Terkini pihak One Utama menolak dakwaan 63 kes positif covid 19. Jumlah kes sebenar telah didedahkan melalui satu kenyataan ini selepas individu yang terlibat menjalani ujian saringan

Covid 19 Info Infomaklumat ISU SEMASA Semasa

Sebelum ini dikatakan kluster one utama disahkan mempunyai 63 kes positif namun itu bukanlah jumlah yang sebenar. Dakwaan tersebut telah dikeluarkan oleh pihak One Utama sendiri setelah tular isu tersebut. Jadi kalau nak tahu dengan lebih lanjut mengenai perkara itu, bolehlah baca selanjutnya di bawah dan jangan lupa untuk like dan share page kami Kucing Media Online untuk info yang menarik dan berguna.

Disebabkan ada desas desus mengatakan bahawa pusat membeli belah 1 Utama mencatatkan 63 jumlah kes positif Covid-19, 1 Utama Shopping Centre tampil memberikan keterangan menerusi laman Facebook mereka untuk menepis khabar angin tersebut dan menceritakan hal sebenar. Merujuk kepada laporan Jawatankuasa Pengurusan Bncana Daerah (JBPD) Petaling bertarikh 14 Oktober 2020 berkenaan dengan kes Covid-19 di 1 Utama, mereka menjelaskan bahawa ianya disalah tafsir.

Dakwaan yang mengatakan kes Covid-19 yang datang daripada 1 Utama itu tidak benar. Pihak mereka telah menjalankan ujian saringan kepada 6,000 orang termasuk penyewa dan pekerja selama 2 hari (11-12 Oktober 2020) dan ia telah mencatatkan sebanyak 21 kes positif Covid-19. 20 orang yang terdiri daripada staff dalam mall dan seorang lagi terdiri daripada pihak pengurusan. Kesemua 21 kakitangan ini telah dikuarantinkan dibawah pengawasan KKM.

Dalam pada itu, 1 Utama juga perjelaskan bahawa laporan JBPD yang mengatakan 44 kes positif daripada pengawal keselamatan pusat membeli itu disalah erti. “44 kes positif pengawal keselamatan yang disebutkan dalam laporan JBPD Petaling TIDAK berasal dari 1 Utama dan bukan merupakan sebahagian daripada 6,000 ujian saringan besar-besaran yang kami jalankan.”

Ketika diberitahu oleh KKM bahawa ada 1 pengawal keselamatan disahkan positif, pihak 1 Utama meminta semua pengawal di bawah syarikat tersebut untuk diuji semula. Sebelum ini JBPD ada melaporkan bahawa 1 Utama mencatatkan 63 kes, dimana 1 kes terdiri daripada kakitangan bahagian pengurusan, 12 kes staff, 44 pengawal keselamatan dan 3 kes datang daripada pengunjung.- LobakMerah

Kluster One Utama: 63 kes positif.

Kompleks beli-belah One Utama telah ditutup untuk 14 hari bermula 11hb Oktober 2020 lanjutan daripada terdapat empat kes positif Covid-19, tiga melibatkan pekerja dan satu kes pengunjung. Bagaimanapun, Pegawai Daerah Petaling Johary Anuar memaklumkan setakat jam 12.00 tengah hari ini, terdapat 63 kes positif Covid-19 melibatkan “Kluster Kompleks Beli Belah One Utama.”

“Yang mana 59 kes daripadanya melibatkan kes di daerah Petaling dan baki empat kes adalah di luar daerah Petaling,” katanya pada satu kenyataan hari ini. Menurut Johary yang juga pengerusi jawatankuasa pengurusan bncana daerah, sejumlah 6,000 orang pekerja kompleks telah disaring oleh pengurusan Kompleks Beli Belah One Utama dan sehingga kini dilaporkan 16 orang pekerja telah disahkan positif covid-19.

“Saringan juga telah dijalankan dikalangan pekerja keselamatan dan didapati 44 orang pekerja keselamatan disahkan positif jangkitan covid-19. “Saringan pengunjung ke kompleks One Utama telah bermula pada 14hb Oktober 2020, dan seramai 110 orang pengunjung telah disaring,” katanya. Oleh yang demikian, jelas Johary pengurusan Kompleks Beli Belah One Utama diminta meneruskan saringan ke atas semua pekerja.

“Pekerja yang positif akan dirawat di hospital, dan kontak kepada pekerja positif perlu dikuarantin selama 14 hari dan menjalani saringan susulan sebelum diberi pelepasan. “Pihak pengurusan kompleks juga perlu memastikan syarikat keselamatan melantik pekerja keselamatan yang baru. Pekerja keselamatan yang dilantik juga bukan terdiri daripada kontak rapat kepada kes-kes positif pekerja keselamatan.

“Semua pekerja keselamatan yang baru perlu menjalani ujian saringan covid-19 sebelum mula bekerja,” katanya lagi. Pecahan kes menurut jawatankuasa bncana daerah adalah seperti berikut: 1) Pekerja Pengurusan Kompleks : Satu kes. 2) Pekerja kompleks : 15 kes (12 kes daerah Petaling dan tiga kes luar daerah). 3) Pekerja keselamatan : 44 kes.4) Pengunjung : Tiga kes (dua kes daerah Petaling dan satu kes luar daerah).

Untuk rekod, Kementerian Kesihatan berkata terdapat lima kes baru dalam 24 jam hingga tengah hari hari ini menjadikan 27 kes keseluruhan bagi “Kluster Utama”. Punca perbezaan ini tidak jelas. Malaysiakini telah meminta penjelasan dari Kementerian Kesihatan mengenai perkara itu. Pekerja Tesco Extra Mutiara Damansara diuji positif

Mengenai Kluster Bah Tropicana yang melibatkan Tropicana Golf & Country Resort pula, Johary berkata terdapat 25 kes setakat ini. Ini merangkumi tujuh kes awal yang kembali dari Semporna, Sabah dan 18 dari kontak rapat mereka.

Dalam perkembangan berasingan, Tesco Extra Mutiara Damansara yang berdekatan berkata pekerja pelatih yang bekerja di pasar raya besar telah diuji positif Covid-19. Oleh itu, Tesco berkata akan membersihkan dan membasmi kuman pasar raya besar itu semalaman dan akan dibuka semula pada pukul 10 pagi esok.

Pemberitahuan itu disiar di laman Facebook Tesco pada jam 8 malam tadi, tetapi seorang pelanggan memberitahu Malaysiakini bahawa kedai itu terus beroperasi selepas notis itu diposkan. Ketika dihubungi, kakitangan perkhidmatan pelanggan Tesco mengesahkan pasar raya itu terus beroperasi sehingga pukul 10 malam ini. Bagaimanapun, pelanggan itu mengadu bahawa dia secara tidak sengaja terus membeli-belah di pasar raya besar itu dan hanya diberitahu oleh seorang rakan selepas itu mengenai kes Covid-19 dikesan di sana.

Sumber: MalaysiaKini

Mengagumkan pusat beli belah One Utama taja ujian saringan secara percuma kepada pekerja mereka. Lebih mengejutkan apabila jumlah perbelanjaan yang dikeluarkan mereka dibayar oleh pihak itu sendiri. Ini jumlahnya.

Hampir semua pusat beli belah di sekitar Lembah Klang dipercayai terlibat dengan kes jangkitan Covid-19 dalam kalangan pengunjung mahupun kakitangan. Turut terkena tempias adalah One Utama Shopping Centre, Damansara. Setelah diarahkan tutup pada 11 Oktober susulan terdapat dua kes positif Covid-19 sepanjang minggu tersebut. Pihak pengurusan mengambil langkah drastik dengan menyediakan perkhidmatan swab test secara percuma kepada semua kakitangan mereka. Wow!

This image has an empty alt attribute; its file name is c-11-300x162.jpg

Berita baik ini dimaklumkan melalui akaun Facebook rasmi pusat beli belah tersebut dan memberitahu ini merupakan kali pertama mereka melaksanakan swab test secara besar-besaran. Taja RM1.5 swab test untuk 6000 pekerja Melalui posting yang sama, One Utama Shopping Centre telah berjaya menjalankan ujian ini kepada 6000 kakitangan daripada lebih 700 outlet di dalam pusat beli belah tersebut.

Apa yang mengejutkan lagi adalah jumlah perbelanjaan bagi kesemua kit ujian swab itu bernilai RM1.5 juta dan dibiayai sendiri oleh pihak mereka. Sesi swab test ini telah dijalankan kepada semua pekerja dalam tempoh hampir 20 jam selama dua hari iaitu pada 10 dan 11 Oktober. Seramai 10 doktor dan ahli perubatan turut bekerjasama dengan pihak pengurusan dalam menjayakan ujian ini.

Pihak One Utama juga menzahirkan permohonan maaf jika terdapat penangguhan sehingga ada di antara pekerja yang perlu menunggu lebih lama daripada masa yang dijadualkan. Mereka turut memberi sokongan penuh kepada para pemilik outlet untuk terus bertahan dan berharap agar premis mereka boleh beroperasi semula. Terbaiklah! Harap dengan usaha murni ini keselamatan dan kebajikan pekerja juga terjaga. Semoga kita bebas dari Covid-19 dan boleh sambung shopping. Yeay!

Sumber: LobakMerah

1 Utama diarah tutup lepas pekerja, pengunjung positif Covid-19

Kerajaan Selangor mengarahkan pusat beli-belah 1 Utama ditutup sementara bermula 11 Oktober setelah empat kes positif Covid-19 dikesan di sana. Perkara itu diumumkan Pegawai Daerah Petaling merangkap Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bncana Daerah Petaling, Johary Anuar dalam satu kenyataan hari ini.

Kes positif pertama di pusat membeli belah itu dilaporkan pada 5 Oktober, melibatkan seorang pekerja Mac City Service Centre, manakala kes kedua pada 8 Oktober melibatkan seorang pekerja Parkson Elite. Menurut Johary, dua lagi kes telah dilaporkan melibatkan pekerja dan pengunjung.

Pihak pengurusan 1 Utama dalam kenyataan menggesa pekerja dan pengunjung yang berada di bahagian kosmetik Parkson Elite (di aras G) serta Mac City Service Centre (di aras 2) dari 25 September hingga 7 Oktober untuk menghubungi Pejabat Kesihatan Daerah Petaling.

Setakat ini, ia berkata semua pekerja Mac City Service Centre telah disahkan negatif, begitu juga dengan kontak rapat pekerja Parkson Elite. “KKM telah mengesahkan sebilangan kecil kes di 1 Utama tidak berhubung atau tersebar oleh satu sumber, dengan individu yang dijangkiti tidak menunjukkan gejala ketika bekerja di premis penyewa kami,” katanya.

Pada masa sama, pihak pengurusan mengesahkan kompleks membeli belah itu hanya akan dibuka semula setelah semua pekerja 1 Utama dan penyewa menjalani ujian saringan. Selain itu, Johary juga memaklumkan penutupan Tropicana Golf Club & Country Resort di Petaling Jaya selepas lima pekerja di sana positif Covid-19. “Penutupan bermula pada 11 Oktober bagi tujuan membuat saringan untuk semua kontak rapat dan melakukan proses nyahkuman,” katanya lagi.-MalaysiaKini

Terkini pihak pengurusan pusat beli belah One Utama minta pengunjung yang mengunjungi satu bahagian di One Utama ni tampil buat ujian saringan.

Terkini pihak pengurusan pusat beli belah One utama mengarahkan orang ramai yang berkunjung di bahagian kosmetik Parkson Elite dan Mac City Service Centre supaya memudahkan kerja dengan tampil untuk melakukan ujian saringan disebabkan terdapat kes positif koronavirus (Covid-19). One Utama berkata, orang ramai yang berada di dua bahagian itu pada 25 September hingga 7 Oktober lalu boleh menghubungi Pejabat Kesihatan Daerah Petaling.

This image has an empty alt attribute; its file name is Ej8y9NVUYAEKBg1-210x300.jpg

Katanya, setakat ini semua pekerja Mac City Service Centre disahkan negatif, begitu juga dengan kontak rapat pekerja Parkson Elite. Kementerian Kesihatan mengesahkan sebilangan kecil kes di One Utama tidak berhubung atau tersebar oleh satu sumber dengan individu yang dijangkiti tidak menunjukkan gejala ketika bekerja di premis penyewa kami. “Kami juga menyediakan kemudahan untuk semua kakitangan One Utama dan kakitangan penyewa kami untuk menjalani ujian saringan Covid-19,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Seorang perunding kecantikan di Elite Parkson, Pusat Membeli Belah One Utama, Petaling Jaya disahkan positif koronavirus (Covid-19) selepas keputusan saringan pada 7 Oktober lalu. Media hari ini melaporkan berlaku empat kes positif melibatkan tiga pekerja dan seorang pengunjung di kompleks itu.

This image has an empty alt attribute; its file name is Ej94yNqVoAMjw_d-300x171.jpg

Kenyataan itu juga mengesahkan tentang penutupan sementara pusat beli-belah tersebut bermula esok untuk proses saringan kontak rapat dan proses nyah kuman atas nasihat KKM. Menurutnya, kompleks itu hanya akan dibuka semula setelah semua pekerja One Utama dan penyewa menjalani ujian saringan dan keputusan ujian itu diperoleh.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! dan Jangan lupa untuk Like pagi kami KUCINGMEDIA ONLINE. Jom baca artikel berkaitan dibawah untuk kefahaman mengenai kes covid 19 di One utama ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *