Sampai rasa nak putus asa dengan semuanya disebabkan anak. Terkedu Mawar Rashid luahkan sesuatu sebagai seorang ibu dan punca hadir perasaan begitu.

artis selebriti

Pelakon Mawar Rashid menyatakan tugasnya sebagai seorang selebriti dan usahawan dalam masa yang sama bukan satu kerja yang mudah. Menurut Mawar, 25, dia hampir ingin berputus asa dengan kerja kerana terlampau rindukan anak sulungnya, Raden Muhammad Rafael.

“Kadang-kadang rasa nak give up semuanya sebab rindu anak  @radenrafaelraf.  “Karier sebagai selebriti dan usahawan bukan mudah. Perlukan banyak masa untuk selesaikan video shoot, live dan lain-lain. “Perlukan banyak masa untuk meeting business @mawarosehq, kene perah otak untuk @mawarosehq lagi. Untuk keluarga saya mawarose squad lagi. 

“Masa dengan suami ok lagi, sebab suami sentiasa setia menemani tapi Rafael ni.. Rinduuu.. Kadang-kadang pagi sampai malam tak dapat jumpa.. ni nak masuk anak ke-2 dah @mawarafjunior,” tulisnya. Perkongsian yang disertakan dengan sebuah rakaman video bersama Rafael itu dimuat naik di Instagram (IG)nya, semalam.

Dalam pada itu, pemilik nama Wan Mawar Shaputri Wan Abdul Rashid menyatakan dia tidak boleh berhenti separuh jalan demi mencapai cita-citanya untuk membayar zakat sebanyak RM1 juta dan juga membina sebuah masjid. “Tapi saya tak boleh give up!! Mawar tak boleh berhenti! Mawar wajib teruskan demi BIG Y Mawar. “Demi keluarga Mawar. Demi Mawarose squad. Demi pelanggan tersayang Mawar. Demi nak bayar zakat satu juta! Demi nak bina masjid bersama-sama kalian semua!

“Mawar faham ramai ibu bapa kat luar sana terpaksa menahan diri dari rasa rindu kat anak-anak ni demi mencari rezeki dan demi membantu orang di luar sana, sama macam Mawar. “Tapi yakinlah pengrbanan yang paling menyakitkan nilah yang akan mendatangkan hasil dan bekalan untuk ke akhirat nanti. Saya bersama anda!

“Terus gembira, terus bergerak, anda ibu yang bagus, bapa yang bagus dan anak-anak anda sangat berbangga dengan anda! Mereka belajar daripada anda! Buktikan kepada mereka! Anda hebat!,” tulisnya lagi. Mawar dan suami, Raf Yaakob mendirikan rumah tangga pada 9 November 2017 dan dikurniakan dengan kehadiran Rafael pada 13 Mac lepas.  Kini, Mawar sedang hamil anak kedua dan kandungannya hampir memasuki lima bulan. Mawar turut mempunyai dua orang anak tiri, Rayyan, 8 dan Raysaa, 4, hasil perkahwinan Raf bersama bekas isteri.

Sumber: Gempak

Bahya bila rasa diri tu bagus. Terkedu Mawar Rashid luahkan sesuatu menerusi laman Instagramnya sehingga meraih perhatian warganet. Ternyata ini yang dikongsikannya.

Pelakon dan usahawan, Mawar Rashid ada menitipkan pesan serta peringatan kepada diri sendiri agar sentiasa bersyukur dan merendah diri. Malah, Mawar yang kini sedang hamil anak kedua juga turut berkongsi situasi andai merasakan diri terlalu bagus hingga lupa diri.

“BAHYA bila rasa diri tu BAGOS”. Macam mana nak dtg perasaan nak BELAJAR kalau kau pun asyik pikir kau tu bagus? “Kalau kau x belajar, sah2 kau akan sesat. Kau rasa apa yg buat, kau pikir tu betui. “Tak pun, bila kau dah berjaya, kau dah rasa diri tu bagus. Kau jd lupa sape yg ada ngn kau bila kau x tau pape.

“Biasa orang yg rasa diri dia BAGOS, mesti cepat naik, tapi cepat TURON. Jadi, always be humble. “Always mencari ilmu.. always bersyukur.. always improve diri sendiri.. always ingat jasa orang. Because.. only YOU CAN HELP YOURSELF,” katanya. Lalu, perkongsian yang dikongsikan Mawar menerusi Instagram mendapat reaksi pelbagai daripada pengikutnya.

Terdahulu, Mawar kini kian sukses menerusi produk kecantikan, Mawarose. Menerusi produk yang dijalankan oleh Mawar bersama keluarganya itu, mereka mengeluarkan produk pertama iaitu Magic Rose Lips & Cheek Cream, Mac lalu. Selain dijual secara atas talian dan menerusi stokis, Mawarose juga menampilkan kelainan kerana ia bakal dijual menerusi ‘vending machine’.

Sumber: MediaHiburan

Terkedu Mawar Rashid dedahkan sikapnya yang tidak suka membazir dari kecil lagi. Ini yang didedahkan Mawar selepas beli sesuatu yang meraih tumpuan warganet baru baru ini.

Pelakon dan usahawan, Mawar Rashid mengakui tidak suka mengamalkan sikap boros ketika berbelanja. Malah, ibu hamil ini juga amat berhati-hati dan menitikberatkan soal penggunaan wang ringgit. Mawar atau nama penuhnya Wan Mawar Shaputri pada masa sama turut menambah, dia mengamalkan sikap berjimat-cermat sejak kanak-kanak lagi dan hanya mementingkan barang keperluan daripada kehendak.

This image has an empty alt attribute; its file name is 82e4e86e-daa8-4d8e-acf8-ffb41c1ca28b-244x300.jpg

“TAK SUKA ATTITUDE BOROS NIH! Mekwa ni sejenis berjaga2 on ‘spending money’, dari kecik x suke ngan attitude boros ni. “Sebab dari kecik Mekwa tahu penat susah nak cari duit.. hehe.. That’s why Mekwa beli benda yang betul2 Mekwa perlukan kan je. Hehe #kawalhawanafsu “tu yang finally beli ipad sendiri. Nak buat notes senang laa lepas ni.. x de da masalah miss placed buku nota.. Kjap buku ni hilang buku yu hilang, notes pun hilang sedeyyyhh je.

“Now dah ade ipad so semua notes boleh simpan lam satu ipad. Hehe Thank you all yang support produk @mawarosehq,” tulis Mawar. Sebagai informasi, Mawar dan suaminya, Raden Ahmad Faizal Yaakob berkahwin pada 9 November 2017 dan dikurniakan seorang cahaya mata lelaki bernama Raden Muhammad Rafael pada 13 Mac 2019. Pada Jun lalu, Mawar juga telah mengumumkan dirinya kini sedang hamil anak kedua.

Sumber: MEDIA HIBURAN

Penghijrahan disambut baik oleh peminat dan masyarakat. Berikut 9 artis yang sudah mengenakan hijab yang mungkin ramai tak tahu

Tahun ini, ada beberapa selebriti wanita mengubah penampilan diri dengan mengenakan hijab sehingga disambut baik oleh peminat mahupun masyarakat. Lebih mengejutkan lagi apabila antara mereka yang sedang berada di kemuncak kerjaya bulat hati tukar penampilan dengan niat mahu menjadi muslimah yang lebih baik.

1.Hannah Delisha. DIa ambil keputusan untuk mengenakan hijab sekitar awal September lalu. Bagi Hannah,dia sudah lama simpan niat itu dan akhirnya apa yang dia impikan terus jadi kenyataan. Dalam pada masa yang sama,Hannah berkata jiwanya terasa begitu tenang sejak berhijah dan mengenakan hijab.

2. Zara Zya. Zara juga sudah lama memendam hasrat berhijrah namun zara zya membulatkan tekadnya itu sejak pertengahan bulan September yang lalu. Sebelum ini, Zara dilihat berkongsi gambar bertudung sehingga meraih tumpuan pengikutnya yang memuji imej baharunya itu. Kata Zara,dia masih dalam prises untuk membiasakan diri dengan imej berkenaan dan harap peminat doakan dia yang terbaik

3. Mawar Rashid. Manakala Mawar pula,selepas mengikuti kelas pengajian agama di Kelantan,dia akhirya terbuka hati utnuk menutup aurt sepenuhnya pada pertengahan bulan Ogos lalu. Kata Mawar atau nama sebenarnya Wan Mawar Shaputri Wan Abdul Rashhid,25 dia sudah lama simpan impian untuk memakai tudung namun dia akui hatinya berbolak balik sehinggalah dia menyedari tanggungjawabnya sebagai wanita islam untuk menutup aurat. Sebelum ini,pelakon draam Suami Paling Sweet itu memakai tudung sepanjang bulan Ramadhan namun selepas itu dia kembali dengan penampilan tanpa hijab.

4. Cik Manggis.Cik Manggis yang merupakan ahli kumpulan De Fam ini mula memuat naik imej berhijab di laman Instagram miliknya pada Jun 2020.Ramai yang memuji kecantikan dan penampilan Cik Manggis selepas mengenakan hijab sepenuhnya. Walaupun kini sudah berhijab, namun ianya tidak menganggu kerjayanya sebagai seorang penyanyi dan minatnya dalam bidang tarian.

5. Kilafairy.Keputusan Kilafairy mengubah penampilan mengenakan hijab mengejutkan peminat dan warganet .Kilafairy memuat naik foto dengan penampilan berhijab di laman Instagram miliknya pada 5 Jun lalu.Sinonim dengan imej seksi, Kilafairy berkata penghijrahannya itu seiring dengan impian mahu berubah menjadi lebih baik dan memperbaiki diri pada tahun ini.

6. Sharifah Shahirah.Penyampai radio Suria FM ini mula memakai tudung sejak hari pertama Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan pada 18 Mac 2020.Dia yang merupakan kakak kepada Sharifah Sakinah, memberitahu bahawa dia mula memakai hijab sepenuhnya apabila menyedari wabak Covid-19 yang melanda seluruh dunia ini merupakan dugaan daripada Allah SWT.

7. Tash Yong.Pelakon dan penyanyi Tash Yong mula bertudung sejak Aidiladha lalu.Tash atau nama sebenar Nur Natasha Shazlia Rosli berkata perubahan itu adalah kerana Allah SWT dan berharap agar dia terus istiqamah dalam penampilannya itu.

8. Ezlynn. Sudah lama sepi dari industri, Penyanyi Ezlynn Ariffin mengambil keputusan untuk berhijab sepenuhnya selepas akhir bulan Ramadan lalu.Kata Ezlynn, selepas tiga tahun cuba memakai tudung setiap kali Ramadan membuatkan tahun ini dia tekad untuk terus berhijab.”Saya membiasakan diri bertudung secara perlaban-lahan. Namun, kekuatan dan ketetapan hati datang, tahun ini. Tindakan saya tidak drastik, namun akhirnya menuju jalan pasti,” ujarnya.

9. Ernie Zakri.Penyanyi Ernie Zakri mengumumkan penampilan baharunya menerusi laman Instagram pada bulan Mac 2020.“Jujurnya saya masih dalam proses membiasakan diri. Ikutkan saya dah lama menyimpan niat mahu berhijab. Cuma kekuatan melakukan perubahan itu datang selepas kita diuji dengan musibah penularan wabak COVID-19,” katanya. Meskipun sudah berhijab, Ernie berkata dia akan meneruskan karier nyanyian.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *