Allah ganti dengan lebih baik. Mengejutkan ada bahagian pada motosikal berjenama Alif Satar telah diambil orang yang tidak bertanggungjawab. Ini reaksi Alif Satar lepas perkara itu terjadi.

artis selebriti

Penyanyi dan pengacara Alif Satar kesal apabila alatan dan komponen pada motosikal miliknya diambil pihak tidak bertanggungjawab pada Jumaat. Menurut Alif, 30, beberapa komponen antaranya sistem brek pada motosikal berkuasa tinggi jenama BMW 1000 RR yang diparkir di kawasan kondominiumnya didapati lesap. “Salam Jumaat! Nak pesan, cvri barang orang berdosa… jangan main-main dengan doa orang yang teraniay.

“Parking dekat kondominium sendiri, motor ada tapi brek tak ada. (Pencvri) potong brake harness dan brake calipers,” katanya. Pengacara program Big Stage ini berkongsi mengenai perkara itu menerusi Instagram pada Jumaat.

Perkongsian Alif mengenai kecvrian pada komponen motosikal miliknya. Bersama kapsyen tersebut, dia turut memuat naik dua keping foto komponen pada bahagian motosikal yang hilang dicvri penjenyh. Sementara itu, Alif berharap pelaku berkenaan segera bertaubat dan tidak lagi mengulangi perbuatannya itu. “Kalau sesiapa kenal ada orang buat kerja macam ni, nasihatkan dia dan suruh dia bertaubat dan minta maaf dengan orang yang dia aniya.

Beberapa komponen pada bahagian sistem brek dicvri pihak tidak bertanggungjawab. “Allah nak ganti dengan lebih baik, InsyaAllah doakan!,” ujarnya. Perkongsian penyanyi lagu Lelaki Seperti Aku ini menerima pelbagai reaksi daripada pengikut. “Saya pernah kena tahun lalu… samalah potong tali minyak dan ambil brake caliper, melayang RM3,000! 1000 RR ni silap-silap dua kali ganda (harga) bro!. “Ada hikmah tu bro, mungkin asbab nak tukar model baharu tu! Park lama sangat tu… manusia memang tak boleh tengok benda-benda mahal depan mata,” komen warganet.-Mstar

Rupanya Ini Perkara Yang Boleh Buat Alif Satar Dan Lisa Surihani Hilang Sabar!

Pelakon Lisa Surihani dan Alif Satar merupakan antara selebriti dikenali sebagai seorang yang sweet. Disebabkan keperibadian dan sikap positif mereka, Alif dan Lisa juga turut digelar sebagai ‘Malaysian Sweethearts’. Namun Alif dan Lisa mengakui ada beberapa perkara yang boleh membuatkan mereka hilang sabar.
 
“Saya tak suka buat benda dua kali. Bila kita dah buat betul-betul tetapi disebabkan satu benda kita kena buat lagi sekali. Sebab saya hidup dalam momen, saya tidak mahu terlepas momen-momen sebelum ini. Bukan tak kena, tetapi bila kita buat sekali lagi nanti magisnya hilang. Momen itu tak sama,” jelas Alif.

“Jika ada sesiapa yang berkata mengenai perkara tidak enak atau tidak elok tentang keluarga saya. Pernah ada yang bercakap dan masa itulah yang membuatkan saya rasa tersungkur juga dengan kesabaran saya. Saya tidak marah orang itu. Walaupun reaksi saya tak marah namun saya tetap memberikan reaksi,” kata Lisa. Alif dan Lisa berkongsi perkara itu menerusi program Rumah No 107.- Gempak

Pernah anggap Alif Satar ‘poyo’, Shahrol (Shiro) tak sangka kini jadi kawan baik – “Sikit-sikit cakap orang putih… siap buat rolling eyes dekat aku”

This image has an empty alt attribute; its file name is 553-1-300x200.jpg

Shahrol Shiro imbau kenangan bersama Alif Satar. ENAM tahun menjalinkan persahabatan, pelawak Shahrol (Shiro) mendedahkan tidak menggemari sikap dan karakter pengacara Alif Satar ketika awal perkenalan mereka. Digandingkan bersama menerusi program Sukalattew terbitan Astro sekitar tahun 2014, Shahrol atau nama sebenarnya Shahrol Azizie Azmi, 35, berkata, sukar untuk dia menerima cara Alif yang dianggap ‘poyo’ atau menjengkelkan.

“Tahun 2014 kali pertama aku berkenalan dengan seorang mamat bernama Alif Satar. Kami digandingkan dalam sebuah program Sukalattew.”Minggu pertama sebelum mula program tu aku cuba la berbual dengan dia. Masa berbual sikit-sikit cakap orang putih… siap dengan kening terangkat sambil buat rolling eyes dekat aku. Foto yang diambil pada rakaman terakhir program Sukalattew pada 2014. “Dalam hati aku fikir poyo g1la mamat ni. Ni mesti jenis-jenis minum laga gelas dulu, nak buang air pun dekat KLCC ni,” tulisnya.

Kata Shahrol, dia hampir menarik diri pada minggu pertama rakaman program tersebut kerana menganggap gandingan mereka tiada keserasian.Lebih menyedihkan, kata Shahrol dia mendapat tahu Alif juga berasa kurang senang dengan sikapnya yang agak kekampungan.”Minggu tu aku minta nak tarik diri sebab tak nak berpasangan dengan mamat ni. Rupa-rupanya dia pun sama, tak nak berpasangan dengan aku juga. Katanya aku macam budak kampung, sikit-sikit sebut nama Kluang… macam la ada Pavillion kat Kluang tu.

“Bos dah pening kepala minta cuba sampai sebulan dulu. Aku pun setuju, hadap saja la dia berbual dan cuba kenal dia lebih rapat,” jelasnya.Bagaimanapun, Shahrol mengakui tanggapannya mula berubah selepas mengenali lebih rapat penyanyi lagu Lelaki Seperti Aku itu.Malah, Shahrol berkata, Alif merupakan seorang sahabat dan pendengar yang baik terutama ketika dia sedang menghadapi masalah.

“Rupa-rupanya apa tanggapan aku selama ni jauh meleset. Bila ada masalah aku luahkan, dia pendengar yang baik dan dia cuba bantu semampu yang boleh. Kepala sama saja g1la-g1la dengan aku. Shahrol dan Alif masih berkawan rapat sehingga kini.“Rehat masa rehearsal akan solat Asar sama-sama. Jauh dari budak moden yang ke arah barat yang aku sangka sebelum ini. Lama kelamaan hubungan itu sangat rapat, masa aku kahwin dia la pengapit aku,” katanya.

Mengimbau kenangan itu, Shahrol berpesan kepada pengikutnya supaya tidak terlalu cepat menilai seseorang sebelum mengenali mereka dengan lebih rapat.”Gambar 2014 itu adalah hari terakhir program Sukalattew. Terus terang air mata jantan masing-masing jatuh sebab itu adalah kali terakhir berada di pentas yang penuh kenangan bersama.”Moral of the story, hidup kita ini jangan cepat menilai seseorang. Jangan nilai dan dengar tentang seseorang melalui mulut orang lain. Kita kenal dan nilai sendiri.”Semoga berjaya dalam setiap apa yang kau lakukan, Alif. Doa aku yang baik sentiasa mengiringi kau sekeluarga,” ujarnya.-mstar

“Tak Membenci & Menyalahkan Antara Satu Sama Lain” – Alif Satar Ajak Sebar Mesej Positif Ketika Pandemik COVID-19

Penyanyi dan hos, Alif Satar berkongsi mesej positif yang ditulis oleh seorang doktor bernama Wilson Tang. Wilson menceritakan tentang perbualannya bersama seorang lelaki berusia yang mahu menunaikan solat subuh.

Lelaki itu juga telah mendoakan Wilson agar terhindar dari jangkitan wabak COVID-19. Perkongsian itu dibuat menerusi sebuah entri di akaun Instagram milik Alif buat tatapan ramai.   Menurut Alif, kisah dan mesej positif sebegitu perlu disebarkan untuk memberi ketenangan kepada masyarakat yang kini bimbang dengan penularan wabak COVID-19.

“Cerita macam ni lah yang orang nak baca, suntikan positif dan kasih sayang, tiada kebencian dan tidak menunding jari sesama sendiri. “Baca benda macam ni lah buat hari-hari yang sukar rasa mudah,” tulis Alif sebagai kapsyen. Dalam pada itu, Alif turut mengajak orang ramai untuk sentiasa kuat dari segi mental dan fizikal.

“Sentiasa kekal kuat dari segi mental dan fizikal ya semua? “Kepada Doktor Wilson dan semua kakitangan perubatan di luar sana, anda semua adalah hero,” tulisnya lagi. Meninjau ruangan komen, rata-rata pengikut Alif berasa sayu dan terharu mengenang jasa dan pengorbanan semua kakitangan perubatan yang sedang bertungkus lumus mengendalikan pesakit COVID-19 di negara kita.

Selain itu, ada juga yang memuji tindakan Alif menyebarkan kisah Doktor Wilson yang mempunyai mesej positif itu. Sebagai rakyat Malaysia, mari kita sama-sama mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan dari pihak kerajaan untuk  menghentikan penularan wabak COVID-19 dengan segera. Apapun, pastikan anda selalu mencuci tangan menggunakan sabun selama sekurang-kurangnya 20 saat, pakai topeng muka ketika perlu, gunakan ‘sanitizer’, kurangkan aktiviti di luar rumah serta lakukan semua perkara yang boleh mencegah COVID-19!- Gempak

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *