Mahu nyanyikan lagu kak Nourul Depp di pentas Gegar Vaganza nanti. Terkedu ini respon balas Nourul Depp kepada Haslinda.

artis

Bersempena dengan Konsert Minggu Ke-2 Gegar Vaganza 2020, penyanyi Haslinda yang ditugaskan untuk membawa lagu Kerana Terluka ada meminta restu penyanyi asal, Nourul Depp. Menurut Haslinda, sebelum apa-apa yang berlaku, adalah lebih baik jika dirinya membuat permohonan maaf terlebih dahulu seandainya ada kekurangan sewaktu menyampaikan lagu tersebut nanti.

“Assalamualaikum..Hai Kak Nourul. Saya Haslinda. Saya akan menyanyikan lagu akak Kerana Terluka di minggu ke-2 Gegar Vanganza Ahad ini. “Maaf sekiranya penyampaian saya nanti kurang memuaskan ye kak. Terima kasih,” tulisnya.

Melihat pada mesej tersebut, ini respon balas yang diberikan oleh Nourul buat Haslinda; “Waalaikumsalam. MasyaAllah adik. How are you? I love your voice. Jangan risau nyanyi in your own way. Buat penyampian dan style Linda yang dah memang bagus.

“Don’t compare dengan akak. Memang lagu tu akak dah nyanyi beribu kali. Of course dah lain kan. Nyanyi style Linda. Akak doakan semuanya berjalan dengan lancar. “Do the best okay. Sending doas, love and kisses,” tulisnya.

Perbualan tersebut dikongsikan oleh Nourul menerusi akaun Instagram miliknya. Pada ruangan kapsyen pula, Nourul mengakui dirinya agak terkejut saat menerima kiriman mesej tersebut. “MasyaAllah tabarakallah. Dapat mesej ni pagi pagi tadi. Terkejut saya. Saya doakan untuk @haslinda_sehatisejiwa_official berjalan dengan lancar pada malam nak kena nyanyi #keranaterluka nanti.

“Tak perlu minta restu. Sampaikan sebaiknya. Jangan lupa sebelum nyanyi nanti, bacakan Al-Fatihah kepada penulis liriknya Mama Juwie ya. “Semoga terus dimurahkan rezeki. Semoga berjaya nanti. Aminnn aminnn ya rabbalalamin,” kongsinya lagi. Melihat di ruangan kapsyen, rata-rata warganet dilihat sudah tidak sabar untuk menyaksikan persembahan Haslinda di konsert minggu ke-2 GV2020 Ahad ini. GV7 bersiaran secara eksklusif menerusi saluran Astro Ria (124) dan Astro Ria HD (104) serta turut boleh diakses di aplikasi Astro Go.

Sumber: Instagram Nourul Depp

Terkedu Nourul Depp bagi teguran padu untuk individu yang mempunyai sikap sombong dalam diri. Ini tegurannya sehingga buat warganet tergamam.

Penyanyi, Nourul Depp ada memberi reaksi terhadap individu yang mempunyai sikap riak dan sombong dalam diri. Kongsi Nourul, dia turut ingati pesan ramai ketika awal dirinya mula ceburi dunia seni, nak akui tiada untung andai sombong pada orang lain.

“Dulu orang pesan, jadi artis nanti, dah famous jangan sombong. Kami marah kalau orang dok pesan lagu tu. “Ni masa muda lah. Sebab mak pak kami tak ajaq sombong kat orang. Mak Pak berdua pun tak pernah sombong. So kita anak anak pun jadi ikutan.

“Sampai satu masa bila dah cerdik sikit, kami jawab pada yang selalu dok kata kami sombong. Kami kata kami nak sombong apa. Mati esok semua nak lalui yang sama,” katanya. Nourul turut mendoakan agar dijauhkan sikap sedemikian yang hanya merugikan diri.

“Nak sombong ka, nak menipu orang ka, atau nak buat apa apa jahat atau pun yang baik; lalui yang sama. “Semua akan mereput jugak. Lagipun Rasullullah tak suka orang yang sombong. Orang sombong ni rugi! Lebih sedih bila dia rasa macam dia nak hidup 1000 tahun. So dok ego situlah.

“Manusia ja kita ni. Semua serba kekurangan. Tambah ilmu yang kita boleh faham supaya tak datangnya bongkak, sombong dan tamak haloba. “Minta dijauhkan sifat itu Untuk pedoman bersama. Semoga dimanfaatkan. Thank you @__servant__of__allah__ for sharing. And @ayu_ace,” tulisnya panjang lebar.

Bahagia harmoni bersama keluarga tersayang, Nourul berkahwin dengan Eric Daniel Depp dan pasangan itu dikurniakan tiga orang cahaya mata iaitu Zachary Depp, Raphael Depp dan Isabella Depp. Sebelum ini, Nourul pernah mendirikan rumah tangga dengan penyanyi dan komposer, Ajai pada Disember 1996 dan berpisah pada Februari 2007. Hasil perkahwinan tersebut, mereka dianugerahkan seorang cahaya mata perempuan, Ayu Nazirah.

Sumber: Media Hiburan

Akibat melakukan sesuatu ini. Nourul Depp terus dikritik teruk dengan warganet. Lebih mengejutkan Nourul Depp akan mengambil tindakan undang undang atas kata kata kesat mereka.

Penyanyi Nourul Depp akan mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak yang menyebarkan kebencian dan mencetuskan provokasi terhadapnya berhubung isu kesilapan tweet pada Rabu. Kata Nourul, dia mengakui kesilapannya namun terkesan dengan komen yang ditulis segelintir pengguna di media sosial.

“Seram dengan mulut sesetengah lelaki sekarang. Yang kata mulut perempuan teruk, tolong fikir balik. “Memanglah salah kami. Tapi perlukah mengkritik macam ni? Pasai kami salah tak kenai menteri. “Saya akan mendapatkan khidmat peguam untuk tindakan undang-undang selanjutnya.

“Terima kasih kerana menunjukkan diri anda yang sebenar.  “Saya akui itu salah saya, tapi untuk menyebarkan kebencian seperti ini, ia tidak elok. Kita tengok apa yang boleh kita buat nanti,” tegasnya menerusi ciapan di Twitter pada Khamis. Nourul merujuk komen yang ditulis menerusi medium Instagram seorang pengguna selepas ciapannya pada Rabu.

Nourul pada Rabu menulis pesanan kepada Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah, Datuk Masidi Manjun untuk menyampaikan mesej mengenai pembangunan bangunan di tengah-tengah bandaraya Kuala Lumpur hingga menyebabkan peningkatan kes denggi.

“Tolong hentikan pembinaan kondominium dan apartmen di tengah-tengah bandar Kuala Lumpur. Bangunan semua dah rapat dan kes denggi pun meningkat. “Siapa yang akan membeli kondominium tersebut? Tolong periksa pemaju-pemaju di Bukit Ceylon. Terima kasih,” tulis Nourul.

Bagaimanapun, Nourul ditegur warganet memandangkan menteri yang digesanya itu merupakan Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan di Sabah, bukannya di Kuala Lumpur. Susulan ciapan Twitter tersebut, warganet mengkritik pelantun lagu Kerana Terluka itu hingga menulis komen yang kasar termasuk panggilan ‘tidak cerdik’.

“Saya sudah mengaku kesilapan saya dan saya mohon maaf kerana tersalah tweet menteri. Beliau hanya bertanggungjawab untuk negeri Sabah, bukan di persekutuan. “Semua manusia ada buat salah. Sama ada untuk mengaku atau tidak. Kita tengok siapa yang ‘buduh’,” tulisnya.

Sumber: Gempak

Anak terpaksa dimasukkan ke hospital. Nourul Depp kongsi detik cemas dan punca anak dia dimasukkan ke hospital dan harap semua doakan terbaik buat anaknya

Baru-baru ini, penyanyi Nourul Depp berkongsikan detik cemas apabila anak lelakinya, Raphaael Depp telah dimasukkan ke hospital disebabkan demam denggi.Nourul berkata anaknya turut didatangi sawn selepas kali terakhir berlaku pada tahun 2018. Menerusi Instagram, Nourul turut berkongsikan keadaan anaknya yang kini berada di hospital.

“Dah balik ‘merentas desa’ dari Cyberjaya ke Shah Alam dan ke Kuala Lumpur, anak kuat kami ni demam dan kena lagi fibral fit dia tu. Selepas sudah dua tahun solid tak kena.“Mak dia jenuh berkuntau dalam kereta bila dia kena tarik dalam panas lit lit balik sekolah lepas sekolah call. Haaa apa lagi masuk hospital lah,” tulisnya.

Menurut Nourul, anaknya itu telah disahkan menghidap demam denggi dan dimasukkan ke wad di sebuah pusat perubatan untuk rawatan lanjut. Nourul berkata luruh hatinya melihat apabila anaknya sawn meskipun hanya beberapa minit.“Sekali check darh laaaaa … patutlah demam sat sat. Rupanya denggi! Biadp punya nyamuk. Hang saja suka anak kecik kan.

“Mak mana tak risau. Kami panik jugak la. Ya Allah… luruh hati tengok dia tarik dalam seminit setengah tu,” katanya.Nourul mendirikan rumah tangga bersama seorang jejaka iaitu Eric Daniel Depp dan telah dikurniakan tiga orang cahaya mata iaitu Zachary Depp, Raphael Depp dan juga Isabella Depp.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *