Terlalu leka dengan gajet sehingga menganggu waktu tidur. PU Rahmat kongsikan tips kepada ibu bapa bagi menghadkan masa anak anak dengan gajet.

tips

Pada zaman kini, anak-anak kecil juga tidak boleh lari daripada menggunakan gajet sebagai alat ‘permainan’ baharu mereka. Ada yang suka main game, ada yang suka tengok kartun di Youtube, malah ada yang sudah ada akaun Instagram sendiri lagi.

Walaupun nampak macam ok, tapi hakikatnya pasti ada ibu bapa yang bimbang dengan kegiatan ini kerana anak mereka masih kecil, takut kesan buruk pula menanti. Sebenarnya, ada ‘trick’ macam mana kita nak hadkan anak-anak kecil daripada menggunakan gajet hingga terlebih masa. Apa kata kita baca dulu perkongsian oleh Pencetus Ummah Rahmat Ikhsan ini. Mungkin ia membantu.

Tengah kusyuk menulis, tiba-tiba terdengar jeritan kecil. “Alamak!”. “Alahhhhhh”. Terkejut mak! Ingatkan kenapa. Rupanya telefon masing-masing dah kena block sebab saya dah setkan masa sampai pukul 11 malam. Dalam hati saya tahan tawa. Saya buat bodoh, buat tak tahu macam tak ada apa yang berlaku.

Tapi pelik juga. Kenapa lagi seorang tak ada respon. Pelan-pelan saya capai phone dan buka apps untuk check setting. Oh, rupanya seorang lagi terlepas setting block pukul 11.30 malam. Jadi saya terus tukar setting ke pukul 11.00 malam juga.

Tak sampai beberapa saat, terdengar jeritan dari bahagian atas rumah. Kali ini lebih kuat dari jeritan pertama dan kedua tadi. “Alahhh ibuuuuu”. Hahaha. Kali ini jeritan Kak Long yang tak puas hati telefon kena block ketika tengah syok menyanyi sambil dengar headphone ketika dia tengah gosok baju.

“Alah ibu. Kak Long nak dengar lagu je pun. Bukannya guna internet,” dia bersuara lagi, tak puas hati. “Ibu tak buat apa-apa la Kak Long. Memang setting dia macam tu,” jawab si adik yang phone dah kena block lebih awal. Saya tak menjawab apa. Diam je sambil mata konon-konon terus menghadap laptop.

Lepas tu si Abang bersuara, “Abang nak tengok tv la ibu. Nanti Abang naik,” “Nak ibu pasang apps kat tv keluaq time for bed jugak ka? Ka nak bagi keluaq time to go to school?” tanya saya selamba. Hahaha. Pecah berderai ketawa dua beradik tu. Yang lagi seorang kat atas tu entah apa cerita. Dah jadi muncung cencerut agaknya.

Saya memang tak bagi anak-anak pegang telefon pada hari persekolahan, kecuali atas sebab-sebab tertentu yang dirasakan munasabah. Mereka cuma akan dapat telefon pada hari sabtu atau cuti umum, dan kena pulangkan semula pada hari ahad malam sebelum pukul 11.

Ataupun pada hari mereka perlu keluar tanpa saya atau suami, saya akan berikan telefon tapi syaratnya, kena pulangkan semula sebaik sahaja mereka sampai ke rumah. Itu pun selalunya terlajak jugak. Bila mintak, jawapannya kejap, kejap. Bila ibu dah jadi hijau barulah masing-masing kelam kabut nak bagi balik. Haha.

Bagus juga ada apps ni. Untuk mak bapak yang ada anak-anak yang bila dah pegang phone, tak ingat dunia atau buat-buat tak ingat bila nak pulangkan balik, apps ni sesuai untuk korang. Ini apps yang korang boleh cuba install:

1) Pergi ke Play Store dan cari Google Family Link for Parents. Install ikut arahan. 2) Pastikan telefon anak yang nak di link ada dengan korang dan korang tahu apa email yang mereka guna untuk log in Google beserta dengan password. Kalau tak ada password pastikan korang minta dengan anak-anak. Sebagai ibu bapa kita ada hak untuk tahu password setiap akaun yang mereka ada. 3) Pada telefon anak – buka Play Store dan install Google Family Link for Children & Teenagers. Masa ni email dan password akaun anak diperlukan.

Bila dah siap install, korang dah boleh mula setting apa yang patut dan boleh add bilangan akaun sekiranya ada lebih dari seorang anak atau telefon. Kelebihan apps ni pada saya memudahkan untuk set masa penggunaan telefon anak-anak.

Antaranya limit penggunaan berapa jam sehari, waktu penggunaan telefon dan mengenalpasti lokasi anak melalui GPS. Walaupun apps ni tak boleh nak kawal penggunaan telefon anak-anak sepenuhnya, tapi sekurang-kurangnya dapatlah membantu sedikit sebanyak. Kata orang, bolehlah dari tak ada langsung. Kan?

Sumber: PU Rahmat Ikhsan, SiakapKeli

Sehingga menimbulkan kerisauan dengan perisian animasi yang ditayangkan sekarang. Disebabkan hal itu ini inisiatif Diana Amir bagi membendung perkara itu terutamanya bagi golongan kanan kanak.

Sebagai seorang ibu, siapa sahaja yan tidak risau dengan perkembangan anak-anak. Lebih lebih lagi bila hidup di zaman serba maju yang segalanya dihujung jari. Oleh yang demikian, BIMBANG dengan kandungan animasi yang kadangkala agak berlebihan di kaca televisyen, mendorong aktivis, pengacara dan pelakon, Diana Amir membangunkan sebuah kandungan program kanak-kanak berciri Islamik dan patuh syariah.

Menurut Diana atau nama sebenarnya, Nurdiana Amir Hashim, 36, atas faktor itu, dia mengambil inisiatif untuk memulakan slot program Nurkids di saluran platform digital, Nurflix, yang akan bermula tidak lama lagi. “Bila menonton TV dengan anak-anak, selalunya mereka akan kawal apa yang mahu mereka tonton. Sebagai ibu bapa, walaupun hanya program animasi, tetapi kita masih jaga apa yang mereka tonton. “Kalau kita tengok, program hiburan terutama daripada negara luar banyak tunjukkan kata-kata yang tidak elok dan kesat.

“Jadi saya terfikir, alangkah bagus jika kita buka sesuatu siaran itu, kita tak perlu kawal apa yang mereka mahu lihat. “Atas sebab itu, saya memberi idea untuk mewujudkan program Nurkids yang menghiburkan namun tetap mengikut landas-landas Islam.

“Saya berharap program-program yang ditawarkan di Nurkids mampu membina jati diri, mempe­lajari sifat kepimpinan diri, membentuk sahsiah terpuji serta membina ukhuwah yang baik dan sejati dalam kalangan kanak-kanak dan anak muda,” katanya ketika ditemui pada majlis sidang media perjanjian Memorandum Persefahaman (MoU) serta pelancaran program Nurkids & Turath yang berlangsung di Skyforest, Acapella Suite Hotel, Shah Alam baru-baru ini.

Tambah Diana, selain tampil dengan beberapa rancangan baharu, Nurkids juga akan bekerjasama dengan animasi tempatan sedia ada secara eksklusif di Nurflix. “Kita tidak melihat animasi sedia ada sebagai pesaing, sebaliknya kita akan bekerjasama dengan kandungan lebih eksklusif. “Walaupun ada yang melihat kenapa saya beriya untuk membangunkan program seperti ini, tapi saya kira ini sebagai satu perjuangan juga,” jelasnya.

Perlahankan kerjaya

Nurkids menawarkan pelbagai variasi program menarik serta menghiburkan yang terdiri daripada sitkom berbentuk kekeluargaan serta akademik, drama superhero, masakan, bacaan dan hafazan al-Quran sehinggalah gameshow. Ditanya mengenai perjalanan kerjaya seninya kini, anak kelahiran Birmingham, United Kingdom itu berkata, dia kini lebih selesa memberi tumpuan kepada keluarga, terutamanya tiga cahaya mata yang sedang membesar.

Diana yang mendirikan rumah tangga dengan Mohd Habibbullah A Rahman pada Oktober 2013, dikurniakan tiga cahaya mata iaitu, Khaulah Al Azwar, 5, Khadija Azzehra, 3, dan Muhammad Khalid Al Habib, 1. Katanya, semenjak meninggalkan dunia lakonan kira-kira tiga tahun lalu, dia tidak berasa ralat atau teringin untuk kembali. “Berlakon ini perlukan komitmen yang tinggi, jadi saya kena memilihlah. Bagaimanapun saya tak kisah untuk mengacara sekiranya ada masa sesuai, lebih-lebih lagi sekiranya program itu membawa manfaat,” ujarnya.

Sumber: Sinarplus

Terbaik la usaha Diana Amir bagi membendung gejala yang tidak baik terutamanya bagi golongan yang kecil lagi. Oleh yang demikian kita seharusnya menyebarkan positif seperti ini kepada orang ramai. Jadi, jom Like Dan Share PAGE KUCING MEDIA ONLINE untuk info yang menarik.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *