Kalau ada jodoh dengan dia saya takkan tolak. Mengejutkan Azzam Sham sekali lagi bongkarkan hubungannya dengan Sheryl Shazwanie sekarang.

artis OH HIBURAN selebriti Semasa

PENYANYI Azzam atau nama sebenarnya Muhammad Azzammuddin Lop Hashim, 23, semakin terbuka berkongsi mengenai hubungan cintanya dengan penyanyi Sheryl Shazwanie. Menurut Azzam, dia tidak berasa bimbang akan kehilangan populariti dengan pendedahan itu kerana mengetahui peminat sentiasa menyayangi mereka.

Kalau ada jodoh saya dengan dia… saya tidak akan menolak. “Sheryl selalu ada untuk saya dan dia juga sudah seperti keluarga saya. Masa saya di Big Stage, memang setiap minggu dia datang beri semangat sama seperti peminat saya juga. “Memang saya akui Sheryl seorang yang sangat istimewa dalam hidup saya. Pengakuan saya ini tak menghalang untuk peminat sentiasa menyokong kami.

“Peminat Sheryl sayang dia dan begitu juga dengan peminat saya yang sayang saya. Jadi, tak perlu saya nak takutkan,” kata Azzam kepada mStar. Menerusi laporan mStar pada 11 September lalu, juara Big Stage musim ketiga ini mengakui dia menyayangi Sheryl yang menerima dirinya serba kekurangan dan mempunyai sifat penakut.

Malah, Azzam menyedari dirinya bukan seorang lelaki yang menjadi idaman wanita namun berasa bertuah kerana mempunyai teman rapat seperti penyanyi lagu Perasaan itu. Dalam pada itu, Azzam memberitahu dia tidak akan menolak sekiranya mereka berdua dijodohkan untuk menjadi suami isteri namun masih belum ada perancangan ke arah itu.

“Kalau ada jodoh saya dengan dia… saya tidak akan menolak. Benda baik kan tapi saya belum ada perancangan ke arah itu. Jauh lagi perjalanan kami berdua. “Saya dan dia masih nak bina karier kami dalam industri. Tapi Insya-Allah… apa salahnya (kahwin),” ujarnya.- MSTAR

Persoalan terbuka soal kekasih hati di khalayak umum. Azzam Sham keluarkan kenyataan ini bagi menjelaskan segalanya dan harap semua memahami dan hormat keputusannya

Dengan yakinnya Azzam Sham yang merupakan Juara Big Stage 2020 (BS2020) tidak merasakan hubungannya bersama pujaan hati iaitu penyayi Sheryl Shazwanie akan menjejaskan populariti mereka berdua. Tambah Azzam lagi,dia dan Sheryl mempunyai kelompok peminat yang berbeza dan tidak ada yang perlu dirisaukan tentang hubungan mereka berdua

“Saya tak rasa peminat akan lari. Peminat saya sayang saya dan peminat dia sayang dia. Tidak ada apa yang perlu saya takutkan sebab peminat saya antara yang setia bersama saya. “Sheryl adalah seorang yang istimewa di hati saya. Dia selalu ada untuk saya, memang dah macam sebahagian daripada keluarga saya. Setiap minggu dia datang beri sokongan,” kata Azzam kepada Gempak. 

Azzam ditemui semasa menghadiri sidang media konsert akhir BS2020 yang diadakan di Putrajaya International Convention Centre (PICC) pada Ahad. Tambah Azzam lagi, dia tidak menolak jika dijodohkan bersama kekasih hati yang juga merupakan bekas peserta Big Stage musim kedua itu. “Kalau ada jodoh, saya tidak menolak sebab ini perkara baik. 

Katanya lagi, “Tapi untuk menuju ke arah itu, jauh lagi saya rasa. Dia pun masih lagi membina karier, saya pun sama baru nak bertapak dalam industri ni,” jelasnya lagi. Pada konsert akhir BS2020 yang berlangsung pada Ahad lalu menyaksikan Azzam Sham dinobatkan dinobatkan sebagai juara. Usop mendapat naib juara dan Qody Rany berada di kedudukan ketiga. Dinie Rashid dan Fadh Majid pula masing-masing berada di tempat keempat dan kelima. -gmpk

Sayang Semua Tapi Dia Lebih Sikit. Akhirnya Azzam Sham Dedahkan Hubungan Sebenarnya Dengan Seseorang Ini Setelah Sekian Lama Menjadi Tanda Tanya. Ini Yang Dibongkarkan

Selepas menjuarai program hiburan realiti, Big Stage 2020, timbul pula cakap-cakap yang menyifatkan penyanyi, Azzam Sham cukup terbuka dan tidak berselindung mengenai hubungan yang dijalin bersama rakan artis, Sheryl Shazwanie. Tidak menafikan perkara tersebut, Azzam yang ditemui memberitahu, Sheryl sememangnya teman istimewa kerana baginya, bintang muda itu selalu ada ketika saat susah dan senang.

Menurut Azzam lagi, dia percaya peminat akan faham dan menyambut baik mengenai perkara tersebut. “Dia selalu ada untuk saya, ibarat macam famili sendiri. Malah, setiap minggu dia datang untuk berikan sokongan, sama seperti peminat yang menyokong. “Saya sayang semua orang. Cuma dia lebih sikit. Dia special person bagi saya.

“Peminat saya sayang saya, peminat dia sayang dia. Tiada apa yang perlu saya takutkan,” katanya kepada MH. Azzam berkata demikian ketika ditemui pada sidang media Konsert Akhir Big Stage 2020 di Putrajaya International Convention Center (PICC), Putrajaya pada Ahad.

Ketika ditanya mengani perancangan masa depannya bersama Sheryl, ini reaksi penyanyi berusia 23 tahun itu; “Kalau ada jodoh saya tidak menolak. Lagipun ini perkara baik. Akan tetapi, kami belum ada sebarang perancangan. Jauh lagi rasanya. “Dia pun sibuk untuk bina kerjaya, begitu juga dengan saya. Kalau semuanya dah kukuh, Insya-Allah harap dipermudahkan,” kongsinya tenang. Pada malam Konsert Akhir Big Stage 2020, Azzam telah dinobatkan sebagai juara seterusnya membawa pulang wang tunai berjumlah RM100,000 berserta trofi sumbangan Astro.

Sumber: Media Hiburan

Azzam Sham juara Big Stage 2020

PUTRAJAYA: Tepati ramalan, Azzam Sham, 23, diangkat sebagai juara Big Stage 2020 pada pentas akhir yang berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), di sini, malam tadi. Kemenangan peserta kelahiran Kuala Lumpur itu membolehkannya membawa pulang wang tunai sebanyak RM100,000 dan trofi. Naib juara yang menawarkan hadiah wang tunai RM50,000 dan trofi pula disandang peserta dari Kedah, Usop yang dianggap antara pesaing konsisten dalam musim ketiga program realiti itu.

Anak jati Kedah, Qody Rani pula diumumkan pemenang tempat ketiga dan meraih hadiah wang tunai RM25,000 serta trofi. Tempat keempat menjadi milik penyanyi berasal dari Pulau Pinang, Dinnie Rashid, manakala Fadh Majid hanya mampu berpuas hati menduduki tempat kelima. Konsert akhir Big Stage 2020 yang dihoskan Alif Satar dan Sherry Alhadad menampilkan juri tetap Ajai, Faizal Tahir, Dayang Nurfaizah, manakala Misha Omar sebagai juri jemputan. Sementara menanti keputusan diumumkan, penonton disajikan dengan persembahan Faizal Tahir yang menyampaikan single terbarunya berjudul Nobody.

Sumber: BH Online

Akhirnya setelah banyak tanda tanya hubungan Azzam Sham dan Sheryl Shazwanie. Kini terbongkar juga perkara sebenar yang terjadi antara mereka berdua. Ini jawapan Azzam

MESKIPUN tidak pernah mengesahkan hubungan cinta dengan Sheryl Shazwanie namun peserta program Big Stage 2020 iaitu Azzam Sham mengakui dia menyayangi penyanyi tersebut. Azzam atau nama sebenarnya Muhammad Azzammuddin Lop Hisham, 23, berkata Sheryl memahami dirinya yang serba kekurangan dan mempunyai sifat penakut. Malah, Azzam menyedari dirinya bukan seorang lelaki yang menjadi idaman wanita namun berasa bertuah kerana mempunyai teman rapat seperti penyanyi lagu Perasaan itu.

“Kalau orang tanya, saya akan cakap kami teman rapat. Kami dah lima tahun kenal. Saya sayangkan Sheryl dan dia sangat istimewa di hati saya. “Dia seorang penyayang dan paling penting dia sangat memahami saya. Bagi saya, susah nak cari perempuan yang faham perasaan lelaki. Saya ni banyak kekurangan dan penakut. “Rasanya perempuan tak suka lelaki macam saya ni. Saya bukan jenis yang gentleman atau manly. Saya lelaki yang biasa-biasa saja. Saya rasa bertuah mempunyai teman rapat yang menerima saya seadanya,” katanya kepada mStar.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *