Dah rancang bercuti tapi kena batalkan juga. Fouziah Gous dedahkan punca percutiannya dibatalkan serta merta dan mendoakan apa yang berlaku ini untuk kebaikan bersama.

artis Covid 19

Setelah dikejutkan dengan keadaan jalan yang sesak akibat semua mahu pulang ke kampung dan sebagainya disebabkan pelaksanaan PKPB baru baru ini dan tidak dinafikan juga ramai yang terpaksa ubah kembali perancangan selepas pihak kerajaan melaksanakan kembali Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di seluruh negeri Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur serta Putrajaya bermula 14 Oktober.

Pelakon dan usahawan, Datin Fouziah Gous misalnya ada memberitahu sebelum ini dia sudah mempunyai perancangan untuk bercuti. Bagaimanapun, Fouziah atau nama sebenarnya Nor Fouziah Mohd Gous terpaksa membatalkan hasrat tersebut kerana perlaksanaan PKPB selain mendoakan apa yang berlaku adalah demi kebaikan bersama.

“Flight cancel ke hari ni #pkpb? Cuba mengaku siapa yang sudah plan holiday tapi terpaksa cancel semua. “Semoga dapat refund balik ye semua. Alhamdulillah semua yg berlaku adalah untuk kebaikan kita bersama,” tulisnya. Untuk rekod, Fouziah mendirikan rumah tangga bersama Datuk Mohd. Zafran Md Yusof pada 21 September 2013 dan dikurniakan dua cahaya mata.

Foto : Instagram Fouziah Gous

Sanggup lepaskan tangan lari tinggalkan isteri. Fouziah Gous tanpa ragu bongkarkan realiti perangai suami lepas dah lama berkahwin


Pelakon Datin Fouziah Gous menyambut ulang tahun perkahwinannya yang ketujuh hari ini.Sempena hari yang cukup bermakna itu, Fouziah turut memuat naik sebuah video khas yang didedikasikan buat suaminya, Datuk Mohd. Zhafran Md. Yusof.Begitupun, dalam satu entri berasingan, Fouziah turut berkongsi ragam sebenar suaminya selepas sudah tujuh tahun hidup bersama.

Katanya, mungkin ramai yang menganggap bahawa suaminya itu menjadi seorang yang semakin romantik walaupun sudah lama mendirikan rumah tangga.Begitupun, menerusi entri tersebut Fouziah memuat naik dua keping foto perbandingan yang memaparkan realiti sebenar ‘perangai’ suaminya.

“Mesti korang dapat rasa yang hubungan kami makin romantik, suami siap hulur tangan bila hujan turun. Sweet kan siap hulur tangan! Ni lah suami saya dari awal perkahwinan kami (sindiran).”Realiti selepas tujuh tahun, suami lepaskan tangan lari tinggalkan isteri untuk selamatkan diri! Tak nak kena hujan! Inilah suami saya setelah tujuh tahun. Sekian!,” ceritanya sambil berseloroh.

Begitupun, posting tersebut kemudian turut mendapat perhatian suaminya yang menjelaskan situasi sebenar di ruangan komen.”Sebenarnya, isteri saya ini lasak orangnya. Jadi saya fikir, jika saya memegang tangannya, boleh membantut dan perlahankan pergerakannya nanti.”Jika dibiarkan, lebih bebas, mudah dan pantas pergerakannya,” jelasnya.Fouziah mendirikan rumah tangga dengan Zhafran pada September 2013.Pasangan itu dikurniakan dua cahaya mata, Muhammad Zheeshan, 5, dan Zaheen Yusof yang kini berusia tiga tahun.-gmpk

Suami Fouziah Gous jelaskan gelaran Datuk, Datin

-Gelaran itu hanya dipakai ketika acara-acara rasmi yang melibatkan kerja saya sahaja. Saya pun bukan selebriti jadi tak perlulah nak dihebah-hebahkan.” – MINGGU lalu heboh diperkatakan mengenai status pelakon cantik Fouziah Gous yang kini bergelar datin.Fouziah berdiam diri menggenai perkara ini. Namun, Sinar Harian telah mendapatkan komen daripada suaminya Datuk Zhafran Md Yusof.Menurut Zhafran, sebenarnya gelaran Datuk tersebut sudah lama diperolehi.

“Gelaran itu hanya dipakai ketika acara-acara rasmi yang melibatkan kerja saya sahaja. Saya pun bukan selebriti jadi tak perlulah nak dihebah-hebahkan.“Sekarang bila semua dah tahu, nak panggil Datuk boleh, nak panggil Zhafran pun lagi bagus. Saya tak ada masalah,” ujar suami Fouziah ini ikhlas.

Sementara itu ditanya pula mengenai isterinya, Zhafran menjelaskan pendirian mereka sama.“Nak panggil Fouziah boleh, nak panggil datin pun terpulanglah.“Namun kalau ikut beliau, selesa dipanggil Fouziah sahaja. Cuma kalau acara rasmi bersama saya, tak boleh elak. Bagi kami okay sahaja,” katanya lagi yang kini sedang bercuti di Kota London bersama Financial Genius Group.- Awani

Gara gara ramai rakyat yang balik ke Kelantan selepas dikenakan PKPB. Terkini Jabatan Kesihatan Kelantan sarankan individu yang pulang ke Kelantan dari Selangor KL dan Putrajaya perlu kuarantin 14 hari.

KOTA BHARU – Jabatan Kesihatan Kelantan mengingatkan individu yang pulang ke negeri ini dari dari Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya agar menjalani kuarantin di rumah selama 14 hari sebelum bergaul rapat dengan ahli keluarga yang lain.

Pengarahnya, Datuk Dr. Zaini Hussin berkata, saranan itu berikutan pengumuman Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di tiga kawasan tersebut. “Sekiranya dapat menyediakan inap desa, ia adalah lebih baik. Jika tinggal serumah, asingkan mereka di bilik berasingan yang mempunyai kemudahan bilik air.

“Makanan dan minuman perlu dihantar ke dalam bilik selain dinasihatkan supaya tidak berada di luar bilik. Sekiranya keluar bilik, mereka perlu memakai pelitup muka dan penjarakan fizikal sekurang-kurangnya satu meter dari ahli keluarga lain,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Kenyataan itu berikutan kerajaan membuat pengumuman tiga kawasan tersebut dikenakan PKPB bermula pukul 12 malam ini yang berkemungkinan besar dan ramai individu akan keluar dari kawasan tersebut menuju ke Kelantan.

Mengulas lanjut, menurut Zaini, dalam tempoh 14 hari itu, mereka digalakkan untuk membeli makanan dari kedai atau dalam talian menggunakan khidmat penghantar makanan dengan membayar secara dalam talian.

Katanya, mereka yang mula bergejala perlu dibawa ke klinik kesihatan berdekatan untuk proses saringan. “Jabatan Kesihatan Kelantan akan menyaring semua perantau bergejala yang datang dari kawasan tersebut berisiko dalam masa 14 hari.

“Bagi yang mempunyai gejala setelah kontak dengan mereka perlu ke fasiliti kesihatan untuk pemeriksaan lanjut. Sekiranya, anda atau ahli keluarga perlu melakukan swab, jangan risau kerana proses tersebut tidak s4kit dan merbahaya,” katanya. -K! ONLINE

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Sumber : Kosmo

SOP PKPB Mukim Klang Terbatal, Kini Selaras Seluruh Selangor – Ismail Sabri

PUTRAJAYA, 14 Okt – Prosedur operasi standard (SOP) bagi Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang dikuatkuasakan di mukim Klang, Selangor sebelum ini terbatal.Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menjelaskan, SOP tersebut kini sudah diselaraskan dengan pelaksanaan PKPB di seluruh Selangor.SOP PKPB Mukim Klang sebelum ini batal selaras PKPB di Selangor, WP,KL dan Putrajaya mulai hari ini .

Dalam pada itu tambahnya, sebarang kemaskini mengenai peraturan solat di masjid pula akan diumumkan oleh pihak berkuasa agama negeri dalam masa terdekat.Beliau berkata demikian dalam sidang media perkembangan PKP Pemulihan secara sidang video hari ini.Semalam, Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) memutuskan untuk menangguhkan solat Jumaat, solat fardhu lima waktu berjemaah dan aktiviti-aktiviti imarah di semua masjid dan surau sekitar Selangor yang berkuatkuasa mulai Subuh tadi.

Ia dilaksanakan selaras dengan pelaksanaan PKPB di seluruh negeri sebagai usaha memutuskan rantaian penularan jangkitan COVID-19.Sebelum itu juga, Majlis Keselamatan Negara juga bertindak melaksanakan PKPB di seluruh Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya bermula tengah malam tadi sehingga 27 Oktober ini. Sumber: Ismail Sabri

Orang Ramai Diminta Bertenang, Jangan Buat Pembelian Panik, KPDNHEP

PUTRAJAYA, 14 Okt – Orang awam dinasihatkan supaya bertenang dan tidak membuat pembelian panik berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang dikuatkuasakan sejak tengah malam tadi.Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, bekalan barang terutamanya makanan dan barang keperluan masih dijamin mencukupi pada harga yang stabil dan munasabah.

“Kementerian telah membuktikan melalui tindakan yang telah diambil untuk memastikan bekalan makanan tidak terputus semasa PKP dilaksanakan dahulu.“Kementerian mempunyai 2,269 anggota penguatkuasa di seluruh negara yang sentiasa memantau dan memeriksa bagi memastikan bekalan mencukupi dan harga stabil tanpa kenaikan mendadak,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Dalam pada itu, pengilang, pengeluar, pemborong dan peruncit diingatkan untuk memastikan semua bekalan keperluan sentiasa mencukupi.Dalam masa sama, pengguna turut dinasihatkan untuk membeli barangan mengikut keperluan sahaja dan tiada keperluan untuk menyimpan stok berlebihan.“Pengguna juga digalakkan membuat pembelian secara atas talian bagi mengurangkan pergerakan fizikal ke premis perniagaan.

“Secara tidak langsung, kita dapat membantu memutuskan rantaian pandemik COVID-19,” tambah kenyataan itu lagi.Sebarang aduan boleh disalurkan kepada KPDNHEP melalui portal dan emel ke e-aduan@kpdnhep.gov.my, talian 1-800-886-800, aplikasi Ez ADU, Enforcement Command Centre (ECC) di talian 03-8882 6245/6088, Malaysia Government Call Centre di talian 03-8000 8000 atau WhatsApp ke 019-279 4317.Mengimbas kembali, seluruh negeri Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya telah dilaksanakan PKPB bermula tengah malam tadi sehingga 27 Oktober ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *