Baru sahaja memenangi tempat kedua dalam sebuah program. Usop dedah hasrat kahwin dengan anak mami dan siap bongkarkan kekasihnya lebih tinggi daripadanya

artis

Usop sertai Big Stage kerana ingin berkahwin.PENYANYI Usop mengakui sudah mempunyai kekasih dan berhasrat untuk mendirikan rumah tangga sebelum menyertai program realiti Big Stage 2020.Menurut Usop atau nama sebenarnya Muhammad Saiful Naim Mohd Noor, 23, biarpun sudah mempunyai perancangan untuk berkahwin namun dia masih belum menetapkan tarikh yang sesuai.

Usop enggan mendedahkan identiti kekasihnya.“Niat saya lama dah sebelum sertai Big Stage… sebenarnya saya nak kahwin. Buat apa saya nak rahsiakan benda baik macam ini.”Memang sudah ada perancangan dan kalau lagi cepat, lagi bagus. Benda yang baik buat apa saya lambat-lambatkan,” kata Usop kepada mStar.Big Stage musim ketiga menyaksikan penyanyi Azzam Sham diumum sebagai juara manakala Usop mendapat tempat kedua.

Penyanyi lagu Pencinta Setiamu itu memenangi tempat kedua dengan membawa pulang RM50,000 berserta trofi.Penyanyi Qody Rany pula berada di kedudukan ketiga, Dinie Rashid dan Fadh Majid masing-masing berada di tempat keempat serta kelima.Dalam pada itu, Usop enggan mendedahkan identiti wanita yang akan menjadi bakal isterinya kerana mereka masih belum mempunyai sebarang ikatan.

Usop dedah kekasih lebih tinggi daripadanya.Usop memberitahu teman wanitanya itu berasal dari Pulau Pinang dan memiliki ketinggian lebih daripadanya serta berkulit cerah.”Tapi buat masa sekarang, saya perlu rahsiakan identiti kekasih saya. Sebab belum ada ikatan apa-apa lagi, jadi tak boleh la beritahu siapa orang itu.

“Dia bukan dalam kalangan selebriti tapi hanya orang biasa saja. Dia lebih tinggi daripada saya dan berkulit cerah. Orangnya berasal dari Pulau Pinang… anak mami!”Saya mengenali si dia selepas saya keluar daripada rancangan realiti Mentor,” ujarnya.

Mengejutkan peminat Usop kecewa dengan Usop gara gara sesuatu ini sampaikan tak tido kerana penyanyi itu. Rupa rupanya ini puncanya.

Penyanyi yang kini sedang bersaing menerusi program realiti Big Stage 2020 (BS2020), Usop berazam untuk memberikan persembahan terbaik pada malam kemuncak BS2020 yang akan berlangsung Ahad ini. Jelasnya lagi, menang atau kalah bukanlah alasan. “Kalah menang belakang cerita yang penting kita buat yang terbaik FINAL ni!! #sahabat #bigstage2020,” tulisnya.

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata peminat memberikan kata penguat semangat buat pemilik nama lengkap Muhammad Saiful Naim Muhd. Noor ini. Bagaimanapun, ada juga yang turut memberikan reaksi terhadap mutu persembahannya menerusi program sama minggu. Lalu, peminat mengharapkan penyanyi kelahiran Kulim, Kedah ini akan memberikan persembahan yang terbaik di pentas akhir BS2020 nanti.

“Usop buat lah elok2 . 2 minggu saya x tengok usop menyanyi sebab kecewa usop makin merundum sedih usop dah lah astro kenakan kami letak usop last2 punya persembahan . “Kami sampai x tidoq semata2 nak tengok usop . Usop suara sedap . So all out lah . Enjoy je persembahan . xyah nak hati2 . Buat lah comeback sampai dapat markah 90 ke atas,” tulis warganet menerusi ruangan komen entri berkenaan. Selain Usop, penyanyi Fadh Majid, Azzam Shah, Dinie Rashid dan Qody Ranny antara barisan peserta yang berjaya mara ke pentas akhir. Pentas akhir Big Stage 2020 bakal diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) dan bersiaran langsung pada 4 Oktober depan, jam 9 malam di saluran Astro Ria serta Ria HD.Foto: Instagram UsopSumber: Media Hiburan

Pernah dikritik tentang penggunaan bahasa inggerisnya ketika bercakap. Terkini Usop tunjukkan sesuatu sehingga membuka mata orang ramai dengan bakatnya itu. Ini reaksi warganet dengan persembahan Usop.

Memasuki minggu Suku Akhir Big Stage 2020 malam tadi, nampaknya kesemua peserta mula menunjukkan taring masing-masing. Konsert ini dibawakan secara langsung dari Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) setiap Ahad, 9 malam. Malam tadi 2 peserta tersingkir iaitu Hafiz Zainal dan Nana Sheme. Biarpun begitu beberapa perserta lain turut menonjol seperti Fahd Majid, Azzam Shah dan lain-lain.

Tidak kurang hebatnya adalah persembahan dari Usop yang dinanti-nantikan sejak awal episod lagi. Kali ini Usop nyanyi lagu Inggeris dengan judul One Call Away, nyanyian asal Charlie Puth. Persembahan Usop nyanyi lagu Inggeris malam tadi sememangnya nampak cukup bertenaga. Walaubagaimanapun, nampaknya juri kurang berpuas hati dengan persembahan penyanyi berbakat ini.

Di ruangan komen, rata-rata penonto tinggalkan pendapat mereka sendiri mengenai persembahan Usop malam tadi seperti berikut. “Ucop..Ko main2 pun still suara sedaplah…Jom kita dengar sambil tutup mata”. “Dah cuba yang terbaik..Tak apa janji ada usaha”. “Suara ok tapi style dance tu yang buat tak ok…” Biarpun begitu, minggu depan Usop bakal menyanyikan lagu Lelaki Ini nyanyian asal Anuar Zain yang dipilih sendiri oleh juri. Lagu Kembali Merindu nyanyian asal Slam pula adalah untuk segmen Duominasi Platinum. Apa-apa pun harapnya, minggu depan semua peserta dapat buat yang terbaik sehingga ke minggu akhir!SUMBER: HCL

Usop tekad untuk belajar dari sesuatu dan tidak segan berkongsi perkara itu kepada orang ramai walaupon dilmparkan dengan komen yang tidak baik.

Bintang Big Stage 2020 (BS2020) Usop tidak segan berkongsi keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) subjek bahasa Inggeris yang diperolehinya bersama orang ramai.  Menurut Usop, dia menggangap dirinya tiada rezeki untuk berjaya dalam pelajaran dan memilih bidang nyanyian kerana minat. “Keputusan SPM saya untuk bahasa Inggeris adalah E. 
“Kalau boss-boss saya sembang, memang saya buat-buat faham. Tengok kawan-kawan artis lain berbahasa Inggeris, saya angguk sahaja.

“Nak kata saya orang kampung, saya bukanlah kampung sangat pun. Saya dulu hari-hari pergi sekolah cuma tu la, bukan rezeki saya untuk cemerlang dalam pelajaran.  “Saya faham sikit-sikit bila orang cakap dan tak pandai nak balas balik. Tujuan masuk BS2020 ni pun saya nak memperbaiki diri saya, saya memang nak belajar bahasa Inggeris,” kata Usop.  Sebelum bergelar selebriti, beliau pernah menyara kehidupan dengan bekerja di kedai makan, selain berkhidmat sebagai tukang servis penghawa dingin. Sebelum popular dengan nama komersial Usop, beliau terlebih dahulu dikenali sebagai Epul di kalangan kenalan. Nama ‘Usop’ dicetuskan mentornya, Hazama yang diilhamkan daripada karakter animasi popular, ‘Usop Sontorian’.


Usop ditemui semasa majlis sidang media konsert ketiga BS2020 yang diadakan di Putrajaya International Convention Centre (PICC) pada Ahad. Tambahnya lagi, dia tidak kisah apabila ada orang mempersendakan dia tidak pandai berbahasa Inggeris kerana pernah berdepan dengan bermacam kutukan orang. “Saya okay sahaja bila orang mempersendakan saya sebab sebelum jadi selebriti lagi, kat luar tu macam-macam saya dah kena. 

“Jadi bila saya masuk industri dan BS2020 ni, insya-Allah saya kebalkan diri saya,” jelasnya lagi. Undi peserta kegemaran secara online menerusi laman rasmi di www.gempak.com/bigstage serta menerusi aplikasi SYOK. Juara Big Stage 2020 akan membawa pulang wang tunai RM100,000, tempat kedua dan ketiga bakal meraih RM50,000 dan RM25,000.  Bigstage 2020 bersiaran secara langsung dari Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) pada 16 Ogos 2020, jam 9 malam di saluran Astro Ria HD (104) dan Astro Ria (124). Big Stage 2020 ditaja oleh Adabi dengan kerjasama Kinohimitsu selaku penaja bersama.- Gempak

Mengejutkan Azzam Sham diminta untuk berehat secukupnya dalam tempoh ini gara gara sesuatu terjadi kepadanya. Ini kisah selanjutnya mengenai keadaan dirinya sekarang.

Kuala Lumpur: Penyanyi Azzam Sham dinasihatkan supaya mendapat rehat yang cukup berikutan masalah sakit tekak yang dialaminya ketika ini. Azzam, 23, dihubungi berkata dia yakin keadaan kesihatannya mampu pulih sepenuhnya sebelum beraksi pada malam kemuncak Big Stage 2020, pada Ahad ini. “Insya-Allah, saya akan berusaha memberi persembahan yang terbaik pada malam final nanti. Saya tak mahu kecewakan peminat dan pasukan saya yang banyak membantu sepanjang persaingan ini.

“Menang atau kalah, saya tak mahu fikir kerana sudah berjaya melayakkan diri untuk beraksi di malam final Big Stage 2020 pun, ia adalah satu kemenangan buat saya,” katanya kepada Harian Metro. Mengulas juga dirinya yang dikatakan bersaing sengit dengan Usop, penyanyi lagu Biar Saja ini tidak menafikan perkara itu. Katanya, memang ramai peminat yang meramalkan dia dan Usop akan berentap berhabis-habisan.

“Pada saya, semua peserta yang layak bersaing di final iaitu Qody Rany, Dinie Rashid, Fadh Majid mahu pun Usop, masing- masing ada kehebatan dan strategi tersendiri. “Untuk saya, paling utama biarlah persembahan dibuat itu mampu memberikan kepuasan sebenar pada diri. Apatah lagi, pentas Big Stage 2020 ini sangat besar buat bakat kecil seperti saya. Sementara itu, Azzam Sham menepati ramalan warganet untuk mara ke pusingan akhir setelah mendapat markah tertinggi sebanyak 81 peratus.Selain Azzam Sham peserta yang layak ialah Usop dan Fadh Majid.

“Saya akan berusaha sebaik mungkin dan terima kasih kepada peminat yang sentiasa menyokong saya. Tidak lupa, terima kasih juga pada ibu bapa, keluarga dan pasukan saya yang ada bersama setiap masa,” katanya. Pada malam kemuncak Big Stage 2020 itu, Azzam akan menyanyikan dua lagu iaitu Aku Bidadari Syurgaku nyanyian asal Datuk Seri Siti Nurhaliza dan Grenade (Bruno Mars). Konsert Akhir Big Stage 2020 akan berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), jam 9 malam yang dihoskan Alif Satar dan Sherry Alhadad. Manakala, pemarkahan peserta pula akan dinilai barisan juri tetap iaitu komposer Ajai, penyanyi dan komposer, Faizal Tahir serta penyanyi popular, Dayang Nurfaizah.-Hmetro

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *