Gempar virus mutasi covid 19 dikatakan sudah bertebaran di Semenanjung. Kenyataan itu telah dibongkarkan oleh Dr Noor Hisham dan ini punca virus itu merebak.

Covid 19 ISU SEMASA Semasa

Virus mutasi Covid-19 yang dikenali sebagai D614G telah dikesan antara kes daripada Kluster Benteng Lahad Datu (LD), kata Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah hari ini. Melihat lebih 600 kes positif dikesan ke atas mereka yang pulang dari Sabah, Noor Hisham mengesyaki virus mutasi itu kini telah merebak di Semenanjung.

Beliau berkata demikian pada sidang media harian Covid-19 yang disiar secara langsung di rumahnya kerana sedang menjalani perintah kuarantin diri. “Institut Penyelidikan Perubatan (IMR) telah menjalankan ujian pada 20 virus yang diasingkan daripada Kluster Benteng LD di Sabah.

“Dan didapati pada ujian tersebut mutasi D614G telah pun dikesan,” katanya dengan menambah kemungkinan mutasi itu berasal dari Indonesia atau Filipina. “Yang pasti sekarang ini sebab sudah 23 kluster baru yang melibatkan 604 individu yang pulang dari negeri Sabah juga didapati positif Covid-19.

“Kemungkinan besar (mereka) membawa jangkitan mutasi D614G (keluar dari Sabah),” jelas Noor Hisham. Selain itu, Dr Noor Hisham turut berkata jenis mutasi D614G kali ini berbeza dengan mutasi virus di Tawau, Sungai, Bukit Tiram dan Kluster Sivagangga. Dua warga Filipina yang disahkan positif Covid-19 pada 1 Sept telah mencetuskan Kluster Benteng LD.

Sehingga hari ini, kluster tersebut merekodkan sejumlah 1,018 kes yang mana 230 kes masih aktif dan menerima rawatan. Ia juga telah merekodkan satu pemergian. Susulan kempen pilihan raya negeri (PRN) Sabah yang berlangsung dua minggu dari 21 hingga 25 Sept lalu, negara merekodkan peningkatan mendadak wabak tersebut terutamanya di Sabah, Kedah dan Lembah Klang.

Malaysia juga kini mempunyai 75 kluster aktif, empat kluster baru dilaporkan hari ini. Keadaan turut juga membuatkan kerajaan mengenakan perintah kawalan pergerakan bersyarat (PKPB) di Sabah, Selangor, Kuala Lumpur dan Labuan.- MalaysiaKini

Terbaru akibat penularan covid 19. Kementerian Kesihatan Malaysia mengesahkan Mutasi D614G di Sabah berpunca dari negara negara ini. Ternyata ini yang dibongkarkan KKM.

Kuala Lumpur: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengesahkan penularan virus Covid-19 membabitkan mutasi jenis D614G di Sabah berpunca dari Indonesia dan Filipina. Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, mutasi virus berkenaan yang dilaporkan di Kedah membabitkan Kluster Sivagangga, Kluster Sungai dan Kluster Tawar dengan penularan Covid-19 di Sabah adalah tidak sama.

“Kalau kita lihat di Kedah, makmal kami mengenal pasti mutasi jenis D614G membabitkan Kluster Sivagangga, Kluster Sungai dan Kluster Tawar yang dipercayai berpunca dari India. “Kajian terhadap penularan virus itu di Sabah pula mendapati ia (mutasi jenis D614G) datang dari Indonesia dan Filipina.

“Penularan di Kedah dan Sabah bukan sama, namun membabitkan D614G iaitu kumpulan sama yang berbeza ciri. Jadi, kita rasa kebolehjangkitan meningkat sedikit berbanding penularan sebelum ini,” katanya pada sidang media harian di Putrajaya, hari ini.

Beliau berkata, nilai kebolehjangkitan atau R0 (R naught) di Kedah pada peringkat awal adalah tinggi iaitu lebih daripada 2 sebelum menurun kepada 0.6, manakala di Sabah pula mencatatkan R naught pada 1.4. “(Bagaimanapun) Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan Bersasar (PKPDB) di empat daerah iaitu Tawau, Lahad Datu, Kunak dan Semporna serta sekatan jalan raya, kesihatan awam dan kawalan sempadan boleh mengawal jangkitan Covid-19 di Sabah. “Di Selangor pula, walaupun tidak banyak kes direkodkan, namun disebabkan kepadatan penduduk kebolehjangkitan di negeri itu adalah pada 1.9 meskipun jumlah kes dilaporkan tidak setinggi di Sabah,” katanya.

Sumber: HMETRO

Terkini Pertubuhan Kesihatan Sedunia WHO mengesahkan sesuatu mengenai virus Covid 19. Rupanya ini yang dibongkarkan kepada seluruh dunia.

GENEVA: Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengulangi pengesahan bahawa COVID-19 adalah virus yang wujud secara semula jadi dan bukannya buatan manusia. Pengarah WHO, Tedros Adhanom Ghebreyesus, menekankan perkara itu ketika taklimat media mengenai COVID-19 dan meminta semua pihak berhenti menuding jari menuduh satu sama lain.

“WHO mempercayai kaedah sains dan bukti, sebab itulah kami mengutamakan sains, penyelesaian dan solidariti, terutama dalam isu COVID-19 ini,” katanya. Tegas beliau, banyak kajian mengenai asal-usul virus menunjukkan COVID-19 atau SARS-CoV-2, wujud secara semula jadi dan bukannya dari mana-mana institusi. Tedros mengeluarkan kenyataan itu sejurus selepas seorang saintis berjanji untuk menerbitkan bukti yang menyokong dakwaannya mengatakan virus itu bukan dari alam semula jadi, sebaliknya dicipta di sebuah makmal di Wuhan, China.

Difahamkan, Tedros mungkin merujuk kepada pakar virologi dari Hong Kong, Dr Li-Meng Yan, yang membuat dakwaan terbabit baru-baru ini dalam satu temu bual dengan Fox News, selepas berjaya melarikan diri ke Amerika Syarikat. Ahli virologi itu, yang kini dalam buangan, turut mendakwa kerajaan China dan WHO mengetahui lebih awal mengenai jangkitan daripada manusia manusia tetapi tidak mengumumkannya. Katanya, semua laporan hasil kajiannya tidak diendahkan oleh pegawai atasannya, yang juga antara pakar terkemuka bidang virologi dan imunologi global serta mempunyai hubungan rapat dengan WHO. Beliau juga mendakwa China dan WHO menyedari lebih awal mengenai betapa seriusnya kesan COVID-19 itu jika tidak dibendung segera. – AGENSI

Sumber: BH Online

Berita baik. China sudah bersetuju untuk mengutamakan Malaysia dahulu sebagai penerima vaksin Covid 19. Lebih mengejutkan ini jumlah yang dibekalkan.

Pandemik koronavirus ini sungguh memberi impak yang kuat kepada seluruh dunia. Manakan tidak, sektor ekonomi kian merudum, aktiviti-aktiviti perlancongan menanggung banyak kerugian, rakyat hilang pekerjaan.

Parah kerana jika rakyat tak mempunyai gaji atau sumber pendapatan untuk berbelanja, ekonomi takkan pulih kerana tiada kuasa membeli! Namun, sinar makin lama makin dilihat. Ubat bagi virus ini, vaksin, yang sepatutnya mengambil masa bertahun untuk dicipta dikatakan sudah berada di tahap terakhir. Sememangnya khabar baik buat semua.

Satu lagi perkhabaran baik yang dimaklumkan hari ini ialah, China setuju beri keutamaan kepada Malaysia bagi membekalkan vaksin Covid-19! Perkara ini dimaklmumkan sendiri oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin. Katanya, negara itu bersetuju untuk memberi bantuan pembekalan vaksin kepada rakyat Malaysia. – Berita Harian

“China adalah antara negara yang paling ke depan dalam penemuan vaksin dan saya difahamkan ia sudah berada di tahap akhir, di mana akhir tahun ini sudah ada vaksin yang boleh digunakan. “Menteri Luar China bersetuju untuk memberi keutamaan kepada Malaysia dan sukacitanya saya ingin mengatakan bahawa negara pertama yang akan dibantu adalah Malaysia.”

Di samping itu, TS Muhyiddin Yassin juga memaklumkan bahawa Malaysia akan menyertai satu badan yang akan membantu negara membangun bagi memperoleh vaksin dan tugas ini diberikan kepada Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi.

“Saya berikan tugaskan ini kepada Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin, kerana untuk menyertai badan ini kita kena bayar sejumlah wang yang agak besar.”Disebutkan mereka boleh bantu hanya 10 peratus daripada jumlah rakyat negara dan di Malaysia hanya tiga juta sahaja dibekalkan.” Semoga vaksin segera siap! Dan pandemik dapat diakhiri, amiinnnn.– Lobakmerah

Hasil ujian pengasingan dan kultur terhadap 3 kes kluster. Dr Noor Hisham dedahkan virus mutasi D614G dikesan dalam negara dan lebih mengejutkan ia mudah berjangkit

KUALA LUMPUR – Institut Penyelidikan Perubatan (IMR) telah mengesan mutasi jenis D614G hasil ujian pengasingan dan kultur terhadap tiga kes daripada Kluster pesakit bawah siasatan (PUI) Sivagangga dan juga satu kes daripada Kluster Ulu Tiram.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, ini bermakna masyarakat perlu berwaspada dan lebih berhati-hati kerana virus Covid-19 dengan mutasi D614G ini telah terbukti dikesan di Malaysia. Menurutnya, ia didapati 10 kali lebih mudah menjangkiti individu lain dan mudah merebak sekiranya disebar oleh individu super spreader. “Setakat ini kedua-dua kluster ini didapati agak terkawal hasil tindakan kawalan kesihatan awam yang pantas.

“Ujian awal ini dan beberapa ujian susulan sedang dijalankan bagi menguji beberapa kes yang lain, termasuk bagi kes indeks bagi kedua-dua kluster ini,” katanya dalam kenyataan menerusi laman Facebook beliau, Ahad. Mengulas lanjut, katanya mutasi D614G ini ditemui saintis pada Julai 2020 dan berkemungkinan akan menyebabkan kajian vaksin sedia ada tidak merangkumi atau tidak berkesan terhadap mutasi ini.

Oleh itu, Dr Noor Hisham menyeru agar semua kekal mengaplikasikan tindakan pencegahan dan kawalan kesihatan awam iaitu berdisiplin dalam mengamalkan sepenuhnya prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan iaitu penjarakkan fizikal, pengamalan kebersihan kendiri dan memakai pelitup muka.

“Situasi terkini Covid-19 didapati masih terkawal dan Kementerian Kesihatan serta agensi lain masih berusaha membendung penularan Covid-19. “Kerjasama masyarakat amat diperlukan agar dapat kita sama-sama memutuskan penularan jangkitan Covid-19 daripada segala jenis mutasi sekali pun,” jelasnya.- Bernama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *