Memberi lebih banyak ruang kepada Hospital Tawau merawat kes yang memerlukan penjagaan rapi. Terkini Hospital sementara di Tawau dibina khusus untuk pesakit ini.

Covid 19 Info Infomaklumat ISU SEMASA

Terkini persiapan mewujudkan Hospital Medan bagi menempatkan pesakit bukan Covid-19 giat dijalankan di Dewan Kompleks Sukan Tawau, di sini, hari ini. Hospital Medan yang terletak kira-kira sepuluh minit perjalanan dari Hospital Tawau itu dibina dengan kerjasama Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menerusi akaun Facebooknya berkongsi beberapa keping gambar persediaan dan kerja yang dilakukan di dewan terbabit. “Pesakit bukan Covid-19 dari Hospital Tawau akan dirawat di Hospital Medan ini, khususnya untuk perkhidmatan obstetrics & gynaecologypaediatricsorthopaedic dan operasi am.

“Ini akan memberi lebih banyak ruang kepada Hospital Tawau merawat kes yang memerlukan penjagaan rapi (pesakit Covid-19 kategori 3 hingga 5) termasuk yang dirujuk dari daerah berdekatan, khususnya Semporna,” katanya menerusi hantarannya, hari ini. Sementara itu, beliau berkata, bagi kes Covid-19 yang tidak mempunyai gejala atau gejala ringan (kategori 1 dan 2) akan terus ditempatkan Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 Berisiko Rendah (PKRC).

“Kementerian menzahirkan ucapan terima kasih kepada semua pihak terutamanya ATM yang membantu menjayakan Hospital Medan ini,” katanya. Harian Metro semalam melaporkan, ATM dalam kenyataannya memaklumkan, Perkhidmatan Kesihatan melalui Kor Kesihatan Diraja menghantar 72 petugas dan kelengkapan Hospital Medan ke Tawau, Sabtu ini. Ia membabitkan 12 pegawai dan 60 anggota sokongan perubatan yang akan dibawa melalui penerbangan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) bagi tempoh sekurang-kurangnya selama tiga bulan.

Sumber: HMETRO

Dr Noor Hisham menyeru lebih ramai penglibatan sukarelawan bagi membantu mencegah penularan wabak covid 19.

Seperti yang kita tahu, virus covid 19 semakin menular setiap hari. Di ambang gelombang ketiga ini dapat dilihat penat lelah frontliner, mahupon setiap masyarakat Malaysia sendiri memberi peranan besar bagi mencegah penularan wabak itu. Ayuh kita baca selanjutnya mengenai perkembangan covid 19 terkini dan jangan lupa untuk LIKE dan SHARE page KUCING MEDIA ONLINE untuk info lebih banyak dan menarik.

KETUA Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata 475 petugas perubatan dan kesihatan awam pelbagai kategori serta skim perkhidmatan digerakkan ke beberapa daerah di Sabah setakat Sabtu. Ujarnya, pasukan bantuan itu digerakkan ke Tawau, Lahad Datu, Semporna serta Kota Kinabalu bagi membantu menangani penularan pandemik Covid-19 dan mobilisasi pasukan itu dilakukan sejak awal peningkatan kes di sana.

Dr Noor Hisham berkata, penilaian keperluan sumber manusia akan terus dilakukan bagi membantu mengawal situasi penularan jangkitan Covid-19 di Sabah selain untuk memastikan kelangsungan perkhidmatan kesihatan di sana. “Kebajikan semua anggota kesihatan dan perubatan akan terus diutamakan bagi memastikan mereka selaku aset utama KKM dapat menjalankan tugasan mereka dengan baik.

“Terima kasih diucapkan kepada semua anggota kesihatan dan perubatan serta semua sukarelawan yang telah sama-sama membantu berjuang Covid-19 di Malaysia setakat ini,” katanya pada sidang akhbar secara maya yang disiarkan di Facebook KKM hari ini. Dr Noor Hisham turut menyeru lebih ramai sukarelawan perubatan dan kesihatan melibatkan diri untuk membantu KKM dalam menangani gelombang ketiga Covid-19.

Mengenai rancangan kerajaan untuk mengaktifkan Hospital Medan Angkatan Tentera Malaysia di Tawau bagi melaksanakan bantuan sokongan dalam merawat kes selain Covid-19, beliau berkata, hospital itu akan menyediakan perkhidmatan Obstetrik dan Ginekologi, Pediatrik serta Operasi Am.

“Ini akan memberi lebih banyak ruang kepada Hospital Tawau untuk merawat kes yang memerlukan penjagaan rapi (kategori 3-5) termasuk yang dirujuk dari daerah berdekatan, khususnya Semporna. “Kes yang tidak mempunyai gejala atau gejala ringan (kategori 1 dan 2) akan terus ditempatkan Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 Berisiko Rendah (PKRC),” katanya. Beliau berkata, perancangan awal KKM bakal menyaksikan 100 katil ditempatkan di hospital itu manakala kapasiti serta keperluan kemudahan lain akan dinilai dari masa ke masa. – BERNAMA

KKM menyeru sekali lagi penglibatan lebih banyak sukarelawan perubatan dan kesihatan untuk membantu KKM dalam menangani gelombang ketiga #COVID19. Koordinasi akan dijalankan oleh pihak CPRC Kebangsaan: (emel: mobilisasi19@gmail.com atau cprc@moh.gov.my).- Twitter KKM

“Pertempurn Frontliners Di Sabah Telah Hampir Ke Tahap bahaya” – Datuk Dr Noor Hisham Abdullah

Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah meluahkan rasa bimbangnya apabila perjuangan barisan hadapan atau frontliner di Sabah telah hampir ke tahap bahaya. Perkara itu dikongsi menerusi satu posting terbaru di Facebook rasminya, malam tadi.Menurut Noor Hisham, kesemua petugas barisan hadapan kini telah bersiap-sedia untuk menjalankan tugas di lapangan dalam usaha negara membendung penularan pandemik COVID-19. 

“Stratergi kami berdasarkan ‘community surveillance’‘contact tracing’ serta mengasingkan dan merawat pesakit yang dijangkiti, sekali gus memutuskan wabak menerusi kaedah memperkettkan kawalan di daerah dan sempadan.“Pertmpuran barisan hadapan di Sabah kini telah hampir ke tahap bahaya,” katanya.

Dalam pada itu, menerusi satu lagi posting di Facebook beliau, Noor Hisham turut memberitahu Ketua Pakar Perubatan Pnyakit Berjangkit Dr Suresh dan pasukannya telah pun berada di hospital Semporna, Sabah. “Beliau melihat kepada penambahbaikan dan memberi tunjuk ajar serta dorongan kepada semua warga kerja KKM. “Insha-Allah dengan usaha dan tawakkal semoga kita semua diberkati dan berjaya,” katanya.

Ekoran dengan peningkatan kes secara mendadak sekarang. Hospital Sungai Buloh siap sedia dijadikan pusat rawatan disebabkan penularan covid 19 lebih lebih lagi di negeri ini.

KUALA LUMPUR: Jabatan Kesihatan Selangor mengarahkan 12 hospital di negeri itu meningkatkan mod kesiapsiagaan masing-masing untuk menerima pesakit selain COVID-19 dari Hospital Sungai Buloh (HSB). Pengarah Kesihatan Selangor, Datuk Dr Sha’ari Ngadiman, berkata ia berikutan peningkatan kes COVID-19 yang mendadak di seluruh negara sejak kebelakangan ini terutama di Selangor. Sehubungan itu, beliau meminta HSB bersiap sedia bagi penukaran status dari hibrid kepada hospital penuh COVID-19.

“Berikutan peningkatan kes COVID-19 yang mendadak di seluruh Malaysia sejak akhir-akhir ini dan khususnya di negeri Selangor, Jabatan Kesihatan Negeri Selangor memohon meningkatkan tahap kesiapsiagaan untuk menerima pesakit selain COVID-19 dari HSB pada bila-bila masa. “Ini adalah selaras dengan Edaran Garis Panduan Preliminari Pelaksanaan Perkhidmatan Hospital Pasca Perintah Kawalan Pergerakan, Perkara 5.3.1 (iv) dengan jelas menyatakan bahawa hospital bukan COVID-19 perlu sentiasa bersedia untuk membantu sekiranya terdapat peningkatan kes COVID-19.

“Jabatan memohon pihak HSB untuk bersiap sedia bagi penukaran status dari ‘Hybrid COVID-19 Hospital’ ke ‘Full COVID-19 Hospital’ mengikut arahan dari semasa ke semasa,” katanya kepada BH, hari ini. Dalam satu surat edaran dalaman mengenai pemakluman kesiapsiagaan hospital di Selangor untuk menerima pesakit selain COVID-19 dari HSB bertarikh 2 Oktober 2020, ia menyenaraikan edaran untuk rujukan 12 pengarah hospital di negeri itu. Ia membabitkan Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang; Hospital Selayang; Hospital Serdang; Hospital Ampang; Hospital Ampang; Hospital Sungai Buloh; Hospital Kajang; Hospital Banting; Hospital Tanjong Karang; Hospital Kuala Kubu Bharu, Hospital Tengku Ampuan Jemaah, Sabak Bernam dan Hospital Orang Asli Gombak.

Kes jangkitan COVID-19 di negara ini kembali merekodkan tiga angka sejak tiga hari lalu menyaksikan kemungkinan tercetus gelombang baharu. Berdasarkan taburan kes COVID-19 Jabatan Kesihatan Selangor setakat semalam, 15 daripada 41 mukim di negeri itu dilabelkan zon kuning kerana mempunyai tidak lebih 40 kes aktif. Tiada mukim merekodkan lebih 41 kes aktif di negeri berkenaan sehingga menjadikan kawasan terbabit zon merah.

Sumber: BHONLINE

Terkini 4 sekolah di Tawau ditutup sampai ahad. Tergamam rupa rupanya ini punca sampai sekolah kena tutup.

TAWAU, 11 Sept (Bernama) — Empat sekolah, yang terdiri daripada Sekolah Menengah Kebangsaan Jambatan Putih, Sekolah Kebangsaan (SK) Jambatan Putih, SK Kukusan serta SK Bahagia di sini, ditutup bermula hari ini sehingga Ahad ini bagi tujuan pelaksanaan kerja-kerja nyah cemar di kawasan berkenaan.

Pegawai Kesihatan Kawasan Tawau Dr G Navindran berkata ia terdiri daripada proses itu adalah sebagai langkah berjaga-jaga dalam menangani penularan wabak COVID-19 di daerah berkenaan, dan sebarang perkembangan lanjut mengenai penutupan sekolah itu akan dimaklumkan kemudian.

Beliau pada masa yang sama menafikan maklumat tular hari ini kononnya kira-kira 30 premis di sini diarah tutup buat sementara waktu bagi tujuan proses nyah cemar selain pekerja premis perlu mengambil sampel COVID-19.

Menurutnya maklumat yang ditularkan itu merupakan arahan lama dan tiada hubung kait dengan kes atau kontak rapat membabitkan pagar besi Tawau. “(Maklumat) itu cerita lama, dan senarai itu sebenarnya adalah untuk dalaman sahaja, tetapi ia dikongsikan sehingga tular,” katanya ketika dihubungi di sini.

Maklumat yang tular di media sosial itu antaranya turut mendakwa Unit Inspektorat dan Perundangan (UIP) perlu melawat beberapa premis termasuk restoran dan gelanggang badminton serta membuat penilaian risiko. Sehingga semalam, 84 kes positif COVID-19 direkodkan, membabitkan kes Tawau.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *