Anuar mengakui dia lebih selesa untuk terus mencari sumber pendapatan sendiri, tanpa perlu bergantung kepada suaminya semata-mata. Menurut Shima, 29, hakikat sebenar, dia tidak perlu pun bekerja memandangkan segala kelengkapan dan keperluan mampu disediakan suaminya, Mohd. Solih Toha.
 
“Walaupun boleh je duduk goyang kaki, kilatkan kuku 24 jam kerana suami saya menyediakan segala-galanya buat saya. “Tapi, saya rasa buat kerja lagi cool daripada goyang kaki tunggu duit jatuh dari langit,” katanya. Menurut Shima lagi, dia mahu mengikut jejak langkah ibunya yang sentiasa bersifat berdikari dalam mencari sumber pendapatan sampingan.
 
“Mak dulu macam-macam dia buat walaupun suami kerja, boleh bagi duit semua. Dia buat kuihlah, menjahitlah, macam-macam. Ada enam orang anak, tak ada pembantu rumah pun. Saya mahu jadi sepertinya,” katanya. Jelas Shima lagi, disebabkan itu jugalah, dia kini menjalankan perniagaan makanan yang dimasak sendiri di rumah.
“Sebab itulah saya buat @laksambys dan jual sikit-sikit macam ni,” jelasnya. Sebelum ini, sewaktu tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), Shima memulakan perniagaan laksam dengan mengambil tempahan penghantaran ke rumah pelanggan.

Bagaimanapun, perniagaan itu kemudian dihentikan seketika kerana dikatakan mahu memberikan fokus kepada keluarga. Namun, sejak seminggu lalu, Shima membuat pengumuman untuk meneruskan semula perniagaannya itu.

Shima mendirikan rumah tangga dengan ahli perniagaan itu pada 8 April 2017. Hasil perkongsian hidup pasangan tersebut dikurniakan sepasang cahaya mata, Marian Sophia, 2 dan Mikhael Imaan, yang berusia  10 bulan.
Saksikan drama lakonan Shima Anuar di Astro pada telefon pintar anda melalui aplikasi Astro GO. Muat turun aplikasi Astro GO di Google Play dan Apple Store sekarang. Apapun, pastikan anda selalu mencuci tangan, pakai topeng muka, gunakan ‘sanitizer’, kurangkan aktiviti di luar rumah serta lakukan semua perkara yang boleh mencegah COVID-19!

Biarlah berusia janji bahagia – Shima Anuar

KUALA LUMPUR: Sering diaju pertanyaan mengenai usia suaminya, pelakon Shima Anuar mengambil pendekatan berterus terang mengenai perkara itu dan mengakui, dia bahagia bertemu jodoh dengan lelaki matang. Shima atau nama sebenarnya, Noor Hashimah Anuar, menjelaskan, biarpun jarak usianya dan suami, Mohd Solih Toha, berbeza 23 tahun, dia bertuah kerana lelaki itu menjalankan tanggungjawab sebagai ketua keluarga dengan baik.

“Saya sering diaju persoalan mengenai usia suami kerana ramai berpendapat, dia kelihatan lebih berusia berbanding saya. Saya ambil pendekatan membuka mulut supaya tiada lagi pihak yang keliru mengenai perkara itu. “Biarpun jauh lebih matang, saya bersyukur penampilan suami masih bergaya dan tidak kelihatan seperti usia sebenarnya. Dalam perkahwinan, rupa paras bukan ukuran dan penentu utama kebahagiaan. “Saya bersyukur lebih setahun menjadi isterinya, suami menjaga makan, pakai dan menjalankan tanggungjawabnya dengan baik. Tidak pernah lagi dia meninggikan suara atau naik tangan jika ada perkara yang tidak kena,” katanya.

Pelakon yang dikenali menerusi filem, Highland Tower itu bagaimanapun, berharap peminat tidak salah faham kerana dia tidak pernah marah dengan pertanyaan mereka. Dia sebaliknya, pelik mengapa soalan yang sama sering diajukan sejak mereka bertemu jodoh. Shima mendirikan rumah tangga dengan ahli perniagaan yang juga duda kepada dua cahaya mata, pada 8 April. Pasangan itu dikurniakan cahaya mata perempuan, Marian Sophia yang kini berusia lapan bulan.- BHONLINE . Oh macamtu ceritanya, jangan lupa untuk like& share page kami Kucing Media Online untuk lebih banyak kisah yang menarik! Terima kasih

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *