Terbaru PKPB akan dilaksanakan di satu lagi tempat bermula 17 Oktober hingga 30 Oktober yang diumumkan menerusi sidang media sebentar tadi.

Covid 19 Info Infomaklumat ISU SEMASA Semasa

Dalam sidang media perkembangan harian daripada Majlis Keselamatan Negara, memaklumkan bahawa kerajaan akan laksana Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di Labuan dari 17 Oktober hingga 30 Oktober 2020. Sidang media yang disampaikan oleh Datuk Seri Ismail sebentar tadi, pelaksanaan PKPB ini untuk membendung penularan wabak Covid-19 di Labuan.

Beliau berkata SOP yang digunakan di Selangor adalah sama untuk digunakan di Labuan. Bagaimanapun, beliau menasihatkan orang ramai agar tidak membuat pembelian panik kerana premis perniagaan masih dibenarkan buka dan mestilah mengikut SOP yang ditetapkan.

Sumber: Sidang Media MKN, Siakap Keli

Rupa rupanya ini antara sop semasa pkpb di Selangor Kuala Lumpur dan Putrajaya yang rakyat perlu tahu.


Perlaksaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat yang dikenakan ke atas seluruh Selangor, Wilayah Kuala Lumpur dan Putrajaya yang bakal dilaksanakan pada 14 Oktober 2020 ini menyaksikan bahawa kerajaan dan Kementerian Kesihatan Malaysia berusaha keras memastikan penularan wabak Covid-19 dapat diputuskan.

Sidang media hari ini memaklumkan beberapa prosedur operasi standard (SOP) yang perlu dipatuhi oleh rakyat di negeri ini. Menurut Datuk Ismail Sabri dalam sidang media, kawalan Pergerakan PDRM bertanggungjawab melaksanakan kawalan ke atas kawasan tempat jangkitan dengan bantuan ATM, APMM, APM & RELA.

1. Hanya dua orang sahaja yang dibenarkan untuk keluar dari rumah. Selain itu, hanya dua orang sahaja yang dibenarkan untuk keluar dari rumah bagi tujuan mendapatkan bekalan makanan serta keperluan-keperluan yang lain. Orang-orang yang berisiko tinggi dan kanak-kanak tidak digalakkan keluar ke kawasan awam, terbuka dan sesak.

2. Pergerakan keluar masuk merentas daerah dan negeri yang melibatkan kawasan PKPB adalah tidak dibenarkan kecuali bagi; Bagi kes kecemasan seperti sakit dan pengurusan jnzh di luar daerah adalah dibenarkan tetapi perlu mengemukakan permohonan pergerakan kepada pihak PDRM.

3. Pekerja-pekerja dibenarkan untuk merentas daerah dan negeri dengan syarat mempunyai pas pekerja yang sah atau surat kebenaran daripada majikan. Bagi pekerja dari dalam daerah yang sama, mereka tidak perlu mengemukakan surat majikan atau pas pekerja. Pihak kerajaan menggalakkan majikan membenarkan pekerja-pekerja mereka untuk bekerja dari rumah (work from home).

4. Individu yang perlu merentas melalui kawasan PKPB. Bagi mereka yang perlu melalui negeri Selangor dan Kuala Lumpur ke negeri-negeri lain, mereka dinasihatkan untuk mendapatkan kebenaran daripada balai polis berhampiran sebelum membuat perjalanan.

5. Individu yang menggunakan pergerakan udara. Bagi individu yang melalui KLIA, KLIA2 dan Subang, mereka juga perlu mendapatkan kebenaran daripada pihak Polis. 6. Hanya dua orang dibenarkan dalam satu kereta

Sumber: Sidang Media MKN

Baru Semalam Kerajaan Umumkan PKPB Di Selangor Kuala Lumpur Dan Putrajaya. Selain Rentas Daerah Mengejutkan Rupa Rupanya Ini Aktiviti Dilarang Yang Rakyat Perlu Tahu.

Situasi terkini jangkitan COVlD-19 di Malaysia difahamkan berada dalam situasi membimbangkan di mana sehingga 11 Oktober 2020 pukul 12:00 tengah hari, 561 kes baharu telah dilaporkan. Ini menjadikan jumlah kes positif COVlD-19 di Malaysia adalah sebanyak 15,657 kes. Oleh itu, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVlD-19 adalah 4,587 kes. Mereka telah diasingkan dan diberi rawatan.

Justeru orang ramai yang bimbang dengan keadaan itu mencadangkan agar kerajaan mengambil langkah-langkah perlu. Terkini, kerajaan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya bermula jam 12.01 tengah malam, 14 Oktober hingga 27 Oktober ini.

PKPB akan turut dilaksanakan di seluruh Sabah berkuat kuasa 12.01 tengah malam ini hingga 26 Oktober ini. Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, keputusan dibuat selepas mendapat nasihat daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan mengambil kira peningkatan kes serta penularan yang berlaku seperti di Klang, Petaling dan Gombak.

Aktiviti yang dilarang

” Antara aktiviti-aktiviti yang dilarang adalah seperti pergerakan keluar masuk atau merentas daerah adalah tidak dibenarkan. ” Bagaimanapun bagi pekerja yang perlu merentas daerah, mereka perlu menunjukkan pas kerja atau surat kebenaran daripada majikan.

” Selain itu, hanya dua orang sahaja dari sebuah rumah dibenarkan keluar untuk membeli barangan keperluan, semua sekolah, institusi pengajian tinggi, institut latihan kemahiran, tadika, taska, pusat tahfiz, taman-taman awam dan pusat rekreasi adalah ditutup. ” Masjid dan rumah ibadat bukan Islam lain adalah ditutup selain semua aktiviti sukan, rekreasi, sosial dan budaya termasuk majlis perkahwinan adalah tidak dibenarkan. ” Pusat-pusat hiburan dan kelab malam juga tidak dibenarkan,” katanya dalam pada sidang media, disini, hari ini.

Kegiatan ekonomi masih dibenarkan

Ismail Sabri berkata, walaubagaimanapun semua kegiatan ekonomi di Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya masih dibenarkan beroperasi seperti biasa. ” Senarai prosedur Operasi Standard (SOP)lanjut dan lebih terperinci akan diumumkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) dalam masa terdekat,” katanya.

Minggu lalu, kerajaan mengumumkan Kota Kinabalu, Penampang dan Putatan dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) berkuat kuasa 12.01 tengah malam 7 Oktober. Ismail Sabri Yaakob berkata, ia diputuskan menerusi Mesyuarat Khas Menteri-Menteri, berikutan situasi semasa COVlD-19 di kawasan berkenaan.

” Pergerakan keluar masuk di ketiga-tiga kawasan PKPB itu adalah tidak dibenarkan. ” Hanya perkhidmatan perlu (Essential Service) termasuk kilang dan rantaian yang berkaitan sahaja dibenarkan. ” Pihak Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri Malaysia (MITI) akan menyenaraikan jenis perkhidmatan perlu yang terbabit di kawasan itu,” katanya. Beliau berkata, pelaksanaan PKPB bertujuan membendung jangkitan dan penularan COVlD-19 serta membolehkan aktiviti pengesanan kes secara bersasar dilaksanakan.

Ramai yang bertanyakan bilangan penumpang yang boleh menaiki pengangkutan awam ketika PKPB. Ini had yang dikenakan dan harap semua maklum.

Kuala Lumpur: Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) kekal beroperasi dengan kapasiti penuh pada hari pertama pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di sini, hari ini. Ketua Hal Ehwal Media Prasarana, Azhar Ghazali berkata, operasi bas, monorel, Transit Aliran Massa (MRT) dan Transit Aliran Ringan (LRT) beroperasi seperti biasa dari 6 pagi sehingga tengah malam.

“Tinjauan seawal 6 hingga 9 pagi dilihat jumlah penumpang tren adalah seperti biasa namun mungkin berlaku sedikit penurunan berikutan ada syarikat yang memilih pekerjanya bekerja dari rumah. “Prasarana masih mengekalkan prosedur operasi standard (SOP) ketat sama seperti ketika Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP),” katanya ketika tinjauan pengangkutan awam di sini, hari ini.

Menurutnya, kesemua penumpang perlu mengamalkan kawalan kendiri ketika menggunakan perkhidmatan awam. “Semua penumpang perlu bertanggungjawab dan sama-sama membantu mengekang penularan wabak Covid-19 dengan memakai pelitup muka dengan betul dan bukannya jadikan ia sekadar syarat.

“Penumpang juga digalakkan kurangkan bercakap ketika menggunakan perkhidmatan awam bagi mengurangkan kebolehjangkitan virus,” katanya. Azhar Ghazali berkata, mengimbas kod MySejahtera atau mencatat nama dalam buku, mengesan suhu badan serta pemakaian pelitup muka masih lagi menjadi SOP wajib sebelum menaiki perkhidmatan awam.

Mengulas pemeriksaan surat pelepasan keluar bekerja penumpang, Azhar Ghazai berkata, pihaknya belum menerima arahan untuk berbuat demikian. “Setakat hari ini tiada arahan dikeluarkan Majlis Keselamatan Negara (MKN) untuk pihak kami memeriksa surat pelepasan keluar bekerja penumpang memandangkan MRT melalui laluan Selangor dan Kuala Lumpur.

“Walaupun begitu, pihak kami sentiasa bersedia dengan apa-apa arahan baru kerajaan terutama dalam membantu mengurangkan pergerakan keluar masuk atau merentas daerah dalam dua minggu PKPB ini,” katanya. Sementara itu, Pegawai Khidmat Pelanggan Syarikat Telekomunikasi, Farah Mahmud, 26, berkata, jumlah penumpang hari ini lebih ramai tidak seperti PKPB terdahulu.

“Malah, di pasar raya juga tiada pembelian panik kerana rata-rata rakyat sudah bersedia dan mempunyai pengalaman. “Saya sendiri sentiasa mengamalkan kawalan kendiri ketika menaiki pengangkutan awam dengan memakai pelitup muka dengan betul dan tidak duduk atau berdiri terlalu rapat dengan penumpang yang lain,” katanya.- HMETRO

Dah baca? Jangan lupa like & Share Page Kami Kucing Media Online untuk lebih banyak info dan kisah menarik.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *