Baru sahaja umumkan Malaysia sebagai penerima utama vaksin covid 19. Kini dibongkarkan jumlah yang perlu dikeluarkan untuk dapatkan vaksin itu secara percuma.

Covid 19 Info Infomaklumat ISU SEMASA

KUALA LUMPUR: Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) menganggarkan kerajaan perlu memperuntukkan sekurang-kurangnya RM3 bilion pada tahun depan bagi membolehkan rakyat Malaysia mendapat akses bagi vaksin COVID-19 secara percuma. Menteri, Khairy Jamaluddin, berkata jumlah itu dianggarkan mampu untuk menampung keperluan vaksin COVID-19 bagi 70 peratus daripada keseluruhan penduduk di negara ini.

“Semalam, perbincangan awal dengan Kementerian Kewangan telah dibuat, bagaimanapun kami belum membuat sebarang keputusan. “RM3 bilion yang diperlukan ini hanya anggaran memandangkan kita belum mengenal pasti harga sebenar vaksin ini, selain perkara lain yang perlu dipertimbangkan adalah rantaian bagi perolehan ini termasuk logistik dan proses pengagihan,” katanya. Beliau berkata demikian dalam slot The Breakfast Grille, secara langsung di stesen radio BFM, hari ini.- BHONLINE

Berita baik. China sudah bersetuju untuk mengutamakan Malaysia dahulu sebagai penerima vaksin Covid 19. Lebih mengejutkan ini jumlah yang dibekalkan.

Pandemik koronavirus ini sungguh memberi impak yang kuat kepada seluruh dunia. Manakan tidak, sektor ekonomi kian merudum, aktiviti-aktiviti perlancongan menanggung banyak kerugian, rakyat hilang pekerjaan.

Parah kerana jika rakyat tak mempunyai gaji atau sumber pendapatan untuk berbelanja, ekonomi takkan pulih kerana tiada kuasa membeli! Namun, sinar makin lama makin dilihat. Ubat bagi virus ini, vaksin, yang sepatutnya mengambil masa bertahun untuk dicipta dikatakan sudah berada di tahap terakhir. Sememangnya khabar baik buat semua.

Satu lagi perkhabaran baik yang dimaklumkan hari ini ialah, China setuju beri keutamaan kepada Malaysia bagi membekalkan vaksin Covid-19! Perkara ini dimaklmumkan sendiri oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin. Katanya, negara itu bersetuju untuk memberi bantuan pembekalan vaksin kepada rakyat Malaysia. – Berita Harian

“China adalah antara negara yang paling ke depan dalam penemuan vaksin dan saya difahamkan ia sudah berada di tahap akhir, di mana akhir tahun ini sudah ada vaksin yang boleh digunakan. “Menteri Luar China bersetuju untuk memberi keutamaan kepada Malaysia dan sukacitanya saya ingin mengatakan bahawa negara pertama yang akan dibantu adalah Malaysia.”

Di samping itu, TS Muhyiddin Yassin juga memaklumkan bahawa Malaysia akan menyertai satu badan yang akan membantu negara membangun bagi memperoleh vaksin dan tugas ini diberikan kepada Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi.

This image has an empty alt attribute; its file name is vaksin6-1536x1536-1-300x300.jpg

“Saya berikan tugaskan ini kepada Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin, kerana untuk menyertai badan ini kita kena bayar sejumlah wang yang agak besar.”Disebutkan mereka boleh bantu hanya 10 peratus daripada jumlah rakyat negara dan di Malaysia hanya tiga juta sahaja dibekalkan.” Semoga vaksin segera siap! Dan pandemik dapat diakhiri, amiinnnn.– Lobakmerah

Kes makin meningkat. Khairy Jamaluddin dedahkan harga vaksin covid 19 bagi setiap sorang rakyat Malaysia. Terkedu sampai macam ni sekali harga vaksin tu.

Kerajaan sedang meninaju harga indikatif pemerolehan bagi vaksin Covid-19 yang dianggarkan berharga antara AS$5 hingga AS$20 (RM21 hingga RM83) seorang bagi rkyat negara ini, menurut Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin Abu Bkar.

Memetik laporan Astro Awani, beberapa vaksln ditawarkan kepada negara ketika ini dengan harga berbeza dan ker4jaan perlu mengkaji setiap vaskln terlebih dahulu. “Mengenai harga, kita sedang meninjau sekitar antara AS$5 (RM21) hingga AS$20 (RM83) bagi setiap orang. Ia adalah harga indikatif buat masa ini dan ia bergantvng kepada rundingan.

“Ada beberapa vaksln ditawarkan kepada kita dengan harga AS$5 dan ada juga lebih AS$20. Kita belum tahu lagi kerana ada beberapa vaksln mempunyai dos yang pelbagai dan kita perlu mengkajinya,” katanya seperti memetik laporan Astro Awani.

Tambah Khairy, langkah itu belum pernah dilakukan oleh ker4jaan sebelum ini iaitu membeli produk yang belum dibuat dan diluluskan lagi. Bagaimanapun jelas beliau, kerajaan juga sedang mengkaji dari sudut perundangan mengenai pembelian awal vaksln itu.

Sumber: Astro Awani

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis k0men anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua k0men yang ditulis disini. Segala k0men adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Via tranformasi

Sebelum ini mengenai vaksin Covid 19 masih lagi dalam perbincangan antara Malaysia dan China. Ini perkembangan selanjutnya mengenai vaksin itu.

Seperti yang kita tahu, virus covid 19 semakin menular setiap hari. Di ambang gelombang ketiga ini dapat dilihat penat lelah frontliner, mahupon setiap masyarakat Malaysia sendiri memberi peranan besar bagi mencegah penularan wabak itu. Ayuh kita baca selanjutnya mengenai perkembangan covid 19 terkini dan jangan lupa untuk LIKE dan SHARE page KUCING MEDIA ONLINE untuk info lebih banyak dan menarik.

Baru baru ini status vaksin COVID-19 yang dihasilkan oleh China merupakan antara perkara yang dijangka dibincangkan Menteri Luar, Datuk Seri Hishammuddin Hussein dengan rakan sejawatannya, dari negara itu, Wang Yi pada lawatan dua hari pemimpin itu, ke Malaysia pada esok dan Selasa.

Menurut Kementerian Luar dalam satu kenyataan ini berkata pertemuan Hishammudin dengan Wang Yi yang merupakan Penasihat Negara China dijangka membincangkan kolaborasi pasca-wabak terutamanya dalam pemulihan kelestarian ekonomi negara serta berusaha mengukuhkan lagi hubungan dua hala antara kedua-dua negara.

Kenyataan itu menyebut, kedua-dua pemimpin itu juga akan turut menyentuh mengenai isu semasa membabitkan kepentingan bersama di peringkat serantau dan antarabangsa. “Lawatan Wang Yi akan dilaksanakan dengan mematuhi langkah pencegahan dan kesihatan ditetapkan Kementerian Kesihatan (KKM).

“Ia juga akan mengikut Prosedur Operasi Standard (SOP) diluluskan oleh Mesyuarat Khas Menteri-Menteri Mengenai Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan, pada 1 dan 3 Oktober 2020 yang juga diumumkan oleh Menteri Kanan Keselamatan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob,” katanya.

Kenyataan itu menyebut, berdasarkan kepada SOP itu, semua ahli delegasi China dipastikan mengemukakan bukti saringan negatif COVID-19 tiga hari sebelum tiba di Malaysia. Mereka juga perlu menjalani ujian saringan calitan kedua sebaik tiba di lapangan terbang Malaysia.

Delegasi akan diiringi dari lapangan terbang ke hotel, seterusnya ke tempat acara dan ke lapangan terbang semula untuk pulang ke China manakala kehadiran delegasi hanya dibenarkan dengan kapal terbang persendirian. Kenyataan sama juga menyebut, lawatan rasmi terakhir oleh Wang Yi ke Malaysia adalah pada 2018.

Selain mengeratkan lagi hubungan dua hala, pertemuan kedua-dua Menteri Luar Negeri ini akan turut memastikan Malaysia dan China sentiasa bersedia dalam menghadapi cabaran pada masa hadapan di sebalik penularan COVID-19 dan terus bekerjasama demi kepentingan sejagat.- BHONLINE

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *