Gangguan air di kawasan yang terjejas akan pulih sepenuhnya pada pukul 12.30 tengahari ini. Ini senarai kawasan di Selangor yang terlibat dan harap semua penduduk beri perhatian.

berita Info Infomaklumat ISU SEMASA Semasa

KUALA LUMPUR – Bekalan air di 15 kawasan di Wilayah Klang dan Shah Alam yang mengalami gangguan susulan insiden paip pecah semalam dijangka pulih sepenuhnya jam 12.30 tengah hari ini. Ketua Komunikasi Korporat Pengurusan Air Selangor (Air Selangor), Elina Baseri berkata, pengguna telah mula menerima bekalan air seawal jam 4.30 pagi dan pemulihan air di kawasan yang terjejas adalah secara berperingkat berdasarkan jarak lokasi premis pengguna dan tekanan air pada sistem agihan.

“Air Selangor ingin memaklumkan bahawa kerja-kerja pembaikan paip pecah yang berlaku berhampiran pencawang elektrik di Jalan Bukit Raja, Klang semalam telah siap sepenuhnya jam 4 pagi tadi,” katanya. Katanya, maklumat bekalan air akan dimaklumkan dari semasa ke semasa melalui semua saluran komunikasi rasmi Air Selangor dalam Facebook, Twitter dan Instagram serta aplikasi telefon pintar Air Selangor dan laman sesawang di www.airselangor.com. – Bernama


Diharapkan semua penduduk ambil cakna dengan keadaan sekarang bagi mengelakkan berlakunya masalah nanti ya. Untuk tau info yang lebih menarik dan bermanfaat jangan lupa like dan share pagi kami Kucing Media Online. Terima kasih!!

Gangguan bekalan air berlaku sekali lagi. Pihak Air Selangor memaklumkan tempat tempat yang terjejas di Selangor dan harap semua maklum dengan tempat yang dikehendaki.

Menerusi kenyataan media Air Selangor, pihaknya memaklumkan bahawa Loji Rawatan Air Sungai Semenyih dan Bukit Tampoi terpaksa dihentikan sepenuhnya berikutan pencemaran air mentah di Sungai Semenyih yang menjadi sumber utama ke loji-loji ini.

Penghentian loji-loji ini akan memberi kesan kepada 274 kawasan mewakili 309,687 akaun pengguna. Empat wilayah iaitu Wilayah Petaling, Hulu Langat, Kuala Langat dan Sepang akan mengalami gangguan bekalan air.Perkara ini telah dilaporkan kepada Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) dan tindakan lanjut akan diambil bagi mengenal pasti punca pencemaran air di Sungai Semenyih dan kawasan berhampiran. Pihak Air Selangor, turut mengaktifkan Pelan Tindakan Kecmasan (ERP) bagi mendapatkan bantuan kepada pengguna-pengguna yang terjejas.

Kawasan yang terjejas

Buat masa ini pihak Air Selangor masih belum dapat menjangkakan tempoh masa pengoperasian semula loji dan pemulihan bekalan air. Pihak Air Selangor akan memaklumkan sebarang perkembangan dari semasa ke semasa berkaitan kejadian ini kepada pengguna.Pengguna juga boleh mendapatkan maklumat terkini mengenai bekalan air di Selangor menerusi Facebook, Twitter dan laman web Air Selangor.Sumber:  Air Selangor

Belum tamat lagi isu ini. Terkini rata rata masyarakat selangor luahkan perasaan mereka selepas isu air tak selesai lagi. Ini luahan mereka.

Dengkil: Rata-rata penduduk di Selangor sudah penat dengan masalah ketiadaan air hingga mengganggu urusan harian mereka terutama peniaga. Kekerapan ketiadaan air menyebabkan mereka kini sudah hilang sabar angkara sikap tidak bertanggungjawab pemilik kilang atau perusahaan yang melakukan pencemaran di negeri berkenaan.

Peniaga di Kampung Jenderam Hilir, A Ramli Harun, 47, berkata, isu air sudah berlarutan sudah lama dan setiap tahun pastinya penduduk Selangor akan berdepan dengan masalah berkenaan. “Kami sudah penat, setiap tahun pasti akan berlaku isu ketiadaan air, masalah ini menjejaskan perniagaan saya. Perniagaan kami boleh terjejas, bayangkan kami sudah beli bahan mentah segar untuk masak dan jika tiada air pastinya kami tidak dapat beroperasi seperti biasa,” katanya kepada Harian Metro.

Menurutnya, kerajaan perlu mengambil tindakan tegas dan membawa pihak bertanggungjawab ke muka pengadilan. “Isu pencemaran ini bukan pertama kali dalam Selangor. Pencemaran ini memberi kesan kepada semua pihak, harap tindakan tegas dapat diambil,” katanya. Bagi seorang lagi penduduk, Salmah Katin, 63, berkata, dia berharap kerajaan negeri dapat melakukan sesuatu sebelum kejadian lebih buruk berlaku.

“Ketiadaan air memang menjadi bebanan kepada kami, tolonglah selesaikan segera,” katanya. Sementara itu, bagi penduduk Kampung Jenderam Hilir, Nor Hayati Lamyat, 46, pula berharap isu itu dapat diselesaikan segera. “Jika tiada air satu dua hari kita masih boleh terima, tetapi kalau berpanjangan dalam tempoh seminggu memang bawa masalah,” katanya.

Sumber: HMetro

Gangguan air di Kuala Selangor pada 13 Oktober

Tanjong Karang: Sebanyak 28 kawasan di wilayah Kuala Selangor akan mengalami gangguan bekalan air berjadual mulai 9.30 pagi, 13 Oktober ini. Bekalan air di 28 kawasan terjejas itu susulan Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Sireh dihenti tugas sementara waktu dan dijangka pulih 10 malam, hari yang sama.

Ketua Komunikasi Korporat Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) Elina Baseri berkata, kerja penggantian injap akan dijalankan sepanjang tempoh henti tugas itu. “Pelaksanaan kerja penggantian injap di LRA Sungai Sireh ini akan membolehkan loji beroperasi dengan lebih cekap selain memastikan semua peralatan sentiasa berada dalam keadaan baik dan optimum.

“Penambahbaikan infrastruktur loji ini juga sebahagian daripada usaha Air Selangor untuk meningkatkan kualiti demi keselesaan para pengguna di masa hadapan,” katanya dalam kenyataan, hari ini. Elina berkata, tempoh masa gangguan dan pemulihan bekalan air berbeza mengikut kawasan dan bergantung pada jarak lokasi premis pengguna dari LRA Sungai Sireh dan tekanan air pada sistem agihan.

“Air Selangor menasihatkan para pengguna yang terjejas agar menyimpan bekalan air secukupnya dan menggunakan air secara berhemah sepanjang tempoh gangguan bekalan air berjadual ini. “Pengguna boleh merujuk aplikasi rasmi Air Selangor di Facebook, Instagram dan Twitter, atau menghubungi Pusat Perhubungan Air Selangor di talian 15300 atau melayari laman sesawang di www.airselangor.com,” katanya.

Senarai 28 kawasan yang terjejas: 1. Bagan Tengkorak. 2. Jalan Ban Canal 3. Jalan Kunci Air Buang 4. Kampung Ampangan 5. Kampung Haji Razali 6. Kampung Melaka/ Kampung Kilat 7. Kampung Pinang 8. Kampung Seri Tiram Jaya 9. Kampung Sungai Burong 1 Parit 1 – Parit 4 . 10. Kampung Sungai Kajang 11. Kampung Sungai Tengi Kiri (Pekan Tanjung Karang) 12. Kampung Tok Adam 13. Kampung Ulu Tiram 14. Lorong Bahagia 15. Parit 1 Sungai Burong 16. Seluruh kawasan Sawah Sempadan Blok A – Z 17. Sungai Burong Sawah Parit 1 – Parit 4 18. Sungai Sireh Lorong 1 – 23. 19. Taman Desa Jaya. 20. Taman Kopema 21. Taman Radin Jaya. 22. Taman Sri Bakti 23. Taman Sri Desa 24. Taman Sri Jaya 25. Taman Sri Setia 26. Taman Sri Tanjong 27. Taman Tanjung Karang/ Taman Ria Min/ Taman Ketam 28. Taman Wawasan.

Gangguan air di Selangor akan pulih pada pukul 10 malam ini. Ini senarai kawasan di Selangor yang terlibat dan harap semua penduduk beri perhatian.

Sebelum ini berlaku gangguan bekalan air yang telah diumumkan lebih awal bagi persiapan kepada penduduk di kawasan-kawasan yang terjejas. Sebanyak 28 kawasan di wilayah Kuala Selangor yang mengalami gangguan bekalan air berjadual bermula 9 pagi tadi dijangka pulih sepenuhnya pada 10 malam ini. Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) dalam kenyataan hari ini memaklumkan ia berikutan kerja penggantian injap di Loji Rawatan Air Sungai Sireh (LRA Sg Sireh) yang akan dilaksanakan pada 6 petang ini.

“Bekalan air akan mula disalurkan kepada pengguna sejurus kerja-kerja tersebut selesai dilaksanakan,” menurut kenyataan itu. Senarai kawasan yang akan mengalami gangguan bekalan air berjadual adalah seperti berikut: Bagan Tengkorak, Jalan Ban Canai, Jalan Kunci Air Buang, Kampung Ampangan, Kampung Haji Razali, Kampung Melaka/ Kampung Kilat, Kampung Pinang.

Kampung Seri Tiram Jaya, Kampung Sungai Burong 1 Parit 1 – Parit 4, Kampung Sungai Kajang, Kampung Sungai Tengi Kiri (Pekan Tanjung Karang) Kampung Tok Adam, Kampung Ulu Tiram, Lorong Bahagia Parit 1 Sungai Burong. Seluruh kawasan Sawah Sempadan Blok A – Z. Sungai Burong Sawah Parit 1 – Parit 4. Sungai Sireh Lorong 1 – 23. Taman Desa Jaya. Taman Kopema. Taman Radin Jaya. Taman Sri Bakti. Taman Sri Desa. Taman Sri Jaya. Taman Sri Setia. Taman Sri Tanjong. Taman Tanjung Karang/ Taman Ria Min/ Taman Ketam. Taman Wawasan.

Untuk maklumat lanjut, pengguna boleh melayari laman sesawang Air Selangor di www.airselangor.com juga kesemua saluran komunikasi rasmi seperti aplikasi Air Selangor, Facebook, Instagram dan Twitter, atau hubungi Pusat Perhubungan Air Selangor di talian 15300.

Sumber: HMETRO

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *