Ramai yang berikan kata kata murni dan sokongan kepada Syamsul Yusof selepas apa yang terjadi sehingga buat dia tersentuh. Ini respon balas Syamsul Yusof dengan komen yang ditinggalkan itu.

artis Hiburan selebriti

Seperti yang kita tahu, sebelum ini Syamsul Yusof dan isterinya menjadi bualan hangat warganet disebabkan kisah rumahtangga mereka. Pelbagai reaksi warganet bila tau keadaan sebenar mereka sehingga ada yang bertindak luar jangkaan dan Syamsul Yusof terpaksa lapor kepada pihak polis berkenaan hal itu. Kini ada sesuatu yang baru lagi selepas kejadian itu berlaku. Kalau nak tau, teruskan membaca hingga akhir dan jangan lupa untuk like dan share page kami Kucing Media Online.

Pelakon dan pengarah, Syamsul Yusof mengucapkan terima kasih kepada peminat-peminat atas sokongan yang diberikan kepadanya dan keluarga. Syamsul menulis ucapan itu menerusi ciapan di Twitternya dan mengakui tersentuh dengan sokongan yang diterimanya.

“Sahabat semua. Pertama sekali, abang (Syamsul) nak ucap terima kasih kepada yang ambil berat dan titip doa buat abang dan keluarga. “Sangat tersentuh membaca doa, kasih sayang dan sokongan yang diberikan. Korang (kalian) buat aku tersentuh,” tulisnya.

Rabu lalu, Syamsul membuat laporan polis terhadap ‘individu misteri’ di Instagram yang mengirimkan mesej berbaur ugvtan terhadapnya dan keluarga. Sebelum itu, Syamsul berdepan situasi di mana dia difitnh oleh YouTuber dan kini dalam proses untuk mengambil tindakan undang-undang. Ujian buatnya tidak berhenti apabila rumah tangganya dengan isteri yang juga pelakon, Puteri Sarah Liyana juga khabarnya berdepan kepincangan. Ciapan yang ditulis Syamsul pada jam 1.18 pagi tadi itu diulang ciap lebih 1,000 kali dan menerima lebih 3,000 tanda ‘like’.-HMETRO

Masih lagi dalam proses memperbaiki hubungan rumah tangga. Akhirnya Syamsul Yusof dedahkan punca berlaku kemelut rumahtangganya yang menjadi isu baru baru ini.

OBSES terhadap kerja mungkin menjadi salah-satu punca kepada kemelut rumah tangga pengarah dan pelakon popular, Syamsul Yusof dengan isterinya yang juga pelakon, Puteri Sarah Liyana. Syamsul ketika ditemui mengakui dia obses terhadap kerja dan Sarah adalah isteri yang baik.

“Saya gil* dengan kerja. Saya sendiri pun tak tahu apa masalah saya sebab saya akan sentiasa mencari kerja. Setiap benda datang dengan harga yang perlu dibayar. Tuhan beri kejayaan untuk filem dan karya muzik saya, tapi ada benda yang saya perlu perbaiki.

“Kami masih dalam proses memperbaiki hubungan rumah tangga kami. Doakan yang terbaik,” katanya. Ditanya mengenai tindakan Sarah yang dilihat hadir ke Pejabat Agama Islam Daerah Gombak pada pertengahan bulan lalu, Syamsul tidak menafikan dan kedua-dua mereka sedang mencari jalan terbaik.

“Semua tahu Sarah ada ke sana (pejabat agama). Mungkin kalau sudah tak ada jalan lain, kami bersedia untuk mendapat khidmat nasihat serta kaunseling untuk memperbaiki rumah tangga kami. “Saya nak tenang-tenang, tapi macam-macam benda berlaku dan terbaru, isu fitnh oleh YouTuber dan ugtan pula,” katanya.

Harian Metro sebelum ini melaporkan mengenai kehadiran Sarah di pejabat agama ditemani wanita yang didakwa sebagai ibu mentuanya. Berdasarkan pemerhatian Harian Metro, Sarah sudah tidak mengikuti Syamsul di Instagram.

Begitu juga di Instagram Syamsul yang mana kali terakhir dia memuat naik gambar bersama isteri dan anak-anak pada Mei lalu, manakala bersama Sarah pula kali terakhir pada November tahun lalu. Puteri Sarah dan Syamsul berkahwin pada 8 Mac 2014 dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Syaikhul Islam, 3, dan Sumayyah, 1.

Dah baca? Jangan lupa like dan share page Kucing Media Online ye!! Terima kasih.

Sumber: Hmetro

Ada individu yang tidak dikenali menghantar mesej yang berbaur negatif. Syamsul Yusof terus buat laporan polis dan ulas kejadian sebenar yang berlaku terhadap dirinya sekeluarga

Baru baru ini,pelakon dan pegarah filem Syamsul Yusif terima mesej yang berbaur negatif seperti ancmn terhadap dirinya,anak dan isterinya di Intagram daripada individu yang tidak dikenali. Syamsul atau nama sebenarnya Mohd Syamsul Mohd Yusof, 36 berkata, mesej dihantar individu terbabit menggunakan akaun bernama Velvetback itu agak keterlaluan kerana ia melibatkan maruah dan keselamatan keluarganya.

“Belum reda kes YouTube itu, timbul lagi kes saya menerima ugutan berbentuk ancman. Sebenarnya sebagai selebriti, saya sudah biasa menerima komen negatif dan kata-kata ugvtan. “Tapi kali ini melmpau kerana melibatkan maruah, keselamatan anak dan isteri. Saya dapat daripada DM (direct message) bernama Velvetblack. Selain peminat, hatrs ada juga menghantar mesej kepada saya tapi saya tidak ambil port (ambil kisah).

Syamsul bersama isterinya Puteri Sarah Liyana dan dua cahaya mata mereka. “Saya tak pasti orang tu hantar sejak bila tapi malam tadi baru saya menyedari mesej tersebut. Saya tidak tahu agenda dia samada dia musvh atau tidak. Tetapi benda itu sudah melmpau sebab itu saya ambil tindakan ini, ” katanya kepada mStar.

Syamsul ditemui ketika sidang media selepas dia membuat laporan polis terhadap akaun tersebut di Balai Polis Taman Melawati, Kuala Lumpur pada Selasa. Anak kepada penerbit Datuk Yusof Haslam ini turut ditemani dua orang penguam dari Tentuan Saiful, Roger & Co iaitu Aizul Rohan Anuar dan Saiful Dzulhelmi Zulkifli.

Menerusi laporan mStar pada 29 September lalu, Syamsul meluahkan rasa berang apabila kisah rumah tangganya dijadikan modal sensasi berbaur ftnah sebuah saluran YouTube. Tampil menerusi satu rakaman video di Instagram, Syamsul dengan nada marah berkata penggunaan tajuk dengan maksud kononnya dia berlaku menduakan terhadap isteri, Puteri Sarah adalah ftnah.

Menerusi video itu Syamsul turut menunjukkan muat naik saluran YouTube Cabik Geronong dengan tajuk ‘TAK SANGKA! Rupanya Syamsul Yusof Curng dengan Puteri Sarah. Syamsul menunjukkan bukti mesej yang diterima di laman sosial. Dalam pada itu, pelakon dan pengarah filem Munfik ini menegaskan dia akan terus mencari individu di sebalik akaun itu bagi mencari penyelesaian jika ada perkara-perkara berbangkit melibatkan dirinya.

Syamsul juga mengajak individu tersebut berdepan dengannya secara bertentang mata tanpa perlu melibatkan anak dan isterinya.“Saya dah nekad no more Mr Nice Guy. Saya perlu pertahankan diri dan akan cari siapa yang membuat ugtan ini kepada saya. Kalau tak puas hati dengan saya, apa kata jumpa saya depan-depan.

“Tak perlu melibatkan anak dan isteri. Saya pergi buat selamanya pun tak apa, anak jangan sentuh. Saya tidak mahu mengatakan mana-mana pihak kalau tiada bukti. Sebelum ini, saya pernah menerima mesej daripada akaun yang sama pada awal tahun ini.“Kali ini saya menyedari mesej itu sebab ada berbaur negatif. Saya ada balas mesej tersebut namun selepas itu, akaun itu dinyaktifkan, ” ujarnya.

Dalam pada itu antara kandungan ugtan itu berbunyi: Jangan fikir anak dan bini kau selamat sekarang. Aku tahu mana kau tinggal dan mana anak kau sekolah. Bini kau aku follow hari2 B**I, S*** kau Samsul. Jangan ingat kau dah kaya kau boleh lepas. Siap kau, gambar fake photoshoot aku buat kasi virl satu Malaysia. Senang je nak jahnamkan famili kau.

Sebelum ini, rumah tangga Syamsul dan Puteri Sarah menjadi perhatian apabila aktres tersebut dilaporkan berada di pejabat agama pada 18 September lalu.Syamsul berkahwin dengan Puteri Sarah pada 8 Mac 2014 dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Syaikhul Islam, 3, dan Sumayyah yang kini berusia setahun.-mstar

Benda ini terlalu peribadi sebab melibatkan hal rumah tangga mereka.

Yusof diminta mengulas mengenai dkwaan Puteri Sarah Liyana dilihat muncul di Pejabat Agama Islam Daerah Gombak pada Jumaat lalu.Puteri Sarah dilihat mengenakan jubah dan bertudung hitam memasuki bahagian undang-undang keluarga ditemani seorang wanita yang dipercayai ibu mentuannya, Fatimah.

Bagaimanapun, ditanya mengenai tujuan mereka mengunjungi pejabat agama tersebut, Puteri Sarah hanya memilih untuk tidak mengulas mengenainya. Puteri Sarah dan Syamsul dikurniakan sepasang anak. Usaha mStar untuk mendapatkan kenyataan daripada Syamsul yang juga seorang pengarah filem hebat gagal apabila panggilan telefon tidak dijawab.

Menerusi laporan mStar pada Ahad, tinjauan mendapati Puteri Sarah juga sudah berhenti mengikuti atau sudah ‘unfollow’ akaun Instagram suaminya, namun Syamsul masih lagi mengikuti IG aktres itu. Puteri Sarah mendirikan rumah tangga dengan Syamsul pada 8 Mac 2014 dan mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Syaikhul Islam, 3, serta Summayah yang kini berusia setahun.-mstar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *