Mengejutkan samada individu itu bergejala atau tidak mereka tetap mempunyai paras virus yang sama. Lebih mengejutkan ini yang dibongkarkan mengenai kesan virus covid 19.

Covid 19 Info Infomaklumat ISU SEMASA Semasa

Hingga kini, kita dapat lihat  virus corona ini masih lagi bertebaran di bumi ini, tidak terkecuali juga Malaysia. Public Health Malaysia dedahkan kajian dari Thorax  bahawa kes yang bergejala dan tidak bergejala mempunyai paras virus yang sama. Kajian ini telah melibatkan 213 kes positif di korea selatan.

Hal ini mengukuhkan lagi polisi untuk menggalakkan semua masyarakat memakai topeng muka, tiada yang terkecuali. Perkara ini amat penting untuk mengelakkan dari virus tersebut terus tersebar dan menjangkiti orang lain. Dinasihatkan juga untuk golongan yang berisiko tinggi untuk membuat saringan kerana ianya juga amat penting bagi menangani wabak ini.

Di Malaysia, kes positif baharu semalam (14 Oktober 2020) mencatat 660 kes dan mencatat sebanyak 5,768 kes aktif dengan 108 kes yang sedang dirawat di ICU. Sabah masih mencatatkan  angka yang paling tinggi dengan penambahan kes 429 semalam.

Sumber: Public Health Malaysia

Kerajaan tubuh jawatankuasa khas jaminan akses bekalan vaksin

PUTRAJAYA: Kabinet bersetuju menubuhkan Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin COVID-19 bagi memastikan vaksin itu dapat diperoleh pada kadar segera, selamat dan sempurna apabila ada. Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Khairy Jamaluddin, berkata jawatankuasa itu akan diketuai secara bersama oleh beliau dan Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba.

“Keputusan penubuhan jawatankuasa khas ini adalah penting bagi memastikan persediaan awal yang rapi dibuat sebelum bekalan vaksin diterima untuk kegunaan seluruh rakyat Malaysia,” menurutnya dalam kenyataan semalam.

Khairy berkata, jawatankuasa itu akan menyediakan rangka kerja dan pelan perolehan serta pengagihan vaksin COVID-19 apabila ia diluluskan untuk kegunaan di Malaysia. Menerusinya, beberapa jawatankuasa kecil dengan skop tugas tertentu akan turut dibentuk merentasi pelbagai kementerian dan agensi bagi memudah cara serta mempercepat pelaksanaan tugasan itu.

Beliau berkata, skop tugasan itu termasuk pemilihan vaksin, komunikasi, pendaftaran dan kelulusan, memudah cara perdagangan, kewangan, penstoran, logistik dan pengangkutan serta pengagihan vaksin. Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, Selasa lalu berkata, vaksin COVID-19 dari China mungkin digunakan di Malaysia menjelang akhir tahun ini dengan negara itu bersetuju memberi keutamaan kepada Malaysia sebagai penerima vaksin koronavirus. – BERNAMA

Mengejutkan muncul satu kluster baru selepas diumumkan kes positif covid 19 masih kekal 3 angka. Lebih mengejutkan Dr NoorHisham bongkarkan punca kewujudan kluster baru itu.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, hari ini memaklumkan bahawa terdapat satu kluster baharu dikesan iaitu Kluster Kencana melibatkan beberapa daerah di Selangor, Johor dan WP Kuala Lumpur. Kluster baharu ini dikenalpasti di Hulu Langat, Petaling, Klang dan Gombak di negeri Selangor, Cheras di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur serta daerah Johor Bahru, Batu Pahat dan Pontian di negeri Johor.

Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-13805) telah dikenal pasti positif COVID-19 hasil saringan individu bergejala pada 7 Oktober 2020 dan telah dimasukkan ke Hospital Sungai Buloh. Sejumlah 23 individu telah disaring, 2 individu masih menunggu keputusan.

Sumber: KKMPutrajaya

Terkini 660 kes baharu direkodkan untuk hari ini. KKM dedahkan punca kes ini berlaku yang melibatkan kes tempatan dan kes import dan harap semua maklum

PUTRAJAYA, 14 Okt – Kementerian Kesihatan (KKM) mengesahkan terdapat 660 kes baharu jangkitan COVID-19 dilaporkan hari ini. Angka tersebut menjadikan jumlah keseluruhan kes kini meningkat ke 17,540 kes. Ketua pengarahnya, Tan Sri Datuk Seri Noor Hisham Abdullah berkata,  daripada jumlah tersebut, hanya enam (6) kes merupakan kes import.

Sebanyak 654 kes adalah penularan tempatan dengan 608 daripadanya adalah warganegara dan 46 lagi bukan warganegara. Manakala 6 kes merupakan kes import. Sementara itu, terdapat 233 kes pulih dilaporkan hari ini dan empat kes pemergian dicatatkan. Maklumat lanjut menyusul.

Berita baik. China sudah bersetuju untuk mengutamakan Malaysia dahulu sebagai penerima vaksin Covid 19. Lebih mengejutkan ini jumlah yang dibekalkan.

Pandemik koronavirus ini sungguh memberi impak yang kuat kepada seluruh dunia. Manakan tidak, sektor ekonomi kian merudum, aktiviti-aktiviti perlancongan menanggung banyak kerugian, rakyat hilang pekerjaan.

Parah kerana jika rakyat tak mempunyai gaji atau sumber pendapatan untuk berbelanja, ekonomi takkan pulih kerana tiada kuasa membeli! Namun, sinar makin lama makin dilihat. Ubat bagi virus ini, vaksin, yang sepatutnya mengambil masa bertahun untuk dicipta dikatakan sudah berada di tahap terakhir. Sememangnya khabar baik buat semua.

Satu lagi perkhabaran baik yang dimaklumkan hari ini ialah, China setuju beri keutamaan kepada Malaysia bagi membekalkan vaksin Covid-19! Perkara ini dimaklmumkan sendiri oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin. Katanya, negara itu bersetuju untuk memberi bantuan pembekalan vaksin kepada rakyat Malaysia. – Berita Harian

“China adalah antara negara yang paling ke depan dalam penemuan vaksin dan saya difahamkan ia sudah berada di tahap akhir, di mana akhir tahun ini sudah ada vaksin yang boleh digunakan. “Menteri Luar China bersetuju untuk memberi keutamaan kepada Malaysia dan sukacitanya saya ingin mengatakan bahawa negara pertama yang akan dibantu adalah Malaysia.”

Di samping itu, TS Muhyiddin Yassin juga memaklumkan bahawa Malaysia akan menyertai satu badan yang akan membantu negara membangun bagi memperoleh vaksin dan tugas ini diberikan kepada Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi.

“Saya berikan tugaskan ini kepada Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin, kerana untuk menyertai badan ini kita kena bayar sejumlah wang yang agak besar.”Disebutkan mereka boleh bantu hanya 10 peratus daripada jumlah rakyat negara dan di Malaysia hanya tiga juta sahaja dibekalkan.” Semoga vaksin segera siap! Dan pandemik dapat diakhiri, amiinnnn.– Lobakmerah

Covid 19 belum reda terkini China digemparkan sekali lagi dengan kemunculan virus baru iaitu Norovirus. Hampir 11 mahasiswa di China tumbang gara gara virus ini.

Umum mengetahui virus Corona atau Covid-19 ini mula dikenal pasti di China pada hujung tahun 2019 dan telah merebak sehingga ke serata dunia. Sehingga kini, jumlah individu yang positif Covid-19 di seluruh dunia adalah seramai 37 juta orang. Manakala angka pemergian gara-gara pandemik ini pula adalah seramai lebih daripada 1 juta orang.

Tatkala berhempas pulas untuk menentang pandemik ini belum lagi tamat, China digemparkan sekali lagi dengan kemunculan virus baharu iaitu Norovirus. Lebih 70 orang mahasiswa mengalami simptom, 11 Positif. Lapor XinHua, virus tersebut telah kena sejumlah mahasiswa di sebuah universiti di daerah Taiyuan, ibu kota Provinsi Shanxi, China.

Seramai lebih daripada 70 orang pelajar dari universiti tersebut telah mengalami cirit-birit dan muntah-muntah sejak Rabu lepas. Perkara itu juga telah disahkan oleh pihak universiti menurut laporan media tempatan.

Jabatan Kawalan dan Pencegahan Penyakit Taiyuan telah mengambil sampel daripada 28 orang pelajar yang mengalami simptom tersebut. Mereka kemudiannya telah menjalankan ujian Norovirus pada Rabu dan Sabtu lalu.

Berdasarkan sumber universiti tersebut, hasil pemeriksaan ujian itu menunjukkan seramai 11 orang pelajar disahkan positif Norovirus. Sehingga semalam, seramai 22 orang pelajar yang mengalami cirit-birit dan muntah masih dirawat di hospital.

Pembasmian kuman dilaksanakan

Usaha pembasmian kuman telah dilakukan oleh Universiti Kewangan dan Ekonomi Shanxi di beberapa tempat. Antaranya termasuklah kompleks asrama, kelas, kafeteria dan kawasan awam yang lain. Selain itu, pendidikan kesihatan juga diperkukuhkan dan pemantauan berkaitan gejala Norovirus ini telah dilakukan terhadap semua staf dan pelajar universiti berkenaan. Pihak berkuasa kawalan dan pencegahan tempatan turut giat menyiasat sumber yang menyebabkan jangkitan tersebut berlaku.

Cara virus ini kena

Norovirus merupakan agen penyebab utama jangkitan usus yang menular melalui hubungan secara langsung atau tidak langsung dengan pesakitnya. Makanan merupakan cara utama virus ini boleh masuk dan seterusnya masuk pula ke dalam tubuh badan orang yang memakannya.

Simptom muntah dan cirit-birit disebabkan dijangkiti Norovirus ini biasanya bermula dalam tempoh 12 hingga 48 jam. Simptom ini juga boleh bertahan sehingga 3 hari! Cara untuk mengurangkan risiko dijangkiti virus ini adalah dengan kerap mencuci tangan, membasuh buah-buahan atau sayur-sayuran sebelum dimakan, menjaga kebersihan diri dan persekitaran. Kata kunci dia kat sini adalah sentiasa menjaga kebersihan diri dan tempat tinggal supaya tak dijangkiti virus berbahaya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *